Pages

Tuesday, November 25, 2014

Senja Di JapaMala - I

Sedikit pengenalan mengenai Pulau Tioman aku cilok di wiki.

Ayuh ! Mari kita menambah ilmu di dada yang bidang.

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. 

* statement pembukaan yang tak menarik.

Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. 

Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. 

* ulang statement yang sebelum tu.

Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. 

* statement yang buat kita semua lapar

Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

* ayat tergantung

Pulau Tioman pernah dinobatkan antara 10 pulau tercantik di dunia oleh majalah Times.

* tahun bila ni? 70 an?

Sapa la yang menaip di Wikipedia Pulau Tioman  dengan info info yang tak menarik minat orang nak pegi.

Now kita sambung kisah dongengnya sikit.

Menurut cerita orang tua-tua, Pulau Tioman wujud daripada seekor naga. Pada zaman dahulu di Tasik Cini tinggal sepasang naga jantan dan betina. Suatu ketika, hujan turun dengan lebat tanpa henti-henti. Akibatnya Tasik Cini kebanjiran. Airnya berarus deras.

Apabila malam tiba, naga-naga itu sudah tidak tahu lagi kedudukan sempadan tasik itu. Dalam keadaan kilat dan guruh sabung-menyabung, dua naga itu telah hanyut ke hilir Sungai Pahang. Orang tua-tua mengatakan bahawa naga-naga itulah yang membuat lorong baru di Kuala Pahang. Sebelum itu air Sungai Pahang hanya mengalir melalui Sungai Pahang Tua.

Kedua-dua naga itu terus menghilir Sungai Pahang dan akhirnya sampai ke Laut Cina Selatan. Setelah beberapa lama berenang di laut itu, naga betina teringat yang dia terlupa membawa kain cindainya. Maka dia memberitahu pasangannya bahawa dia ingin pulang untuk mengambil kainnya itu. Dia menyuruh pasangannya menunggu di situ sehingga dia kembali. Naga betina itu berpatah balik ke Tasik Cini.

Naga jantan itu tekun menunggu kepulangan pasangannya ke laut. Akan tetapi, ia tak kunjung tiba. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalannannya ke arah selatan.

Setelah naga betina itu mengambil kain cindainya, dia terus menghilir sungai dan masuk ke Laut Cina Selatan mengikut arah perjalanan pasangannya. Apabila sampai ke tempat yang dijanjikan dia mendapati pasangannya sudah tiada. Naga betina itu berusaha mencari pasangannya. Ketika dia berenang berdekatan sebuah pulau yang sekarang dipanggil Bukit Datuk dekat Juara, kain cindainya tersangkut pada batu.

Ketika naga betina itu cuba untuk melepaskan dirinya, ayam jantan yang berada di atas belakangnya berkokok untuk menandakan hari akan siang. Naga betina itu mesti berhenti apabila hari siang kerana mematuhi resam naga. Seterusnya, naga betina itu mengambil keputusan untuk menetap di situ sahaja. Dia tidak berhajat untuk terus mencari pasangannya yang sudah menghilang itu. Lama kelamaan naga betina itu bertukar menjadi pulau yang kini dikenali sebagai Pulau Tioman.

Dalam pada itu, naga jantan yang sudah berada jauh di hadapan juga terpaksa berhenti apabila matahari hampir terbit. Dia juga tidak mahu melanggar adat.

Seterusnya dia mengambil keputusan untuk menetap di persinggahannya itu. Lama-kelamaan dia juga bertukar menjadi Gunung Daik.

Pernah dengar Gunung Daik bercabang tiga? Itu adalah salah satu pulau di gugusan kepulaun Lingga di Riau, Indonesia.

Cukup dengan info dan sejarah Pulau Tioman ni. Now layan senja di Tioman.

Enjoice !














Senja yang tak berapa menjadi. Agak kecewa dan hampa.

Tapi tak per, biarkan berlalu.............. moga ada rezeki di lain hari.



Bila bersemadi warna cinta
Pudarlah segalanya
Tiada mentari lagi
Yang mengiringi perjalanan

Mestikah bersedih
Pada hakikat
Dikurniakan padamu
Bukankah cita-citamu
Memperjudikan kasih sayang

Kita mampu merancang
Hanya Tuhan menetukan
Tak perlu dikisahkan oo

Kita mampu merancang
Hanya Tuhan menetukan
Tak perlu dikisahkan oo

Janganlah memburu
Angin yang berlalu
Kelak kau terima
Jawapan yang kecundang
Pulang saja di mana
Permulaan langkahmu
Biar saja angin terus berlalu
Oooo berlalu

10 comments:

  1. Orang ckp Gunung Daik tu tempat tinggal segala anak beranak jin...Supermeng tak nak pergi ker?

    ReplyDelete
  2. kau letak mitos naga kat wiki tu lagi menarik kot....

    oih kain cindai tu untuk apa kegunaannya untuk seekor naga? buat tudung litup?

    ReplyDelete
  3. Lawa giler gambar senja. I am forever a sucker for sunset pics. Xmenjadi pun Meng, kalau tengok in real confirm best untuk buat layan feeling.

    ReplyDelete
  4. alahai kesian pulak citer mitos tu...naga betina berpisah dgn naga jantan.....huhuhuu

    ReplyDelete
  5. Ooo... gitu kisahnya. Senja yang cantik!

    ReplyDelete
  6. I like the "naga" story/ myth... They were lost but she still could find her way home for her "kain cindai"... A perempuan, appearance is everything even when you are lost!! So cute!

    E

    ReplyDelete
  7. JJ : ya la.. metos zaman bila pun tak tau la...

    mesti dah di tokok tambah. tak tau la apa versi citer asal..


    NasaM : masa aku pegi bintan dulu ada la org cerita pasal gunung daik di pulau daik ni..

    tak terpegi lagi.

    tak sure la situ banyak jin ke apa..

    ReplyDelete
  8. NanaT : buat prop lagu cindai kot.

    hiks...


    BK : kalau duduk lepak2 sambil minum2 memang la best.

    baru rasa suasana romantika di amor tu...


    Amiza : motip kau menjiwai watak..

    naga tu citer zaman bila ntah

    ReplyDelete
  9. ali : tak cantik mana. tak puas hati. tapi nasib la ada ni. kalau tak hujan jer.. langsung tak nampak apa apa..


    ER : oh.. so deep.... perempuan memang pandai menjiwai watak naga ni...

    boleh buat cerekarama-rama

    ReplyDelete