Pages

Friday, November 14, 2014

Savannah & Pasir Berbisik, Bromo

Layan gegambar di Blok Savannah dan Pasir Berbisik di Bromo.

Tips:-

1. Kalau malas sewa kuda boleh tahan jauh juga nak kena berjalan dan nanti kena mendaki anak tangga yang tinggi berpasir pulak tu. Nasihat aku adalah...sewalah kuda !

2. Kalau sewa kuda.. tawarlah seboleh mungkin. Biasanya agent yang bawak kita akan kenalkan pada member member dia orang. Terserahlah pada kita nak memilih kawan mereka tu atau tidak. Jangan sebab nak menjaga hati... then kita kena tiau mahal mahal. 

3. Kalau jenis gayat rajinkan lah diri berjalan kaki walaupon jauh sebab kuda tu akan panjat bukit dengan gaya terhoyong hayang macam mabuk todi. So kalau kuda tak muntah.. korang yang muntah atas kuda nanti.

4. Bila naik kuda.. relaks relaks jer. Jangan keraskan badan...takut nanti tergolek dog. Kuda pun bosan bawak kau orang. Sama jugak bila turun.. rebahkan badan macam nak senggama dengan kuda tu. Ergkk... Luruskan kaki dan condongkan tubuh ke depan. Jangan lupa bisikkan pada telinga kuda...

"Eiiiii muka putih kaki hitam........ "

Jangan marah kalau tetiba sedar sedar tengah menggelupur atas tanah sebab kena terajang.

5.  Tapi sebaiknya ambik kuda sehala jer. so masa balik jalan kaki dan boleh pose pose ambik gambar. Kalau atas kuda kang payah nak ambik gambor.

6. Kalau nak beli t Shirt I Love Bromo.. boleh nego nego kat sini. Dapatkan yang termurah. Tapi kalau nego bukan main tapi tak jadi beli... tu bakal kena keji !

7. Berhati hati la ketika berada di kawasan kawah Bromo.... tiada pengadang mahupun pagar. Silap silap sekali lagi akan terjerumus ke lembah kehinaan.

8. Biasanya tukang heret kuda tu akan mintak extra tips so terpulang la nak bagi ke tak sebab kalau di ikutkan.. bayaran kuda tu dah termasuk sekali charge dia orang ni.

9. Pada yang ada lelah atau asma, sediakan mask dan minum banyak air kerana gunung Bromo mengeluar kan asap dan debu sulfur. Kalau ada topeng Ultramen lagi poyo... !

10. Terdapat lebh daripada 200 anak tangga. Maka dakilah ikut pace sendiri. Slow slow .... Tapi time berhenti tu jangan sampai block orang lain yang sedang mendaki. Take your time and enjoy the view... !













Lagu Pasir Berbisik tak de, Hati Berbisik ada. Tak pernah pulak aku dengar lagu ni. Motip la Mak Itik ni tak whassap aku bagitau...

Enjoice !



Malam Bertandang
Hati Berbisik Mengenang
Cerita Derita Yang Daku Pendam

Kata Menguji
Cuba Untuk Kusudahi
Berulang Airmata Membasahi

Aku Kini Perlu Berdiri
Walau Hakikatnya
Pasti Kan Melukai

Aku Ingin
Semua Rasai
Kerna Pengakhirnya Hidup
Ku Sendiri

Oh Tuhan Kau Berikan Aku
Segala Kekuatan
Meneruskan
Perjalanan

16 comments:

  1. Mungkin lagu Kasih Berbisik si Taufik Batisah tu sesuai letak kat sini abang meng. Hiks...

    Awak kat manaaa awak awak kat mana!

    ReplyDelete
  2. Gila gayat ahh... oleh sebab tempat cantik buang gayat jauh-jauh.

    ReplyDelete
  3. 200 steps? Ok, insha Allah lepas. Confident! Sebab aku panjat 290 steps masa kat Seoul baru ni. Tercabar makcik pakai boots berheels ok! Aku nak gi nanti, pos skill ko kat aku eh. Gue mauk pinjem.

    ReplyDelete
  4. tak pernah tak gelak bila baca blog ini...
    'ahkak' penat sengeh..adeh
    hehehe

    hai 'adik' meng!!

    ReplyDelete
  5. hadoiii aku tak smpai ati naik kuda tu meng...takut dia jadik cacat kekal...hahahah!

    ReplyDelete
  6. hari hari hangkut orang dengan bau sulfur debu bagai mau tak mabuk todi kuda tu.

    aaaaa tingin nak pegi tapi takot terjerumus ke lembah kehinaan! huhu..

    ReplyDelete
  7. kalau g bromo rasanya WAJIB naik kuda....kalo x pengsan nak sampai ke atas tu :(

    ReplyDelete
  8. betul cakap FIda...lagu abang taufik..dalam citer kasih berbisik..uh huh..!

    ala nape cite jenis bullet point je ni. nak full stori la, aku pecaya byk dialog sengal terjadi. pelis..nak gelak2..heee

    ReplyDelete
  9. Muka putih.. kaki itam..
    - errrr.. kuda tu pakai produk bleaching ke bang??

    P/s;
    Ada permintaan ni bang..
    Sesekali belanja la lagu Joan Jett ka.. Bon Jovi ka.. Nickelback ka.. Daughtry ka..

    ReplyDelete
  10. pasir berbisik tu ada bunyi2 ke..

    ReplyDelete
  11. FJ : ada ke lagu cam tu? masa search lagu mak iti ni je keluar dulu. tak per.. nanti gi berbisik sekali lagi tarik taufik lak nyanyi.....


    ali : berpeluh tangan wey kalau gayat... pegang kamera pun x boleh...


    Bk : kejap jer.. kau baca satu entry aku pun sedar2 dah sampai puncak....

    kalau nyanyi lagu menuju puncak pun bagus..

    feel feel calon AF dari seberang

    ReplyDelete
  12. Anash : hi akak anash.. gelak gelak tak per. jangan nangis dah la...


    DJ : kau saja kan. terkeluar gelak badak aku kau cakap cacat kekal tu.

    boleh la...kalau orang nampak atas kuda tu mcm terapung2 jer....

    hahahaha


    Mya : tu la.. kalau tergolek dog jatuh dalam gaung tu memang tak balik laa....


    NanaT : aku memang nak buat tapi gambar tak cukup... semua org dah hilangkan...

    gaya cam ni je la.. tunggu kau pegi nanti.. buat entry pepanjang..

    ReplyDelete
  13. ETK : tau tak per...

    baik kita seksa kuda pada seksa diri sendiri kan?

    hahahahah


    Sham : ala lagu lagu ni aku main cari kat utube je.. kdg kdg aku sendiri pun tak pernah dengar.

    saja nak bagi entry panjang dan berhibur hiburan..

    sebab entry bahasa melayu. keyword semua melayu la....


    Nohas :

    ada....

    dia berbisik..

    "yousufff tayoooob..."

    hahahaha. dia sebab berdebu2 mcm tu. ala ala berbisik... kot.


    BK : tau tak jalan ke toilet ikut mana? jangan terbarai sudah


    ReplyDelete
  14. ahahahaha...apa boleh buat..muka putih, kaki dan montot hitam...dh semulajadi giteww..muka putih sbb TANAKA

    wah...byk tips yg di share..boleh jadi guide nk ber bromo next year

    part minta cip tu mencik!!! naik boat di tasik ton le sap pun minta cip gak..mencik!!!

    200 anak tangga je..no hal hah lah..matilah kena kutuk kalau ada tyg baca komen nih

    ReplyDelete
  15. JM : tanaka ke? hahaha.. salah negara la kalau pakai tanaka ni...

    cip ke tips? cip pun buleh la.....

    200 je.. sikit je kan? lebih kurang batu caves jer...

    JM pasti buleh.

    ReplyDelete