Pages

Thursday, November 20, 2014

Jom Santai : The Majestic Hotel, Kuala Lumpur - Majestic Wing

Masih bersantai di Majestic Hotel KL ni tapi kita ke bangunan sebelah, Majestic Wing.

Dari Tower Wing ke Majestic Wing ada laluan khas yang menyambungkan kedua dua bangunan. Majestic Wing ni lebih special sikit sebab ianya bangunan bersejarah yang dibaikpulih daripada bangunan lama yang sebelum ini dikenali sebagai Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Hotel ini telah lama di tutup tetapi salah satu bangunannya dijadikan Balai Seni Lukis Negara. Selepas Balai Seni Lukis Negara berpindah, YTL telah membangunkan semula bangunan ini sebagai sebuah hotel dan mengekalkan nama sewaktu zaman kegemilangannya ; Hotel Majestic.

Entrance di Majestic Wing. Belakang sana tu Tower Wing

Berkesempatan stay di Majestic Hotel ni walaupun di Tower Wing, aku tak melepaskan peluang pegi ronda ronda tengok kawasan.

Memang aku tak plan pun nak tidur kat wing ni plus barang barang dia agak antik jugak, kalau aku bawak budak budak duduk sini ada yang jahanam nanti. Harga untuk Governor Suite adalah RM 1200 per night.

Moh usha apa yang ada dalam Majestic Wing di Majestic Hotel ni.

Bangunan dari arah luar. Majestic Wing ni tak de check in... sampai je terus dia usher ke bilik jer dan biliknya ada 4 jenis suites. Breakfast pun dalam bilik and free limo service to anywhere in KL.

Pintu masuk ( tapi dari belah dalam ) di Majestic Wing

Tempat menunggu

Agak mewah lobby nya

Malam ada orang nyanyi nyanyi.... di Colonial Cafe

Antara tempat tempat yang terdapat di Majestic Wing ni

Ni tea lounge dalam Orchard Conservatory. Boleh minum tea sambil tengok pokok pokok orkid ni. Aku pun tak tau apa motif nak buat macam tu.

Tapi tempat ni selalu fully booked. Mungkin gaya orang kaya minum teh kena tengok bunga bunga mahal. Baru lah teh terasa mahal. Agak mahal jugak la kot nak minum dalam ni.

Bunga orkid merata rata. Mungkin jenis mahal mahal belaka. Jangan tanya aku, aku tak tau. Aku tak leh terima minum teh dalam tempat macam ni rupanya.. Baik minum kat outdoor.

Ruang lobby yang bertemakan colonial. Bersih. Cantik dan aman damai jer.. Aku nak berjalan pun takut takut. Tak de orang sangat. Tak busy macam di Tower Wing.

Tak berani nak sentuh sentuh. Kang terbalik kang naya aku kena bayar

Reading room

Colonial Cafe

Bunga bunga segar

Memang ada gaya mewah di sini

Nak gi duduk pun takut takut walaupun aku adalah tetamu...

Bar

Lampu

Drawing Room. Kau orang boleh sewa bilik ni untuk sesi gossip gossipan tanpa gangguan. No kids allowed.

Kat Majestic Wing ni bilik tak banyak tapi setiap bilik tu ada tema tema nya tersendiri dan dihias mengikut keselesaan tetamu. Harga memang tak payah cakap lah. Sesuai untuk yang nak berhoneymoon atau jenis yang suka classic classic ni.

Tapi memang agak menyeramkan jugak bangunan ni. Sebab bangunan lama kot.

Dan di Majestic Wing ni jugak terletaknya Majectic SPA yang hebat tu. Harga pun mencanak mahal.

Bangunan SPA. Ada pool jugak di sini.

Pool dekat SPA

Majestic Wing dan Tower Wing kat belakang

Pool dan bangunan station keretapi lama

Balai Seni Lukis Negara lama yang di jadikan Smoking House. Jual jual rokok mahal dan jugak tempat gunting rambut lelaki Truefitt & Hill Barber Shop. Barber shop paling lama dalam rekod Guiness Book of World Record.  Aku tengok, gunting rambut biasa pun harga dia RM120. Gila lah. Nak masuk pun aku segan. 

Tapi ada satu perkara yang terjadi yang buat aku tawar hati dengan hotel ni.

Memang secara keseluruhannya, kemewahan memang dapat dikecapi kalau menginap di sini.

Ada satu malam tu aku merayau depan Majestic Wing ni. Aku dok ambik ambik gambar. Tetiba datang pak guard Bangla dengan cibainya.

"You cant be here Sir !"
"Why not?"
"This place is not for you"

Kann.. ayat kau buat aku tunduk mengalah ! Terhena aku rasa. Tapi tak per.. biar aku main game dia.

"I just wanna take some photos"
"No.. you cant be here !"

Aku dah agak dah. Aku dah agak dah !

Last sekali aku keluarkan room key dan aku tunjuk kat dia.

Sepantas tu dia diserang rasa bersalah.

"I am sorry Sir.. I didnt know you are a guest !"

Haaaaaa.. Kalau aku bukan guest pun, tak boleh ke dari awal cakap baik baik? Haaaaaaaaaaaaa

Ketahian apakah ini????? Kau pumping 30 kali sekarang !!!

Aku memang bengang sebab dia cakap kurang ajar mula mula tu. Macam cas bagus je mentang mentang jadi pak guard kat hotel 5 bintang.

Hotel Majestic di kala malam. Nampak tak pak guard yang sialan tu kat situ. Semoga ada hantu datang cekik dia bila dia keje malam malam kat situ...  ke aku perlu berpakaian hantu dan sergah dia?

Dan benda macam tu bukan SEKALI terjadi sepanjang aku menginap di hotel ni.

DUA KALI !!

Sekali lagi lepas breakfast, aku jalan jalan nak ambik gambar jugak. Sebab aku pakai short dengan t shirt je, tetiba pak guard Bangla jugak tapi yang lain approached dan marah marah. Cakap aku tak boleh sesuka hati jalan dalam kawasan hotel ni.

Ketahian ke dua kali. Amok la aku. Tak tunggu lama aku terus smash dia.

"You dont have to be rude. I am a guest here and I can report to your management if I want to"

Aku sound dia sambil tunjuk pass key. Terus dia mintak maaf dan lari.

Partially, memang salah aku jugak la sebab aku portrayed diri aku macam aku tak mampu duduk sini, tapi dia orang ni kena ada cara la jugak kalau nak chase people out without being RUDE !!!!



Saturday morning jumped out of bed
And put on my best suit
Got in my car and raced like a jet
All the way to you
Knocked on your door with heart in my hand
To ask you a question
'Cause I know that you're an old-fashioned man, yeah

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but the answer is 'No'

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
Yeah, no matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude

I hate to do this, you leave no choice
Can't live without her
Love me or hate me we will be boys
Standing at that altar
Or we will run away
To another galaxy, you know
You know she's in love with me
She will go anywhere I go

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, 'cause the answer's still 'No"

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
No matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude
Rude

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say, I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but 'No' still means 'No'!

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
No matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude
Why you gotta be so
Rude
Why you gotta be so rude?

Tak puas hati balik bilik aku tanya Hero dengan OR.

"Papa ni nampak macam tak mampu duduk sini ke?"

OR gelak. Hero macam biasa... angkat muka, tengok aku atas bawah pastu sambung main game dia.

Masa nak check out, adalah sorang minah receptionist kat kaunter. 

Jeng Jeng Jeng. Ni baru gambaran macam dalam mimpi...

Tapi awek tak cun macam dalam mimpi.

"How was your stay Sir?"

Terus aku busuk hati pegi mengadu domba. Cerita benda benda yang aku tak puas hati. Dah minah tu pun gelabah dan macam cuak jugak. So dia bagi aku free upgrade, next time aku check in hotel ni. Boleh updgrade ke bilik yang lebih besar dan mahal.

Ada aku nak datang sini lagi?

Nehi, Tak mao. Nada.. Tidak.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So terbukti sudah, apa yang manis dalam mimpi, walaupun hotel 5 bintang, belum tentu manisnya di reality !

Aku terpaksa pangkah sebab aku rasa tak sesuai dengan aku.

So aku tak perlu bagi 5 reason why should/shouldnt stay here. Hatiku agak hancur dan hotel YTL yang ni lah paling worst pernah aku stay.

* emo tahap gaban

Tapi reason aku tu more to personal experience jer. OK je kalau orang lain nak stay sini sebab bilik dia memang best especially untuk business dan honeymooner. Try la duduk Majestic Wings untuk experience sesuatu yang different cuma untuk family with kids, hotel ni not really recommended !

Ada bunyi aku simpan dendam? Tak de kan? Marah lite lite jer........

Website : The Majestic Hotel, Kuala Lumpur

22 comments:

  1. Antara Dua Darjat gitu ... manusia memandang kepada luaran dan material ...

    I understand ...

    Waktu I duduk kat Saudi dulu, I pakai thob cantik cantik , spray minyak wangi banyak banyak (kat kedai ler) , dan buat muka ala ala kaya, and selamba jer masuk Hotel Intercontinental ker atau Raffles ker ... walhal duduk kat hotel belakang yg murah tuh .. tapi saja jer ...

    Guard tak berani nak tegur ... tapi ada guest yg ala ala zuhud .. guard siap tahan tanya mana kad ... kita tak ada kad pun hehehehe

    (Ni terutamanya bulan puasa ... sebab selesa solat terawih kat surau di hotel hotel mahal nih ... eehhh pahala lebih lagi ker? Hahhahaha)

    Tapi itulah kenyataannya ...

    ReplyDelete
  2. geram pulak dgn pak guard bangla yg maha belagak..eee...sentappppp tau diperlaku begitu

    ReplyDelete
  3. so rude! sakit hati baca. lain betul dengan pengalaman dekat Sri Lanka hari tu, dah la kitorg mmg tahap pergi hotel mahal mmg utk ambik gambar je, tak kena marah langsung siap ada sedikit penerangan ttg sejarah hotel lagi. Pui betullah bangla2 pak guard ni.

    ReplyDelete
  4. "This place is not for you" !!!! Statement ketahian lah sangat kan ... kalau aku report terus kat management ... etiquette keje kat hotel berbintang2 mmg takde langsung

    ReplyDelete
  5. patutnye tangkap je gamba pakgad kuangjaq tu depan2 pastu report kat management. sudah la bangla, kurang ajar pulak heyy kite pulak yg emo bace.

    ReplyDelete
  6. heheee..kau pun satu. dah tahu pegi hotel mewah, wassap ah wak doyok pinjam blazer dia. apedaaa

    ReplyDelete
  7. eieiei busuk punya bangla!
    geramnyaa!

    ReplyDelete
  8. This bangla is very bad (aku kalau marah mesti cakap omputeh), takpe la Meng... ada hikmahnya tu (bersangka baik - kalau aku pun rasa nak lepuk je)

    ReplyDelete
  9. meng @ insta lah skang! * tunjuk belah kiri skrin

    abeh la, orang lain takleh carik makang... :P

    ReplyDelete
  10. Abg Meng, selalunya macam tu lah..pekerja yang bawah2 lebih sudu dari kuah..

    ReplyDelete
  11. Agak melampau la 2x. Apa die tak le nak notice ke in house guest ke tidak? Teruknya service mcm tuh kalau 1 guest boleh kena mcm tuh sampai 2x. Dah la ko dduk bkn 2bln yg dia nak silap2. Ini dalam 1 masa. Dia kna train lagi kalau mcm tuh. Itu pon bole silap. Biadap. Eh kalau aku tuh memang persoalkan dengan dia.. Macam ni ke dia layan guest? Bkn la nak ego tapi pelik. Aku ni dulu ada keje bab2 service nih. So macam mencecet sket klu ade yg silap2 tuh. Org datang bkn baya singgit dua kn? Tahi jenis apakah nih?!

    Orkid tuh ko kena tahu.. Tuh suma modal guest dia nak menunjuk gambo having tea kat majestic dlm stegram. Gituh. Itu ilusi semata. Nak eksen. Hakikatnya pakai selipa jepun mcm haku. Ngata diri sendiri jugek. Kadang2 sedap pula melayan nafsu diri ni kan? Ahaks. Camtu la manusia dak? Kita bkn maksum. Ok merapu gelaban. Bye

    ReplyDelete
  12. Lumrah betul. Tengok orang mampu ke tak x dari segi luaran. Dulu pernah ada Apek ni duk usha pameran property. Dia duk tengok yang belah banglo, terus salesman bawa dia gi belah apartment kos rendah. Apek tu cuma pakai pagoda & jeans lusuh. Tetiba dia bersuara...I want buy that banglo lot, cash. Mak aku pun kata 'Tu antara orang tertinggi Elken'. Terus bunyi kambeng keluar.

    ReplyDelete
  13. Pak gad x sedar diri ..ko tu dari mana..kot ye pun tanya dulu guest ke tak..main nk halau je..lesing kang..nampak!..hemo nih

    dia ingat org pakai coat je byk duit

    ReplyDelete
  14. Ghaz : apa nak buat.. buruk di mata orang.. buruk jugak la sangkaan.. nasib la..

    lepas ni nak pakai tarik gown mcm langsir.. pastu kelubung orang yang pepandai je nak halau orang ni...

    tak beretika langsung.


    Dahlia : kannn?

    kalau aku ni bersedih hiba. kalau kau agaknya terjun kolam terus..

    pastu lencun? hahaha..

    benda benda mcm ni aku dah selalu kena. dah boleh agak. cuma nak tgk permainan dia orang ni jer.. setakat mana dia orang nak bertegas dan bersikap kurang ajar...


    Hidayah : tu la pasal.. kalau kat tempat lain tu ok jer.. malaysia ni suka double standard...

    sri lanka eh... nanti bagi sample itinerary ya

    ReplyDelete
  15. Azra : aku quote bijik bijik dia ckp kat aku.. pastu dia pandang aku atas bawah dan tengok aku pegang kamera.

    nasib aku x hempuk dgn kamera.

    kang kepala dia tak pecah. kamera aku yang punah...


    Suraya : dia dah laju je lari lepas tau dia salah....

    tak sempat nak terajang

    ReplyDelete
  16. NanaT : jaket wak doyok tu kang pecah rabak kalau aku pakai..

    wak doyok tu slim.. lagi lagi misai dia tu org tau macam penghalau serangga... mesti tak kena halau punya... dia lak yang halau orang. hehehe


    Mya : busuk tu tak sangat la sebab tak sempat nak bau..


    Ali : aduh.. abang ali cakap omputih...

    gempa bumi sat tadi... heheheh


    NanaT : tu la aku gatal nak berinsta.. daha da lama tapi mcm tak aktif. nak aktif tak tau nak buh gambar apa..

    mcm tak hebat mana jer. tapi nanti la aku cuba aktif kan.. dan update kat toilet mana aku mengeram. heheheh

    ntah cemana dlm tu aku follow linda onn !!

    macam tak redha jer....


    Has : tu la Has. nak buat camno... lepas ni sangkut kunci kat leher siap siap la.

    orang kata peghak mcm org kampung pulak...






    ReplyDelete
  17. Beb : kau memang good la. tau semua benda. kau nanti gi la minum teh situ.. pastu feel2 ambik gambo dgn orkid..

    bagitau .. berbaloi ke tak..

    tapi mcm mahal aku rasa.. set tea dia rm48 mcm tu...

    kalau jenis yang minum banyak.. cemana??

    Pasal pak guard tu memang aku geram betul.. tak mcm guard di PLR atau TJR.. sini mcm ntah hapa hapa jer....



    ReplyDelete
  18. BK : aku nak buat mcm tu gak la. pakai singlet gi beli rumah banglo.

    tapi seriously aku tak mampu nak buat cam tu.. hehehe

    duit tak cukup...


    JM : sabar JM..

    nah ambik cortar ni. pegi pukul dia..

    * lari nyorok belakang pasu

    ReplyDelete
  19. Ok aku br phm wing2 tu..yg aku tgk aritu majestic wing rupenye.xtau plk tower wing tu.tu awal tu xbpe phm cite wing ko...klo ciken wing aku laju je phm..hehe

    Cun ahhh majestic wing tu tp aku seram klo tetiba duk situ, tgh mlm nmpk org kolonial duk kt tepi tingkp bilik ker.huhuhu

    Hahahaha potong btol tgk gmbar best2, kuar citer pak guard ko tuh..hahaha bagus ko buat aduan domba tu, kasik pgurusan train dulu staff depa...hotel sepuluh bntng, mntaliti staf 2 bntang jer.apekes.

    ReplyDelete
  20. DJ : kau tak faham? nmaksudnya mesti ayat aku adalah tunggang langgang..

    hahaha....

    suka la ko pikir bukan bukan. tapi memang scary gak la...

    kalau kau pegi bawak tahik siap siap. kalau guard mcm tu jugak. baling jer tahik tu kat depa...

    ReplyDelete
  21. Salam tuan.. Try duk impiana klcc club room.. Superb.. Makan non stop. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel lama kan? nampak mcm tak menarik.. nanti la ada masa leh try

      Delete