Pages

Monday, November 17, 2014

Jom Santai : The Majestic Hotel, Kuala Lumpur - Tower Wing : Part 1

Ini macam kerja gila.

Satu hari tu aku tidur dan bermimpi. Aku mimpi aku tidur hotel. Pastu receptionist hotel yang cantik lawa tu punya la baik hati, masa aku nak check out dia cakap.

"Encik boleh stay sampai pukul 10 malam"
"Ya ke? Kenapa?"
"Special untuk Encik"

* mati laaa ada dialog busuk dalam mimpi.

So dalam mimpi tu dia bagi aku extend bilik ni sampai 10 malam. So aku pun suka hati.

Apa aku buat adalah, aku sambung tido kat hotel tu. Syoknya. Syoknya.

Pastu tetiba tersedar. Tup tup. Tengok jam.

Alamak !!!!

Rupanya pukul 10 pagi ! Aku terlajak tidur dek kerana kata kata manis receptionist hotel ni. Dan hotel dalam mimpi aku tu adalah Majestic Hotel KL.

Bangun tu termenung jap. Bukan sebab nak ingat rupa awek receptionist tu tapi dok fikir nasib la hari ni hari cuti. Oh. Aku terpedaya dengan mimpi !!

Hari ni hari cuti............ jadi mau buat apa??????

Lalu datang idea gila.. check website hotel dan booking.

"Kemas beg, bawak baju mandi, kita pegi tidur hotel !!!"

Bagi arahan dengan tahik mata masih melekat. Dan cadangan itu mendapat tepukan gemuruh seantero benua.

"Kita nak gi tidur hotel ke Papa?"
"Yup..."
"Yey"

Pastu bertempiaran cari baju mandi la.. apa lah. Dia orang tu nak mandi kolam jer sebenarnya. Bapak dia ni je nak pegi checkidaut pasal awek receptionist tu.. Hehehe

Hotel yang menjadi pilihan

Sebenarnya hotel ni agak baru dan aku dah gi bukak puasa hari tu. Kali ni nak try stay pulak. Lepas makan tengahari kami ke KL..

Percutian santai yang tak jauh dari rumah. Aku suka jer...

Lokasinya berdekatan dengan Station Keretapi Lama KL tu. Tapak nya adalah di ambil alih daripada Balai Seni Lukis Negara satu ketika dulu. Bangunan tersebut di jadikan Majestic Wing dengan kegemilangan zaman colonial Inggeris dan terdapat satu lagi bangunan tower bersebelahan yang baru di bina.

Cari tak susah, tapi parking tak free !

Apa la punya hotel. Guest pun kena bayar RM 10 per exit !!!

Awal awal dah tolak markah.

Dah la masa aku park kereta depan lobby... bellboy meluru bukakkan pintu, anak anak aku kunci balik pintu sebab takut. Pastu bellboy nak angkut barang dalam bonet kereta.. satu hal lak ada adengan tarik tarik beg bellboy tu dengan OR.

Bellboy nak angkut.. tapi OR tarik balik tak bagi angkat sebab tu beg memang ada dalam kereta. Hahahahaha....  Jadi bahan lak aku gelak.

"Kau orang ni dah kenapa?"

Macam tu la kalau rombongan Cik Kiah ke hotel pive star !

Hotel Majestic KL Tower Wing

Ketibaan kami di sambut dengan pakcik pakai seluar kontot dengan baju zaman colonial

Lobby yang grand

Check in.... smooth sebab aku book thru hotel punya website

Dapat kunci bilik

Laluan ke bilik. Macam biasa aku mintak tingkat yang atas atas sikit sebab nak layan view

Bilik dia. Lawa. Bersih. Cantik dan Baru !!!!

Bilik air dia adalah superb !!!!

Katil adalah inzal tahap max. Lagi best bantal ada 8 !!!!

View dari tingkat 17

Dalam bilik

TV dan meja keja.. Bilik agak besar

Tapi in house punya makanan adalah max punya mahal. Kacang ni RM 24. Aku sorok awal awal takut budak budak nak makan

Bilik bersih dan furniture adalah agak hebat

Yang best nya.. bilik air ada TV. Budak budak terus berkubang sambil layan kartun kat dalam bilik mandi. Mak dengan Pak kesat airmata layan cerekarama.

Bangunan Station Keretapi KL di hadapan

Dalam fridge. Aku dah siap siap keluarkan semua takut budak budak memberontak. Tapi dia orang tak mahu tengok air pelik pelik. Macam biasa.. persediaan awal, beli air tin siap siap dan stock up dalam fridge hotel ni.

Santai untuk 2 hari 1 malam jer. Lepak lepak tanpa tujuan

Bathroom toiletteries adalah dari Crabtree & Everlyn. Aku rasa mahal gak tu. Pernah tengok kedai ni kat mall

Fresh flowers

In house magazine

Suasana malam berlatar belakangkan Kuala Lumpur

Ais untuk hilangkan dahaga

Pool dia.

Tu part 1. Aku share kelebihan kelebihan hotel ni yang aku nampak dengan mata kasar. Orang kata yang hebat tak semestinya sempurna. Dalam kehebatan yang di julang julang.. adakah kelemahan yang terlepas pandang?

Adakah berbaloi nak lepak hotel YTL tengah tengah kota ni tanpa berbuat apa apa?

Ney atau Yey?

Yang penting, adakah layanan dalam mimpi yang hebat tu dengan realitinya sama?

Nanti aku ceritakan.



Ceritakan padaku
Cerita yang terdahulu
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku

Ceritakan semua
Cerita kita cipta bersama
Kisah terindah pernah ku rasa
Selama pernah jantungku bernyawa
Berdua hanya kau dan aku

Andai ini hanya mimpi
Tinggalkan ku begini
Biar terus ku lena
Sampai kau tiba

Andai ku hanya bermimpi
Biar aku begini
Sampai ketemu lagi
Aku di sini menunggu mu selamanya..

bersambung.............

17 comments:

  1. Ohh abang meng,

    kenangan mengusik jiwa sangat hotel niiii...

    grand ballroom, dec 2013. ahaks. annual dinner gittew!

    BTW tengah duk carik2 hotel best2 nak stay sebab teringin nak tido ahaha..

    ReplyDelete
  2. bagus betul marketing hotel ni.
    sampai masuk dalam mimpi orang nak promote hotel depa hiks :D

    ReplyDelete
  3. mimpi jadi kenyataan...

    baguss sebab maintain exterior building ni..

    ReplyDelete
  4. bilik air dia best! boleh party buih lelama dalam tu :)

    ReplyDelete
  5. Uik... bangun dari mimpi terus pegi booking hotel ni? Bagus punya marketing depa ni.

    ReplyDelete
  6. Nih wish list gak nih. Tapi kat kl, so mcm nanti2 lah. Ahaks. Pnyudahnye tggl daki je tub tuh bru aku smpi kan? Eh bro yang pangkor laut promo tuh ada p ka? Itu kalu.. Pergh. Tapi iols anak kecik la. Dlm utan plak ytl yang itu. Takot. Uols anak dh beso buley lah.

    Katil n pillow segala jadah dia mmg anzal! Tapi lagi anzal bile tgk ur visitor skali masuk ade 22 org. Pergh beautiful nara ke apa ni? Jeles!

    ReplyDelete
  7. wah...boleh tido dalam bilik air...tido dalam bath tab...hi2

    ReplyDelete
  8. Bape harga semalam ni meng...kerlass ko dpt invitation mlalui mimpi...nasib receptionist comeyy yg jmpt dlm mimpi... klo pkcik guard zmn kolonial tu, xbgn2 tdo dah ko...hahaha

    ReplyDelete
  9. FJ : oh. mengimbau kenangan ek? makan sedap sini.. ballroom dia nampak oke jugak.

    nak duk hotel di mana tu? kl ke londong?


    Mya : tu la.. tapi kalau hotel korok yang masuk. aku tak pegi jugak kot..

    sebenarnya memang dah simpan angan2 nak gi usha sini. tu yang masuk mimpi kot


    Nohas : ya.. bangunan yang majestic wings tu memang masih yang lama. tapi kalau malam malam scary gak la.

    ni tower building.. yang baru kot. cuma letaknya celah celah tu. mcm pelik jer..

    ReplyDelete
  10. mrsS : tak leh berbuih sangat. sebab tak leh kunci. kang aku bogel anak aku terjah masuk..

    kalau honeymoong ok la ...


    Ali : sebab tak de apa nak buat. kalau x.. aku sambung tidur jer kat umah.. lagipun budak2 dah bising lama tak berjalan...

    belasah je lah..



    ReplyDelete
  11. Beb : aku yakin kau pasti suka. nanti pegi la sebelum tub dia berkulapuk dan bercendawan..

    PLR tu dah try hari tu nak repeat tapi fully booked lak. sebab tu aku ke tioman.

    nanti lain kali try lagi.

    ramai ek? kau jgn. aku kalau org ramai2 baca aku naik seram. kang aku tak selesa aku tutup je blog ni.

    blog ni utk org yang travel jer... huhuhuhu....

    anyway.. anzal = anzalna? kalau anzalna baca aku nak kasi tau..

    I LIKE U anzalna..

    * mati la gila

    MKL : sakit badan. x payah tido dlm tub. tido atas sofa dia pun dah inzal..


    DJ : hahaha. harga dia 400 lebih kot semalam siap dgn bfast. kalau book awal ok lagi la.. aku ambik bilik paling murah jer. sebab nak merasa.. hik2...

    kalau pakcik pakai seluar senteng tu masuk mimpi..

    aku sekang mata tak mau lena dah. takut dia masuk lagi....

    ReplyDelete
  12. Untung la Meng, weekend mewah sangat bersantai kat Majestic Hotel dengan keluarga tercinta. Betul, one of the setback hotel nie, kena bayar parking fees RM10. Siot gile! But lunch buffet dia sedap weii! Serious! Wide range of varieties.

    ReplyDelete
  13. wuyyooo. toilettries dia dari crabtree & evelyn. harus kau menrompak semuanya!

    ReplyDelete
  14. hamboii....dahsyat tau...mimpi tido Majestic Hotel terus booking tu nak ke sana..ahahaha...kalau mimpi ke bulan?

    Dgr nama hotel pun dh gerun..org2 keje ngan gaji biasa2, cukup makan cam JM ni x mampu lah nak stay kat hotel ni..sanggup lagi simpan tuk travel huhhu

    ReplyDelete
  15. Zara : sekali sekala.... memang dah lama menyimpan hasrat nak tido sini... feel feel. bila dpt seru tu... belasah je la...

    x try lunch. tapi dinner dgn breakfast dia memang poweresss., lazat.


    NanaT : ya betul.. aku pun agak2 je power. OR kata mahal. aku ckp la mahal.

    tapi masa nak balik memang dah bersih. so aku assume OR dah belasah siap siap.

    kami semua mandi dengan dettol jer..

    * nanges....



    JM : gaji biasa2 kalau menabung boleh la stay sekali dalam seumur hidup..

    cukup la tu..

    tak pe. nanti JM honeymoon kat hotel YTL jer.. x payah pegi jauh jauh.

    ReplyDelete
  16. Bodo lak aih kena bahan. Ye ye inzal. Eh rugi lah tutup. Humble beno haih. Nuh apa guna nuffnang reg klu takat cam blog aku 2,3 visitor. Pastu 4,5. Sodih weh. Naik pon singgit sbulan. JEM.

    Lupe nak bebel, crabtree tuh mmg mahal. Sebotol losen cecah ratus. Ko sempat curik x bwk blk? Harus!

    ReplyDelete
  17. Beb : ooh.. nak kumpul duit nuffnang ke? aku ni pun x de la banyak mana....

    maybe sebab semua silent reader kot. nuffnang tak dengar kat sini riuh rendah. tu yang dia x bagi aku banyak duit.

    blog kau tu oke dah.. janji selalu update...

    benda crabtree tu OR aku dah cilok la... aku x ambik port pun benda2 mcm tu....

    janji mandi ada sabun

    ReplyDelete