Pages

Saturday, November 22, 2014

Jom KPop : Caffe Bene @ Solaris Mont Kiara

Hari tu aku ada urusan di Solaris Mont Kiara.

Tak berapa suka pegi tempat ni sebab jem dan aku selalu sesat barat. Nak pegi ke Publika tu pun sampai le ni tak pegi pegi. Walhal aku tau situ banyak tempat makan yang inzal inzal.

Biasalah, pegi merayap sempat jugak snappy satu dua.

Area ni masa aku remaja dulu punya la macam jin bertendang.....

Tapi sekarang? Hmmmmmm... Kondo mewah sapa la nanti duduk sini. Macam sarang lebah tapi lawo

Bangunan Matrade

Ni di Solaris

Bangunan opis

Bangunan bangunan lain

But !

Satu yang menarik perhatian aku.

Masa aku pegi cari surau aku terserempak dengan cafe coffee ni. 

Tetiba ring the bell.

Caffe Bene !!

Aku pernah minum coffee dia masa kat Seoul dulu. Walaupun aku tak minat K Pop mahu pun cerita cerita Korea ni, tapi satu benda yang aku ingat pasal trip aku ke Korea dulu tu adalah kopi dia !

Memang sedap dan buat aku teringat ingat jugak lah. Dan aku pernah la terbaca dia orang ada bukak outlet coffee ni kat Malaysia tapi kat Sunway Pyramid. Tapi Sunway Pyramid tu jugak adalah tempat yang aku tak suka pegi. 

Tup tup sebab terjumpa kat sini aku pun tak melepaskan peluang la singgah dan beli sambil sip sip dan mengambil feel macam di Seoul dulu tu.

Ayuh usha kedai ni.

Caffe Bene. Terletak betul betul kat roundabout dalam Soho Solaris ni

Kopi kopian

Kek Kek-kan

Sila hoder. Sebab nak elak jem aku beli tapau jer

Macam biasa sempat je snap sana sini tanpa di kesan

Setting dalam kedai

Jajan jajanan

Ais kerim keriman

Di atas kaunter jualan

Menu menuan

Dalam kedai

Awak kat mano? Awak kat mano? Awwwak awwak kat mano?????

Menatang apa benda ntah ni

I love caffe bene

Yes !

I do love caffe bene based on masa aku minum kat Seoul dulu tu.

Masalahnya aku tak ingat aku minum kopi yang mana satu?

* bunuh semut banyak banyak.

Dan aku pun belasah lah main order latte ke apa benda ntah. Dan dengan riang lepas bayar RM 13 aku pun balik ke keta dan drive pulang.

Caffe Bene coffee. Minum sambil memandu dan merokok. Cas cas mewah.... 

Elok la sampai rumah air kopi pun abis

Dan memang bengap tahap tinja. Nak sangat minum kopi tak tau aku pernah minum yang mana satu dulu tu. Last sekali, minum kopi ni aku sakit kepala !

Aduh.

Sudahnya aku di serang denyutan di kepala dek kerana kopi ni.

Hish.

Solaris Mont Kiara
K-G-04, Solaris Mon't Kiara, No.2, Jalan Solaris , 50480 Kuala Lumpur.
Business Hours: 9.30am - 11.00pm

Wake up Meng !

Then aku realized, aku cuma boleh minum kopi Ali Cafe jer... 

"Sorry Ali.. bukan salah aku.. Aku terpedaya dengan pujukan si Tipah. Tipah yang bersalah"

* tunding jari kat Tipah.

"Maafkan Tipah... Abang Ali.... Tipah cuba menduakan Abang Ali now Tipah dah dapat balasannya..."

* picit picit kepala sambil tolak Tipah masuk gaung.

"Rasakan pembalasannya Tipah !" Ujar Abang Ali.

Layan lagu OST Ali Setan.



Betapa kasih
mengunung harapan
Berderai jua di pertengahan
Sebutir embun kusangka permata.
Hilang kemana.

Tiada kuduga hanya sementara
Kebahagiaan yang dikecapi Datang rintangan meragut segala
Hampalah hati..

Perpisahan
tiada mungkinkan terjadi
andainya kau dapat bersama
dan mengerti…

Tapi sayang…
kau terlalu turutkan hati
tanpa memberi kesempatan aku menjelaskan
Apa gunanya ku mengharap lagi 
sedangkan engkau terus membenci
segala harapan menjadi
debu dalam hati…

16 comments:

  1. Waahhh dah ada IG ... terus follow !!!

    Hehehehehhee

    ReplyDelete
  2. Caffe Bene! Wow pernah makan dan minum sewaktu di Seoul dahulu, memang terbaik hehehe

    ReplyDelete
  3. tak suka coffee, tak suka cerita korea...suka filem ali setan.

    ReplyDelete
  4. Yeahh caffe bene yg dirindui ado kt mesia,dh...tp xpi pun lg sbb mcm kurg feel korea minum kopi kt sini...hehe nkpi seoul!huhuhu

    ReplyDelete
  5. solaris mmg kaw. jajahan korean..thehhe..muka dorang je kat situ..vanilla latte thorbaek kalo kat seoul le..bleh2 cuba!! nway...salam kenal! ^^V

    ReplyDelete
  6. kat penang ade ni.. tapi x pernah terfikir lak nak try..

    selepas abam meng buat iklan tak berbayar ni.. terus rasa nak try...

    ReplyDelete
  7. itulahh..cannot drink n drive maa..hehe..

    cafe benne ada di Jaya Shopping Centre Section 14 PJ..mall baru buka..

    ReplyDelete
  8. hahaha!!! ahaa sedap ke rupanya? almaklum tak penah gi seoul. hehe.

    haritu gi solaris pandang je tapi tak masuk. nanti boleh la masuk!

    ReplyDelete
  9. Tak penah jejak solaris ni... Tapi cafe benne aku suka minum kalo kat seoul... Kene ngan my taste... Roti empat segi yg ade cheese kat atas tu sgt sedap

    ReplyDelete
  10. wah...dalam tunggu oder tu sempat snap byk pic tu..

    kalau si BibiErr tahu nih..mesti lompat girang

    ReplyDelete
  11. Aku tak suka coffee tp rasa nak gi...ni kes rindu ngan kpop...tima kasih kasi tau tpt ni

    ReplyDelete
  12. Minum kopi tanda pening kepala adalah kandungan kafiennya terlalu tinggi kot Meng. Kesian Tipah... tak pasal dah kena (Ujar Abg Ali sambil ketawa gembira!) Minum tongkat Ali je la Meng... tak payah nak berjiwa Korea sangat hihihi... larikkkkk...

    ReplyDelete
  13. Ghaz : hahahaa.. wayang jer tu.. esok esok senyap la IG tu.. lupa dan bz nak update..

    feel dia tak sama mcm ada blog.


    RF : haaa kau tak payah pegi jauh jauh. now dah ada di tanah malaya ni...


    NasaM : abang ali???


    DJ : keinginan melampau eh... tak per.. kau tu confirm repeat la tu nanti korea

    ReplyDelete
  14. Miss : ya betul. mcm banyak gila kedai2 bertemakan korea di situ..


    BS : kau pegi la. kalau tak sedap jangan marah aku...


    Nohas : ya.. dah pun pegi skodeng....


    GB : silakan .. sila.... kedai dia ujung sekali kat rounadbout tu...

    ReplyDelete
  15. Azra : aku confirm kau akan suka solaris ni..

    silalah berkunjung ke sannnnaaaa...


    JM : biebier tu mesti dah jenguk tempat ni punya....

    JM pun ntah2 dah pegi kot.. ahaha.. dah jatuh cinta dgn korea blom?

    ReplyDelete
  16. Liza : tak payah ode kopi. banyak benda lain gak kot.

    pegi pose pose lawa je situ pun okeh.


    ali : aku setuju..

    tak dapat di jiwai.. last2.. pening kepala...

    ReplyDelete