Pages

Saturday, October 25, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 23 - Tokyo : Odaiba

Last minit aku buat keputusan untuk menukar perancangan aku daripada menjejak Tokyo SkyTree dan sebaliknya aku terus ke Odaiba.

Sepatutnya plan asal aku akan ke Odaiba ni petang esok. Tak kisah lah. Janji kalau travel sorang sorang ni nak buat plan ikut celah mana pun, tak de sapa yang pedulik. Dan aku tak de sebarang reason pun tukar plan ni. Tetiba je terasa nak pegi Odaiba hari ni.

Dari Ueno Station aku ambik train JR Yamanote Line ke station Shimbashi. Dari station Shimbashi, cross jalan untuk ambik train laluan Yurikamome Line ke Odaiba. 

Line ni adalah tidak covered by JR Pass. So kena bayar sendiri. 

Yang menariknya, line ni adalah elevated, maksudnya dia bukan la laluan subway. Jadi melayan view di sepanjang perjalanan dalam train ni adalah sangat menarik !

Tambangnya adalah 320 Yen dan masa perjalanan lebih kurang 15 minit.

Naik train, jangan lupa ambik port kat depan...

Bila train bergerak boleh usha bangunan bangunan

Kotaraya Tokyo di bahagian selatan

Laluan Yurikamome Line ini akan merentas Rainbow Bridge yang terkenal di Tokyo Bay ni

Aku memang dah lama teringin nak tengok Rainbow Bridge ni, masa datang dulu tak sempat ke sini ...

Perjalanan dari station Shimbashi merentas Tokyo Bay dengan laluan di atas Rainbow Bridge akan membawa kita ke kawasan Odaiba.

Odaiba adalah kawasan membeli-belah dan hiburan yang popular di atas pulau buatan manusia di Tokyo Bay. Daiba bermaksud kubu yang telah di bina pada asalnya di kawasan ini bagi melindungi serangan dari laut.

Dari sebuah kubu kecil ini, pulau pulau kecil yang lain didirikan dengan cara menambak tanah untuk tempat pelupusan sampah. Sewaktu pembangunan bandaraya Tokyo menjadi semakin pesat, pulau ini dibangunkan menjadi kawasan kediaman dan perniagaan futuristik iaitu sekitar tahun 1980-an. Sekitar tahun 1990an pembangunan Odaiba tergendala disebabkan keadaan ekonomi Jepun yang merundum. Namun, selepas tahun itu, banyak hotel hotel di dirikan dan pusat perniagaan serta hiburan yang menjadi destinasi tumpuan pelancong ke sini. 

Decks. Shopping mall

Sedang elok, aku bajet untuk sampai di sini dan layan sunset.

Masa tu matahari dah mula condong berlatar belakangkan bandaraya Tokyo di kawasan selatan.

Sunset di Tokyo Bay

Pantai buatan di Odaiba

Bangunan Fuji TV

Decks Tokyo Beach Mall  yang menjadi tumpuan beli belah

Aku tak de plan pun nak merayau dalam mall mall ni semua sebab bajet dah nak sunset so aku nak layan sunset je. Tapi perut agak lapar, so aku cari Mc Donald's. Ada nampak sign, tapi melilau lilau mencari kat mana. Rupanya belah bawah dan arah belakang Decks ni.

Sempat la aku tawaf secara rambang dalam mall ni.

Joypolis

Tetiba jumpa Madame Tussauds Tokyo dalam ni

Aku tak de plan nak masuk tapi bila lalu je depan tu, ramai lak awek awek phewit kat aku.. * mati la perasan

Antaranya Marlyn Monroe dan jugak akak Gagak ni

"Meng.. u datang jumpa iols ni.. ada tak bawak belacan yang iols tempah tu?"
"Tutup aurat dulu.. baru aku bagi belacan tu"

Dalam Decks Tokyo Beach Mall ni jugak ada Legoland Discovery Center

Kat bahagian belakang Decks Tokyo Beach Mall ni ada ferries wheel dekat dengan pallete town.

Dan aku boleh lupa nak pegi Diver City nak check Encik Gundam !!!!

Argh. Stresss.

Asyik masyuk nak layan sunset sampai terlupa kat dia.

Rombongan sekolah membuat lawatan

Selain daripada Rainbow Bridge yang aku nak tengok sangat, replica The French Statue of Liberty ni jugak dah tersimpan dalam wishlist aku untuk di skodengi.

Tapi nama pun replica, so kecik je lah statue ni. Tak macam di New York yang siap boleh naik sampai kat crown dia tu.

Statue ini di bina bersempena dengan 'French Year in Japan' pada tahun 1998-99

Kalau dia boleh bercakap, dah lama dia meraung sebab lenguh angkat obor tu...

Bangunan Fuji TV dan AquaCity. Another shopping mall

Dengan angin sepoi sepoi bahasa Jepun dan sesekali menderu memukul mukul ke wajah.

Aku makan Mc Donald's dengan teh panas sambil layan sunset over Tokyo Bay !

Layan............

Rainbow Bridge

Tokyo Bay

Viewing Decks.. ada kerusi kerusi di sini. Ramai jugak yang dah siap sedia dengan kamera untuk ambik gambar. Dan tak lupa yang bercanda ria feeling feeling romantika di amor

Sunset

Mentari mula menghilang di balik bangunan pencakar langit

Hotel Nikko yang terletak di Odaiba

Senja menghilang

Arca orang lari dari rumah?

Memula masa makan Mc D tu aku duduk kat atas deck yang disediakan tu. Tapi sebab orang makin ramai dan masing masing macam nak monopoli tempat macam tak nak bagi orang lain layan pemandangan, jadi.. aku turun ke bawah je lah.

Pegi ke gigi gigi air....

Tu viewing platform kat atas

Ni turun di tepi air

Di sebelah kanan

Aku jumpa port menarik atas batu tu. Aku duduk lepak atas tu je lah sepanjang masa selepas tu...

Dan ini view di depan mata....

Menarik. Tu je la yang aku dapat katakan momen momen layan sunset dan melepak di kawasan ni. Momen momen yang sangat beerti !



Ku tak sanggup lagi menyimpan perasaan ini
Rasa ini sungguh menyiksa ku
Kau curi hati ku, rasa cemas tak menentu
Aku telah jatuh cinta kepada mu

Aku ingin memiliki mu
Aku terlanjur mencintai mu
Kau yang membuat aku bahagia
Bagi ku kau sangat bererti

Kau curi hati ku, rasa cemas tak menentu
Aku telah jatuh cinta kepada mu

Aku ingin memiliki mu
Aku terlanjur mencintai mu
Kau yang membuat aku bahagia
Bagi ku kau sangat bererti

Aku ingin memiliki mu
Aku terlanjur mencintai mu
Kau yang membuat aku bahagia
Bagi ku kau sangat bererti

Lama sudah aku mencari
Insan yang tetap untuk ku cintai
Hanya kau yang membuat ku bahagia
Bagi ku kau sanagat bererti
Kau sangat bererti

Best duduk sini dengan angin laut pastu tengok sunset dan area Tokyo Bay ni. 

Aku rasa tempat ni sangat meruntun kalbu. Duduk.. lepak dan layan perasaan. Ada sorang minah salleh duduk kat batu berdepan dengan aku. Memula aku nampak dia baring, pastu bangun. Pastu menyanyi. Pastu ambik gambar....

Saling tak tumpah macam apa yang aku buat ! Hahahaa. Cuma dia tak hisap rokok jer.

Saat saat macam ni bila kebosanan melanda.. bosan tapi OK. Sendiri tapi tak sunyi !!!

Dah senja

Rainbow Bridge di Tokyo Bay ni adalah jambatan 2 tingkat yang menghubungkan Odaiba dengan kawasan Tokyo yang lain. Jambatan ini menjadi laluan expressway, train line yang connect ke Odaiba dan juga pedestrian walkways along both sides.

Dan.............. aku pun tak tau mana datang idea, aku ingat bila malam je, lampu lampu di Rainbow Bridge ni akan bertukar menjadi kaler pelangi ! Maksud aku macam banyak banyak kaler yang berwarna warni sesuai dengan namanya Jambatan Pelangi.

So aku menunggu lah. 

Tokyo Tower di belakang Rainbow Bridge

Rainbow Bridge. Bila malam menjelang nampak banyak bot bot bawak orang dinner atas bot sambil menikmati suasana Tokyo Bay ni

Dan aku terus menunggu dan menunggu.

Kaler dia lebih kurang sama je. Putih macam tu. Tak de pun kaler hijau. Jauh sekali nak jadi kaler macam pelangi.

Tapi aku dok pujuk pujuk diri sendiri.

"Maybe dia macam light show. Pukul 8 kot"

Tunggu lagi. Sampai pukul 8.

"Eh.. Kul 8.30 kot"

Tunggu lagi...

Sudahnya sampai kol 9. Aku patah hati ! Memang tak de kaler kaler betukar. Kaler tu je lah dari awal malam sampai ke tengah malam. Sesekali ada la lampu illumination berkelip kelip tu tapi tak de la nampak kebaboo sangat.

OK. Aku agak kecewa sebab aku spend banyak masa menunggu lampu lampa tu. Tapi hampeh.

Rainbow Bridge dan Tokyo Tower

Sudahnya memang tak de.

Layan je la gambar gambar yang ada.

Statue of Liberty di malam hari. 

Tokyo Bay

Dah malam

Tipah tertipu.... Tipah ingat dia tukar tukar kaler...

Dan sebab kekecewaan itu.. ( sebenarnya takde sangat kecewa ) tapi sebab cuaca menjadi sejuk gila malam tu, so aku dah lupa nak pegi usha Encik Gundam.

Terus je aku ke station Daiba, ambik train balik ke Shimbashi. Dari station Shimbashi, ambik Shinkansen terus balik ke Yokohama.

Settle satu hari, hari ni.

Esok masih ada satu hari lagi nak spend kat Tokyo ni !

bersambung........

16 comments:

  1. oh mr.meng, how can you forget about that kakkoii to dekkai no Gundam-san? mesti dia terasa X3

    ReplyDelete
  2. penantian satu penyiksaan..tapi takpe, gambar2 rainbow bridge tu..day n night..sgt awesome esp yg with Tokyo Tower..

    ReplyDelete
  3. alamak.. yang tukang bace ni pulak yang frust jambatan pelangi tak tuka warne! hahahah

    ReplyDelete
  4. Plain : aku rasa dia kecik hati dgn aku.

    tapi aku pasrah. insya allah. kalau ada jodoh kami pasti bertemu.....

    * pose pose sebelah doremon.


    Nohas : tu la. kecewa gak la menahan sejuk...


    LP : rupanya dia tukar kaler dlm bulan 1 je rasanya..

    pentipu......


    ReplyDelete
  5. aik camne tu? maksudnye setiap bulan laen2 kale ke..?? hahaha.. pape pon saba je laa kan..

    ReplyDelete
  6. LP : bukan. bulan 1 jer dia berpelangi.. sempena perayaan apa benda ntah..

    rainvow di hati ku

    kot. hahahah

    ReplyDelete
  7. Samala! Last year masa pergi sini boleh terlagha dengan pokok sakura kat tepi laut tu..
    Pastu boleh balik saje lupa nak gi amik gambar ngn En Gundam! Sob sob.. sedih tak terkata masa tu Y_Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. menyesal tak sudah.

      nak repeat setakat nak gi jenguk encik gundam tu mcm tak berbaloi je. nanti la... kalau ada rezeki mesti mampu berjabat tangan !

      Delete
  8. Assalamu'alaikum
    Boleh tau gak pakai kamera apa? Foto nya bagus bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam.

      Canon 550D.. dah tak de di pasaran kot. so outdated dah. hehehe

      Delete
  9. Kami akan mencari Mr Gundam semasa winter nanti...

    ReplyDelete
  10. Supermeng Malaya....entah kali ke berapa melawat di sini.

    ReplyDelete