Pages

Tuesday, October 7, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 05 - Takayama : Sanmachi Area

Morning !!!

Pagi hari ke dua di bumi Jepun. Hari ni aku akan meninggalkan bandar Nagoya dan memula langkah memperkosa JR Pass aku untuk menjelajah.

Bangun. Siap siap dan terus check out. Jalan kaki dalam cuaca yang agak sejuk sambil pikul beg ke Nagoya Station yang mana di sana nanti aku akan ambik train ke Takayama. Destinasi kedua aku selepas Nagoya.

Suasana pagi di Nagoya Station

Semalam lepas exchange voucher JR Pass tu, aku terus pegi reserved seat untuk ambik train ke Takayama ni jam 9 pagi. Memula nak ambik kol 8, tapi dah penuh. 

Sampai kat station terus ke terminal train untuk naik JR Ltd Exp Wide View Hida. Wide View Hida ni merupakan limited train yang menghubungkan Nagoya dengan Takayama. Namanya pun wide view so train dia menggunakan tingkap yang agak luas lah sesuai nak tengok persekitaran di luar sebabnya train Nagoya ke Takayama ni adalah antara scenic train yang terdapat di Jepun ni.

Perjalanan covered by JR Pass. Tak perlu risau risau lagi dah.

Jarak masa perjalanan adalah 2 jam setengah !

Train yang berwindow lebar tu

Agak kelakar naik train ni memula sebab dia bergerak secara berundur. 

Tapi dalam train tu dia siap bagitau, seawal perjalanan dari Nagoya Station sampai ke station mana ntah, train memang jalan mengundur. Nanti sampai ke station yang satu tu baru la dia jalan ke depan balik semula. So jangan panik dan terjun dari train fikir train ni cuba menculik kita.

Cuma pening pening lalat kejap jadi nya.

Dalam train bergerak secara berundur meninggalkan Nagoya Station. Kejap je, adalah 2 station.

Masih di sekitar Nagoya lagi ni

JR Travel Guide. Ni dapat free masa beli JR Pass.

Tak de apa yang boleh di buat dalam train sebab awal awal tu view biasa biasa je. So aku dok melayan baca Travel Guide JR ni. Bagus jugak beli tiket online ni siap dapat buku lagi. Ada banyak guideline dan suggestion yang boleh kita follow. 

Tapi buku ni meant for traveller from Europe. Tak de beza sangat sebab aku pun dari Italy kan?

* cough cough

Duduk dalam train layan perasaan, sampai la tengok kat luar pemandangan agak berbeza. Kalau tadi di Nagoya nampak banyak rumah rumah dan kebun kebun orang, tapi kini dah macam masuk kawasan hutan. Suasana yang cukup berbeza dan boleh di katakan lawa.

Memang lawa.

Bukit bukau menghijau

Ni dalam train Hida View ke Takayama. Tak ramai sangat orang

Lagi view di perjalanan

Sungai yang mengalir lesu dengan kehijauannya

Menyegarkan pandangan mata

Tenang sungguh kawasan gunung ganang di central Japan ni

Sebahagian daripada Japanese Alps. Bayangkan kalau autumn ke mesti kaler daun merecik recik kat sini

Tempat penginapan di lereng bukit

Lebih kurang 2 jam setengah perjalanan akhirnya train berhenti di station Takayama. Ini la destinasi aku hari ni.

Tujuan aku ke sini asalnya sebab aku nak ke Shirakawago. Memang kalau nak ke sana, kena naik train sampai Takayama dulu then ambik bas ke Shirakawago.

Cuaca agak sejuk time tu. Maybe sebab Takayama ni dikelilingi oleh kawasan gunung ganang Central Japan dan suasana masih dalam winter walaupun dah bulan 4. Cherry pun masih belum berputik lagi di kawasan ni.

Tourist Info Center depan Takayama Station

Station keretapi Takayama

Sebaik saja sampai di area Takayama Station tu, aku bergerak terus untuk cari penginapan aku.

Sebab aku memang terpaksa bermalam kat sini, so aku dah book J Hoppers Hostel kat Takayama ni. Pekan Takayama ni tak de la besar mana, so semuanya lebih kurang boleh jalan kaki jer. So berpandukan peta hostel yang aku dah siap print, aku menapak.

Pekan Takayama ni agak laid back sikit

Cafe cafe western yang ada di Takayama

Lebih kurang 10 minit berjalan kaki, akhirnya aku jumpa la hostel aku tu.

Hah. Lega. 

Malangnya, waktu masih pagi lagi so tak boleh nak check in. Aiyooo. Tersadai sekali lagi. 

Actually masa aku booking hostel ni, dia orang ada email pasal pakej ke Shirakawago tu. Kalau beli thru hostel ni ada diskaun sikit. So aku dah book siap siap. Cuma masa tu aku bagitau dia aku tak sure sampai pukul berapa di Takayama ni.

Setiap hari ada ada 2 set tour ke Shirakawago ni. Satu pukul 8 pagi dan petangnya pukul 2 petang. 

Sebab aku tak yakin, so aku book yang esoknya pukul 8 pagi. Tapi since aku sampai awal, aku nak mintak la tukar kot aku boleh join yang petang tu pukul 2. Tapi tak boleh. Jenuh budak hostel tu call tour operator tu tapi trip hari tu dah fully booked.

Jadi, confirm lah aku akan tersadai petang ni di Takayama.

Since aku tak tau nak buat apa, so budak hostel tu suggest aku pegi jalan jalan kat Sanmachi area, Takayama Old City. So aku pun keluar semula gi la merayap jalan kaki. Takayama ni memang tak besar, pusing pusing pun kat situ jer. Memang ramai nampak mat salleh kat pekan ni, aku assume memang semua orang nak ke Shirakawago la tu. 

Tapi, pekan Takayama ni walaupun tak de la popular dan menjadi tourist attraction, tapi ada la benda benda yang menarik jugak untuk di jenguki terutamanya di kawasan Old Town tu kerana di bahagian ni banyak lorong lorong kecil dengan bangunan style Jepun yang lama. Sejak dari zaman Edo lagi.

Macam dalam cerita Rin Hani Koma dan Oshin tu la..

Dan setiap tahun, ada satu perayaan yang di namakan Takayama Festival yang mana time tu memang ramai orang datang ke sini.

Kedai kedai cenderamata

Red Nakabashi Bridge yang terkenal di Takayama ni. Sebenarnya ada banyak jambatan kat sini dan semuanya kaler lain lain, tapi yang ni paling glamer sebab masa festival tu nanti, dia orang akan berarak melalui jambatan tu.

Old City, Takayama

Kedai kedai

Lorong sempit tapi ramai orang

Aci jugak kalau nak ronda ronda naik beca ni

Petunjuk jalan in case tak tau nak ke mana

Berhenti kat kedai runcit ni beli air dan kerepek Jepun tu. Apa nama ntah tapi sedap !! Macam bepang tapi rasa cheese

Tetiba terjumpa Takayama Museum of History and Art

Aku masuk sebab nak tumpang kencing ! Nasib la FOC jer

Tak de apa yang menarik pun kat muzium tu.

Orang kalau datang pun, masuk kejap melilau pastu keluar balik. Kesian pekerja dia bersungguh sungguh nak memikat hati orang masuk tengok. Muzium macam sunyi sepi jer. Tapi dah nama muzium kan? Ada ke muzium meriah macam pasar? Hahaha

Tapi yang syok nya. Jalan jalan kat kedai kedai bangunan kayu tu dan tengok dia orang jual macam macam.

Kerusi macam ni pun ada

Suasana yang agak berbeza

Bangunan bangunan yang lama.

Abang beca Abang beca di tengah jalan

Sampai jugak di jambatan merah yang menjadi ikon Hida Takayama ni.

Masa aku sampai kat sini tetiba cuaca nak hujan.

Tanda kat jambatan tu

Nampak tak bangsal kayu tu? Haa kat situ la aku berlindung. Siap baring baring lagi. Hahahaa

Takayama Jinja. Bangunan kerajaan lama yang masih di preserved. Tapi nak masuk kena bayar. Malas aku nak masuk !

Sebabnya, hujan makin lebat !

Tersadai aku kat bangsal kayu tadi tu. Dah la sejuk. Nasib ada bekalan bepang tu. Sedap jugak aku kunyah melapik perut.

Dalam kepala otak dok fikir. Mana lagi aku nak pegi ni? Rasa macam dah abis aku khatam Takayama ni dalam waktu yang sekejap ni. Ini je pun yang ada..

Argh.. Terus rasa tak best sebab hilang punca.

Aku macam fikir nak ambik Shinkansen ke Kanazawa dan Toyama. Kat sana ada park yang cun jugak la untuk di lawati. Tapi fikir fikir dan bajet sendiri, kalau aku ke sana 2 jam, nak lepak sana pastu nak balik semula ke sini.. Hmmm takut tak sempat jer.

Buntu.

Sudahnya aku garu kepala sendiri lagi.....

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Mati kutu !

Hujan makin lebat. Aku berteduh kat bangsal kayu tu merenung hujan turun dalam suasana penuh kedinginan.



Hujan - hujan t'lah datang lagi
Dingin - dingin menyiksa diri
Bantal dan guling sebagai saksi
Sudahlah dingin daku sendiri
Ku panggil kau tak menyaut
Akan menjerit tak sanggup lagi
Aku menangis lagi

Hujan membuka cerita lama
Sepayung kita berdua
Bermesraan ditengah hujan
Hujan yang kini daku sendiri
Rindu makin menyengat
Bantal dan guling makin ku dekap
Dan kupeluk erat

Petir seakan merengutkan
Putusnya tali ikatan ho...
Kasih kini berpaling pada yang lain
Bukan denganku kawan bersanding
Kan kugapai lagi tak mungkin
Hujan seakan di curahkan
Dingin dan gelap mencekam ho...
Malang sudahlah dingin tiada berteman
Hati sepi kubawa mendekam
Matapun tak mau memejam
Oho mendesis dingin dan hujan
Oho menangis ku kesepian
Oho mendesis dingin dan hujan
Oho menangis ku kesepian

Terbayang jauh kau disana
Berdekapan dengan sidia
Semakin dingin semakin mesra
Sedangkan daku kini sendiri
Membeku rindu dihati
Rindu nan tiada pula bertepi
Dan tak jua berhenti
Dingin ... dingin ...dingin ... dingin

bersambung............

6 comments:

  1. Nampak sunyi je pekan takayama ni, bang! Ada uniqlo tak kat c ni :-)

    Apa? Memperkosa Jr pass? Kasihan dia insan x berdosa :-)

    ReplyDelete
  2. JM : perkosa lite2 jerr...

    sunyi dan sepi sebab ujan. ada je org berbondong2 tapi berteduh kat muzium la, kedai la..

    uniqlo? tak der.. mall pun tak de rasanya..

    ReplyDelete
  3. oooo ko beli dari hostel eh tour bus tu...ok...aku harap kaler merecik2 la nanti bila aku pi..

    ReplyDelete
  4. Biq : yezza....

    nak merecik kena pegi park la kot sebab shirakawago ni mcm bendang jer.. pokok jauh jauh ke tepi kat lereng bukit tu jer

    ReplyDelete