Pages

Tuesday, September 2, 2014

Pulau Besar, Johor

Aku memang suka pulau. Bagi aku pulau tu tempat istirehat yang paling best. Dengan bunyi ombak menghempas ke pantai, angin menderu, nyiur mengilai melambai dan ketenangan laut biru bisa mengamit kedamaian dan ketenangan.

Kalau dengar nama Pulau Besar, ramai yang meng-associate-kannya dengan Pulau Besar di Melaka. Tapi tahukah anda dengan Pulau Besar yang terletak di Laut China Selatan?

Pulau Besar atau nama surat beranaknya Pulau Babi Besar terletak di perairan Mersing, Johor.

Layan dulu gambar dan suasananya.....

Pulau Besar

Kapal Layar. Mersing di bahagian belakang

Pulau Besar Mersing


Terletak di perairan Mersing, Johor kira kira 20 minit dengan menaiki speed bot dari Jetty Mersing. Tambang speedbot RM90 return. Kanak kanak RM45 return.

Cara nak pegi?

Cara nak pegi

Sebaiknya, confirm dulu dengan resort dan nanti dia orang bagi tau jadual perjalanan bot etc. Sebabnya setiap resort ada bot tersendiri dan kena ikut jadual bot mereka juga.

Ada few resort di Pulau Besar ni. 3 yang terutama adalah Aseania, D Coconut dan Mirage. Ada jugak perkampungan, chalet kampung dan khemah tapi yang ni macam payah sikit nak buat arrangement upfront sebab tak de contact number.

Paling best kalau dapat sewa rumah kampung dan stay kat situ. Mungkin boleh jadi options untuk backpackers lah cuma nak contact tu tak de nombor telefon. Kira kena gamble pegi dan walk in buleh la kot.

Layan sedikit gambar lagi.

































Walaupun nama dia Pulau Besar tapi tak de lah besar mana. Boleh jalan kaki ke belah kanan dan kiri pulau dalam 3km stretch. Tapi belah belakang masih belum boleh di access sebab tak de laluan. Jungle tracking boleh lah kot. Ada site kapal terbang Jepun terhempas tapi aku tak jumpa cari. Rasanya belah belakang pulau.  

Not much activities ada tersedia, tak de jugak motorized sport so kalau setakat nak relaks memang ini la tempatnya. Aman damai sentosa. Tak ramai sangat tourist dan masih terpelihara alam semulajadinya. Sesuai nak mandi manda dan air pun boleh tahan cantik. Budak budak suka main pasir.

Ada perkampungan jugak di sini, so ada lah 1 gerai makan, kedai runcit tapi tak de lah banyak barang.

Resort range 2-3 stars ikut kemampuan. Bekalan air bersih ada, letrik ada cuma ada blackout sekejap untuk tukar generator ( depends pada resort )... Chalet kampung pun ada tapi kena usaha buat arrangement sendiri lah. ( aku tak explore ). Kalau lagi power.. buleh camping jer. Ada surau kat situ.. boleh la pinjam guna air.

Anyway, Pulau Besar is a perfect place for relaxing ! 

Highly recommended for short weekend getaway !!! Pegi lah. Pasti tak menyesal separuh/sepenuh nyawa.




Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

10 comments:

  1. cun view... sini ada monyet tak? aku agak stress laaa kalo pi pulau yg ada gerombolan monyets... *ada pengalaman buruk kena kejar dgn monyets* lol...

    ReplyDelete
  2. Panggilan Pulau ....

    Memang benar ... pulau dengan hembusan bayu dan daun nyiur melambai lambai .... membuat hati terpaut dan tersangkut ...

    Paling seronok kalau duduk di Resort yang 5 stars ... makan minum ... arrrgghhh terasa nikmatnya

    Seronok tgk gambar gambar Meng !!!!

    ReplyDelete
  3. Seumur hidup belum sampai lg hajat nk pi cuti2 lambaian pulau.
    MIL selalu tunjuk muka "you know what".. dia takut anak cucu dia "you know what".

    So.. tumpang jeles saja la ya..

    ReplyDelete
  4. Plain : serious aku tak jumpa sekor pun monyet. so aku rasa pulau ni bukan la tempat mereka bermastautin.

    atau mereka sudah berhijrah ke lain demi kehidupan baru yang lebih cerah.


    Ghaz : terima kasih.

    betul gak tu. kalau gi pulau boring2 asyik nak makan je la keje nya..

    tak de resort 5 star sini.. kalau nak mcm tu kena pegi pulau lain lain la kot...


    SAR : pulau pinang?

    ReplyDelete
  5. X de kemudahan tuk snorkeling lh ni eh, naik banana boat ke parasailing ke. Ishh klau lah jm ada partner travel nk pegi semua tempat yg habang meng shara kt blog ni

    ReplyDelete
  6. JM : ada ! ada kiosk bawak gi snorkelling.. tapi kalau by group ok la kot. dia bawak gi pulau2 berdekatan rasanya....

    nanti ada partner buleh la JM terjah pulak..

    boleh honeymoon kat pulau besar nih

    ReplyDelete
  7. pulau babi besar? seb baik takde babi hehehe...

    mcm byk tempat lak aku nk terjah johor ni cis...

    ReplyDelete
  8. Biq : babi dah pindah randah .... kehidupan mereka sudah tidak agak aman di sini.

    agaknya laa...

    johor besar beb.. banyak tempat x abis explore.

    ReplyDelete
  9. Kalau nak pergi redah camping kat situ, tapi boat nak naik cemane? kate boat kena beli sekali pakej resort. Hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ramai boleh cari bot kayu/nelayan suh hantar tapi tu la kena tanya2 orang.

      kalau setakat nak tumpang bot resort tu ok je.. bayar harga bot je la.. tak payah stay resort dia org...

      Delete