Pages

Thursday, September 4, 2014

Mersing, Johor

Kalau nak ke pulau pulau di perairan Laut China Selatan di negeri Johor khususnya, kena naik bot di Jeti Mersing. 

Banyak pulau pulau terdapat di perairan Mersing ni. Ada yang berpenghuni dan menjadi tarikan pelancong dan ada jugak yang sunyi sepi. Bot bot ke pulau pulau seperti Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Tengah dan termasuk Pulau Besar terdapat di Jeti Mersing.

Berkesempatan ke Pulau Besar, aku cilok pusing pusing pekan Mersing yang glamer satu ketika dulu dengan kisah Sri Mersingnya.

Moh layan gambar jer.

Ini salah satu sungai di Mersing

Sungai Mersing

Berikut adalah gambar gambar sekitar bandar Mersing yang tak berapa maju ni. Tapi percayalah, keindahannya masih terpelihara !

Kuil Hindu

Pekan Mersing... 10 minit top pusing dah abis

Chinese Temple

Roundabout Mersing dengan tulang ikan

Masjid Daerah terletak di atas bukit

View pekan Mersing dari atas bukit Masjid

Dan ini pulak adalah gambar di Pantai Bandar Mersing.

Pantai tak berapa bersih dan tak boleh mandi manda. Cuma boleh cuci cuci mata jer.

Pepohon kelapa

Agak damai di sini

Pantai yang landai tapi tak berapa bersih

Sang kelapa

Kelapa lagi

Pantai Mersing

Tetapi... kalau nak mandi manda, boleh ke salah satu pantai yang agak glamer di sini iaitu pantai Air Papan. Terletak kira kira 8 KM dari bandar.

Ada sawah tinggal

Pantai Air Papan

Pantai landai dan air agak OK untuk mandi

Pastikan ombak tak ganas sangat

Pantai yang panjang juga. 

Anak anak aku seronok main pasir sini. Tak puas main pasir di pulau

Ada chalet murahan dan kemudahan tepi pantai di sini

Senja berlabuh

Bye Bye Mersing............



Pantai Mersing
Pantai Mersing kuala lah Johor
Pantainya bersih sudah termashyur

Hati lah rungsing dapat dihibur
Patah di hati jiwa terkubur

Seri Mersing
Seri Mersing lagu Melayu
Digubah oleh biduan dahulu

Hati lah rungsing bertambah pilu
Umpamalah kaca terhempas ke batu

8 comments:

  1. wah...lelaki yang diblur tu sexy juga.....Apa pun cantik pantainya.

    ReplyDelete
  2. Tapi lagu tuh kata

    Pantainya bersih sudah termasyur?

    Suka dengar lagu nih .... sedap !!!

    Lirik yang simple namun indah ...

    ReplyDelete
  3. DrS : thank u... gambar2 hat atas tu ambik pakai iphone jerrr


    MKL : sexy la.. dah sama besar dgn bapak dia ni ha..

    pantai dia ok. sesuai utk mandi manda kalau ombak okey.

    Berbaloi kalau ke pulau. kalau saja2 nak ke mersing tak la kot...


    Ghaz : nama pun lagu....utk hiburan...

    maybe dulu2 lawa la kot. skrg ni mcm hakisan etc.. x berapa terjaga

    ReplyDelete
  4. Gambar santek manis ni guna iphone gak keww ishh nk beli iphone satu. Mcm order goreng pisang kan :-) gambar ni edit ke tidak bang!

    ReplyDelete
  5. Cantiknya Mersing... walaupun pantainya tak berapa cun tapi dalam konteks potografi adalah best kalau nak amik gambar.

    ReplyDelete
  6. JM : gambar kena edit la.. kecikkan saiz. pastu edit by batch..

    x la susah mana pun.. x de la edit satu satu



    ali : betul. aku setuju...

    ReplyDelete