Pages

Monday, September 15, 2014

Melaka 2014 : 08 - Masjid Al Azim, Melaka

Masa ke Melaka, aku memang aim nak singgah di Masjid Al Azim Melaka ni.

Sebelum ni pernah lalu lalang kat depan tapi belum berkesempatan nak menyinggah. Kali ni, pastikan jadi !

Bangunan Masjid Al Azim, Melaka

Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. 

Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 10,400 orang. Tingkat atas dikhaskan untuk wanita seramai 700 orang manakala tingkat bawah boleh menampung seramai 9,700 orang jemaah lelaki. 

Masjid ini luas dan selesa kerana tidak diganggu oleh tiang-tiang kecil.

Masjid Al-Azim mula dibina pada 14 Mac 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. Projek pembinaannya yang menelan belanja sebanyak RM19.5 juta itu telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 H.

Layan gambar sekitar masjid ni.

Pintu masuk

Masjid Al Azim Melaka

Gaya seni bina Masjid Al-Azim ini disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Rekabentuk yang mengambil kira aspek keunikan seni bina tradisi Melayu dan seni ukir Islam. Sesuai dengan keunikannya itu, ia dapat dilihat dari dua sudut luaran dan dalaman.

Berbentuk segi empat yang disesuaikan dengan bumbung tiga tingkat yang juga sama bentuknya. Ilham ini berdasarkan bentuk masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan selaras dengan hakikat Islam itu sendiri yang terdiri dari empat unsur utama, iaitu:
  • tapaknya melambangkan syariat (Perundangan Islam);
  • tingkat pertama melambangkan tariqat (jalan mendekati Allah);
  • tingkat kedua melambangkan haqiqat (mencari kebenaran Allah); dan
  • tingkat ketiga melambangkan makrifat (mengenal Allah).
  • Puncaknya yang berukir-ukir digantikan dengan dom.
Beberapa potong ayat al-Quran telah dipilih dan diukir dengan tulisan khat yang menarik. Pemilihan ayat tersebut pula disesuaikan dengan konsep dan falsafah pembinaan masjid ini.

Setiap hujung tulang bumbung masjid ini terdapat sulurbayung yang melambangkan satu ciri keistimewaan terhadap keindahan senibina Melayu. Ilham terciptanya sulurbayung ini diambil dari sejenis tumbuhan liar di tepi sungai. Ia menggambarkan genggaman tangan semasa bertahhiyat.

Bumbung dan minaret

Tapi agak payah jugak sebab parking kiranya di sekeliling masjid, jadi bila dah park, nak pegi ke toilet dan tempat ambik wuduk tu agak jauh.

Mungkin sebab aku parking ke belah belakang, jadi terpaksa lah menapak sikit.

Masjid

Tempat wuduk

Laluan

Ruang legar

Pintu masuk ke dewan solat utama

Dewan solat. Tempat solat wanita di sebelah kiri

Ruang solat yang luas

Siap ada wifi. Oh. No photos rupanya. Sorry !

Apa yang aku perhatikan.

Ruang solat yang luas dan tak banyak tiang di tengah tengah.

Keadaan agak panas kat dalam sebab angin macam tak berapa nak masuk. Kipas pun kat tepi tepi jer.

Ruang wuduk yang agak jauh kalau park kat belah tepi tepi masjid.

Ada tempat duduk dan pokok pokok boleh rehat tepi masjid.

Ada makam pahlawan dan Muzium Al Quran tapi time aku pegi hari tu macam tutup jer kawasan tu.

Kat bawah ada taman permainan budak budak siap dengan kerusi urut. Ramai jugak yang ambik kesempatan tidur di ruang legar masjid. Ada yang berdengkur ria lak tu.

Aku suka senibina dia yang macam Chinese pagoda sikit. Tapi ruang dan rekabentuk ada serupa macam Masjid Jeneral Yusuf di Makassar.

Kawasan sekitar masjid

Muzium Al Quran



Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA

Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..

Kalau ke Melaka, sila sila lah singgah !

4 comments:

  1. sungguh aku tak paham mengapa tak boleh ambik gambar dalam mesjid....

    ReplyDelete
  2. Cantik masjid ni, no komenlah. Sejuk mata memandang.

    ReplyDelete
  3. Amiza : silakan..

    follow ikut laluan yang betul. jatuh longkang sila bangun sendiri..


    DrS : tu la tu....
    tapi dah terambik dulu.. halal lah..


    Ali : kat dalam tak sejuk sgt. angin tak masuk...

    kat luar2 tu ok.. tu yang jadi port org tidur tu

    ReplyDelete