Pages

Sunday, September 21, 2014

Jom Makan : Willy Satay, Bangi

Sate Willy. Akhirnya.........

Akhirnya dapat jugak aku merasa. 

Pernah sekali ke sini dulu lepas member gembar gembur sate ni terbaik. Masa gi usha hari tu memang tak mendapat layanan setimpal sebab sate dah abis.

Sedih. Luka hati parah berdarah.

Tapi baru baru ni, pegi usha lagi waktu tengahari walaupun member aku cakap Satay Willy ni bukak pukul 4 petang ke atas.

Tapi......................... Jeng Jeng Jeng.

Orang kata kalau dah rezeki kan?

Satay Willy di buka time tengahari !!!!

Tapi, kedai dia bukan la kedai yang original tu, tapi belakang sikit, dia bukak sekali dengan kedai makan tepi Silk Highway tu (dekat dengan kedai ori tu jugak)

Dah dapat, apa lagi. Takkan ku lepas kan peluang keemasan Benson & Hedges ni.

Pembakaran terbuka. Tak per, demi anak tekak dan selera

"Bang, order satay seribu cucuk" Ada rasa lepas tu kena cucuk perut dengan abang satay ni

Untuk 3 orang makan, kami order 20 ayam dan 10 daging. 2 ketul ketupat

Sampainya cepat. Tertelan telan air liur tengok satay ayam ni

Ketupat dan satay daging

Timun di lupa jangan. Bagi meneutralizekan carbon

Kuah pekat dengan sambal sesedap rasa

Verdictnya?

Huk aloh.............. sedakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk la weyyyy !

Memang sedap. Satay ayam cukup rempah. Satay daging memang sedap dan tak liat. Even untuk aku yang bukan penggemar daging ni pun boleh makan.  

Ketupat biasa biasa je. Kuah pekat enak lazak dan cukup lemak.

Highly recommended kalau di area Bangi !

Standard harga sekarang

Ni satay Willy yang bukak tengahari. Hujung sana berbumbung tu kedai yang ori ( bukak pukul 4 pm ke atas )

Pendek kata, sila la mencuba bagi yang belum pernah cuba atau pun memang berhajat nak cuba.

Panjang tak kata apa apa, sebab panjang suka.............................. satay Willy ni !

Boleh dikategorikan sebagai satay thorbaik seantero dunia !!

Recommended with 5 batang lidi sate ! Nescaya tak de daging sate melekat di celah gigi !

Willy Satay - The taste you'll never forget !

14 comments:

  1. uishhh satey willy favourite aku nih. try lak satey kat urat ketin sek7 bangi. sedap gak tuh!

    ReplyDelete
  2. Satey urat ketin....wah tu lg menarik

    ReplyDelete
  3. bang meng, lepas saya try willy satay ni, dah tak pandang dah sate kajang tu...
    satey urat ketin kat seksyen 7 tu pun ok gak kalau malas nak beratur makan willy ni

    ReplyDelete
  4. Sedak ahhh... sate perut dia lagi best Meng. Rempah menyerap dalam perut-perut tu lalu dibakar sambil minyaknya menitis ke bara... (lepas tu kena telan minyak ikan la. Kolesterol banyak tu)

    ReplyDelete
  5. John : nanti aku try lah...den koba kan nanti.


    pB : aku x sempat try lagi. tapi member aku kata mcm x menarik.

    x per.. nanti aku usha


    Dz : kau dah try satay UK ke? aku belum try.

    aku gagah dan gigihkan diri nanti.


    ali : perut perut aku x pandang.

    pandang perut sendiri je ( sambil menangis )

    ReplyDelete
  6. Satay willy? Pernah mkn sekali seumur hidup tu pun bukan mkn d kedai tp d jamuan opis dorang order. Dpt sorang 5 cucuk je kedekuit mkn x puas tp bak kata abam lah sedap sampai terangkat bontot (ayat yg last tu jm yg kata)

    Nk pegi cari nih ada sapa2 nk ikut x?

    ReplyDelete
  7. JM : kalau bontot terangkat tu maksud dia nak pegi toilet..

    ReplyDelete
  8. abammm!!!! ahahaha Jm gelak sampai kerassss peyut ni

    ReplyDelete
  9. saya memang selalu p makan sate urat ketin tu berbanding willy bang meng,
    *dasar malas beratur*
    ok jugak la, kalau ranking
    1) willy
    2) Urat ketin
    3) Restoren kelisa tepi al zahrah bangi

    457) sate haji samuri

    gitu...:-D

    ReplyDelete
  10. JM : keras perut tak pe jangan keluar bunyi dari isi perut.

    hehehehe


    Dz : biasalah ada org kata willy paling sedap. ada lak yang kata UK tu sedap.

    nanti aku try tekak aku pulak..

    sahmuri tu kalau xde xde pun boleh layan juga

    ReplyDelete
  11. Bleh bg maps x kawan2 sateyyyy

    ReplyDelete
  12. adley : kau taip je kat waze. ada kot

    ReplyDelete
  13. Yang ni ke alamat dia..
    Willy Satay @ Ramal Food Junction
    Jalan Sungai Ramal,
    43000 Kajang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Tapi skrg ni yang in adalah satay kubur dekat sungai merab tu.. chekidaut !

      Delete