Pages

Wednesday, September 24, 2014

Jom Makan : QThai, The Weld

Sawadeekap ! Kap kun kap......

Suka makan makanan Thai atas atap?

Kat KL ni memang berlambak kedai kedai ala ala Thai yang terlebih authentic. Tak perlu ke Thailand dah untuk merasai masakan masakan jenis macam ni. 

Ada few Thai Restaurant yang aku rasa agak menarik dan menawarkan masakan Thai yang lazat tapi keinginan untuk mencuba dan menukar selera pun kadang kadang selalu berlaku jadi, mana ada kedai Thai yang sedap aku nak pi cuba.

Ada hari hari, tekak terasa nak makan tomyam !

Jadi aku jumpa satu kedai ni by accident.

Namanya QThai

Aku cakap by accident sebab asalnya nak gi cari makan kat The Weld, tapi banyak kedai dah tutup. Yang ada cuma kedai ni jer. Tu pun dia orang dah siap berkemas kemas.

Mungkin rezeki kami kot, aku tanya kot dia masih boleh prepare makanan and dia orang kata OK.

Well. Pucuk di cita, ulam makan mentah. Baru la boleh awet muda macam Kak Nittta. Kan?

Jadi kami try kedai ni.

Setting kedai yang biasa biasa. Tak de la nampak mewah mana dan tak de la serabai pun.

Yang penting selesa

Duduk duduk dan kami di beri menu untuk order.

Buku menu. Nampak tak dia tulis tu. The best Tom Yam In Town !!!!

Kau berani claim the best?

Haaaa. Kalau berani tu maksudnya memang best la kot. Kalau tak memang kena parang dengan customer.

Order. Order.

Antara menu yang ada

Rambang mata

Macam biasa, bila tengok menu, aku nak makan lain. OR nak makan lain. Hero nak try benda lain. Jadi.. apa kata kita order je pastu kita jamah sikit sorang.

Aci?

* semua setuju sambil angkat tangan.

So di persilakan menu menu yang di order mengambil tempat di atas meja.

Tom yam seafood !

Udang masak petai. Aku tak makan petai so aku korek udang jer

Cukup ke tak ni? Actually tomyam tu semangkuk kecik je. Khas untuk sorang makan.

Hero macam biasa. Dia nak ayam je. So aku order Butter Chicken

OR pulak nak green curry beef. OK. Beef dia agak lembut so aku buleh makan tanpa melekat celah gigi yang rompong

Tak lupa sayur sayuran hijau untuk tubuh badan yang lebih sihat. Tapi campur dengan ikan masin. Sihat jugak la kot?

Air di lupa jangan. Kang tercekik silap silap masuk spital

Makanan dah sedia. Apa lagi.

Nom Nom Nom. 

Makan lah tanpa tengok kiri kanan. Lagi best kalau dapat makan tomyam sambil layan lagu Siam.



Sorry lirik tak jumpa cari.

Now verdict dia.

Hmmmm.................

Green Curry dia sedap !!!

Butter Chicken dia meletop. Hero yang memula tak nak makan banyak terus belasah makan dengan lazatnya.

"Sedapkan Papa ayam ni?"
"Makan Makan"

Tu la. Bila budak tu gemuk aku marah. Konon tak pandai menjaga tubuh badan macam Papa

* toleh kiri kanan

Tapi bila dia nak makan, aku kasi dia makan banyak banyak. Now, siapa yang bersalah?

Tapi serious memang sedap. Cuma Princess je tak melayan. Dia bukan heran bab makan makan ni.

And the best part.

Tom yam dia memang nikmat terkangkang ! 

Inzal sampai ke dinding !

Masa rasa tu terus terpacul keluar dari peti suara ..

"Aroi. Aroi mak. Aroi mak mak"

Tu bukan nak panggil emak ke apa. Tu cakap Siam untuk 'delicious' ! Tapi kalau pandai cakap Siam lah. Hahaha

Serious tak tipu pasal rasa. Tak caya tanya dia..............

Tanya Rashid Sidek. Duta nih !!!

Serious sedap gila especially tom yam dia. Pekat. Likat. Lazat. Siap kita orang hirup hirup lagi. Lepas tu pose pose jadi pelakon Rashid Sibir sebab airmata bersedih. Padahal mata berair sebab boleh jugak tahan pedas. Tapi memang kick !

No doubt, one of the best in town !

Sila gi cuba.

Oh. Kos makanan semua tu adalah RM 112. Boleh kira murah la sebab kita orang terlebih order. Tapi macam biasa, kalau tak abis, kita orang akan bungkus untuk sesi sesi belasah makan di hotel sekali lagi.
  
Terletak dekat The Weld ( belah belakang )

Sila cuba. Ni FB QThai mereka dan cawangan cawangan mereka di tempat lain.

Gerenti tak menyesal. Tapi restaurant dia kat The Weld ni tutup awal sikit kot. Cuba try lunch hour la bagi sesapa yang keje area KL tu.

Aroi. Aroi mak. Aroi mak mak. !  

15 comments:

  1. Aroiii mak mak....lapar weiii aku nengok mlm2 nih...

    ReplyDelete
  2. Kijammmmmm !!!!
    Seminggu dah ni melantak lauk hospital ni bang..

    ReplyDelete
  3. hye abg meng..lama x mengkomen!haha
    mcm kena terai je nih..sbb tomyam sampai nikmat terkangkang tuh!

    ReplyDelete
  4. pernah makan kat Qthai kat Nilai.
    Tapi masa tu tak try pun tomyam dia. kena repeatlah ni..

    ReplyDelete
  5. Sedap betul la tu... sampai inzal ke dinding! Sayur nampak inzal jugak... nanti nak pi...

    ReplyDelete
  6. ooo tahu kedai ni. Kat kelana jaya ada...near the brothers tempatnya tersorok sikit. selalu tengok lengang je lagi lagi aku tengok ada Rashid sidik tu lagi la berprasangka buruk terus beranggapan tempat tak sedap. hehee. kalau letak chef nik Michael tu aku pecayee la jugak. kekeke.

    ReplyDelete
  7. pnah mkn kt qthai cyberjaya. mmg sedap tomyam & green curry kt situ

    ReplyDelete
  8. Inzal tu nyah...Baca citer tomyam ni perut otomatik ada bunyik

    ReplyDelete
  9. the weld? dtg tak cakap! *matila claim the weld tu aku punya*

    opis aku kat affinbank tu har...tiap2 hari lunch the weld siap tau dah semua kedai kat dlm tu dari bukak sampai melingkup hahaha!

    ReplyDelete
  10. DJ : nanti pegi usha la pulop..


    SAR : lauk spital menyehatkan. tak pe tak sedap pun. demi utk kesihatan..


    IIi : kau cuba la pulak. jangan terbaring sudah. tak pun terberak.

    hahahaha

    ReplyDelete
  11. Dz : cepat cuba. nanti royat kat ambe


    Ali : sila sila.. sedap buleh tahan sini. pegi time perut kosong. rasanya siang2 ada set2 dia kot..


    NanaT : kau kena faham. Rashid sidek sebagai duta sebab dia sampai mengangkang main badminton.

    dek kerana sedapnya tomyam ni ..

    kakakakak


    Lylia : kan kan kan?

    ReplyDelete
  12. Duan : bunyik apa?? keretapi lalu ke? ke bunyi org nyanyi lagu siam?


    Biq : Aku dah jerit hari tu tapi malam kan takut langsuir yang muncul. so aku jerit slow slow.

    oh ko outsourced kat affin ka..

    ok. ok . paham

    cepat gi the weld dah rasai tomyam nyaaaaa

    ReplyDelete
  13. Hahhhahaa lawak betul lahhh sampai ter kangkang tu yg x tahan

    Meiii! Krung ketum om bak tom yam kung tung mei

    Kat the weld? Jap nk google lokasi

    ReplyDelete
  14. fuyoo..dahsat betul..ulasan secara langsung..rasa mcm nak gi the Weld la la ni jugak..

    ReplyDelete
  15. JM : apsal keluar 'ketum' lak tu.. the weld tu kalau ada area tu boleh la pegi.

    tapi semata mata nak gi situ.. tak usah la... qthai ni banyak cawangan lain lain tempat. hopefully rasa dia maintain lah...


    Nohas : pegi sekarang !!

    ReplyDelete