Pages

Thursday, August 7, 2014

Yangon, Myanmar

Yangon sebelum ini dikenali sebagai Rangoon adalah bekas ibukota negara Myanmar sehingga digantikan oleh Naypyidaw pada November 2005. Memiliki penduduk melebihi 5 juta orang, kini kekal sebagai bandar terbesar dan hub utama ekonomi di Myanmar.

Bandar ini adalah gabungan British, Burma, Cina dan pengaruh India. Ianya terkenal kerana memiliki seni bina kolonial kesan dari penjajahan British pada abad ke 19. Banyak bangunan tinggi telah di bina sekitar tahun 90an menjadikan Yangon sebuah kota yang bertambah maju dan berdaya saing.

Walau bagaimanapun, suasana kehidupan di Yangon masih seolah olah ketinggalan. Rata rata kelihatan lelaki memakai longyi ( kain sarung), mengunyah sirih dan pinang, meludah merata rata serta kaum wanita yang masih kekal dengan sapuan Tanaka di muka walaupun berkeliaran di tempat awam. Tetapi sikap mesra mereka bakal membuatkan pelancong seolah olah dihargai apabila berkunjung ke sana.

Kedudukan politik dan kestabilan negara banyak memberi perubahan simbolik kepada negara ini. Daripada Burma kepada Myanmar. Daripada Yangon berpindah ke Naypyidaw serta perubahan bendera negara kepada yang baru banyak mengubah negara ini daripada apa yang ada sebelum ini.

Apa apa pun, Yangon memiliki keistimewaannya yang tersendiri yang membezakannya dari bandar bandar lain di Asia ini.

Layan gambar sikit...

Sule Pagoda

Bangunan di Yangon. Sekali pandang memang macam rasa kat Chow Kit

Gadis dan burung merpati

Peralatan sembahyang

Bangunan City Hall

High Court Building

Merchant Bank

Sule Pagoda dari Maha Bandula Park

Sule Pagoda

Penjual Jalanan

Railway Station

Railway Station Yangon

Train di Yangon

Wanita dan Tanaka

Aktiviti penduduk Yangon

Penjual sayur di station keretapi

Circular Train

Outskirt Yangon

Stadium Yangon 

Scot Market Yangon ( Bogyoke Market )

Shwedagon Paya

Shwedagon Paya

Shwedagon Paya

Shwedagon Paya

Shwedagon Paya

Shwedagon Paya

Shwedagon Paya

Mahawizaya Pagoda

Shwedagon Paya

Aku cuma ada 1 full day di Yangon so aku memang kena pulun habis habisan.

Rasanya kalau 1 hari pun cukup untuk ke tempat tempat yang biasanya dikunjungi di sekitar Sule Pagoda dan Yangon. Kalau ada extra 1 day boleh ke Golden Rock sekitar 4 jam perjalanan dari Yangon ni. Tapi 1 hari di Yangon memang memenatkan. By petang aku rasa macam nak pengsan. Sampai time di Shwedagon Pagoda tu mood semua dah tak der. Pulun punya pasal dan penat gila.

Aku sempat jugak naik Circular Train selama 3 jam. Tapi memang sakit bontot la sebab seat dia keras gila dan dalam train memang tak selesa sebab facing tepi. Plan aku cuma nak try naik 1 jam je sebab nak kejar masa. Ingat nak turun dan naik yang anticlockwise train balik ke Yangon station. Tapi train ni kalau 1 jam pertama memang tak de apa. Bila masuk jam ke 2 baru nampak suasana kampung dan lebih menarik pemandangannya.

Suasana yang mengingatkan aku pada zaman zaman dahulu. Zaman kehidupan aku masa kecik waktu awal 80 an. Tengok pakcik pakcik pakai kain sarung melepak, makcik makcik pakai tanaka ( bedak sejuk ) bergossip riang. Budak budak bermain tanpa fikir apa apa masalahpun. Semua tu membawa aku ke suasana yang sama yang pernah aku rasa dulu.

Dan aku agak teremosi di situ..

Sebab waktu waktu macam dulu tu memang dah tak leh kembali dikecapi. Perubahan zaman dan masa menghilangkan apa yang pernah aku rasai. Kehidupan yang sederhana, berseronok dengan kawan kawan tanpa mengenal erti susah sengsara.

Takde lah aku menyesali apa apa. Sebab kehidupan itu lah yang membawa aku menjadi apa aku sekarang ni. Cuma semuanya itu seolah olah berputar kembali. Semuanya seolah olah jadi dekat di hati !

Sorry aku emo.

Aku rindu zaman kecik kecik dulu................... sama macam tu. Momen momen yang tidak mungkin akan hilang dan terpadam dari sudut memori.



Saat aku kehilanganmu
Hati dibaluti rasa pilu
Kedukaanku pasti berlarutan
Kerna di kecewakan

Bagaikan aur dengan tebing
Kita mengatur langkah seiring
Menghadapi kepahitan hidup berdua
Pernah menangis bersama

Panas dan hujan, ribut dan taufan
Telah menguji kesetiaan
Bersama keyakinan kita jadikan
Mimpi satu kenyataan

Tiada pernah kumenyangka
Kejayaan mengaburi mata
Sehinggakan kau merasa tak lagi perlu
Ku berada di sisimu...

13 comments:

  1. Meng, aku suka gambar 'Gadis dan Burung Merpati' tu. Sungguh klasik dan menawan kalbu!

    ReplyDelete
  2. entry Yangon dah keluar! yeyy..

    ReplyDelete
  3. yezza entry myanmar yg dinanti dah kuar...

    eh meng apesal kalo citer psl 80an tu aku cuma ingat tora, dindang, gaban dan suria baja hitam jer?tak ingt plak makcik pakai bedak sejuk bergosip di pankin depan rumah...hahaha

    ReplyDelete
  4. naik tren mcam naik kete back to the future, best!

    ReplyDelete
  5. Cantik Yangon ni meng.
    Selamat hari raya ye. maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  6. beli batu cincin tak gi burma? org ckp lawa2...

    ReplyDelete
  7. yey entry mynmar dah kuar. aku pasti ni mukadimah jee kan? tak byk ganba shwedagon paya ... katenye gemerlap bagai emas sri pinang !

    ReplyDelete
  8. Suasana kta Yangon indah sekali ditambah dengan banyak Pagoda kuning. Hebat Pak Meng sehari dapat melawati semua.

    ReplyDelete
  9. Ali : kau sure ke tu gadis? aku rasa mcm makcik makcik jer. ahahaha


    Mya : belum.. baru preview. entry penuh masih tak siap lagi..

    malas skit lemau makan ketupat banyak sangat...


    DJ : aku pun ingat gak tora apa semua tu.. tapi masa naik keretapi x nampak lak budak2 myanmar main benda tu semua.

    nampak pakcik makcik dan budak2 berlari jer...

    ReplyDelete
  10. Farikh : ya... pengalaman yang agak best termasuk sakit pungkok..


    Ren : selamat hari raya to u too..


    Liza : errrr tak pun. bab bab shopping ni tak masuk dlm agenda aku biasanya...


    ReplyDelete
  11. NanaT : ni baru mukadimah. hahah pun dah kira basi..

    pagoda emas sri pinang tu memang banyak tapi aku dah keletihan nak ambik gambar dan berjalan.

    mood dah lari. berlari agak kencang..


    GF : bukan hebat tapi kejar masa.. sudahnya terjelepuk hina...

    penat sangat

    ReplyDelete
  12. Hollaaaa Jm singgah sini!!! Eehh ada ke orang kesah?
    TANAKA!!!!!! Ye ye produk tu mmg femes d myanmar even nora danish pun pakai tau
    Pssttt : Jm pun pakai bedak tu tp x lah sampai siang hari pun tempek mcm makcik makcik tu dgr nya kulit org myanmar halus mulus dek kerana bedak tu betul ke bang. Jm pakai dh 3 bln x mulus pun hehehe klau dh kulit masuk ke generasi tuo ni jgn berangan lah ye Jm

    ReplyDelete
  13. JM : dia org pakai tu sebab sun burn cuaca panas di myanmar nuh..

    dan sebab semua org pakai so tak de la dia org nak malu.

    kalau JM pakai kat malaysia.. hmmm mesti org ingat tu nora danish kot..

    so sila la bertindak skrg !

    * hulur bedak tanaka kat JM

    ReplyDelete