Pages

Friday, July 25, 2014

Buka Puasa 2014 @ RedBox, The Gardens

* keluar bendera putih dulu.

Surrender !

Kata tak jadi nak gi karaoke di bulan puasa, tapi... orang kata kalau dah keinginan memuncak, maka terpegi jugak.

Ini kes waktu GBS sekali lagi berkumpul untuk celebrate birthday BW yang jatuh seminggu lepas birthday aku. So kali ni kami bercadang nak celebrate terus la sambil buka puasa. Dan kali ni, CP tak de tapi di ganti pulak oleh IH. Sebab IH tak de hari tu, so dia di beri kuasa untuk memilih tempat dan jugak buat booking apa semua.

Kami sebagai artis murahan... hanya berbusana keje tanpa mengikut tema Anugerah Grammy dan membuat kemunculan di RedBox The Gardens seperti yang telah di cadangkan.

Aku cakap aku keluar dari opis paling lewat, tapi aku yang sampai dulu. IH turun dari desa ke kota semata mata nak selebrate birthday BW ni. Siap ambik cuti pakcik tu satu hari ! Memula IH nak ambik BW tapi jalan jem, sudahnya MH yang bertindak sebagai supir.

Aku sampai awal dan siap tidur lagi kat parking Garden tu. Menunggu.................

Red Box The Gardens. Dah lama tak gi melalak ni

Waktu dah menunjukkan pukul 7 petang tapi bayang bayang artis artis lain masih belum muncul. So sebagai artis yang sentiasa berdisiplin dan muncul di awal waktu, aku kena gi check booking dulu. Nasib baik ada. Jika tidak, niat suci murni nak melalak akan tergendala !

Red Box

Red Box

Dan di The Gardens ni kalau menyanyi petang petang ada buffet Ramadhan sekali. Siap dapat diskaun 30 % di bulan Ramadhan ni. Harga asal RM 63 ++. Jadi.. kami boleh melalak dan makan makan.

Ayuh tengok koleksi makanan. Tu je yang nak aku cerita sebenarnya.

Ni kambing kan? Aku tak berapa nak pandang

Sayur mayur

Roti rota

Cas cas berbuka puasa ala ala French

Hiasan semata

Cookies

Belum sempat aku nak snappy kat area buffet tu, tetiba ada mamat ni datang.

"Maaf Encik.. tak boleh ambik gambar makanan"

Amokan !

"Eh.. kau dah kenapa? Kalau aku tak ambik gambar makanan cemana aku nak promosikan tempat kau ni?"

* begitu aku bertanya secara menipu. Diam je sebenarnya.

Tak pe lah. Dia tak bagi ambik gambar sudah. Mana yang aku dah ambik tu, halal lah. 

So lepas ni kena tengok makanan yang di pungut bawak masuk bilik.

Ni pakai di tangan. Tak pakai pun

Bilik karok

Aku lepak kejap je then IH muncul. Lepas tu BW muncul dengan MH. Jadi korum dah cukup, apa lagi... 

Serangggggggggggggggggggggggggggggggg !!!!

Oyster si IH. Aku tak makan benda benda ni

Aneka makanan

Aneka dari laut dalam

Udang udangan

Desserts

Buah buahan

Dah penuh meja belum?

Air Longan

Siap mintak ais lagi

Ini sandwich si MH

Sosej. Nampak tak menyelerakan ek?

OK. Makan makan dan melalak. Gossip lite lite. Sambung makan lagi. Menyanyi lagu ntah hapa hapa. 

Kalau katak dengar, berpusu pusu dia orang keluar dari bawah tempurung bertepuk riang sebab suara kami semua lebih kurang macam suara mereka jer.

Dan sebab tujuan utama nak celebrate birthday BW.. so kami nyanyikan lagu Happy Birthday dengan suara soprano...


Dan pihak RedBox.. dengan murah hati, bagi hadiah kat BW sempena hari jadi nya. Bukan cake tapi telur..  menandakan ulang tahun penetasan BW ke muka bumi ini. ( macam penyu pulak )

Telur ayam dan telur puyuh

Misinya tercapai. Dan kami melalak lupa diri. Nasib baik la esoknya hari cuti..... !

Kesimpulannya, buffet Ramadhan di RedBox adalah so so.. Tak de la sedap kebabo dan tak de la tasteless. Ada makanan yang OK dan ada jugak makanan yang hanya cantik di mata tapi tidak di tekak dan selera !

9 comments:

  1. Mcm mnarik gk kan buffet ramadhon di redbox ni...eh br perasan aku pun lamaaaa gler x nyumbangkan lagu kt redbox ni...dh tiba masa ni nk asah suara...ehem....

    ReplyDelete
  2. kambing tu sedap le kawan...pandang jangan tak pandang.

    ReplyDelete
  3. Wah, ko nyanyi lagu apa Meng? Patut la mendung nak ujan je kat tempat aku nih! Hihihihi...

    ReplyDelete
  4. hadiah telur sempena penentasan..hahaha..lawak pagi jumaat

    ReplyDelete
  5. orang Italy x makan oyster eh abam meng???hahahhahah

    happy belated beday BW..sila sampaikan kt BW okeh =))

    ReplyDelete
  6. DJ : buffet ramadhon dah nak abis. dah nak raya. tapi buffet biasa tu kan selalu ada.

    nanti pi la cuba sambil cuci cuci tekak..


    MKL : sedap bagi yang suka. tak berapa selera bagi tekak aku ni...


    Ali : lagu nasyid.. pastu lagu raya.. pastu lagu ntah hapa hapa..

    last sekali. lagu tu nyanyi sendiri sebab tak de orang reti pun..

    masing masing pulun makan

    ReplyDelete
  7. Agip : tu la dia dah tak bagi cake. dia bagi telur lak. ntah hapa hapa..

    simbolik ler kot...

    lepas makan tu kentut busuk..


    MJ : orang italy tak makan oyster..

    kami makan akok kedut jer......

    hiks..

    bw dah balik kampung. nanti dia baca la ni kot

    ReplyDelete
  8. Ahahaha nk gelak je x nk komen semua katak kluar lari dari bwh tempurung ye tumpang sekaki ingatkan dorang ckp ehh siapa memekak mlm2 ni aku nk tido lahhhh ahaha rupanya katak pun suka klau camtu Jm pun suka sbb suara sama mcm katak

    Ehhh kata x nk komeng ishhhhh x boleh sbb habang meng nye pasal mesti nk komeng

    Bila blk hitaly ke dh on the way

    ReplyDelete
  9. JM : kije lagi ni..

    lusa baru balik kampung.

    nanti JM pegi je karok tu.. ramai je yang bersuara katak yang cuba cuba menghiburkan diri sendiri...

    ahaks

    ReplyDelete