Pages

Monday, July 21, 2014

Buka Puasa 2014 @ Italiannies, Empire Gallery

Poyo kan, kata tak nak buka puasa kat luar, tapi tetap gi buka puasa kat luar.

Actually, ni kes sebab keluar gi tengok wayang. Hero dah lama asyik azan kat telinga nak gi tengok wayang cerita Transformers tu.

"Papa.. abang nak tengok la cerita Transformers tu, bila kita nak pegi?"

Padahal, diam diam aku dengan OR dah pegi tengok sebelum puasa hari tu lagi tak ajak dia. Bukan tak nak ajak, tapi mengenangkan budak pompuan kecik tu kalau tengok wayang, dia suka main kat tangga. Lagi lagi kalau dia bosan, dia kejap ke sana, ke sini... malas nak ganggu orang lain. 

Tapi since show Transformers ni macam dah lama so kami bajet, wayang dah tak penuh, so boleh la bawak budak budak ni pegi usha.


Dan sebenarnya, masa aku tengok first time hari tu aku memang rasa cerita ni tak best. Gagal menarik minat aku dengan jalan cerita yang panjang, pelakon yang tak best..kadang kadang dialog macam hampeh serta actions yang agak exaggerate. So memang bagi aku Transformers kali ni tak best.

Tapi sebab meneman Hero ni, aku kena la gi tengok sekali lagi. Memang last resort aku tido je la dalam wayang tu.

Dan igauan ngeri terjadi bila mana wayang penuh, Princess bosan dan kejap ke sana dan kejap ke sini. Kejap main kat tangga. 

Pastu tengah dalam wayang, dia cakap.

"Papa.. adik lapar lah. Adik nak makan"

Bulan bulan puasa aku tebal muka gi beli popcorn. Dapat popcorn dia boleh berkelah dengan anak cina mana kat tangga makan pop corn dalam panggung wayang !!!. Pastu popcorn tumpah. Pastu nangis. Sekali lagi keluar gi beli popcorn. 

Aku rasa kejap kejap je Princess ni tengok cerita tu. Tapi banyak pulak dia ajak sembang.

"Papa.. Transformers tu jahat ke baik?"
"Yang hitam tu jahat"
"Kakak tu baik ke jahat Papa?"
"Syyyyy. Orang tengok wayang tak boleh bercakap"

Senyap kejap. Pastu kang bunyi lagi.

"Wah.. Cantiknya kereta dia. Adik suka lah kereta tu"

Aku rasa orang belakang sah sah stress gila. Belum kira dia kejap pindah ke kerusi aku, pastu pindah ke kerusi OR sebab kami duduk couple seat tapi separate 2-2.

Aku memang tak expect nak enjoy pun dan memang tak enjoy walau tengok sekali lagi. Tapi Hero puas hati, so kira OK lah. Boleh la dia kusyuk tengok wayang dan lupa pasal puasa.

Sebab tengok wayang time petang, abis wayang tu kami merangka untuk bukak puasa di luar jer.

Mula mula rasa nak buka puasa kat Belanga Cafe, tapi bila sampai kat Empire tak jadi pulak. Nak pegi Madam Kwan, full house. Last sekali, kami buka puasa dengan makanan ala ala selera dari kampung ku.. Italy.

Kami ke Italiannese !

Italiannies

Italliannese Empire

Di sajikan dengan roti cicah cuka dan kurma

Kami sampai dah hampir pukul 7 petang. Dapat seat, duduk dan order. Pahtu tunggu la makanan. Standard bulan puasa ni, mana mana pun tempat penuh orang.

Dan paling tak best adalah menunggu makanan yang tak kunjung tiba.

Ini platters sebagai appetizer. Datang dulu, so makan ni dulu

Air Chocolate Hero

Juice untuk aku. Best sebab bottomless

Angel Hair apa benda ntah. OR order. Tapi kami makan sikit sorang

Ni la makanan yang sampai dulu sebaik waktu berbuka

Kids punya meals. Spaghetti apa benda ntah. Mentang mentang la untuk budak budak, tawar hebey... Princess pun tak mahu.

Pizza. Makan tapi tak abis. Take away

Dan sebenarnya, lepas makan makanan tu semua, ada lagi makanan untuk Hero yang tak sampai. Anak bujang aku ni cepat merajuk kalau makanan dia lambat. Mula la dia tarik muka. Memang letih nak menunggu. Pizza tu pun, bila tanya baru dia kocoh kocoh sediakan. Lembab ! Tak berdaya saing !

Servis memang lembab gila.

Dan lebih lembab sebab hilang mood menunggu makanan Hero ni.

OR dah kejap pegang sudu, cucuk pizza, makan pastu letak balik. Dah siap pegi surau pun, balik masih tak sampai sampai lagi. Aku dah ulang alik keluar gi hisap rokok. Budak budak dah start buat macam rumah sendiri berlari sana sini.

Tergerak hati nak tanya pasal Lasagna Hero nak tu. Tup tup............. memang dia tak prepare !

Cis.. Kalau tak tanya memang sampai sahur belum tentu dapat makan.

Perlu ke aku keluar gi ambik stereng lock dan mengamuk ketuk ketuk meja?

Haaa. baru la nama nya Ketuk Ketuk Ramadhon, aku ketuk kepala meja kereta kau !

Jenuh menunggu Chicken Lasagna ni. Bila dah sampai mood dah tak de nak abis kan.

Dan sebab rasa bersalah agaknya, Creme Brulee on the house ! Macam biasa... Italiannies punya signature dish ! Mantapppp.

So dapat la Creme Brulee free bagi mengubati hati yang luka dan lara. Tak de la lara mana tapi tu la kalau servis lembab memang stress. Tak leh nak salahkan dia orang jugak, may be orang ramai dan benda benda macam ni boleh je terjadi kalau buka puasa kat luar ni.

Mungkin sebagai peringatan, tak usah usah lah buka puasa kat luar lagi !!!!

* mode insaf sekejap

Lepas abis makan, gi Toys R Us bawak anak bujang aku yang merajuk lagi. Tapi tak beli apa apa sebab robot Transformers tu mahal. Tunggu dia dapat collection duit puasa. Aku dah janji nak bagi seringgit sehari, OR pun sama dan nenek dia pun janji yang sama. Boleh la dia beli Transformers idaman dia tu nanti.

7 comments:

  1. kalo dak tekak italy tu, memang italian food gak kena crik kan...hahaha

    ReplyDelete
  2. Setuju. Org Greece cam aku pun suka creme brulee hitalliannies ni

    ReplyDelete
  3. Ahahaha dpt tempat mkn servis x ok terus x nk berbuka kt luar yek, x pe x semua tempat x bestkan lgpun dh x berapa hari lg dh nk raya. X perlu lah mkn hilaly bagai lg :-)

    Pssst : hero puasa ek meh nanti auntie Jm bg duit raya nk jgn majuk2 nanti leh beli transformers. Habang meng, email Jm address yg boleh d hubungi ada barang mau ngepos besok. Dont worry Jm x kan reveal add tu :-)

    ReplyDelete
  4. Meng, waaaa... Hitaly! Apa la servis lembab restoran Italy ko nih! Ini buleh mendatangkan amarah! Kesian Hero...

    ReplyDelete
  5. budak mmg suke kan tanya org tu baik ke jahat. samalah dgn princess elsa aku ..byk tanya dia time tgk wyg!

    indeed transformer adalah borink dgn isu parenting yg meleret..

    oohh italiannies ni suma pon aku suka dari start mkn roti cicah olive oil/cuka tu...ketara i ni separa bugis..

    ReplyDelete
  6. DJ : of chossssss.. dah nama italian kan...

    * padahal nak order pun tergagap gagap tak tau menu...


    Amir : haaa betul.. portion dia pun besar kat sini.. tapi harga boleh tahan.. rm17 semangkuk..


    JM : insaf sekejap je tu.... kang nak gi shopping raya.. berbuka kat luar lagi la kot..


    ReplyDelete
  7. ali : tu la. aku bengang gak dgn org org kampung aku ni..

    servis tak berdaya saing...


    NanaT : standard la soalan dia org..

    baik ke jahat?
    mak dia tak de ke?
    kenapa dia nangis? mak dia pukul dia ke?

    soalan yang tak perlu di jawab dalam panggung wayang...

    ReplyDelete