Pages

Monday, June 23, 2014

21 - Lambaian Bumbung Dunia : Bhutan - Paro Valley - Part 1

Sampai di Pekan Paro, drebar terus memandu menuju ke kawasan perumahan. 

Leela kata, dia akan tunjuk aku, kehidupan rakyat Bhutan dan farmhouse di Paro ni.

OK. Bunyi macam menarik. Tapi dia kata dia akan bawa aku ke salah sebuah rumah yang kiranya rumah lama yang masih dikekalkan hingga kini.

Aku menurut perintah !

* urut urut betis yang lenguh.

Kawasan perkampungan di Paro

Sampai di rumah yang di maksudkan

Senibina asli Bhutan

Actually, rumah ni adalah rumah lama dan pemiliknya adalah seorang penglima Bhutan di Paro pada satu waktu ketika dahulu.

Rumah ini masih mengekalkan senibina lama dan juga perkakasan yang pernah digunapakai ketika dahulu. Kira rumah ni macam muzium jugak lah.

Sampai je aku di sambut oleh sebuah keluarga yang menginap di sini. Ada anak tuan rumah yang lelaki yang bawak aku ronda ronda dalam rumah ni tunjuk apa yang patut.

Perkakasan lama

Peralatan lama yang masih di simpan

Dapur

Kata mamat tu, rumah ni sebenarnya dimiliki oleh panglima Bhutan dahulu kala, tapi atas desakan kewangan, keluarga panglima tu nak jual rumah ni. So keluarga dia yang beli dan kekalkan sebagai muzium untuk lawatan. 

Aku tak tau apa deal dia dengan tour agent Leela tu, maybe this is part of attraction yang dia orang masukkan dalam itinerary sekali.

Bagi aku rumah lama yang biasa je lah. Tak de lah menarik mana.

Tapi family dia ni agak friendly lah. Dia sambut aku, bawak ronda ronda dan ajak berbual sambil dihidangkan dengan teh Bhutan dan sejenis minuman khas rakyat Bhutan yang di namakan Ara !

Tuan rumah menyediakan Teh Bhutan. Mamat tu adalah drebar aku

 Cara makan bertih tu, tabur dalam air Teh Bhutan. Teh dia orang macam pelik sikit, nampak macam air milo rasa macam air teh susu. Tak sedap !

Nampak tak bekas merah atas tu. Dalam tu adalah sejenis minuman yang di panggil Ara. 

Dia orang paksa gak minum, aku cium je then rasa macam tapai. Aku syak tu arak dia orang lah. Dari cerita Leela, kalau minum banyak banyak boleh pening jugak lah.

Terus aku tak jadi minum. Makan bertih dengan teh Bhutan tu je lah.

Mamat tu siap tunjuk cara pembuatan ara dengan menggunakan air beras. Ada bau macam tapai sikit

Dan di sini juga di sediakan air panas untuk yang nak mandi air panas dia orang selepas penat mendaki Tiger's Nest tadi tu.

Make sense la kenapa dia orang bawak aku ke sini, tapi aku malas nak try lah.

Aku usha usha sekeliling jer.

Tempat mandi panas

Special sikit sebab air panas dihasilkan dari batu yang dipanaskan

Batu batu akan di letakkan di belah kepala, so air tu panas la. Bagus untuk hilangkan lenguh lenguh badan katanya lah.

Lepak lepak borak borak dengan family ni. OK jugak la. 

Dia orang menanam gandum dan padi, tapi time tu winter lagi so tak de lah. Kalau musim buah, banyak pokok apple sekeliling rumah dia orang.

View dari rumah dia orang

View pekan Paro dari rumah dia orang jugak

Ini rumah pemilik asal rumah dia orang keluarga panglima tu. Dia orang buat rumah lain kat tanah depan rumah ni.

Rumah ni di anggap rumah warisan

Kediaman warisan di Paro Bhutan

Selesai melawat rumah tu, kami bergerak ke pekan Paro sebab aku dah bagitau  Leela aku nak cari barang sikit. 


Drebar tu park kat kedai kedai, then aku masuk kedai satu persatu nak cari FM. Tak berapa nak jumpa. Banyak kedai jual barang runcit dan barang tradisional macam rantai rantai jer. Kedai kedai pun jenis tertutup, suram dan macam tak de orang.

Tapi akhirnya aku jumpa gak kedai ada jual FM. Tapi harga dia USD 16 seketul !!!

* urut dada 

Fikir fikir, tak jadi lah beli !!!

Pusing pusing lebih kurang pekan Paro, sampai dah tak tau nak ke mana. Dah abis. Less than 20 minit, macam semua kedai aku dah jengah !

Hmmmmm.

Layan gambar gambar di kedai kedai di pekan Paro.

kedai handicraf

Deretan kedai kedai

Kedai kain

Sungai mengalir di pinggir pekan Paro

Ni kawasan center pekan Paro. Ada la orang melepak lepak

Kedai kedai. Ada restaurant jugak

Kanak kanak Paro

Kedai runcit

Ni kedai tempat aku makan tengahari semalam. Tengah tengah tu adalah roundabout jalan

Pekan Paro. Jalan pun lengang

Bhutan Made. Kedai yang jual FM mahal tu

Abis pusing pusing pekan Paro,  Leela kata, dia akan hantar aku ke hotel.

Berakhirlah itinerary hari ni di Paro.

Hotel aku terletak dekat dengan airport, sebab esok pagi pagi flight akan bawa aku balik semula ke Kathmandu tanda berakhirlah lawatan ke Bhutan.

Airport Paro

Tak tau nak cakap menarik ke tak Bhutan secara keseluruhannya, tapi bagi aku, kalau dah sampai, just enjoy. Nak kata menarik sangat tu tak lah, kalau berkesempatan untuk sampai ke sini... nikmati la apa yang ada dan rasailah perbezaannya.

bersambung.........

13 comments:

  1. wahhh... tak aci la... dah sampai dulu kat sana...

    ReplyDelete
  2. Rasa macam dalam cerita Kungfu dulu-dulu je Bhutan ni..hehe

    ReplyDelete
  3. sunyi sepi pekannya..nampak sgt menenangkan...

    ReplyDelete
  4. minuman yg dipanggil ara tu aku rasa rice wine kot..kalau minum mmg pening la ko nnt hahahaha...

    comel jek roundabout dia yek? Kalau xde pon x terasa kehilangan roundabout tu hahahaha....

    pandai bebudak bhutan main blackjack?? ko x join sekali ke dorang? hehehehe...

    ReplyDelete
  5. mahalnya FM! patut kau beli la seketul meng. buat kenang2an.
    tapi tu la.. seketul dah dekat RM60?
    pengsan jugak tu huhu..

    ReplyDelete
  6. senyap sunyi pekan ....

    kecik jer round dabout tu

    ReplyDelete
  7. mahal giler FM...dah tahap2 FM kat HRC jer...hehehe ke lagik mahal?hehehe Bhutan oh Bhutan...

    ReplyDelete
  8. SJ : jangan risau. sebelum aku sampai dah beratus ratus org sampai dulu. hehehe.

    nanti turn kau pulak... insya allah.


    JeaM : haaaa lagi lagi kalau yang pegi tu badan macam panda

    * lihat tubuh badan sendiri sambil mamah buluh...


    Zilla : menenangkan... dan memboringkan jugak

    ReplyDelete
  9. HB : haaa rice wine.. ya la tu term dia. tapi nama dia Ara ala ala Arak.

    Roundabout tu memang mcm nak tak nak je... traffic light tak de kat bhutan. kdg kdg ada polis trafic yang jaga tapi aku rasa polis tu pun sure bosan.

    Aku yang x reti main blackjack tu ... hahahaha


    Mya : aku beli masa kat epot.. tutup mata la.. sebab duit tak tau nak guna buat apa. dah x leh tukar balik ke USD

    ReplyDelete
  10. pB : eh.. PB.. lama x nampak. PB ni bukan DJ kan?

    * garu garu kepala..


    DJ : FM tu mahal sebab tak semua kedai ada. dan yang ada pun banyak gambar ntah hapa hapa... maybe barang utk pelancong beli tu mencanak2 mahal nya.... kalau org bhutan memang la langsung tak ambik tau apa benda FM tu...

    ReplyDelete
  11. Mandi air panas boleh masak telur tu bang ehhh salah kalau letak telur boleh masak 3 suku sbb air panas lain lah kalau mandi wap je

    Roudabout cinonet mcm tu klau x de lampu jln mahu kena redah tu

    Klau org bhutan dtg msia mesti terpegun dgn bangunan mencakar awan tu kan bang

    ReplyDelete
  12. ehhh apa kaitan pB ngan DJ?

    *tenyehtenyehtaikmata

    ReplyDelete
  13. JM : haaaaaaaaaaaaaaa JM tulis apa tu? nak suruh read between the lines kah?

    hahahaha...

    kalau org bhutan dtg Malaysia mesti dia org hisap rokok mcm naga....


    DJ : sorry. silap orang. dulu macam ada satu nick ni PB tapi Pen Biru.. aku ingat ko la..

    tapi PB ni adalah Pulut Bakar..

    * lapar lak dengar nama makanan ni

    ReplyDelete