Pages

Saturday, June 21, 2014

19 - Lambaian Bumbung Dunia : Bhutan - Tiger's Nest - Part 2

Okay. Baru nak masuk fasa terakhir pendakian ke Tiger's Nest di Bhutan ni.

Sampai di kawasan yang boleh nampak Tiger's Nest ni....

Tiger's Nest

..............bukan la bermakna dah sampai.

Sebabnya, dari belah sana dan belah sini di bezakan dengan jurang lagi. Jadi, kena turun ke bawah dulu then mendaki semula baru la sampai ke belah sana.

Tapi port ini la port yang paling cantik nak ambik gambar dan kebanyakkan gambar gambar Tiger's Nest dalam internet tu semuanya di ambik dari point ni.

Standard masa nak mendaki dari bawah dan sampai ke point ni adalah 2 jam. Aku buat hari tu dalam 1 jam 34 minit.

Fit tak habang????

* puiiiii

Ada tempat persinggahan, tapi kata Leela ini adalah rumah persinggahan monk

Tetap berukiran tradisional Bhutan

Close up Tiger's Nest ni. Nampak dekat tapi sebenarnya masih jauh

Pakcik Makcik Salleh duduk mengambik gambar. Macam biasa, aku jadi tukang ambik gambar dia orang

Dan lepak lepak ambik angin kat situ, then bermula la fasa berikutnya iaitu turun anak tangga dan naik semula sampai la ke monastry tu.

Ayuh mulakan !

Semangat ! Semangat !!!!!

Leela kat depan...

Nampak bangunan berbumbung tu, itu adalah cafe... Leela kata on the way turun nanti aku akan lunch kat situ

Nampak Tiger's Nest semakin dekat

Tapi perjalanan semakin menyeksakan sebab kena turun tangga. Lutut kena kuat bebeh

Turun ke bawah dan kena mendaki semula

Menuju ke monastry.

Anak tangga turun ke bawah

Dah sampai bawah, ada jambatan, baru naik tangga semula ke atas

Jambatan. Ada air terjun di tengah tengah

Kena naik ke atas sana

Air terjun. Ada salji yang masih membeku

Jambatan

Praying Flags

Mendaki semula ke atas. Nampak post guard 

Sebelah sana tempat aku memula turun tangga tadi. Atas pokok 2 batang tu spot ambik gambar tadi tu.

Dah nak sampai

Warga local yang turut sama sampai untuk bersembahyang

Ni tempat simpan beg. Beg dan kamera tidak di benarkan di bawa masuk ke dalam monastry

Dan sampai kat sini bermaksud memang dah sampai la ke Tiger's Nest ni.

Dengan rasminya, aku berjaya jejakkan kaki di sini.

Memang agak challenging jugak la especially the last 700 anak tangga tu. Kalau sakit lutut memang boleh tersadai kat situ. Ramai makcik makcik mat salleh tak berdaya untuk teruskan perjalanan sebab naik turun anak tangga ni.

Sebab tak boleh bawak kamera ke dalam jadi, tak de la gambar dalam monastery ni.

Tiger's Nest atau Paro Tatsang

Paro Taktsang adalah biara yang terkenal di Bhutan yang juga dikenali sebagai Tiger's Nest. Ia merupakan biara suci dan kompleks kuil yang terletak di cliffside di pinggir Paro. Ia mula di bina pada sekitar tahun 1692 di mana Dewa Padmasambhava telah bermeditasi selama 3 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 3 hari dan 3 jam. 

Dan kini, Paro Taktsang menjadi ikon penting untuk ibadat dan pelancongan di Bhutan.

Menurut lagenda, beliau membina kuil ini dengan bantuan kuasa ghaib. Antara kuasa yang ada adalah dengan menunggang harimau yang mampu terbang ke sini. 

Tapi kata Leela, dulu dulu ada macam system cable car yang angkut barang barang ni ke atas !!!

Untuk rekod, Tiger's Nest yang asal telah musnah dalam kebakaran pada tahun 1998. Dan pembinaan semula telah dilakukan oleh Kerajaan Bhutan dengan mengekalkan struktur binaan sepertimana yang asal.

Dedaun kering di kawasan Tiger's Nest

Waktu kat dalam tu, nak masuk kena bukak kasut. Leela sentiasa ada temankan aku dan dia la yang tunjuk tempat tempat dalam tu. Mostly tempat penganut Buddha bersembahyang. Ada beberapa dewan ibadah dan kawasan pertapaan.

Ada satu part tu, Leela tunjukkan kat aku batu kekal yang ada kat situ. Dekat batu tu ada macam lubang kecik sebesar ibu jari.

"If you stand there and point out your finger, then you walk towards the stone, if your finger touch the hole, your wish will come true"

Aku gelak gelak.

"You can try. But you have to close your eyes"

Aku pun berdiri. Ada la jarak 1 meter setengah dari batu tu.

Pejam mata.

"Should I wish now?"
"Yes. You wish while standing there. Point your finger, then walk. Dont open your eyes"

Aku buat.

Pejam mata. Tunjuk jari. Dan melangkah perlahan lahan sampai jari telunjuk aku sentuh batu tu.

"Haaa you missed it !"

Tak kena ! Cis.

"You can try up to three times?"
"Owh"

Then aku try sekali lagi. Cara yang sama.

1..

2..

3.

Pulp !

"Oh.. my god, you got it. Did you close your eyes?"
"Yes"
"Wow..."

Hahaha. Dia pun tak percaya. Aku pun tak percaya. Tapi serious la aku tak bukak mata. Ada 2 orang mamat yang tengah tunggu turn nak buat benda yang sama pun terlebih excited. 

"What do you wish for?"
"Haaaa. It is a secret !"

Dia gelak gelak jer.

Rahsia. Hahaha. Aku cerita kat OR wish aku tu, dia jawab..

"Tak cukup cukup lagi ke?"

Hahaha. So aku simpan je la untuk diri sendiri. Aku tak de la percaya. Tapi kalau dapat, Alhamdulillah.

Aku spent lebih kurang 20 minit je kat atas tu sebab orang macam ramai tengah sembahyang. So kami start turun.

Dan kena turun tangga semula dan naik sampai ke belah sana..

Melangkah lesu

Pancit jugak la !!

Akhirnya aku berjaya........ * kibar kibarkan seluar dalam

Now, masa untuk menapak turun pulak.....

Perut pun dah mula lapar.

bersambung................

11 comments:

  1. Part wish tu Jm palingggggg suka ahahaha, Jm tahu abg wish ape wlupun leela x tahu. Shhhh jgn ckp kt OR

    Jm tlg aminkan je

    ReplyDelete
  2. Nak tahu gak..apa yg di wish tu..haha..

    ReplyDelete
  3. kau nak kawin lagi ke??hahhahaa

    ReplyDelete
  4. i hope your wish come true....hahaha

    ReplyDelete
  5. sangat tinggi sekali, tak terbayang orang dahulu yang membuatnya bagaimana

    ReplyDelete
  6. Supermeng pun buleh pancit, apatah lagi aku yg kerdil ini... tapi Takpe, demi leela. Cantik yek tigers nest tu. Camana org dulu-dulu bina yek...

    ReplyDelete
  7. Aku tgk gambo je da mengah meng, belum panjat lagi. Kalau aku yang panjat, suku jalan aku patah balik.

    Mesti ko wish supaya ko dapat keliling dunia kan? huhuhu

    ReplyDelete
  8. kalau letak malaysian flag kena marah x? hahahaha...

    oii Meng!! ko wish nak kawin 4 ke? dasat la ko Meng...hehehehe

    ReplyDelete
  9. JM : amin... terima kasih.

    hahahahah


    CikNun : biarlah rahsia....


    Azlol : tak moh. x mampu ......

    ReplyDelete
  10. NM : makasey... i hope your wish also will come true !!!!


    DedeR : yes..

    Leela xakap, Masa dia orang angkat patung buddha tu then they stopped kejap utk berehat. ( time malam )..

    bila bangun pagi.. patung buddha tu dah tak de.. tengok tengok dah terletak elok di tempatnya di monastery tu.

    ada banyak kisah kisah magis yang berlaku sejak dulu dulu di kawasan ni..

    eh paham ke apa aku citer ni?

    ReplyDelete
  11. Ali : kalau aku buleh.. kau pasti buleh. hahahah. slow slow bro. yang penting kever lubang hidung.


    Farikh : kau pun sama !!

    slow slow buleh beb. jangan malukan kaum...

    hahahaha

    tapi ramai mat salleh tak sampai atas sebab tak tahan part turun naik tangga tu.. in fact, monastery ni lawa kat situ je. bila dah dekat tak berapa lawa dan dah tak buleh nak ambik gambar pun....

    tekaan kau tepat sekali !!



    HB : gila ko nak kawin 4. tak leh travel la aku lepas tu. tak pun gi travel tak balik balik..

    hahahhaa

    ReplyDelete