Pages

Wednesday, June 18, 2014

16 - Lambaian Bumbung Dunia : Bhutan - Paro to Thimphu

Abis melawat kawasan Rinpung Dzong tu kami turun semula ke parking.

Ringpung Dzong

Jalan turun ke bawah

Ada orang main alat muzik. 

Apakah itu? Bukan Bongo kan? Sempat aku layan kejap. Dia perasan aku tengok dia terus main dengan asyik masyuk... 

"Saya kasi 4 bintang untuk abang Bhutan !"

Sungai yang memisahkan pekan Paro dan Rinpung Dzong. Kata Leela kalau hari biasa ada je orang lepak mandi manda.. teruja lak aku rasa. Tapi sekarang ni musim sejuk so tak de lah.

Rinpung Dzong

OK last last...

Leela dah jalan ke depan tinggalkan aku

Ni gate dari bawah selepas cross jambatan

Sampai kat kereta baru la Leela ni baik hati pass kat aku air mineral. Air tu ada tapi dalam kereta. Tadi dia tak bagi. Berangan lebey kot pompuan ni.

Nasib baik aku tak amok bukak bukak baju !

"After this we are going for lunch"
"OK. What do they serve for lunch?"
"Hmmm it is buffet thingy. Anything you would like to eat?"
"Only vegetarian food"

Hah !

Dengar tu. Itu adalah arahan !

"I'll check that for you"

Jawab Leela.

Kereta Hyundai Santa Fe membelah jalan sunyi sepi di Paro dari Rinpung Dzhong menuju ke pekan Paro. Sunyi betul tempat ni. Siang siang buta pun boleh kira dengan jari berapa orang yang aku nampak di jalanan !

Mungkin semua gembira duduk di rumah.

Suasana jalan utama di Pekan Paro

Ada kedai kedai tapi macam tak ramai orang

Tak tau aku nak describe pekan Paro ni. Pekan dia kecik je. Jalan tak jem. Orang pun tak nampak merayau tak tentu pasal walaupun namanya pekan.

Rasa sangat laidback.

Tapi kalau lama lama sure bosan dan mati kutu tak tau nak buat apa.

Di Paro ni, drebar berhenti di salah satu bangunan dan Leela cakap, kami akan lunch di situ.

Aku follow je dia naik ke atas bangunan 3 tingkat tu.

Ambik tempat duduk

Sebaik je duduk, Leela pegi cakap dengan orang dapur dan dia bagitau aku some of the food are vegetables jer so aku boleh la nak makan. Orang kedai tu siap datang tanya.

"You eat egg? You want fried egg?"
"Yes. Fried egg will be good"

Aku pun duduk la. Pegi tengok makanan jap then aku ambik apa yang patut.

Tak lama lepas tu tiba tiba si Ramasamy pun sampai dengan guide dia.

Guide guide ni memang ada tempat dia orang kat dapur kot so dia orang makan kat sana. So aku duduk semeja sorang dan Ramasamy pun sorang. Aku perasan dia macam gelisah je bila duduk sorang sorang. Aku berdoa moga dia tak datang dekat meja aku sebab aku tau dia pun perasan aku jalan dengan Leela tadi tu.

Tapi igauan ngeri aku akhinrya menjadi realiti. Tak lama lepas tu dia datang duduk kat meja aku.

"Can I seat here? Can I join you?"

TAK BOLEH !!!

Mak aku pesan, jangan kawan dengan orang kulit hitam legam.

* mati la tipu...

Aku angguk je lah. Mamat ni memang la terover friendly. Start dia duduk depan aku, dia berborak tak henti henti. Macam macam dia interview aku. 

Emang dasar........... !!!

Tapi dia la teman aku, kalau tak aku kejong jugak sorang sorang. Tapi aku OK je pun kalau sorang sorang.

Air coke Ramasamy order.. tin coke dia panjang sikit dari biasa

Ini makanan aku...

Makan nasik dengan sayur sayur je. Sungguh aku menjaga tubuh badan !! 

Tapi tak pe lah. walau tak sedap kenyang jugak la. Alhamdulillah. Si Ramasamy tu tak makan mana pun, dia sibuk dok ajak aku berborak.

Tak payah aku tanya banyak, dia dengan sendiri bercerita hal dia pada aku.

Ramasamy berasal dari Maldives dan bekerja sebagai QS di Doha. Dia dalam crisis rumahtangga dengan wife dia, so untuk menenangkan diri, dia cakap dia nak gi travel. Wife dia bawak anak dia balik kampung di India dan dia datang ke Bhutan.

Mencari ketenangan !!

Tapi aku la yang tak tenang sebab dia asyik bersembang. Aku dengar je la dia bercerita. Malas nak komen apa apa. Pepandai dia lah. Dia dah besar. Dah tua !

"After this can I take photo with you? I wanna show my wife I met Malaysian guy in Bhutan"
"Errr. Okey"

Terpaksa la aku pose pose sendu. Tapi bukan senang orang nak ambik gambar aku, so aku kena berterima kasih kat dia. Hiks.

Makan kenyang kenyang. Borak panjang lebar. Akhirnya kami semua bersedia nak bergerak. 

Lunch ni memang provided tapi kalau order air lain kena bayar sendiri. Aku minum air masak jer, tapi Ramasamy minum Coke, tapi dia tak de duit Bhutan ! Aku pun sama !!!

Duit Bhutan di panggil Bhutan Ngultrum (BTN). Duit Nepal tak laku di Bhutan tapi duit Indian Rupee laku. Aku dah tak de duit rupee dari trip lepas so aku kena tukar duit Bhutan jugak. In case la nak beli apa apa.

So aku mintak Leela singgah mana mana money changer. 

"We will find it in Thimphu"
"OK"
"Now we are going to Thimphu. You will be staying in Thimphu for tonight"
"OK"
"It is gonna take 1 hr from Paro to Thimphu.."
"OK"

Aku ikut je la mana mana.

Duduk dalam kereta layan perasaan. Tapi aku mintak nak duduk depan sebelah drebar so aku boleh ambik gambar. Leela duduk kat belakang.

Perjalanan ke Thimphu dari Paro

Station minyak

Perjalanan dari Paro ke Thimphu agak menarik sebab melewati kawasan gunung ganang dengan sungai mengalir. Kadang kadang melewati perkampungan masyarakat Bhutan.

Leela bersedia dan berjaga jaga kot kot aku nak tanya soalan. Kadang kadang dia sendiri dok bercerita dan aku dengar jer lah.

Jalanraya kat Bhutan tak de la elok mana. Jalan bersimpang siur dan banyak lencongan tajam. Tapi drebar tu maybe dah biasa so dia bawak OK lah tak laju mana cuma aku je la cuak kadang kadang.

Jalan ke Thimphu

Di pertengahan jalan kami berhenti di sebuah jambatan. Aku ambik gambar. Bhutan bersahabat baik dengan India. Bhutan banyak supply hydroelectric ke India.

Perjalanan agak membosankan jugak sebab aku macam nak berhenti banyak tempat ambik gambar tapi malas nak bagitau Leela.. sudahnya aku pura pura tidur je. Sempat la layan lagu Bhutan berkumandang di radio.

Thimphu merupakan ibu negara Bhutan. 

Di Thimphu ada la nampak bandar sikit tapi tak de la megapolis sangat. Kalau nak cakap, bandar dia lebih kurang macam Chukai jer... 

* begitu aku membandingkan

Tapi bandar dia dikelilingi oleh gunung ganang dan hutan menghijau.

Tapi kemudahan awam semua ada dan semua free ! Kecuali university kena bayar lah dan tak de university lagi di Bhutan. Leela cakap baru nak di bina. Perubatan, sekolah semua free.

Lagi info aku dapat, dia orang di Bhutan ni memang kena selalu pakai baju kebangsaan. Yang macam kimono tu termasuk la budak sekolah. Mereka tak nampak seragam mana tapi mereka pakai fashion yang sama. Begitu jugak dengan pekerja. Dia orang akan pegi keje pakai baju kebangsaan Bhutan. Boleh la pakai t shirt dengan jeans kalau waktu santai, tapi most of the time memang akan nampak dia orang berpakaian kebangsaan.

Akhirnya kami sampai di Thimphu. Drebar terus bawak ke Tashichho Dzong yang terletak di Thimphu ni.

Tashichho Dzong. Sama macam yang di Paro tu, di gunakan untuk monastery, kubu dan sekarang menjadi pusat pentadbiran dan bangunan kerajaan termasuk la pejabat Sultan.

Sewaktu sampai di Tashichho Dzong ni, Leela ada bagitau aku, yang istana Raja Bhutan terletak kat tepi tu je. Tapi tak berapa nampak sebab istana dia cuma banglo 2 tingkat biasa jer. Tak de la nampak macam istana pun dan terlindung dek pokok pokok. Bukan jugak di atas bukit, tapi tepi sungai.

Tapi ada kubah dia macam emas sikit. Aku terus nak snap gambar. Tetiba.

Pret ! Pret ! Pret !!!!

"Tolong ! Jangan tembak saya"

Pandang kiri kanan.

"No photo !!!"

Tetiba ada askar menjerit. Askar ke polis ntah tapi macam geng geng tu la. Ntah dari mana dia muncul. Tetiba jer. Rupanya Leela cakap memang bukan semua area boleh suka suka hati je ambik gambar di Bhutan ni. Kawasan military area, pejabat kerajaan dan benda benda rasmi kerajaan Bhutan dan yang berkaitan semua tak leh nak ambik gambar.

Aku jadi cuak lak. Dah la frust tak leh ambik gambar istana raja tu.

Ini bangunan Parlimen Bhutan. Terletak opposite Tashichho Dzong. Aku siap tanya Leela dua tiga kali, " Boleh ke tak aku ambik gambar ni??" * mati la cakap Melayu

Ada 2 entrance. 1 pejabat Raja Bhutan kat sebelah (yang tu sah la tak leh ambik gambar ) yang entrance ni pulak adalah entrance untuk public masuk ke monastery ni

Polis guard. Nak masuk ke dalam kawasan ni siap kena scan body/beg macam nak lepas airport

Tashichho Dzong ni tak banyak beza dengan Paro Dzong cuma yang ni lebih besar dan agak grand sikit

Ada banyak loceng loceng ni sekeliling kubu

Leela dah warning aku, area belah sini boleh ambik gambar. Area satu lagi tu masuk pun tak boleh sebab area tu akan bersambung ke pejabat rasmi Raja Bhutan

Monastery.

Aku lepak pusing pusing ambik gambar kejap jer. Sebab banyak sangat restricted area so aku putus semangat. Last sekali, aku bagitau Leela aku ready nak blah dari tempat ni.

Tashuccho Dzong ini merupakan sebuah monastery dan kubu di pinggir utara bandar Thimphu di Bhutan. Secara tradisinya ia menjadi tempat pemerintahan Druk Desi ( Raja Bhutan )

Tak de apa sangat pun dalam tu. Just gi tengok tengok boleh lah.

Center court Tashichho Dzong 

Dari Tashichho Dzong tu kami bergerak semula, kali ni Leela dan drebar bawak aku jelajah kota Thimphu. Tak sampai hati nak sebut pekan tapi memang macam tu la kalau nak diibaratkan.

Traffic light pun tak der !

Ada roundabout dan polis berdiri tengah tengah jaga. Jalan memang tak jem langsung lah. Ada 2 batang jalan utama je kat Thimphu yang banyak kedai kedai tertumpu. Mall pun tak de la yang upscale. Mini market banyak. Kediaman dia orang agak ke luar sikit atau berdekatan dengan lereng bukit.

Tiada hotel chain yang biasa kita jumpa kat mana mana di Bhutan ni. Mereka control business yang masuk dari luar negara. Jangan harap la nak jumpa Mc Donalds !

Kami singgah di pasar seni. Tempat orang menjual cenderamata dan hasil buatan Bhutan. Konon konon aku excited la boleh jumpa FM.

Haram !!


Kedai kedai kraf tempatan

Kedai macam hidup segan mati tak mahu

Jual jual benda macam ni je banyak lah

Tetiba nama dia merak ! Aku perasan banyak jugak perkataan Bhutan ni menyerupai perkataan Melayu. Tapi tak pasti la maksudnya..

Dah abis !!

Macam aku sorang je pelanggan kat situ. Nasib jugak la tak menarik sebab aku belum ada duit Bhutan untuk berbelanja.

Leela cakap ada tempat lagi dia bakal bawak aku di Thimphu ni sebelum menjelang malam. Tapi aku dah rasa sangsi benar dengan Bhutan boleh offer ni. Sejak aku jejakkan kaki tadi dan melawat tempat tempat yang kononnya menjadi tumpuan pelancong, aku langsung tertarik !

Aku rasa Bhutan ni so overated !

bersambung...........

17 comments:

  1. Amboi leela.... Baik jadi laila.... Bestnya cerita laila & .....

    ReplyDelete
  2. Ohhh Leela... kenapa gambarmu hanya di belakang? Tak teringinkah Meng untuk mengambil gambarmu dari depan untuk tatapan kami yang kehausan inih? Bhutan memang cantik Meng!

    ReplyDelete
  3. sejuk eh cuaca kat sana meng?
    tengok dalam gambar macam terik.

    ReplyDelete
  4. pelik gak...dorang ni meniaga ada untung ke?? sapa nak beli?? nak harapkan Meng beli..jgn harap la hahahaha....

    tgk pon dh tau pekan dia mmg bosan...tp kalau sekadar nak jejakkan kaki ke bhutan apa salahnya ye dakk Meng?? hehe...

    mana gambo muka si leela majnun Meng?? asek gambo montot dia jek ko ambek!! hahahaha...

    ReplyDelete
  5. Pemandangan sini lawa...kota di celah bukit bukau...tp mcm xde apa yg menarik eh...dah tu kenapa beriya sgt depa kontrol org masuk?bajet hot lah tuh.huh.

    ReplyDelete
  6. Abg Meng..tak sangka zaman sekarang ni ada lagi negara yang kurang pembangunan macam Buthan ni..diaorang pakai handphone ke tak?

    Yang paling best..Buthan dikategorikan negara yang Paling Bahagia Di Dunia...betul ke..hehehe...

    ReplyDelete
  7. part bang meng kata Bhutan macam chukai tu memang tak bleh blah haha. tergelak terus.

    Apekata Malaysia control org masuk macam Bhutan ni? we want CM and puduraya back hhaha

    ReplyDelete
  8. mmg setakat ni masih boring Bhutan ni, ada yg best tak pastu? Gaya tanya mcm nak pegi je..

    ReplyDelete
  9. Bro, mcmna mu buleh tahan tak peknena dunhill mas di Bhutan. Haha. Respect wehh

    ReplyDelete
  10. oh mai...mimpi ngeri bila si ramasamynyer kije adalah QS?



    *sapu bedak cuticura banyak2 kat muka sendiri supaya nampak tak sama mcm ramasamy*


    Notakaki:Tak sume QS adalah begitu...(adess..)

    ReplyDelete
  11. Abg rama-rama tu Glamour dia tau! Tak de gambar ke mesti hidung bela tuk!

    Abg kan retis nama pun supermeng kan! Jm nk jugak lah bergambar mau tunjuk sama ore kg


    Ohh bhutan, klau view mcm ni pikir 10x kot

    ReplyDelete
  12. pegi mahal-mahal tak dapat shoot sgt tak syok la. dah la merokok pun takleh ! *tibeee

    aku pasti tu la kutukan dalam hati ko kan kan kan?

    ReplyDelete
  13. MKL : laila pun buleh...


    Ali : aku ambik utk kau. hahaha. nanti aku tunjuk..


    Mya : cuaca nampak terik tapi sejuk.... masih winter time ni.


    HB : aku rasa org beli pun kurang.. buat syarat je kot kedai kedai tu semua....

    Gambar leela.. maun ? hahaha nanti ah.....

    ReplyDelete
  14. DJ : dia control tu sebab tak nak bagi pokok pokok dia musnah... menjaga ekosystem mereka...


    Has : dia org bukan tak mahu membangun.. dia org saja nak preserved hutan hutan dia.. lain lain kemudahan semua ada. internet phone hp semua ada...


    Dz : aku setuju......

    control org masuk. supaya terjaga warisan negara.

    begitu.


    JeaM : yang best tu tiger's nest je la kot.

    cuma nak panjat tu mampuih gak la..

    * bagi yang tak fit. hahahaha

    ReplyDelete
  15. SM : ohhh tak tahan. tapi bertabah la.. nak buek camno. kalu buleh. ranting kayu tu aku nak bakar.. kasik hisap asap..

    * ambik feel.


    Anash : ya.. tak semua QS begitu.. hahaha..


    JM : tak sure ada x gambar ramasamy tu. kena check balik. rasa mcm tak samapai hati nak ambik..

    haks..


    NanaT : btol beb.

    aku sumpah seranah banyak kali...

    ReplyDelete
  16. fotonya keren keren banget kak , nice pict.


    visit : Paket Wisata Dieng

    ReplyDelete