Pages

Wednesday, June 4, 2014

02 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal - Kathmandu Durbar Square

Masih lagi di Kathmandu Durbar Square.

Hari dah petang

Berjaya masuk ke Hanuman Dhoka Drubar Museum tu, aku tak melepaskan peluang untuk snappy snappy cepat cepat. Sebab takut guard tu nampak kang dia halau aku keluar. Lagi sekali kang buat drama aku nih !

Save jugak lah NPR 500 ( RM 17 ).

Berjimat cermat namanya..

Hari dah petang tapi masih ada pelancong dalam tu. Nampak gaya macam dari Jepun je rombongannya.

Layan sikit gambar gambar dalam Muzium Durbar Hanuman Dhoka atau turut dikenali sebagai istana lama di bahagian dalam kompleks Kathmandu Durbar Square ini.

Dataran Durbar Hanuman Dhoka

Durbar Hanuman Dhoka - Nampak lawa sebenarnya tingkap tingkap ni

Panch Mukhi Hanuman Statue.. tapi macam pagoda

Guard di pintu masuk Old Royal Palace ( Hanuman Dhoka). Sebab dah nak tutup so aku tak berani masuk. Lagipun takut dia mintak tiket. Hiks. ( hidup dalam ketakutan )

Keseluruhan dataran dalam Hanuman Dhoka

Sedikit mengenai Kathmandu Durbar Square aku cilok Wiki.

Kathmandu Durbar Square merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia juga di kenali sebagai Dataran Hanuman Dhoka yang menjadi tarikan di Kathmandu Valley.

Kebanyakkan pusat budaya dan sejarah di Nepal tertumpu di sekitar lembah Kathmandu; antara yang penting ialah Hanuman Dhoka-Durbar Square. Nama Hanuman Dhoka-Durbar berasal dari patung Hanuman yang dibina oleh Raja Pratap Malla di pintu masuk istana diraja pada 1672 AD. Kemudiannya Raja Prithvi Narayan Shah telah membina Basantapur Durbar (Istana) pada tahun 1770.  Seluruh kompleks  ini lah dikenali sebagai Kathmandu Durbar Square. 

Dikelilingi oleh banyak kuil Hindu dan kuil Buddha, kebanyakkannya dibina dengan bentuk pagoda dihiasi dengan exterior diukir halus serta seni bangunan yang dari abad ke 15 hingga ke-18. The Square Durbar, ini termasuk kuil-kuil lama dan istana melambangkan kehidupan agama dan budaya rakyat.

Some interesting places adalah "Kumari (The Living Dewi) Gar" "Kastha Mandap" Maru Ganesh, Kuil Mahadev, Kuil Siva Parvati, Kuil Bhagwati, Old Palace, Kuil Saraswoti, Kuil Krishna yang berbentuk lapan segi, gendang besar, Kal Bhairav, Kuil Jagannath dan Kuil Taleju serta yang lain-lain.

Square Durbar adalah sebenarnya terdiri daripada dua kawasan berbeza. Kompleks luar terkenal dengan banyak kuil-kuil yang menarik seperti Kumari ghar, Kasthamandap, Shiv-Parbati Temple, Kuil Jagannath, Loceng Besar dan lain-lain, manakala kompleks dalaman terdiri daripada kawasan istana lama yang dikenali dengan Hanuman Dhoka , Mul Choke, Sundari Choke, Basantapur Durbar dan lain-lain.

Selain kuil dan tempat-tempat suci, ia juga tempat pelbagai perayaan diraikan, aktiviti kebudayaan dan tradisi tradisi masyarakat. Perayaan-perayaan utama termasuklah Indrajatra, Dashain, Gaaijatra, Machchhindra-Nath Jatra ETS. Perayaan perayaan ini adalah perayaan di mana rakyat dari seluruh bandar berkumpul di sini untuk mengenang tradisi lama mereka.

Semua ukiran dan seni bina di kawasan ini adalah sangat halus terutamanya di dalam Hanuman Dhoka-Durbar.

Peta Kathmandu Durbar Square

Aku tak lama dalam bahagian Hanuman Dhoka tu dan cepat cepat lari keluar sebelum di kesan oleh pihak musuh aka pak guard. 

Di bahagian luar pulak kawasan lebih terbuka dan kiranya free la untuk lepak ke atau ambik gambar. Ramai warga tempatan memang melepak kat sini. Yang berdating pun ramai. 

Lembu pun turut serta memeriahkan acara dan suasana.

Lembu berkeliaran di Kathmandu berserta merpati merpati

Kal Bhairab. Salah satu tempat suci Hindu di sini.

Orang menjunjung barang... bagus ni kalau time time tak de air...

Mula mula aku ingat kat situ je la kawasan Kathmandu Durbar Square ni sebab aku pun tak de sebarang map. Tapi tengok orang ke hulu ke hilir memang ramai. Tak tau la mana dia orang tuju.

Nasib baik jugak la tergerak hati nak jalan ke depan sikit dari area museum tadi. 

Then lepas tu aku nampak ada lagi kuil kuil dan bangunan bangunan lain yang termasuk dalam Kathmandu Durbar Square ni.

Kalau tak memang aku ingat dah abis kat situ tadi jer lah.

Kedai kedai tepi jalan.

Fridge Magnet. Survey dulu.. Rata ratanya harga NPR 300 ( RM 10 )

Pakcik Pakcik bergossip riang ! 

Dialog busuk.

"Kau tau Cadbury tu ada babi?" 
"Ya ke? Patut la sedap !!!"

Ahaks.

Laluan dari Hanuman Dhoka tadi.

Tak jauh dari situ membawa aku ke satu kawasan dataran lain yang dikelilingi oleh banyak temple temple.

Tapi dataran tu kiranya terletak di laluan utama kat situ jadi ada banyak orang berjalan dan kenderaan seperti motosikal, basikal dan beca lalu lalang !

"Ayuh Abang abang Neps sekelian.. posing maut untuk para peminat di Malaysia !"

Dan di kawasan ini jugak banyak orang menjual di kaki lima. Kebanyakkannya menjual sayur sayuran dan juga barang barang keperluan untuk mereka bersembahyang.

"Aku rasa kau kena ubah penampilan lah, tudung macam kau ni dah tak current ah.. Tak trend" * dialog busuk makcik tu.

Orang beratur untuk masuk ke kuil

Pelita

Temple di Durbar Square. Bangunan putih yang agak ke european tu adalah Gaddi Baithak di mana raja dulu dulu duduk bagi menyaksikan perarakan atau festival di kawasan ni.

Orang menjual sayur sayuran

Shiva Parvati Temple

Kawasan ni memang penuh dengan hiruk pikuk manusia berjalan ke sana ke sini. Kenderaan keluar masuk. Orang berniaga. Memang bingit dengan bunyi hon nya.

Tapi meriah.

Dan ramai jugak yang sekadar melepak berborak borak sesama mereka. Aku just panjat kuil yang paling tinggi dan menikmati suasananya dari sini.

Skodeng !

Lagi menjunjung jualan

Agak hari dah petang aku pun berpatah balik semula ke hotel. 

Sebab kalau malam aku takut tak jumpa jalan balik. Jalan dah la sempit dan bangunan dekat dekat dan simpang banyak. Kalau miss masuk simpang tak tau mana hala tuju lepas tu nanti.

Hari dah petang. Ayuh pulang !

Dan ni semua gambar gambar ketika aku patah balik dari Kathmandu Durbar Square ni pulang ke hotel di Thamel.

"Aku rasa depan ni Supermeng lah"
"Ya ke? kenapa dia gelap macam kita?"

Kain kain sari untuk di jual

Agak cuak jugak sebab susah nak pastikan lorong yang betul. Memang kena tengok betul betul sebab confusing.

Orang menjual daging

Sampai di Thamel, aku cari money exchange dulu sebab aku masih tak ada duit Nepalese Rupee lagi. Nasib la tak de nak kena bayar apa apa tadi. Aku bayar kat Sajan semuanya pakai dollar.

Dekat area Thamel tu memang banyak money exchange, kena rajin rajin masuk dan bertanya. Paling best, duit Malaysia adalah diterima di money exchange di area Thamel ni !!!

Rate RM 1 = 29.47 Nepalese Rupee

Rata rata rate nya lebih kurang jer. Aku masuk 3 kedai, dan akhirnya aku decide di kedai yang ketiga sebab malas nak patah balik. Rate yang sama mereka bagi. Tapi masa lepas tu bila aku check, kalau money exchange kat bahagian luar masa mula mula nak masuk simpang area Thamel tu kat situ dia jual mahal lagi. So pepandai la cari dan semoga bernasib baik !

Dekat sini aku tukar RM 200 jer.

Dah ada duit tu apa lagi? Shopping lah !

Tergoda tengok kedai kedai kat sini especially mountain gear semua. Aku tak pasti ori ke tidak tapi kualiti agak bagus. Tapi aku memang tak plan beli banyak banyak awal awal ni dulu sebab nanti berat beg aku nak angkut ke Pokhara. So niat suci murni sambil nak mencari FM dan baju kiriman kawan kawan tu aku KIV dulu.

Nanti balik dari Pokhara baru aku cari semula.

Ini kedai yang aku kautim agak murah.  

Tapi malam tu sempat jugak aku sambar sweater sehelai. 

Tak tahan dowh...nafsu serakah datang secara membuak buak.

Hahahaa. Memang tak bawak jaket pun, so kiranya persediaan awal la kot kot sejuk.

* mati la macam naik naik gunung pun

Dan aku jumpa kedai yang paling murah dalam banyak banyak yang jual mountain/outdoor gear ni semua. Sweater double sided dapat dalam RM 20 jer. Kat lain mahal !! Kedai tu kat gambar atas. Paling hujung dekat jalan pertama masa memula masuk area Thamel tu. Simpang ke kiri, straight jer. Ada pakcik jaga kedai ni. Baik hati dia melayan aku dok menawar gegila. Dalam tak bagi tak bagi, dia bagi jugak.

Dah abis berbelanja tu baru lah balik ke hotel. Dah tau sikit lengkok liuk jalan di Thamel ni.

Suasana malam di Thamel dari roof top hotel

Ha.. habuan perut. Nasi dengan Kari Ayam Brahim yang di beli dalam flight Air Asia siang tadi.

Mandi, solat, makan sambil tengok TV cerita Nepal. 

Alhamdulillah. Kenyang makan. Burppp.

Tengah dok makan tetiba blackout. Tapi Sajan dan bagitau, memang biasa blackout kat Kathmandu ni. Tapi hotel ada generator la, cuma tak semua benda berfungsi termasuk wifi, so aku dok study phamplets yang aku ambik kat airport tadi jer sampai la letrik OK semula.

Esok kena bangkit awal sebab nak merayau ke sekitar Lembah Kathmandu ini..... !

Oh lupa. SMS OR dulu.

'Yang saya dah sampai Kathmandu.. semua OK. Dont worry. Nak tido dah. Nite'

Tak lama dia balas.

'OK Yang. Goodnite. I love you"

* tarik selimut dan blast ekon kuat kuat ambik feel di pergunungan ......



Bagai mana mungkin kau biarkan aku sendiri
Walau aku tahu kau pergi untuk kembali
Namun hati tetap sunyi
Hari hari jadi sepi tanpa mu
Entah kapan kan berjumpa lagi.

Setelah kau pergi meninggalkan ku
Semakin terasa ku sangat kehilangan mu
Rintik rintik hujan di malam sunyi
Seakan tahu ku sangat rindu pada mu
Oh mungkinkah bersama lagi
Ku cinta pada mu.

Aku ingin jumpa walau hanya sekejap saja
Seminggu berlalu namun kau tiada berita
Sampai kapan ku menunggu
Rindu rindu hati semakin rindu
Entah kapan kan berjumpa lagi...

bersambung...............

7 comments:

  1. Gelemer sungguh abg MEng, makcik2 nepal jual sayur kenal dia oh...

    ReplyDelete
  2. Hahahaha....artis I'national jadi pujaan makcik2 kat sana ye Meng. Mesti dorang ngutuk ko sbb perut boroi...hehehehehe

    Sana memalam ok ke kalau nak berjalan2?

    ReplyDelete
  3. Cam lawo pulak Nepal ni (walaupun aku hari2 berperang dgn buruh nepal kat tmpt keje...)

    ReplyDelete
  4. masterji berambut dreadlock tak jumpa ke?

    aku nak blaja la cara kakak dua orang tu bergossip...gossip berbisik namanya. muka tu tak nampak jemah sangat. hehe

    ReplyDelete
  5. MKL : setakat pandang je la.. malas teman nak membeli...


    NM : eh,, kau jangan tak tau.. aku lalu je.. semua org pusing memandang.....

    nasib tak terpotong tangan masing masing..

    sebabnya.. bunyi mengah !!!! mintak nyawa.


    HB : Nama i Roy. tapi i tak boroi.

    hahaha.

    area Thamel tu memang selamat insya allah.. tapi belah belah lain yang x ramai pelancong tu dikhuatiri sikit la....

    ReplyDelete
  6. Amir : lepas ni jangan gaduh.. suruh dia org buat Fried Momo... !!

    jamu demo.


    NanaT : tak de yang deadlock begitu. jenis jenis tu bangun lambat kot..

    hahahhaa..

    nak lagi kurang jemah, gossip la pakai walkie talkie !!!

    ReplyDelete