Pages

Monday, May 5, 2014

Pulau Tidung, Kepulauan Seribu

Pulau Seribu atau Kepulauan Seribu merupakan salah satu kawasan di perairan utara Jakarta. Pulau pulau ini ada yang berpenghuni dan ada yang tidak. 

Oleh kerana terdapat banyaknya pulau di sini maka di berilah nama Pulau Seribu walaupun sebenarnya cuma ada sekitar 110 pulau sahaja.

* campak calculator jauh jauh

Daripada keseluruhan pulau pulau ini, ada yang menjadi tempat pelancongan dan pendudukan seperti : 

Pulau Tidung
Pulau Pramuka
Pulau Harapan
Pulau Pari

Dan terdapat juga pulau dengan private resort tersendiri seperti :

Pulau Sepa
Pulau Semak daun
Pulau kotok
Pulau Putri
Pulau Bidadari
Pulau Geteng kecil
Pulau Genteng Besar
Pulau Pelangi
Pulau Melinjo
Pulau macan / pulau tiger
Pulau bidadari
Pulau ayer
Pulau Matahari
Pulau Pantara

Dan aku telah memilih Pulau Tidung sebagai destinasi.


Tanjung Timur

Jetty Pulau Tidung Besar

Kenapa Pulau Tidung?

Jawapannya aku pun tak pasti. Hahaha. Sebab idea ni datang last minit so dari pembacaan aku yang pemalas nak membaca ni, so aku decide je nak ke sini. 

Layan gambar gambar sekitar Pulau Tidung ni.

Makan sambil godek godek kaki di air

Sepi dan sunyi

Aman dan sentosa

Basikal pink di tepi pantai

Salah satu pantai di Pulau Tidung

Tanaman bakau

Pembuatan bot

Bot nelayan

Salah satu tempat menarik di Pulau Tidung ini adalah Jembatan Cinta.

Jembatan Cinta ini adalah jambatan yang dibina khusus untuk menghubungkan Pulau Tidung Besar dengan Pulau Tidung Kecil.

Selamat datang ke Jembatan Cinta

Aktiviti air

Jambatan Cinta

Pulau Tidung

Pulau Tidung

Pulau Tidung

Pulau Tidung

Senja di Pulau Tidung

Pulau Tidung Kecil yang tidak berpenghuni

Mentari petang

Pulau Tidung Kecil

Jambatan Cinta ke arah Pulau Tidung

Awek sebagai model tak berbayar

Senja di Jembatan Cinta

Senja di Tidung

Pagi di Tidung

Jembatan Cinta

Sunrise

Jembatan Cinta, Pulau Tidung

Lautan

Tempat rekreasi

Antara aktiviti yang ada. Hantu laut?

Beg tukang urut

Jembatan Cinta

Pulau Tidung

Pulau Tidung


Pulau yang damai sebenarnya. Tapi mungkin sebab cuaca yang agak berjerebu dan mendung maka ambik gambar pun tak berapa syok. Aku sendiri tak puas hati dengan gambar gambar yang aku ambik.

Nak kata Pulau Tidung ni lawa sangat tu sebenarnya tak de lah. Mungkin sebab pulau ni berpenghuni. Mungkin banyak lagi pulau pulau dengan private resort tu lebih lawa lagi.

Tapi setakat nak lepak lepak layan perasaan memang OK jer.

Beberapa perkara penting mengenai Pulau Tidung.

Pulau Tidung ni adalah pulau yang berpenghuni dan penduduknya agak ramai. Facilities semua ada. Hospital. Pejabat Kerajaan. masjid, sekolah dan sebagainya.

Kebersihan agak kurang sikit mungkin disebabkan oleh aktiviti penduduk.

Pulau Tidung ini menjadi destinasi istirehat local Indonesia. Orang putih agak tak kelihatan. Pulaunya tak berapa besar tapi kalau nak ronda ronda dicadangkan sewa basikal dengan harga INR 10 ribu sehari.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah snorkeling, boleh pegi diving, santai atau lepak lepak. Ada jugak permainan air disediakan di kawasan Jambatan Cinta tu.

Cara nak pegi kena naik bot dari Muara Angke ada speed bot di Kali Adem atau kalau bot kayu boleh naik di Muara Angke berdekatan kawasan pelabuhan nelayan.

Harga ferry ikut jenis. Speed Bot dalam INR 52 ribu sehala dan bot kayu INR 35. Agak susah nak dapatkan speed bot tiket sebab agak limited plus tripnya cuma ada sekali sehari. Pagi dari Jakarta dan Tengahari dari Pulau Tidung balik ke Jakarta. Tapi bot kayu tu banyak la ada setiap 2 jam cuma keselamatan agak diragui sebab dia muat selagi boleh termasuk jugak la dengan motosikal, sayur dan barang barang penduduk. Bot laju memakan masa 1 jam setengah dan bot kayu lebih kurang 2 - 3 jam.

Penginapan banyak tapi tak de la hotel. Yang ada cuma homestay yang dimilik oleh penduduk tempatan. Tapi cukup selesa.

Makanan pun tak susah sebab ada je warung makan untuk santap.

Aku tak recommend Pulau Tidung ni kalau inginkan pantai yang memutih, cantik lawa dan gebu gebu sebab tak de kat situ, tapi cuba ke pulau pulau yang ada private resort. Mungkin dia sana kurang tercemar, lebih aman dan sunyi.


Apa apa pun....  Pulau Tidung memiliki keistimewaannya yang tersendiri especially Jembatan Cinta tu, kerana dikatakan, bagi pasangan yang bercinta yang melintasi jambatan cinta tersebut, hubungan mereka akan kekal ke jinjang pelamin !

Wallahualam.



Kulabuhkan hatiku hanya untuk dirinya
Tak tau mengapa aku jatuh cinta
Ku tau hati ini tak mungkin memilikinya
Kau telah berdua bahagia dengannya

Dan biarkanlah cinta
Tumbuh dan mewangi di dalam hatiku
Walaupun tak sewangi yang aku rasa
Tetapi engkau memang kucinta

Dan biarkanlah cinta
Menjadi teman sepi dalam perihku
Karena ku tak bisa mengungkapkan padanya

(cinta... cinta)

Kulabuhkan hatiku hanya untuk dirinya
Tak tau mengapa aku jatuh cinta
Ku tau hati ini tak mungkin memilikinya
Kau telah berdua bahagia dengannya

Dan biarkanlah cinta
Menjadi teman sepi dalam hatiku
Karena ku tak bisa mengungkapkan padanya

9 comments:

  1. Dlm gambar no 1 tu ada sign xleh berbeskal... Mana dtg lak beskal pink tu?

    ReplyDelete
  2. Jm perasan setiap entry baru d publish after midnight tul x? Dlm byk2 tu Jm tertarik ngan jambatan cinta hik you know why right hiksss

    ReplyDelete
  3. aMIR : part yang tak leh naik basikal tu adalah atas jembatan tu.

    blah lain buleh jer.....



    JM : ya.. entry memang schedule kol 12.. pepandai la dia post sendiri...

    Jm memang kena pegi jembatan cinta ni dgn pakwe. buleh jalan sambil pegang2 tangan...

    ReplyDelete
  4. Tak jadi ke Pulau Bangka, diganti ke pulau Tidung..hehe. Sebenarnya pulau seribu itu lebih dari 300 pulau. Pulau-pulau di bagian selatan memang kurang bersih karena terpengaruh kotoran dari Jakarta. pulau-pulau bagian Utara relatif lebih bersih dan jernih airnya. Bahkan terumbu karang dan ikan-ikan sangat jelas terlihat hanya dari dermaga/jeti saja.

    ReplyDelete
  5. ko dh ubah schedule balik kul 12 ekk Meng? hehehe dulu tukar kul 7@8 skang dh balik ke asal, elok la tu sbb aku dtg ofis awal mmg bukak ko nyer blog dulu. Ketagih woo kalau x baca sehari. Ko ada letak daun ketum ke apa ni? hahahahaa

    Dulu aku singgah sekejap jek kat Jakarta x sempat nak gi memana, bajet nak repeat ke sana cuma tah bila agaknya. Masalah aku x gemor gi satu2 tempat 2@3 kali hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Di Sabah ada suku kaum Tidung... Kbyknnya di Tawau... Saja bg info...

    ReplyDelete
  7. GF : thanks gunadi for the info..

    i got it from wiki anyway.

    maybe next time boleh try pulau2 lain pulak.


    HB : aku memang set kol 12 lah. hari tu kol 8 sebab aku lupa nak post la tu dia jadi draft. hiks..

    tak de guna daun ketum pung, cuma masa mak esah masih aktif membomoh aku dah suruh dia perasap kaw kaw.. now dia sibuk jaga baby kot..

    jakarta nak repeat semata jakarta mcm rugi, kena pegi ke lain lain skit la..


    PM : aku pernah dengar tu, tapi logically macam jauh la tidung indon ke tidung sabah.

    tapi mungkin la ada kaitan.. aku x pasti atau sekadar nama yang sama

    ReplyDelete
  8. memang wonderful...ada rezeki nak ke sana juga.

    ReplyDelete
  9. MKL : boleh la. nanti MKL jalan berpimpin tangan dengan Puan Cinta

    ReplyDelete