Pages

Saturday, May 24, 2014

Langit Ke 7

7 senja di langit sana.

Kalau berkesempatan jangan lupa layan meteor shower weekend ni.

Happy weekend semua !!

Dan Dia telah menundukkan bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang 
- Surah Ibrahim (14): ayat 33

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. 
- Surah al-Baqarah (2): ayat 258

Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma 
- Surah Fatir (35): ayat 13

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan) 
- Surah al-Ra’d (13): ayat 2

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). 
 - Surah al-Anbiya’ (21): ayat 33

Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami (nya)
- Surah al-Nahl (16): ayat 12

Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa -
Surah Yunus: ayat 5



Dulu kau pernah berkata
Andai kata kita bercinta
Akan kau bina mahligai
Yang terapung dilangit ke tujuh

Sememangnya seakan
Khayalan belaka
Aku tak percaya

Kata-katamu hanya mimpi
Di siang hari
Kemarau panjang
Berpanas jua
Berteduh tidak

Hati kecil tak memahami
Mahligai itu ada di syurga
Terangilah mata hati
Agar dapat ku mengerti

Kataku bukan mimpi
Di siang hari
Berpanas tidak
Berteduh jua

5 comments:

  1. erkk,..akak pun ingat akak kat salah blog td... ingat blog ustaz don atau ustaz asri...hehehhe tak pe.. sesekali bagi tazkirah skit... dapat juga pahala bg org menaipnya dan yang membacanya...

    ReplyDelete
  2. salam kenalan...selalu baca komen2 dekat entri JM mesti asa nak tgelak,,komen2 yg lucu..tetiba arini nak buka blog ni...Alhamdulillah..tazkirah pagi..hehe

    ReplyDelete
  3. MKL : terima kasih. snappy pakai iphone je ni.

    kebetulan.


    LZ : sekali sekala..

    * pose pose pakai serban dgn kasut phua choo kang.


    JM : Amin...

    CN : salam perkenalan... oh. kawan JM ya..

    selamat bertenggek di sini.. terima kasih


    ReplyDelete