Pages

Saturday, May 3, 2014

Jakarta, Indonesia

Terletak di Utara Pantai Barat Pulau Jawa, Jakarta adalah ibu kota Indonesia - negara Islam terbesar di dunia dengan jumlah penduduk Islam lebih daripada 86%.

Penduduk Indonesia adalah melebihi 200 juta orang iaitu negara berpendudukan ke 4 teramai di dunia selepas China, India dan USA.

Jakarta sebelum ini dikenali sebagai Sunda Kelapa dan beberapa nama lain. Nama Jakarta telah diberikan oleh Jepun.


"Selamat datang ibu ibu bapak bapak !!"

Kunjungan aku ke Jakarta ini adalah kali ke 3. Asalnya aku ke Jakarta atas tiket untuk ke Bangka Belitung tapi tak prepare awal awal so tersangkut di Jakarta. Tapi trip kali ni tidak la semata mata merayap di Jakarta sahaja. Cuma sempat lah usha usha melepaskan rindu dendam sikit di sini.

Rindu yang tak berapa nak ada.



Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli

Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu

Sedikit fakta menarik mengenai Jakarta.

Jakarta merupakan bandar terbesar di Indonesia dengan lebih 10 juta orang di pusat kota dan 23 juta orang di kawasan sekitarnya. Penempatan ini hampir sama banyaknya dengan keseluruhan penduduk Malaysia !

Bangunan Bursa Saham Kebangsaan Indonesia, Bank Indonesia, dan Tugu Negara (Tugu Monas) adalah sebahagian daripada mercu tanda utama di bandar Jakarta.

Jakarta mendapat kemerdekaan pada tahun 1945 dari Syarikat Hindia Timur Belanda.

Jakarta adalah kotaraya yang mempunyai senibina barat serta masih mengekalkan budaya tradisional Indonesia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta adaah lapangan terbang terbesar di Indonesia selain daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma.

Jakarta dikenali dengan nama-nama berikut sebelum menggunakan namanya yang sekarang. Sunda Kelapa (397-1527), Jayakarta (1527-1619), Batavia (1619-1942), dan Jakarta (1942-kini). Jakarta juga mendapat jolokan dengan nama 'big durian'.

Jakarta adalah bandar ke 14 terbesar di dunia. Jumlah kereta dianggarkan sebanyak 1.5 juta dan motosikal sebanyak 3 juta; penyumbang utama kepada kesesakan lalu lintas.

Layan gambar gambar sekitar Jakarta.

Jurang perbezaan taraf kehidupan di Jakarta

Bangunan lama di Kota Tua

Muzium Wayang, Kota Tua

Kota Tua

Warga tempatan melepak di Kota Tua

Kota Tua, Jakarta

Bangunan Pos Indonesia

Dahaga?

Pengaruh Belanda

Masjid Istiqlal Jakarta. Istiqlal bermaksud 'Merdeka'

Masjid Istiqlal  - Masjid terbesar di Asia Tenggara

Kubah utama ditampung oleh 12 tiang

Masjid yang boleh menampung seramai 200,000 jemaah

Menara Istiqlal dari pusat kota

Gereja Cathedral Jakarta di hadapan Masjid Istiqlal

Istana Presiden, Jakarta

Monumen Nasional ( MO NAS)

Tugu Monas

Kereta kuda di Monas

Presiden Indonesia ( kiri )

Statue Di hadapan Bank Indonesia

Bandaraya Jakarta

Jalan Thamrin. Jalan utama di Jakarta

Hotel Grand Hyatt Jakarta

Salah satu mercu tanda di Jakarta

Pangsapuri Mewah

Jakarta

Pacific Place, Jakarta

Jakarta

Bundaran HI ( Hotel Indonesia ) dengan Tugu Selamat Datang

Mandarin Oriental Jakarta

Statue Presiden Soekarno dan Vice Presiden Mohammad Hatta 

Maka jadilah airport Soekarno Hatta.

Bagi aku Jakarta ni macam bandar bandar besar lain di Asia Tenggara ni cuma kadar jem dia tu agak teruk dan bandarnya sangat luas. 

Dan seperti bandar lain, ada tempat tempat menarik jugak yang boleh di lawati. Dan aku sendiri pun tak abis explore lagi kota Jakarta ni sebab tak de banyak masa.

Aku suka je Jakarta ni kalau sekali sekala pegi. Mungkin kalau shopping OK la kot sebab banyak sangat mall kat sini. Tapi kalau nak gi santai mantai.. hmmm tak berapa menarik. Pening kepala weh nak menempuh kesesakan lalu lintas di sini.

Apa apa pun... Jakarta adalah kota segalanya bagi warga Indonesia. Selamat berkunjung !

9 comments:

  1. Macam dah xde gambar lain kan nak letak kat intro! Terkejut badak tengok muka tepung gomak tu!

    Pacik depan Pos Indonesia tu pun agak menggerunkan.

    ReplyDelete
  2. Wah nak pegi Bangka Belitung cari Laskar Pelangi ke?

    Jakarta=macet!

    ReplyDelete
  3. Saya pun banyak kali ke Jakarta tapi entry tak siap2. Antara tempat yg mendamaikan... Shopping

    ReplyDelete
  4. Jakarta pulak dahhhh...
    Ah meng ahhhh....bila mau abis itu cerita pasal nagoya...haiyaaa ini olang aaaa....hahahahaha
    Tgk gambar ko mcm best pulak jakarta ni...

    ReplyDelete
  5. homai gambar 1st terkejut achik tengok!

    ReplyDelete
  6. Abg meng!!!!! Panggil dari jauh ni kome nk tahu nape ramai benar rakyatnye subur betul dorang ni adakh muda2 remaja lg kahwin membiak betul ha ke jodoh mike ringan

    Entri yg penuh informasilah

    ReplyDelete
  7. BK : cantik kan dia?

    buat kau lapar tak? hahahha

    Pakcik depan pejabat pos tu aku pun tak perasan. nak snap gambar bangunan jer..



    JeaM : konon kononnya begitu la..

    tapi tak de rezeki. next time je la kot.


    MKL : perlu banyak ongkos.....


    ReplyDelete
  8. Liza : bertabah la pasal nagoya tu..

    memang akan keluar lambat lagi.. nak abis kan yang lain2 dulu...



    MrsS : tiru la.. utk kulit yg lebih gebu gebas... ahaha



    JM : rezeki agaknya tuhan bagi tang anak anak.. tapi dia org memang ramai dan banyak pulau. campur campur jadi la seramai tu..

    ReplyDelete
  9. Maaf bang, mcm salah fakta tu psl kemerdekaan Indonesia sebenarnya dari Jepun (1945), bukan dari Belanda.

    ReplyDelete