Pages

Tuesday, May 20, 2014

14 - Trip GBS Gerek Seh ! - Singapore to JB

Ini part terakhir trip ke Singapura.

Trip 3 hari je tapi gebang 14 episod. Kah kah kah. Saja je, bukan aku tulis banyak pun, buh gambor jer lebih. Tu namanya, buat buat rajin tapi sebenarnya pemalas.

Setelah menyedari diri yang kami sebenarnya dah lambat, dari Sentosa Island tu, ambik MRT di VevoCity Singapore dan kami ke Farrer Park. Plan kami nak pegi ke Mustafa Center nak beli belah. Orang kata sana murah nak berbelanja.

Jadi, nak la gi usha jugak.

Hahaha. Ada lagi agenda.

Farrer Park

Bangunan

Jumpa masjid ni. Masjid Angullia 

Cross ke sana tapi sebab nampak kedai makan kami lepak jap makan. Lapar.

Kami singgah isi perut kejap kat AB Mohammad tu. Nampak menu dia macam menarik. Order la beryani apa semua.

Perut dah mula berkeroncong, ketuk ketuk Romadhon....

Serangoon

Dalam kedai. Memang area ni ramai bangla dan abang abang nep

Menu

Pilih jangan tak pilih

Nasi

Ayam goreng

Macam biasa time nak makan, ada lah orang nak ambik ambik gambar. Masa ni la BW sedar iPhone dia hilang !!

Nenonenoneno

* bunyi ambulan lalu depan kedai makan.

Fikir fikir, dia cakap mungkin tercicir kat hostel. Dia masukkan dalam beg tapi beg dia tu berlubang.

Berapa tahun agaknya dia pakai beg tu sampai tak tau beg tu berlubang?

* ambik uniform IH siap sedia nak bertukar kaler hijau

Memang la benda nak jadi akan tetap jadi, tapi bab tercicir macam ni memang aku susah nak terima. Nasib baik la ada CP dengan IH. Dia orang tu tahap kesabaran lebih tinggi pada aku. Cool jer. 

Aku malas nak fikir dan malas nak ambik port. Aku diam jer lah.

Fikir Fikir Fikir.

IH tried to call hostel tu dulu tanya kot ada terjumpa ke tidak. Malangnya nombor telefon tak dapat dihubungi. Last sekali, terpaksa la patah balik ke hostel di Chinatown semula.

Tapi since dah sampai Mustafa Center tu pegi la sekejap.  

Mustafa Center

Entrance. Sini macam Mydin la nak beli barang murah murah.

Tapi sebab masing masing tetiba hilang mood so nak shopping pun dah tak jadi. Sudahnya keluar balik dan jalan balik ke station MRT, ambik train ke Chinatown semula.

Sampai kat hostel tu check check dan menunggu sorang demi sorang staff dia untuk tanya. Malangnya jawapan semua hampa.

Kalau orang jumpa, belum tentu semua orang akan pulangkan semula ya dak? Memang tak de rezeki BW lah. Padahal pagi tadi sebelum keluar hostel tu, dia la paling busy dok update sana sini dengan iPhone tu. Buleh pulak nak keluar tu dia tertinggal.

Tertinggal ke tercicir ke tapi memang dah di tentukan untuk hilang !

Kena beli iPhone baru lah tu. Yang putih atau yang hitam?

"So cemana?"
"Hmmm tak pe lah. Tak de rezeki. Jom lah balik"

Tu jawab BW. Pasrah. Kita orang sanggup je tunggu dia nak tanya semua staff kat situ atau nak geledah ke apa. Tapi semuanya macam menemui jalan buntu. So redha.

Kami naik MRT semula sampai ke Kranji, ambik bas Causeway Link dengan harga tiket 80 sen Singapore untuk sampai ke CIQ JB.

Bila dah jadi macam ni, sepanjang jalan.... mood masing masing mandom jer.

Selat Tebrau

Tanjung Puteri

Bas tiba di CIQ

Nasib baik semua urusan immigration cepat jer. Dah sampai JB tu terus je pegi ambik kereta dekat CitySquare. 

Parking kena RM48. Konon ingat murah. Tapi tak pe lah. Yang penting selamat dan dekat je.

Keluar dari situ, kami terus ke The Zon. Sempat lagi melilau. Aku ingat nak gi beli rokok.

The Zon JB

Tapi takde rokok Dunhill. Yang ada pun jenama ntah hapa hapa. Singgah solat kat sini jap

Sempat beli cokelat. Anak anak aku suka ni.

Keluar dari The Zon tu, singgah makan dekat Restoran Sayam kat tepi tu.

Makan malam siap siap.

Restoran Sayam

Masih belum ramai orang

Buku menu

Otak Otak

Dan ini semua hidangan kami untuk petang tu.

Makan sampai kenyang. Lupakan segala duka pilu.

Udang butter

Telur dadar

Tomyam campur

Sotong Tepung

Ayam masak merah

Sayur campur

Penuh meja

Tak di lupa. Ikan masak 3 rasa

Belasah makan. Habis ! Puas jugak la makan walaupun aku tak makan ikan tu. Harga makan lupa. Rasanya dekat 100 lebih jugak kot kena. Yang penting kenyang dan sedap jugak lah.

Abis tu kami bergerak meninggalkan JB dan terus ke highway nak balik KL.

Sempat singgah di JPO. Pusing pusing keliling sesat barat tak jumpa jalan masuk. 

Sebab dah lewat dan kedai pun macam banyak dah nak tutup. Aku just beli baju untuk Princess jer. Pahtu tetiba BW pun nak cari barang kat Victoria's Secret kat sini. Rupanya stock agak outdated. Sebaiknya beli di Singapore je lah !!



Pukul 9 malam kami bergerak balik ke KL. CP drive. BW duduk depan. Aku dengar sayup sayup je dia orang berborak. Borak pelan pelan, cerita masalah rumah tangga la tu. Hiks.

Aku kat belakang terbongkang tidur. IH pun sama rasanya.

Pukul 2 pagi sampai rumah CP dan IH hantar aku balik rumah.

Trip yang pendek tapi OK lah. Fun jugak. Cuma sedih jugak sebab iPhone BW hilang. Tu la marah marahkan lagi iPhone tu sebab bagi direction Waze sesat dua tiga kali. Tapi tak per, balik KL je, dua tiga hari lepas tu makcik tu dah pakai iPhone 5S Gold !!

Memang nak tukar iPhone baru la tu. Alasan kan bagi hilang? Hahahaha.

Anyway.. verdict aku kali ni berkunjung ke Singapore, aku rasa best ! Maybe sebab pegi dengan kawan kawan yang best dan kalau pegi sorang pun aku rasa sebab kali ni aku explore jugak la bukan macam dulu dulu pegi untuk kerja so mood nak merayau tak ada.

Maknanya kini, aku dah boleh buang semua dendam kesumat di hati. Kebencian sudah tiada lagi.

Sebenarnya aku tak suka Singapore sebab bos Singaporean aku dulu tu kiasu. Atas sebab aku tak suka dia dengan Singapore sekali aku banned. Hahaha. Tapi tu la emo tak tentu pasal. Now aku rasa aku dah maafkan Singapore. Mereka tak bersalah. <<<<  Ayat poy poy.

Yang buat tahiknya boss aku tu, kenapa mesti aku membenci Singapura atas sebab itu?

* sekali lagi ayat poy poy tak bleh blah. Hahaha

Lagi sakit jiwa, sebulan lepas aku resign, pandai pulak mamat tu resign jugak. Cis ! Penat je aku bergaduh, kalau tak, aku masih berkongsi paymaster yang sama dengan Mak Esah tu. Sama sama jadi bomoh hebat !

Takpe lah. Cerita lama. Dah tertulis semuanya macam ni. Nak sesal buat apa ye dok?

Kesimpulannya, lepas ni, aku masih ada terasa nak pegi Singapore lagi.

"Kak Nitttaaaaaaaaaaaaa..... bawalah daku pergi .............................. !!!!!" 

* part Kak Nita tu kena ada effek sengau sengau sikit



Rindu, rindu daku saat ini
Ingin jumpa bertegur sapa
Tiada, tiada rasa lebih indah
Bila engkau tersenyum manja

Bawalah daku pergi
Dari gelisah ini
Bawalah daku pergi
Dari sepi hati ini

Bawalah daku pergi
Setulus hati yang suci
Bawalah daku pergi
Biar mati pun ku jalani

Jauh, jauh terasa di hati
Bila engkau tiada di sini
Syahdu, syahdu ucapan mu kasih
Tunggu jika dikau mengungkap kata

TAMAT.

11 comments:

  1. wah sedapnya nasi beriani tu, sedapnya lauk2 tuh...kelaparan!

    wah gitu ending kesah di temasek...hilang dah trauma ngn temasek tuh....hehehe

    ReplyDelete
  2. Nengok gambar makanan tu semua di kala perut bergurindam, teruslah laju lagu Keroncong Ana berkumandang. Betul Meng, jangan salahkan negara. Salahkan orang tu. Hahaha padahal aku still banned Brunei buat masa ni. Kawan ajak gi pun aku cakap nanti dulu, tunggu traumas hilangs.

    ReplyDelete
  3. Bestnya... Nak ke sana lagi.. Tunggu hujung tahun nanti

    ReplyDelete
  4. hai abang meng
    saya pun pegi Singapore last month for the first time.
    tapi, pandir sgt buat daytrip, bnyk masa buang sebab sesat. saya setuju dgn abang meng bahawa Singapore ni best sebernya

    ReplyDelete
  5. hehe..BW ni kalau xde drama tercicir barang x sah gak kan...dulu kat korea hilang duit kali ni tercicir iphone plak...weehuuuuuuuuu

    JPO tu mmg xde apa pon rasa kalau x pergi pon xpe...barang mcm ko cakap outdated punya brg...nak beli pon rasa segan wakakkakaka.... tp kalau nak beli utk buat baju tido boleh la weeeeeeeee uhuukkkk..

    ReplyDelete
  6. Lohhh bang 3 hari je tp dh mcm drama bersiri matilah kena ketuk lepas ni

    X pe byk episod pun yg penting Jm reader yg setia
    Jm akan sentiasa polow wlau ke mana sama abg pegi. Hai jgn salah paham follow citer kt blog je heeeee

    ReplyDelete
  7. DJ : haa dah tak trauma dah. bukan trauma sebenarnya tapi emo !!

    nanti boleh plan pegi singapore lagik...

    hiks..



    BK : cepat kau sambung kisah teksi yang mentakedarah tu.

    aku nak tumpang menyirap bandung sama....


    MKL : selamat berkunjung

    ReplyDelete
  8. DZ : kalau hati tertutup.. semuanya rasa tak best. tapi kalau loosen up a bit .. insya allah.. ok..

    singapore pun banyak attractions..

    nanti pegi lagi !


    HB : hahahah kannnnn?

    ntah apa ntah makcik tu. berangan je lebih kot.

    kau dah biasa dok JB biasalah tu gi JPO....

    memang JPO tak de apa. tunggu nanti premium outlet bukak kat KLIA tu. so kita x payah berbondng2 ke JB dah

    ReplyDelete
  9. JM : kerajinan tu kdg kdg tak seiring dengan semangat yang ada..

    rajin lite lite jer..

    hiks

    ReplyDelete
  10. abg SM,

    nak tanya, bas causeway link kat kranji tu kuar-kuar mrt tunggu kat situ ke atau kena menapak lagi kat mana-mana stesen bas?

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. station bas bawah mrt station tu je.. station keranji tu bukan underground.. dia mcm lrt kelana jaya tu je.. so turun mrt exit ke bawah tempat tunggu bas..

      enjoice singapore !

      Delete