Pages

Saturday, May 31, 2014

07 - Mai Pi Penang : Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang

Berkesempatan ke Penang, kami tak melepaskan peluang untuk ikut laluan baru Jambatan Kedua Pulau Pinang ni.

Ini Jambatan ke 2 Pulau Pinang

Tapi kami lalu masa balik dari pulau.

Masa gerak dari Batu Ferringhi, memang aim nak balik ikut Jambatan baru tu. Tapi sebab tak berapa sure ikut arah mana jadi kena berhati hati time drive dan follow je road sign.

Kena turun ke arah Bayan Lepas nak ke airport tu dulu baru boleh naik jambatan tu di Batu Maung.

Ini jambatan lama dari arah Georgetown

Ikut laluan yang betul

Lalu kawasan kawasan ni... Itu Pulau Jerejak kan?

Ha.. baru nampak jambatan ke dua...

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. 

Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau, Pulau Pinang. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. 

China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) pada awalnya dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada November 2007 dan dijangka siap pada 2012, namun ia hanya bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014. Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.

Binaan dia macam sama je dengan jambatan pertama.

Singgah jap sini usha. Ada banyak orang berniaga tepi tepi ni. Boleh beli goreng pisang

Zoom sikit

Tak sabar nak naik

Empat lorong dengan dua lorong motosikal akan dibina di atas jambatan ini. Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan. Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini. K. Preamakanthan dari UEM Construction Sdn Bhd merupakan pengarah projek yang bertanggungjawab ke atas projek ini.

Ia mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah. 

Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.

Entrance

Laluan

Tak berapa banyak kereta

Jarak

Tepi ada laluan motosikal

Jambatan

Pada Ogos 2006, kerajaan persekutuan Malaysia mengatur pelan untuk membina Jambatan Kedua Pulau Pinang yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pada 12 November 2006, majlis penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas beberapa bulan, kerja-kerja menuang tanah dan penimbusan tiang berjaya dilakukan, China Harbour Engineering Co Ltd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM Group) mengumumkan projek ini akan disiapkan pada 2013. Kerja-kerja pembinaan bermula pada awal Januari 2008. 

Pada April 2008, kerajaan mengumumkan projek ini akan ditundakan selama 9 bulan disebabkan masalah perolehan tanah dan isu reka bentuk dan juga lonjakan kos bahan binaan. Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik, Lim Guan Eng mencadangkan diskaun tol untuk setiap kelewatan projek ini dan meluahkan kekecewaan ke atas kelewatan pembinaan projek ini

Jambatan sepanjang 24 kilometer itu menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar dan merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara.

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang jambatan tersebut :

1. Mampu tampung 100 000 kenderaan sehari sekaligus dapat mengelak kesesakan di Jambatan Pulau Pinang yang pertama sebanyak 25%.

2. Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bermula pada Januari 2008 dan perasmiannya pada 1 Mac 2014 manakala pembukaan untuk laluan orang ramai pada 2 Mac 2014. Manakala kos pembinaan memakan belanja sebanyak RM4.5 billion.

3. Jambatan Kedua Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 24KM (17KM panjang di laut) bersamaan 6000 deretan kereta ataupun 228 buah padang bola sepak.

4. Mampu menampung gempa bumi sekuat 7.5 pada skala ritcher disebabkan jambatan itu dibina menggunakan teknologi terkini termasuk penggunaan galas getah redaman tinggi melalui penggunaan sistem pengasingan seismik.

5. Had laju yang dicadangkan semasa dalam perjalanan di atas jambatan adalah 80 km/j.

6. Rekabentuk Jambatan Kedua Pulau Pinang oleh syarikat UEM Builders. Manakala kontraktor pembinaan oleh syarikat China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC)

Jambatan

Jambatan

Sayup jer... nampak nuh berlengkor lengkor

Tak nampak la port berenti tengah tengah jambatan tu.

Dah nak abis

Tol

Masa aku lalu hari tu free lagi. Now dah kena RM8.50 kot

Keluar

Masuk PLUS highway

OK. Banyak aku cut and paste jer. Macam biasa la kan?

* gelak tanpa rasa bersalah sambil cuci tangan dengan sabun Popinjay

Tapi kira OK lah lalu jambatan ni. Rasa smooth je sebab tak jem. Ke belum jem lagi? At least ada option la kalau ke Pulau nuh selain naik jambatan lama atau pun ferry...

Sebab excited sangat nak naik jambatan ni sampai aku lupa nak pegi Toy Museum walaupun dah gebang dengan Hero nak bawak dia ke sana. Dia pun lupa, dok kat belakang asyik dok main game jer.

Dah atas jambatan baru dia tanya.

"Papa, tak jadi ke kita pegi Toys Museum?"
"Alamak ! Papa lupa"

Hmmm maybe tu bermakna kena repeat peat peat peat peat Penang ni lagi.

Dah abis jambatan, masuk PLUS Highway. Ayuh kita menuju pulang !!!!

bersambung................

10 comments:

  1. Brp speed limit atas jambatan baru ni?

    ReplyDelete
  2. Sabun Popinjay sesuai untuk hilangkan gatal2 badan...ada jual lagi ker?

    ReplyDelete
  3. Sabun popinjay.. dulu guna masa zaman dok asrama. Famous sabun ni.

    Tolong jawab utk Nasa ya..
    Kedai cina kat umah Omak akak ada jual sabun ni. Tp dah tak se-wangi dulu lagi la.

    Bang..
    Cmana nembak dlm keta?
    Gambar cun.

    ReplyDelete
  4. Masih lg tertanya bagaimana dorang pasang tiang tu ye sampai ke dasar laut ke, dlm tu? X tercapai dek akal. Mmg canggih teknologi yg d gunakan
    Sabu popinjay? Festime dgr

    ReplyDelete
  5. hari guru, bagi adiah sabun popinjay..bangga ok?

    *credit to sabun popinjay*

    ReplyDelete
  6. Amir : 80 jah... bawak sambil menghirup angin sepoi sepoi bahasa telugu...


    DrS : wangi la... ada bau bau kakak tua.. hiks..


    Nasa : tak pasti. dah lama tak jumpa..

    ReplyDelete
  7. SAR : cemana menembak dlm keta?

    Tembak je la sesuka hati.. hahaha..

    kena ada driver la.. time jadi co pilot baru boleh menembak..


    JM : dia pasang sikit sikit la tiang tu kot....

    sabun popinjay tak pernah dgr? haaa tu la.. org yang lahir tahun 70an je yang tau..

    * mati la pecah lobang dah tua..

    * pose pose sebelah kakak tua..


    Anash : hahaha.. bedak cuticura??

    ReplyDelete
  8. Hi, di mana tempat singgah view jambatan kedua itu? Tepi pantai mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada banyak org jual jual tepi jalan tu.....

      tak sure nama tempat, tapi boleh je singgah sebab tepi jalan utama ke laluan jambatan ke 2 tu

      Delete