Pages

Friday, May 9, 2014

03 - Trip GBS Gerek Seh ! - JB | Bangunan Sultan Ibrahim

Misi nak mencari Villa Nabila sebenarnya gagal !

Kah Kah Kah.

* gelakkan diri sendiri

Dah jumpa. Tapi tempat tu dah tak boleh nak masuk. Ada pagar biru dah di kepung dari bawah lagi dan kalau intai dari jalan pun cuma nampak pokok pokok jer.

Ada la lorong kami masuk celah celah banglo lain tapi tak nampak jelas rumah tu. Tapi boleh tahu, itu la Villa Nabila.

Nak buat keje tak menjadi. Gagal.. Tak pe lah. Biar je la Nabila kat situ, tak payah nak kacau dia. Lagipun kita orang macam lebih terpaku tengok rumah banglo besar besar dan lawa lawa di area Straits View tu.

Tu pun jenuh gak la berpusing pusing tak puas hati sebab nak jugak try masuk Villa Nabila.

Siap masing masing buat dialog busuk asal jumpa orang je mesti nak tanya.

"Bang... kat mana Villa Nabila?"

Hahaha. Bakal kena pelempang.

Tak pe lah. Misi nak jejak Vila Nabila tu tak berapa penting pun. Lagipun hari dah petang, jadi kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru.

Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru

Bagi penduduk penduduk JB dan yang biasa ke JB sudah tentunya familiar dengan bangunan ni. Ini main petik je sebenarnya nak pegi sini sebab aku sendiri pun tak pernah sampai. Selalu tengok dari jauh jer.

Bangunan pentadbiran kerajaan Johor ini terletak di atas bukit dan boleh dilihat dari segenap kotaraya Johor Bahru.

Bangunan Sultan Ibrahim

Bangunan Sultan Ibrahim imerupakan bekas bangunan urus Setia negeri Johor. Ia terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru. Bangunan ini telah dibina di antara tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada tahun 1940 kerana kerajaan kolonial British mencuba untuk menyelaraskan pentadbiran negeri.

Ia telah dirasmikan oleh almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar.


Bangunan Sultan Ibrahim merupakan Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang menempatkan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Johor. Rekabentuk bangunannya yang unik serta kedudukannya yang terletak di atas bukit memberi identiti tersendiri kepada bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda bagi bandar Johor Bahru.

Bangunan ini dibina atas titah Sultan Johor, DYMM Almarhum Sultan Ibrahim untuk dijadikan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor serta melambangkan keagungan kerajaan negeri Johor yang sedang berkembang maju. Ini kerana sejak daripada perpindahan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri (kemudiannya dinamakan Johor Bahru) pada tahun 1866 pusat pentadbiran kerajaan belum mempunyai bangunannya sendiri. Dengan pembinaan bangunan baru ini pejabat-pejabat Kerajaan negeri dapat disatukan di bawah satu tempat bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan Kerajaan.

Ia juga merupakan bangunan tertinggi di Malaya semasa zaman sebelum Merdeka . Di Johor Bahru sendiri, ia berdiri tidak dicabar sebagai bangunan tertinggi di bandar sehingga selesai Menara Merlin pada tahun 1970an.


Sekarang ini, pejabat-pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah berpindah ke Kota Iskandar. Terdapat rancangan untuk menukar bangunan ini sebagai muzium.


Seni bina bangunan ini menggabungkan kolonial serta Melayu dengan seni bina rekabentuk yang Saracenic dan telah direka oleh firma senibina terkenal British, Palmer dan Turner yang juga bertanggungjawab dalam pembinaan Hospital Besar Johor Bahru yang kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Aminah serta beberapa mercu tanda penting di Singapura.

Bangunan ini dahulunya turut menempatkan Pejabat Menteri Besar dan Dewan Undangan Negeri Johor sebelum kedua-duanya dipindahkan ke Kota Iskandar.



Pada tahun 1942, semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Tentera Imperial Jepun diketuai oleh Jeneral Yamashita Tomoyuki merancang untuk melakukan serangan ke atas Singapura. Jepun menggunakan bangunan ini sebagai benteng dan pusat arahan untuk mengintip aktiviti British di sana.

Bangunan ini telah rosak sebahagiannya semasa pencerobohan Jepun dan bahagian yang rosak masih boleh dilihat sehingga ke hari ini.

Ada meriam

Pada bahagian hadapan iaitu di ruang tengahnya terdapat lukisan lapan bintang pada lantainya yang melambangkan lapan daerah di negeri Johor.

Manakala pada pintu masuknya terdapat ukiran berbentuk menara dan pada tiang-tiangnya pula terdapat ukiran menarik bermotifkan tumbuhan-tumbuhan seperti bunga cengkih dan lada hitam yang melambangkan hasil utama negeri Johor suatu masa dahulu.


Sewaktu kami sampai hari agak petang, so gate macam dah nak tutup tapi ada kereta keluar lagi.

Memula macam takut takut nak masuk, tapi tanya guard kat situ, dia kata boleh je masuk. So kami pun masuk lah.

First time aku masuk, selama ni dok usha dari jauh jer.

Jata negeri Johor

Agak menarik senibinanya...

Pemandangan dari tangga Bangunan Sultan Ibrahim mengadap bandaraya JB

Layan beberapa keping gambor lagi.





Banguan Sultan Ibrahim ini terletak berhampiran dengan beberapa bangunan penting lain di Johor Bahru ini termasuk Bangunan Bank Negara Malaysia cawangan Johor dan sebagainya.

Bank Negara Malaysia, JB

Bangunan Zakat  

Pusat Penerangan Pelancongan Johor

Dan dikaweasan Bangunan Sultan Ibrahim ni jugak ada satu bangunan tinggal yang macam dah lama dan masih belum dibaik pulih.



Ala ala Villa Nabila.

Tak jumpa Villa Nabila, kat sini pun boleh jadi bahan lah.

Bahan untuk ambik gambar !!

Sebenarnya bangunan ini adalah................

Bekas bangunan Perbadanan Taman Negara Johor.

Kata IH.

"Kalau kumpulan Scoin ke apa dulu dulu, mesti dah datang sini buat Video Clip.."

Scoin? Hahahaha.

Ya, tak ya jugak. Lama tak dengar nama kumpulan Scoin. 

Oh. Aku mengaku aku pernah layan lagu ni dulu. Hahahaha.



Sakit hati ini
Bagai dihiris sembilu
Sesak nafas ini
Bila ku mendapat tahu
Kasih yang ku beri tak berharga

Sayang
Kau bermain dengan silang kata
Hingga aku
Benar benar telah jatuh cinta

Sayang
Sesungguhnya aku tak menduga
Engkau insan
Yang tak boleh ku percaya

Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan
Insan tersayang kini milik orang
Kasih dan sayang jadi benci dan dendam
Di manakah setiamu
Di manakah rindumu

Aku kau panggil sayang
Dia kau panggil sayang
Mana satu mahu mu

Kau berikan ku rindu
Kau berikannya cinta
Oh ku tak tahu

Tergamaknya dirimu
Meracuni jiwaku
Dalam senyuman
Selamat tinggal sayang
Aku mengundur diri

Aku kau panggil sayang
Dia kau panggil sayang
Mana satu mahumu

Kau berikan ku rindu
Kau berikannya cinta
Oh ku tak tahu

Tergamaknya dirimu
Meracuni jiwaku
Dalan senyuman
Selamat tinggal sayang
Aku mengundur diri

Agak menarik, tapi macam agak scary tempat ni. Lebih scary lagi sebab CP tetiba hilang !!

Masa kita orang keluar, dia tinggal kat kereta, bila kami kembali ke kereta dia dah tak de. 

Sudah !! Apa dah jadi? Adakah beliau di sorok oleh hantu Nabila? Atau hantu kopek? Hantu galah?

Rupa rupanya............

............. dia pegi tumpang berak kat Bangunan Sultan Ibrahim ni. Kau hado? Dah la berak tak hajak ! Hahahaa.

Lampu dah menyala....

Apa apa pun, tempat yang menarik untuk dilawati sambil menghargai sejarahnya yang tersendiri.

Semoga bangunan ni sentiasa dipelihara supaya generasi akan datang tak de la kerinduan dan terkenang kenang sebuah warisan kebangsaan yang pernah berdiri megah di Tanjung Puteri ini.

bersambung......

6 comments:

  1. bagus pun dia tutup.kang jd berita masuk berempat keluarnya sepertiga kuasa dua. haaa pening nk crk !
    ayooo kejila scoin. eh tapikan visa pun ske buat bidio mcm tu.

    ReplyDelete
  2. ...ko layan scoin Meng?? wakakakakakaka...aku xla sekeji ko layan scoin, aku cuma layan dinamik lagu iban dia tu wakakakakakaka...

    Memalam ko gi makan kat sinabong ke?

    ReplyDelete
  3. NanaT : tak susah nak cari sebab semua size besar gedabak

    hahahah.....

    visa je ke? ekamatra.. iklim.. mcm semua trend buat bideo clip kat rumah usang..

    usang rahim maarof je buat atas jambatan.


    HB : aku layan semua.. dinamik pun aku layan. dangdut apatah lagi...

    * goyang inul 40 kali

    ReplyDelete
  4. Kalau Rahim Maarof jambatan...Ukays buat kat mana ek? Rasanye mostly view laut.

    Rindu Slam.

    ReplyDelete
  5. senibina bangunan sultan ibrahim tu..nampak ada campuran sini bila timur tengah... sayang le..kalau x tutup tempat tu mesti.. best masuk tgok apa yg mistik sangat kat villa tu he..he...

    ReplyDelete
  6. BK : ukays... kat lalang lalang kat ulu klang kot. ahaks..


    SY : moga2 jadi muzium ke nanti bule la pi jenguk.

    vila nabila tu biar tutup terus... anak anak muda berjiwa rebel ni kang mcm mcm dia org buat..

    sekian
    org tua berjiwa rebel jugak kadang kadang

    ReplyDelete