Pages

Wednesday, May 7, 2014

01 - Trip GBS Gerek Seh ! - JB | Masjid Sultan Abu Bakar

Munchol !!!

Kini bermula lah entry untuk trip GBS ke Singapura. Malas sebenarnya nak update trip dengan GBS ni sebab aku paksa dia orang yang buat entry tapi semua kenyang dengan vitamin M.

Jadi, aku terpaksa bershuffle di atas keyboard ni sendiri.

* sapu yoko yoko keliling jari

Trip ni sebenarnya dah dirancang lama tapi macam biasalah nak memastikan semua ahli mesyuarat tingkap available adalah sangat sukar. Masing masing busy. Lagi lagi Captain Planet ( CP ) dan Incredible Hulk ( IH ) yang bertugas diluar kawasan.

Tapi sebab ini acara tahunan maka kami pastikan jadi.

Bila dia orang cadang nak gi Singapore aku macam berbelah bahagi tolak campur kali dan darab. Sebabnya aku tak berapa rasa nak sangat pegi Singapore ni. Nak kata bosan, tak jugak la tapi sebab tak berapa dekat di hati atau mungkin sebab aku dah selalu pegi .. atau?

Ah. Malas cerita lah. Biarlah aku simpan sendiri apa sebab musababnya....

Tapi sebab BW dengan MH tak pernah sampai Singapore lagi dan memandangkan banyak attractions baru di Singapore ni dan aku belum pernah lagi usha dengan lebih dekat akhirnya aku akur.

Dengan syarat.

Aku suruh Bionic Woman ( BW ) dengan IH uruskan semuanya. Aku malas nak study atau fikir. Aku main ikut saja.

Hari berganti hari, tak de apa preparation pun di buat sebab memang nak drive ke JB dulu dan masuk ke Singapore ikut Tambak Johor. Cuma seminggu sebelum pegi tu baru la IH confirmkan dah dapat accomodation yang sepatutnya di JB dan Singapore.

Masa nak bergerak tu, memula confirmed semua boleh ikut, CP pun dah plan nak pegi naik MPV dia sebab kami berlima, tapi malam tu jugak Matt Hancock ( MH ) bagitau dia tak dapat join sebab abang dia masuk hospital.

Plan nak bergerak malam tertangguh sampai ke pagi sebab kami bagi ruang untuk MH decide samaada dia boleh ikut ke tidak. Dah sampai pagi esoknya.. MH kata tak buleh jugak sebab dia kena ulang alik hantar akak ipar dia dan tengok abang dia di wad sementara menunggu mak dia sampai dari Greece.

Kau ada kawan berasal dari Greece? Ada?

Mungkin memang tak de rezeki MH walaupun dia dengan BW je yang belum jejakkan kaki ke Singapore dan mereka yang nak sangat sangat melawat negara Temasek tu. 

Akur dengan ketentuan, akhirnya kami bergerak bertiga selepas IH dengan BW ambik aku kat rumah dan kami bergerak ke rumah CP.

Nak jadi cerita lagi, pegi rumah CP pun kita orang boleh sesat ! Hahaha. Tapi memang sebelum ni tak de sesapa pernah ke rumah CP yang baru ni, so memang lah makan langsat ( sesat ) dulu satu bakul di pagi hari.

Sudahnya CP terpaksa keluar dan tunggu kat simpang jalan.

Bahana ikut kata Waze sangat ini lah jadi nya.. ntah ke mana mana hala dia bawak.

* marah Waze dan iPhone BW....

Pokok kelapa renek di rumah CP yang berbuah

Sampai rumah CP lepak lepak jap, sambil di jamu minuman oleh OR CP sebelum kami bergerak menuju ke Selatan.

Layan jugak dok main dengan anak CP yang baru.

"Apa nama anak kau ni wey?"
"Selena. Selena Gomez"

* rebah tepi sofa

Sebab MH tak jadi ikut, kami naik kereta CP jer. Selesa jugak lah sebab cuma 4 orang.

Perjalanan dari Bangi ke Selatan tak de apa yang menarik. CP drive pastu layan borak dengan BW kat depan. IH melayan perasaan dan aku macam biasa, ketiduran !

Sedar sedar dah sampai JB. Hiks.

Sebab tu la tak de gambar di perjalanan.

Sampai di JB agak petang dah tapi sebab belum solat jadi kami singgah di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Masjid yang mengadap Selat Tebrau

Aku dah lama terpesona dengan binaan masjid ni.

Sebelum ni pernah masuk jugak untuk solat kat dalam dan kali ni tidak mahu melepaskan peluang, boleh ambik gambar sekali.

Menara Masjid

Sedikit mengenai Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru ini.

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.

Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.

Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.

Bangunan masjid dari luar

Masjid berwarna putih

Kami solat dulu sebenarnya kat dalam ni.

Sambil sambil tu usha bahagian dalam bangunan masjid ni pulak.

Dewan solat

Mimbar masjid

Laluan 

Mimbar

Tingkap

Sebab terletak di atas bukit dan pintu pintu yang banyak, masjid ni sangat sejuk di dalamnya tanpa perlu ada aircond

Bahagian hadapan masjid

Masjid Abu Bakar ini mula digunakan buat pertama kalinya pada hari Jumaat 1 Syawal 1317 Hijrah bersamaan 2 Februari 1900 Masehi untuk Sembahyang Jumaat. 

Masjid ini dapat menampung lebih 2500 orang jemaah bagi satu-satu waktu. Masjid yang masih teguh dan digunakan sehingga kini ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk masjid-masjid di Asia Barat. 

Masjid Abu Bakar mempunyai menara dua tingkat iaitu bulat di bahagian atas dan empat segi di bahagian bawah serta berkubah.

See mom? No hands ! Aku copy and paste, harap reti !


Empat buah menara berkubah masjid ini juga dihiasi dengan lampu-lampu yang diimport dari Turki serta ukiran-ukiran yang menarik pada tiang-tiangnya khasnya pada mimbar tempat khatib membaca khutbah. Manakala batu marmar yang menghiasi masjid juga diimport dari Itali dan tempat bara dari Negeri China. 

Ukiran-ukiran yang terdapat di masjid ini dikatakan ada persamaannya dengan ukiran-ukiran yang terdapat di Masjid Sultan Hassan, Mesir dan juga Masjid Imam Shafie di Kaherah.



Kini masjid yang hampir mencapai usia melebihi 100 tahun ini tetap setia mengabadikan diri kepada penduduk-penduduk bandar Johor Bahru dan sentiasa mengajak orang ramai mengingati Tuhan menerusi azan yang berkumandang dari puncak menaranya pada setiap kali masuknya waktu solat.

Layan beberapa keping gambar lagi sekitar Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru ini.





Masjid ini terletak di sebelah kebun binatang atau Zoo Johor dan mengadap Selat Tebrau.

Selat Tebrau yang pastinya mengamit kenangan yang tersendiri terutamanya untuk anak anak Johor kan?? Mana anak anak Johor? Put your hands in the air, kemong kemong !

Lagu Selat Tebrau tapi tak boleh nak embedded

bersambung.......

16 comments:

  1. woha..dah lama tak baca entry trip GBS..last sekali yg gi Karimun Island..err..betul ke..

    Matt Hancock tu ahli baru ke?

    ReplyDelete
  2. wah...bestnya pohon kelapa tu..petik je dengan tangan.

    ReplyDelete
  3. Apa? Greece??? Orang kampunggggg!!!

    ReplyDelete
  4. yeahhhh angkat tangan tinggi-tinggi!! kenangan zaman dulu, boleh mandi2 kat sini.. :(

    ReplyDelete
  5. \o/ yeahhhhhh....Johor dihatiku.. luaskan kuasamu JOHOR.. weeeeeeeee

    ehh ehhh aku dh lupa CP tu geng baru ke? ke sbb lama x nampak nama CP yg aku tau IH, BW ngan MH jek hahahaha...apapon makan sop tulang merah daebakkk...ahakssss

    ReplyDelete
  6. Gambar dewan solat tu memang cantik dan menyentuh kalbu...terus terasa nak start mengaji sebelum zuhur #insaf

    ReplyDelete
  7. sesekali BW jadi penulis tamu entri lepas2 macam syok juga...kelakar...

    ReplyDelete
  8. eh CP dh berOR? dia kan yg korank dok bhn gf tuka tuka.. penah korank gelarkan gf dia ratu bogel..heehee. dah ada anak dahhh isk isk tua nya korank ni..hahah *pengkomenbajetsweetsixteen

    kopi n pes je...pedehal ya tak :)

    ReplyDelete
  9. Nohas : Mat Hancock tu adalah MH. dia adalah ahli seumur hidup sejak zaman berzaman lagi...

    kita org berlima je pun.. bukan ramai mana... balik balik muka ni..



    MKL : kena pancung kepala dgn tuan rumah kang...

    tunggu dia ranum skit la kot...


    Amir : hok laaaa org kampung mung. mung mana? athens?

    ReplyDelete
  10. CS : dulu pantai tu buleh mandi kan? siap org dating lagi...

    skrg ni.. pandang pun tak lalu dah...


    HB : kau bukan sempadan ke?? hahahaa..

    CP tu ahli lama jugak lah... xde tambahan ahli pun

    sup tulang merah mana tu? singapore kah?

    ReplyDelete
  11. Noor : alhamdulillah kalau mcm tu.. gambar pun buleh initiate semangat kalu.... elok la tu....


    PM : dia org tu busy mengalah kan obama... so x leh berharap sgt....

    aku nak kerah dia org buat yang trip bromo.. kalau x aku malas nak tulis


    NanaT : CP tu dah 2 kali kawin dah.. hahaha anak dah satu alphard penuh melimpah. hehehehe..

    ratu bogel tu IH lah... ko ni. mabuk ketum ek?

    kopi paste tu kdg kdg elok jugak utk penghadaman....

    ReplyDelete
  12. Ofkos la i all org bandar, mestila Athens

    ReplyDelete
  13. dahsyat la kawan ngan org eropah je nih...hahahaha

    ReplyDelete
  14. Hayookk nganga jap ofcoz lsh dh nama pung supermeng mana da kwn dari msia ahahaha lawak lah selena gomehh pun ado

    ReplyDelete
  15. DJ : dok eh.. yang asia pun ramai.. hahahaha


    JM : cuma tak de kawan dari antartica je lagi, kalau tak buleh gi travel sana tumpang tido

    ReplyDelete