Pages

Tuesday, April 22, 2014

Jom Makan : Dave's Deli, Subang Parade

Jangan marah aku. Aku memang suka makan !

* pandang perut sendiri.

Kalau cerita pasal Dave's Deli ni, aku dah patah hati. Patah seribu bak kata Shila Amzah.

Sebabnya. Dah pegi berkali kali, dan bila sampai je asyik dapat jawapan yang sama.

"Dah abis Bang !"

Helllowwwwwwwwwwwwwwwww.

"Saya datang dari Antartica nak makan Dave's Deli ni. Saya nak jugak, sila masak sekarang !"

Macam tu nak marah. Tapi sebenarnya tak leh marah sebab yang mencari masalahnya adalah aku sendiri. Memang few times pegi ke Dave's Deli ni, kalau pegi malam je mesti abis dah. Dan dia orang ni kalau abis makanan tak de dah nak replenish ke apa. Abis dan tutup kedai !

So di satu hari yang agak indah jugak la kami ke Subang Parade sebab Hero nak cari goggle. Goggle renang dia dah patah. So dia pegi kelas renang pakai google Princess yang kaler pink tu. Dah la kena gelak dengan budak budak kelas renang dia, pastu si Princess pulak kalau time datang kedekut dia. Hmm jangan harap la. Bergaduh bergusti dua orang ni.

Jadi sebagai langkah keselamatan, pegi cari goggle Hero di World of Sport sambil tu singgah di Dave's Deli kali ni dengan harapan menggunung tinggi, pastikan perut kami terisi.

Sampai sampai Hero macam biasa, nak terberak dulu. Lepas tu aku terpaksa balik ke kereta sebab tertinggal iPhong. Nanti tak leh snappy !

Pastu baru boleh makan.

Dave's Deli, Subang Parade

Haaa. Rezeki hari tu, makanan masih ada lagi !

Ambik port yang tersorok sorok sikit sebab budak budak ni selalu je buat scene.. 

Dalam kedai. Ada jugak seat di belah luar ( dalam mall )

Dan jugak outside.. senang nak smoking.. 

Dah pastikan semua duduk diam diam. Pegi order makanan.

Makanan sebab dah ready jadi menunggu tak de la lama pun. 

Jom tengok menu makanan...

Quarter Chicken.... Yummeh. Bahagian dada mesti la untuk aku

Bahagian drumstick untuk Hero

Princess mula mula nak chicken pie. Ni untuk dia. Nasib la dia makan banyak jugak

Ni Lasagna idaman OR

Sebenarnya masa dah order chicken pie tu then OR kata Princess nak pasta. Order Carbonara. Last sekali tak makan pun, bungkus bawak balik...

Minuman.....

Alhamdulillah. Setelah sekian lama akhirnya dapat gak makan....

Okey.

Dave's Deli ni zaman zaman dulu aku memuda dating ke apa ke kalau ada duit sikit memang port ni la gi makan. So lama tak gi makan terindu pulak dengan makanan dia.

Dave's Deli Subang Parade terletak di G Floor berdekatan dengan Levi's Store.

Untuk pengetahuan, Dave's Deli bukan la dimiliki oleh DJ Dave, jauh sekali Dave Koz. Tapi sungguhpun masa merubah segalanya... rasanya macam dulu jugak, tak de jauh beza. Masih sedap lagi. Cuma agak pricey jugak lah.

Apa apa pun, kenyang Alhamdulillah.



Serpihan dari mimpi terpahat pada hati
Ku sangka kesempurnaan ikatan berpanjangan
Hakikat kehidupan telahpun mendedahkan
Diri ini pada kenyataan

Engkau bukan lagi menjadi miliku
Aku tidak mungkin menjadi milikmu
Sesungguhnya masa merubah segalanya
Sehingga amat ketara
Telah sumbanglah irama lagu
Telah sumbanglah irama lagu.. cinta

Parut yang kau tinggalkan sungguh tak kelihatan
Biasanya kepedihan kualami sendirian
Serpihan dari luak walau cukup menyeksa
Mengajar aku menjadi dewasa

Abis makan, dah dapat goggle apa semua then Hero kata nak pegi kedai buku. Macam biasalah, bawak dia pegi MPH dan dia akan cari buku yang dia nak.

Yang masalahnya, Princess mengaruk nak buku jugak. Biasalah dia ambik satu letak satu sampai la yang last dia akan ambik yang dekat dekat dengan kaunter bila time nak bayar. Buku ntah hapa hapa. Setakat buku mewarna tu semua dia dah tak pandang. So aku malas la nak beli. 

"Adik nak buku tu.... !!!'

Melalak.

"OK. OK. Dah. Jom..."

So dia ni biasanya mengaruk kejap je, pastu dia lupa. Tapi yang sadis bila sampai rumah. Nanti tetiba dia akan tanya.

"Papa.. Mana buku adik... Tak de pun"

Sambil cari cari dalam plastik.

"Papa tak beli la"
"Ala.... adik nak.........!"

Pastu sesi meraung lupa diri, histeria kejap..... sampai la kena pujuk.

Masalahnya. aku bukan tak nak beli.

Tau dia nak buku apa?

Papa pengsan ! ( gambar cilok google )

Ntah apa kena ntah.

"Papa bukan tak nak beli buku tu.. Adik tu kecik lagi. adik belum gadis lagi"
"Adik nak buku tu.......... ada kaler pink...............!!!"

Sambung melalak.....

Duh..................

Aku yang pengsan.

8 comments:

  1. Hahahaha hi abg meng....Lama tak komen busyyy sobsie

    Tergelak baca entry ni... Bukan gadis biasa katanyaaa! Hehehe...

    Kirim salam kat princess..

    ReplyDelete
  2. Wah Meng! Makanan dia nampak inzal la. Ko suka dada ayam yek? Aku nak pi dari dulu lagi. Tak penah makan kat sini lagi. Tengok ayam Meng terus teruja.

    ReplyDelete
  3. moga princess membesar sebagai bukan gadis biasa ya dik.. ehe :D

    ReplyDelete
  4. Quarter ciken dave's deli mmg pebret (wpun lama dah x merasa...)

    ReplyDelete
  5. Doran tgk abg meng je terus ckp dh habis ek ishhhh heeee ala kuat mkn tapi still steady kan
    Ahaha princess princess so sweet dia terus tergoda lepas tgk pic yg menarik tu :-)

    ReplyDelete
  6. FJ : hi FJ... seronok la berada di perantauan ek?

    take care ! jangan kena pickpocket lagi.


    MKL : hahahaha... ada ada je ko MKL


    Ali : aku memang suka part dada. x bergaduh dgn hero sebab dia suka peha.. princess lak suka kulit...

    OR je kena makan kepala ayam hahhaha...

    gi la try nuh..

    ReplyDelete
  7. NanaT : kdg kdg keinginan dia tu yang luar biasa..

    garang tok sah citer ler....


    Amir : apa laga..... pegi la melawat...


    JM : sebelum selalu dtg malam tu yang dah abis tu... kena dtg siang siang skit baru ada rezeki..

    dapat gak la merasa setelah sekian lama...

    ReplyDelete