Pages

Friday, March 21, 2014

16 - Berkelana Merentas Sempadan : Beijing : Tiananmen Gate | Forbidden City | Wangfujing St

Balik dari Great Wall tour tu aku tak terus balik ke hostel.

Sebab time tu macam awal lagi so aku mintak guide tu turunkan aku dekat dekat dengan area Forbidden City sebab aku belum sempat ke sana semalam.

On the way balik dari Mutianyu ke Beijing

Aku tertido sepanjang balik tu.

Sedar sedar dah sampai Beijing dan sorang demi sorang diturunkan. Aku dah ingatkan guide aku tu suruh drebar turunkan aku kat area nak pegi ke Forbidden City. 

Sampai dah last orang turun tinggal aku sorang je dalam van tu. Guide tu pun sama turun kat situ. Dia cuma pesan kat drebar tu suruh hantar aku ke area yang aku nak pegi. Dah la mamat tu tak pandai cakap English. Sudahnya ntah mana mana dia turunkan aku, pastu halau aku suruh jalan kaki !

Cinabeng.

Menapak la aku membabi buta tak tau tujuan. Tanya few orang baru la tau hala tuju. Tapi agak jauh jugak sebenarnya kena jalan kaki !

End up membawa aku ke depan Tiananmen Gate tu semula...

Aku nak masuk Forbidden City tapi aku sampai dah lepas pukul 4.30 petang. Gate ni dah tutup. Cisss !!

Kecewa melara sekali lagi.

"Abam ! Tolong bukak pintu, saya nak masuk"

Sebab tak mendapat sebarang reaksi dari mamat tu dan semua orang kat situ. Dan gate tu memang dah officially tutup, so aku menapak je la lagi.

Main agak agak je, aku macam rasa boleh masuk ke Forbidden City ni tapi melalui jalan lain. So aku pepandai sendiri la mencari.

Jalan kaki 1 pusingan Tiananmen Gate tu. Boleh tahan la jauh !!!

Salah satu lagi bangunan lawa di Beijing. National Center for the Performing Arts yang bujur macam telur ni

Nampak askar berbaris

Ada kucing yang bongkak dan riak 

Yang ni pun ada.. Gemok Nauzubillah..

Masa aku berkeliaran nak cari gate nak masuk ke Forbidden City tu dekat area Zhongshantang Park, terserempak dengan satu minah ni. Dengan buku Lonely Planet di tangan pastu hilang arah tujuan.

Dia pulak yang tanya aku. Aku ni buku pun tak de. 

Aku pinjam buku dia jap dan aku baca. Patut la dia sesat rupanya dia pegi tengok peta belah lain !!!

Boleh je nak cross dari Zhongshantang Park ke Forbidden City tapi kena masuk satu park ni. Nak masuk park kena bayar CNY 3. Kalau nak free pun boleh tapi kena jalan jauh sikit la ke depan dan pusing moat kat situ.

Aku masuk je la. Dia pun ikut sekali. Tinggi betul minah tu. Berasal dari Croatia.

Dalam Zhongshantang Park

Gate dan entrance

Aku sekadar lalu jer kat dalam park ni. Malas nak usha lelebih sebab aku cuma nak lepas sampai ke Forbidden City. Minah Crotia tadi aku tinggal kat belakang sebab dia lembab.

Jalan 10 langkah tengok buku. Jalan lagi 10 langkah baca lagi buku Lonely Planet tu.

Baca je la situ. Malas aku nak tunggu !

Moat mengelilingi Forbidden City...

Sampai kat Forbidden City pun dah tutup. Tak de orang masuk, semua dah keluar dah

Under restoration

Tiananmen Gate tadi dari arah Forbidden City

Forbidden City a.k.a The Palace Museum

Sedikit mengenai Forbidden City ni.

Terletak di tengah tengah bandaraya Beijing, Forbidden City atau juga di kenali sebagai Imperial Palace menjadi kediaman 24 orang Emperor China di zaman pemerintahan Dinasti Ming.

Istana ini di bina berdasarkan kajian astronomy Cina yang mengatakan pintu masuk ke syurga adalah melalui polaris jadi tempat ini di bina sebagai simbolik center of heaven dan dahulunya tidak ada sesiapa pun yang boleh masuk ke kawasan Forbidden City ini melaikan dengan perkenan Emperor.

Sekarang ini dikenali sebagai Palace Museum dan terletak di utara Tiananmen Square. Berbentuk segi empat tepat dan merupakan kompleks Istana terbesar di dunia seluas 74 hektar. Dikelilingi oleh tembok air selebar 52 meter dan tembok istana setinggi 10 meter. Forbidden City ini memiliki 8700 buah bilik !!!

Sebab aku tak dapat nak masuk, so aku just ambik gambar kat luar tu je then blah semula.

Kena pusing satu kawasan tu sekali round lagi. Jauh gila !! Bapak la besar tempat ni. Kalau berjalan kat dalam tu lagi la.. boleh pancit jadinya kalau tak kuat semangat.

Please take note, bermula January 2014, Palace Museum di tutup setiap hari Isnin untuk kerja kerja restoration !

Sungai yang dibina mengelilingi Forbidden City

Sebab namanya pun Forbidden City, jadi tiada Metro subway di bina di kawasan ni. Metro terdekat adalah dekat luar di East Tiananmen Square tadi tu.

Kena pulak pusing satu pusingan aku ni. Tapi tak pe lah, at least tak dapat masuk dapat tengok entrance Forbidden City jadi lah. Mungkin nanti kalau ada masa balik dari Ulaanbaatar aku try datang sini balik semula.

Itik pulang senja....

Banyak orang jual ni. Asam bergula ke apa?

Rumah rumah di sekeliling Forbidden City

Kedai kedai di 'hutong' di Beijing

Berkeliaran tanpa batasan ya kau... !

Aku buat satu pusingan lalu celah celah 'hutong' dan kembali ke depan Tiananmen Gate tadi. Tapi kali ni aku tak nak ambik subway terus sebab aku nak pegi Wangfujing Street.

So aku jalan kaki lagi. Hari dah malam. Bila malam je cuaca bertambah sejuk lak tu di Beijing ni.

Tak jauh mana tapi kalau kira kira dengan jalan kaki yang tadi tadi tu mau 18 kali pusing padang bola sepak dah ni.

OK. Aku exaggerate.

Salah satu hotel di Beijing

Sampai Wangfujing Street

Ada apa di Wangfujing Steet ni?

Ini la tempat di mana kedai kedai, butik butik dan tempat yang segala macam mak nenek dia orang jual !

Macam di Shanghai ada East Nanjing Road, di Beijing ni ini la tempat yang sama dan serupa fungsinya...

Ada banyak kedai kedai, department store dan butik butik mewah sepanjang jalan ni. Jalan di tutup untuk sebarang kenderaan lalu, cuma boleh di lalui oleh pejalan kaki je.

Expect orang yang ramai juga di sini !

Aku tak masuk satu kedai pun, just usha usha macam tu je. Jalan sampai hujung. Moh usha kedai.

Kedai Swatch

Orang yang ramai....

Aku tak tau dia sapa tapi aku rasa dia glamer. Glamer tak?

Ni salah satu mall dengan boutique mewah

Aku suka design kedai ni

Dah jalan sampai hujung then aku patah balik.

Di pertengahan Wangfujing Steet ni ada laluan ke belah tepi yang ada tempat makan dan street market yang tak high class tapi mengundang orang yang ramai.

Mereka berpusu pusu masuk di kawasan ni. 

Usha ni.

Gate ke market street

Kat kawasan ni ada tempat makan local, ada kedai menjual macam macam cenderamata dan benda benda lain lah.

Memang masuk kawasan ni kena berlaga laga bontot sebab orang ramai gila.

Kala Jengking dan ular di jual. Ada sesapa nak makan?

Macam macam dia orang ni jual

Tapak Sulaiman. Kala jengking dan Anak Ular juga di jual. Motip lah ada tanda Halal kat situ !!! 

Agaknya aku lapar. Sedap pulak aku tengok benda alah ni. Apa pun tak tau !

Tanglong Cina

Buah buahan

Sini la paling banyak dan mudah nak cari cenderamata

Kalau masuk lorong yang jual cenderamata ni, jalan sampai hujung sekali ada mamat Chinese ni tokey kedai dia.

"Murah ! Murah !"

Nampak aku je terus cakap murah.

"Murah berapa?"

Terus tak reti nak jawab.

"How much?" 

Aku tanya harga FM.

"15 Yuan"
"Arghhh. Expensive"

Aku terus letak balik dah blah.

"Hey.. How much you want?"
"3 Yuan each"
"Cannot !!! "
"OK"

Macam biasa nego kat tempat tempat macam ni kena buat muka slenga dan jual mahal. Nanti tunggu lah 5 langkah lepas tu.

"OK. OK. OK. How many you want? You tell me !"
"10"
"Hmmm Okey Okey"

Hahahahah.

Usaha Pasti Jaya !

Aku borong beli kat situ. Ayat dia tak boleh blah.

"We are friends right? .... Dont tell anyone how much you buy haaa"

Hahahaha. Aku tak cakap kat orang, aku tulis jer !

Sila pegi cari mamat ni, kedai ujung sekali !!!!

Dan area tu jugak aku jumpa ramai makcik makcik Melayu. Semua datang shopping kat situ. Kat situ jugak aku beli t shirt I love Beijing dan Hard Rock Beijing. Nyonya tu letak harga 100 Yuan. Cait. Mahal nak mampus. Modus operandi yang sama. Buat buat tanya harga. Pastu buat jual mahal. Pastu buat buat nak blah.

Mesti lepas tu dia panggil balik.

Aku dapat beli t shirt kat situ dengan harga 20 Yuan ( RM10 ) jer.  Ntah berapa la cost dia orang ni semua. Tapi memang kena pandai bargain dan jual jual mahal sikit lah.

Dah dapat apa semua yang aku nak, aku patah balik jalan kaki ke Subway Station Wangfujing. Ambik subway dan terus balik ke Dongsi Station.

Ada performance Opera China

Sampai kat Dongsi Station tu, turun kebetulan nampak ada supermarket. Usha usha masih bukak lagi. So aku lari masuk dan beli sedikit keperluan makanan dan air untuk perjalanan Trans Mongolian esoknya.

Beli barang kat supermarket ni memang lah lagi murah !!!

Tapi tak de banyak aku beli sebab berat je beg nanti. Keluar dari supermarket, jalan kaki balik ke hostel.

Singgah kat kedai makan halal tu. Kali ni masih buka !!

Memula aku masuk kat area food court bawah tapi aku tak tau nak order makanan apa. Semua makanan aku tak minat nak makan. Banyak daging jer. So aku naik kat kedai atas. Cantik jugak la kedai dia so aku tengok menu dan order Nasi Goreng lagi....

Harga nasi goreng  16 Yuan.. tapi .. menunggu nya satu jam !!!

Rengsa.

Dalam kedai

Ntah apa dia buat. Lama gila. Padahal nasik goreng je pun. Ada aku nampak 1 family Malaysia tengah makan. Aku berdoa je dia orang nampak aku dan ajak aku makan sama.

Aci kan macam tu? Hahahaha.

Tapi dia orang pandang bodo je. So aku kena la buat muka bodo jugak.

Sakit hati tunggu nasik goreng sampai sejam. Dah la sorang pun tak pandai cakap English ! Aku nak mintak chili's oil tu dia bagi aku tisu !!!!

* pengsan tepi pintu

Dapat makanan terus blah. Nasib la aku memang tapau jer.

Turun bawah food court dah tutup dah

Panggung wayang depan kedai

Balik hostel, berehat dan kemas apa yang patut.

Esok aku kena bangkit awal jugak sebab nak pegi train station. Train aku bertolak pukul 8 pagi. 

FM Beijing

Baju Hard Rock Cafe ciplak... tapi macam OK gak nampak. Aku beli pun semua orang kirim jer.

Hasil borongan di supermarket tadi. Banyak roti ada tanda halal !

Dan ini la nasik goreng yang kena tunggu sejam !

Dah la tak sedap.

Seronok jumpa nasik ! So suapan pertama bila nasik masuk dalam tekak bisa buat mata terjuling air...

"Oh Nasik. Aku rindu padamu. Akhirnya kita bertemu lagi...................."

* makan nasik goreng sambil mengalir air mata kerinduan..... padahal siang tadi dah makan nasik kat Great Wall tu.

Makan tak abis, perut kenyang. Lepas mandi dan solat apa semua, pose pose tapak sulaiman diranjang !

Tetiba terkenang tapak sulaiman yang menjadi hidangan rakyat di Beijing ni. Hish.

Simpan tenaga, esok nak jalan jauh.... jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh  !



Bagaikan diri ku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindu kan laut
Rindu kan hidup

Bagaikan diri ku bintang berkelip
Di hujung angkasa bergelut sunyi
Rindu kan malam
Rindu kan teman

Bacalah kekasih
Bicara mata ini

Rindu tersimpan dalam sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah pada mu
Pabila kau bersedia

Bagaikan diri ku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindu kan laut
Rindu kan hidup

Seperti insan
Yang punya kekasih

Bagaikan diri ku bintang berkelip
Di hujung angkasa bergelut sunyi
Rindu kan malam
Rindu kan teman

Bacalah kekasih
Bicara mata ini

bersambung..............

20 comments:

  1. hahah hoi apelah nasib tapak sulaiman diperlakukan begitu !!

    agaknya dia grilled ke atau jadi manisan ek..

    warga chingchong ni suma pun dia telan..geli mak nak oi !

    lawa la FM great wall tuuu *muncungkan mulut ke FM tersebut.

    *hint hint hint sampai ko dapat tangkap hint aku.

    ReplyDelete
  2. Apasal mkn nasik goreng tu x abih? Kata rindu bagai...

    ReplyDelete
  3. owhh itu wang leehom sangat glamer...

    ReplyDelete
  4. Kucing tu bongkak sbb meng masuk territory (betul ke ejaan inglish aku ni?) dia... Kucing yg gebu, montok selalu camtu... Berlagak diva... Hehehe

    ReplyDelete
  5. Meloya aku Meng oi membayangkan anak ulaq tu. babi kat sana feeling anjeng agaknya ek, berkerliaran tak tentu hala cam anjeng kat sini

    ReplyDelete
  6. NanaT : anak aku cakap

    BAPAK SULAIMAN... hahahah.

    tu la. pelik apsal makanan macam tu dia org belasah. exotic sgt la tu. nak exotic makan je kayu kayan. senang !

    Inbox address kau kalau nak FM tu. rasanya mcm ada lagi.. nanti aku kirim.

    Amir : Tak abis sebab tak sedap !!

    Pastu sebab nak marah beli nasik tunggu berjam jam.

    tapi nasik tu tak buang. bawak bekal esoknya.....

    CS : korean tu ek?

    ReplyDelete
  7. PM : teriperi..

    kucing tu lawa cuma comot tak terjaga. mesti berguling2 atas tanah tu.

    minah Croatia tu siap duduk main dgn kucing2 tu tapi kucing2 tu buat derk jer.

    masalah komunikasi kot

    MKL : kucing tu duduk kat tempat jual tiket. sejuk kot tu yang dia dok diam jer malas layan orang

    ReplyDelete
  8. Farikh : Tu la masalah babi babi di sana.

    aku pun tak tau kenapa mereka tak malu dan segan berkeliaran di jalanan..

    hahahahahh

    ReplyDelete
  9. babi sapa la berkeliaran x tentu hala tu.. kucing tu gemokkk sedap pelok hehehehe..ko x try ke makan tapak sulaiman tu? rangup agaknya kalu tgk dari segi rupa hehehehe...nasi goreng ko tu x basi ke ko tapau esoknya?

    ReplyDelete
  10. uishh..kucing2 dia..

    and part babi tu..aku ingatkan hanjeng td..haha

    ReplyDelete
  11. apalah rasa tapak sulaiman tu gamaknya yer?
    macam daging ke? ke macam manis2?
    *tetiba tanya kau macam kau dah makan pulok

    ReplyDelete
  12. terkomen sini
    sebab tak menahan nengok kucing riak itu

    gebusss nyer

    dan ..itu anak khinzir berkeliaran?

    ReplyDelete
  13. meng, makanan yang tu kentang kecik goreng butter... =)

    ReplyDelete
  14. HB : tak teringin langsung aku nak makan tapak sulaiman tu.. mcm terlekat celah gigi jer.

    nasi goreng tu tak basi. sebab beli malam pahtu cuaca kan sejuk skit. mcm letak dlm peti sejuk jer..

    boleh la nak makan semula esoknya. cuma tak berapa sedap la nasi nasi kat china ni

    Agip : gebu terlajak tu.. memang sah babi...

    haks

    ReplyDelete
  15. Mya : tu la. tak reti aku nak jawab.

    tanya org lain lah. hahahaha

    Anash : ya. anak khinzir. tapi tak pasti masih anak atau sudah gadis.

    NanaT : roger.

    Nurin : kentang ke tu.. aci ke nak makan???

    ingat mcm fish ball.

    ReplyDelete
  16. Aci je meng...yakin boleh. Hahaha

    ReplyDelete
  17. Husb yg kata kentang. family husb asal dr bangsa tu

    ReplyDelete
  18. Nurin : Oh ya ka??

    x tau la nak try kat mana.. hahaha kalau kentang. beli fries kat Mc D je la kot.. hehehe

    ReplyDelete