Terjaga sebab speed bot melambung lambung berkali kali. Sambung tidur lagi.
Bukak bukak mata, rupa rupanya aku dah sampai di Padang Bai !
Welcome back !
Naik van, aku duduk depan dengan driver. Layan gak la borak borak sama mamat tu. Jalan pun agak macet, lewat jam 2 lebih baru aku sampai di Pantai Kuta. Aku suruh mamat tu dropped aku kat Pantai Kuta tu jer.
"Lady, won't you save me? My heart belongs to you...................."
* cepat cepat kutip anak tekak yang terpelanting keluar dan masukkan balik semula dalam mulut
Bukak bukak mata, rupa rupanya aku dah sampai di Padang Bai !
Padang Bai
Haaaaaaaaaaaa !
Welcome to Bali
Siapa sangka ini kali ke dua aku sampai di Bali.
Biasanya aku memang tak berapa suka pegi tempat yang sama berkali kali. Tapi Gili T dengan Bali ni exceptional sikit. Maybe sebab kebetulan aku dah ada di Lombok so dekat dengan Gili T dan Bali pulak aku ke sini sebab untuk ambik flight balik ke KL malam nanti.
Aku tak de sebarang plan di Bali ni. Tak de jugak nak pegi melawat ke tempat tempat yang biasa orang pegi tu.
Sebaik tiba di Padang Bai, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut destinasi masing masing di Bali. Sebab tak tau nak ke mana, aku memang nak ke Kuta dulu. Lepak lepak kat sana dan usha apa yang patut sementara menanti malam.
Kami diarahkan untuk naik van tertentu.
Ramai betul orang dekat Padang Bai ni. Padang Bai ni merupakan port dari Bali untuk ke Lombok dan Gili T. Dari Padang Bai ni kena naik transport lain pulak ke Kuta atau mana mana destinasi. Harga dah termasuk sekali dalam harga tiket yang aku beli.
Naik van, aku duduk depan dengan driver. Layan gak la borak borak sama mamat tu. Jalan pun agak macet, lewat jam 2 lebih baru aku sampai di Pantai Kuta. Aku suruh mamat tu dropped aku kat Pantai Kuta tu jer.
Pantai Kuta, Bali
Pantai Kuta Bali yang penuh dengan manusia
Orang jual jajan
Tak de apa aku nak buat. Just lepak lepak tepi pantai tengok orang.
Cuaca sangat panas. Orang agak ramai. Mostly warga tempatan.Ada yang melepak lepak. Ada yang mandi di laut. Macam macam aktiviti ada.
Surf board
Lepak lebih kurang kat situ then aku bergerak.
Keluar balik ke jalan utama. Aku ke Rock Shop yang terletak dekat dengan Starbuckscoffee tu. Ada 2 Rock Shop di Bali ni, so aku gi usha yang ni dulu.
Tak de aim nak beli apa apa pun, just saja saja nak tengok.
Rock Shop Bali
Kat dalam.
Tak de apa yang menarik. Design design macam biasa. Tapi ada jugak yang berkenan tapi nak beli mahal ler pulak T Shirt tu. Harga dekat 400 ribu. Gulp !
Nak beli baju untuk budak budak pun fikir dua kali. Ambik letak. Ambik lagi pastu letak balik semula. Bukan apa, macam rugi beli baju mahal mahal untuk budak budak sebab nanti cepat mereka besar dan dah tak muat saiz.
Mamat yang keje kat situ dah bosan dah tengok. Hahahahaha. Kejap kejap dia datang tanya aku OK ke tak.
Aku OK, cuma kena fikir betul betul sebelum membeli !
Last last tak jadi ambik. Keluar je. Pegi ke Hard Rock Hotel. Saja aku nak usha kat dalam sebab sebelum ni aku datang tak sempat nak masuk.
Icon Hard Rock
Hard Rock Hotel Bali
Hard Rock Hotel Bali terletak betul betul di Pantai Kuta. So nak cari tak susah.
Nak masuk ke dalam hotel ni OK je. Buat la muka mewah mewah sikit then masuk. Tapi sampai kat reception je lah. Tak boleh nak masuk kat dalam sebab kena ada access card especially nak pegi ke tempat pool.
Reception
Kamar
Dari hotel ni memang tak nampak area pool dia sebab terlindung dengan tembok. Tak pe lah. Tak de rezeki nak skodeng.
Then aku keluar balik, kali ni baru nak pegi ke Hard Rock Cafe yang terletak di pinggir jalan dekat Pantai Kuta tu.
Hard Rock Cafe
Ini Rock Shop yang kat bawah Hard Rock Cafe
Masuk Rock Shop yang ni pulak. Usha.
Then keluar balik.
Tak tau nak beli apa. Tak de apa yang menarik.
Lepas tu aku naik ke atas. Misi kali ni nak melantak. Lapar jugak. Tak berapa ramai orang kat Hard Rock Cafe time tu. So aku mintak smoking seat area.
Tengok tengok smoking area dia kat belakang mengadap pool.
Hah...
Baru boleh skodeng orang !
Order
Macam nafsu menggila tengok menu. Tapi tak berapa berani nak makan. Aku tanya mamat waiter tu dia pun macam tak pasti halal ke tidak. So sudahnya. Belasah la minum dan makan fish and chip.
Ya. Aku makan fish and chip kat oversea je.
Fish and Chip
Lepas tu tau apa jadi?
Kembang tekak ! Hahaha. Nak termuntah aku. Sebab bukan makanan ruji eh. Tapi tu la mengada ngada nak makan kat sini kononnya.
Tapi relaks relaks tengok orang agak damai la. Lagipun aku dah tak tau nak gi mana. Dapat seat yang empuk ni boleh bikin aku terlena.
Smoking area
Sambil sambil tu tengok orang mandi manda dan main games kat pool.
Macam meriah jugak la kat area ni. Ntah bila la nak dapat duduk Hard Rock Hotel sini.
* nanges
Pahtu tengah makan makan lepak lepak sesekali mamat waiter tu datang borak then aku nampak ada orang kerumun kerumun.
Aku usha dari jauh jugak.
Macam ada artis. Tapi aku tak kenal. Hahahaha
Kenal?
Macam semua orang kat situ pegi bergambar dengan dia.
Glamer kah dia? Artis Antarabangsa kah? Kenapa aku tak kenal? Dan kenapa tak de orang nak bergambar dengan aku??? Tak cukup antarabangsakah aku ni???
* ketap bibir
* ketap bibir
Then aku tanya waiter tu dia kata itu penyanyi Steelheart.
Steelheart??
Sapa tu?
* mati la tak kenal jugak...
Tapi masa dia buat sound check baru la aku perasan dan aku rasa aku pernah dengar lagu tu !!
She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.
In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.
Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.
She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.
Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.
Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
"Laaaa... Ni lagu hang ka? Awat tak habaq????"
Boleh?
Kalau lagu ni aku tau lah..
* tarik key chorus
Sambung lagi....
"Ladyyyyyyyyyyyyy oh lady............................ei ei ei eiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!! "
* bijik mata lak terpelanting............... bergolek golek masuk bawah kerusi.
Pahtu sambung lepak lepak semula sampai aku rasa macam nak terlelap. Cozy betul seat dia. Siap boleh baring baring.
Last sekali aku rasa macam nak kena gerak lah. Tak leh lama lama nanti aku terlena terus. Silap silap sampai ke malam, naya kena tinggal kapal terbang.
Usha bahagian dalam Hard Rock Cafe
Bahagian non smoking area
Ni kat bawah. Steelheart tu ada show kat Hard Rock malam tu. Dia orang tengah buat soundcheck
Kat luar baru aku perasan board ni. Ada Firehouse jugak ! Tapi tak de pun kat sini.
Hari makin petang. Tapi macam awal lagi nak ke airport. Buntu.
Dah tak tau nak buat apa dah. Usha usha kejap kat Pantai Kuta sekali lagi tapi view tetap tak menarik dan orang tetap ramai macam pegi haji.
Then terfikir fikir, actually ada sesuatu yang aku nak buat kat Bali ni.
Tapi tak pasti sempat ke tidak. Tapi kalau tak try tak tau.
Aku tahan teksi Bluebird.
"Mas.. bisa ke Jimbaran?"
"Bisa"
"Pakei meter ya Mas?"
"Iya"
Then aku terus masuk teksi dan arahkan dia bawak aku ke satu tempat ni..........
bersambung...........
Dan semestinya air tu mesti Berrylicious dok?
ReplyDeleteloh. tu ke lagu steelheart. ok baru tau.
ReplyDeletemau bikin apa di jimbaran?
bergymboree ?
gamble abis ek.. sib baek bukan jenis kalut.. still reti nengok masa hehe to be continue
ReplyDeletemakan seafood di jimbaran..kata tak makan ikan, mcmana boleh order fish n chips..hehe..tak pergi ziarah mbak silperr..
ReplyDeletetak pernah lagi sampai ke bali
ReplyDeletemembaca entri anda mengimbau kenangan lalu semasa di sana.
ReplyDeleteberkobar-kobar semangat nak ke Bali..check tix flight ke sini asyik mahal jer memanjang
ReplyDeleteAmir : betoiiii !!!!!!
ReplyDeletekang try pina colada kang aku yang pengsan kat situ.
NanaT : hahaha. tu la. lagu tau penyanyi tak ambik pot ek?
berjimba jimba di jimbaran...
Shin : belasah je.. plan sangat2 kang tak jadi lagi kecewa
Nohas : fish and chip tu hiasan meja jer.
ReplyDeletehahaha. takkan nak oder fries semata mata.. fish tu leh gak la korek korek tepung dia tu, cicah cicah.. aummmmm...
kahkakakakak ingat mbak silper tu ya...
dah kaya raya agaknya jual basikal silper
K Ina : tak pe... slow slow. sampai masa kalau dah tersurat.. silap silap dpt gi bali duduk sebulan..
ReplyDeleteMKL : hmmmmm
mesti ada kenangan mengusik jiwang tu.
MrsS : kena tgk nasib gak la.. AA ni kdg kdg x tentu. time kita nak pegi mahai.. time kita malas time tu la promo gegila..
selamat mencuba oke