Pages

Monday, February 17, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 05 - LOMBOK | Pantai Seger, Pantai Putri Nyale.....

Tak jauh dari Pantai Kuta Lombok itu, ada satu lagi pantai yang di namakan Pantai Seger.

Sebenarnya Pantai Seger ni adalah anjungan dari Pantai Kuta itu sendiri. Tapi belah tadi tu banyak local beristirehat tapi kat belah sini banyak mat salleh !

Di sini la jugak terletaknya hotel Novotel Kuta yang terkenal di Lombok ni.

Novotel Kuta, Lombok

Di Pantai Seger ni jugak lah terletaknya patung Putri Mandalika  yang menjadi lagenda kisah dari Lombok ini sendiri.

Replika patung berupa seorang puteri yang di kejari oleh 3 jejaka.

Putri Mandalika dan 3 Sang Putera

Ada kisah di sebalik ini.

Lagendanya, dahulu kala ada seorang Putri yang cantik jelita di Lombok ini. Namanya Putri Mandalika. Dek kerana kecantikkan beliau, Putri Mandalika ini menjadi rebutan ramai putera raja. Dan perebutan terhadap Putri Mandalika ini telah menyebabkan pergaduhan dan huru hara.

Bagi memastikan keamanan sejagat, Putri Mandalika telah menolak semua pinangan putera putera raja tadi tu dan terjun ke laut lalu menjadi...

.
.
.
.
.
.
.

CACING !!!!!!

* teng teng teng......


Aku pun pelik, apsal la dia jadi cacing? Tak de benda lain ke dia nak sumpah diri dia jadi yang best best sikit. iPhone5S ker.

Tapi !!

Cacing tu bukan la cacing macam cacing kerawit, cacing gelang dan cacing pita tu semua. Putri Mandalika ni telah menjadi Nyale iaitu sejenis cacing (hidupan laut) yang boleh di makan....

Untuk kisah penuh Lagenda Putri Nyale

Dan....

Setiap tahun pada bulan 2/3 ( Tanggal 20 bulan 10 - kalendar Sasak), penduduk Lombok ni akan turun ke laut untuk mencari nyale ni. Siapa yang dapat banyak nyale ni, maka banyak la rezeki dia dalam tahun yang akan datang nanti. Wallahuallam.

Aku cedok gambar ni kat Google.

Sumber Google : Festival Nyale

Memang ramai la warga Lombok akan turun ke laut sejak dari malam lagi untuk menangkap nyale tu.  Untuk details, sila google....

Masa aku pegi area replika Putri Nyale tu tak ramai orang. Lagi pun panas. Aku just lepak lepak kejap ambik gambar dan pusing keliling kawasan tu.

Pantai Seger

Aku memula nak cross je ikut jambatan ni, tapi cuak sebab macam dah nak roboh. Tak daya nak menampung aku kang. Sudahnya turun balik harung ikut bawah..

Dramatik tak Putri Nyale tu nak terjun ke laut? Hujung hujung... jadi cacing jer pun.....

Tak tau pokok apa tapi banyak tumbuh di sekitar kawasan ni

Pantai Seger ni sebenarnya terbahagi kepada beberapa bahagian. Tapi pantai ni agak terpencil sikit dan laluan dia tak berturap, jadi kalau orang tak tau memang tak masuk kot jalan ni.

Aku pun main redah je. Tapi view di kawasan Pantai Seger ni memang lawa. Orang pun tak ramai. Damai la sikit daripada Pantai Kuta tu tadi.

Novotel Hotel dari kejauhan

Ombak yang kelihatan jauh di tengah lautan

Ini kawasan Pantai Seger belah batu batu.... Ada banyak pondok pondok di situ

Kawasan berbukit di pinggir laut. Tak daya aku nak daki...

Pantai yang sesuai untuk surfing

Gerai gerai yang ada

Layan ombak dan deru angin.... 

Sambil minum air kelapa

Ada orang cuba cuba nak surfing

Duduk di kawasan ni memang tenang walaupun angin kuat.

Rasa bahagia je jiwa raga. Tapi aku tak boleh berlama lama. Aku kena bergerak ke destinasi seterusnya yang memang aku plan nak pegi. 

Masalahnya satu je, sign tak de so kena tanya orang atau pun ikut orang. Kalau dari Pantai Seger dan Pantai Kuta ni, menurun ke bawah lagi, ada laluan dan nampak orang naik motosikal lalu lalang. 

Jalan memang teruk gila gila. Berlubang lubang !

Tapi... bila sampai. tengok view dari sini...










Hati jadi tenang.

Jiwa jadi tenteram.............

Oh... ini lah keindahan ciptaan Tuhan.... Jangan dibiar semua ini hilang dari pandangan mata.



Jangankan biar hilang semua yg telah di beri...
Jangankan pergi rasa manusiawi dan naluri diri...
Biar bumi tetap bersinar di bawah mentari...

Agar kita tetap bersinar di bawah mentari...

Let there be joy and harmony
from the roof of sky above
to the deep blue sea...
All that we have under the sun
Singing loud in unheard sound
telling us that we are one

* lagu ni aku dengar masa kat Lombok jugak. Jenuh tangkap bijik butir, cari cari jumpa jugak. Rupanya tajuk omputih.

bersambung............

16 comments:

  1. mmg jalan dier berlubang-lubang... giler aah.. sakit giler bontot naek motor pegi situ... tp aku suker duduk lepak kat Mawun... xde org sgt, ade pondok rehat... aku rindu angin kat Kuta sane.... sedap sih!

    ReplyDelete
  2. jadi cacing?! kot jadi ikan duyung, sedap la sikit bunyiknya hehe

    ReplyDelete
  3. weh meng, kecantikan airnya yg turquoise dan biru tu bak boracay je aku tgk...cantik weh! ko tak mandi celop2 ke apa ke???

    ala takde ke gambar dekat puteri dgn putera2 cacing tu? eiii geli-geleman aku memikiorkan cacing, i hate cacing! titik!

    ReplyDelete
  4. Napa la puteri tu x bertukar jd udang galah...kan sedap dimakan...

    Cantik gile tempat dia...terkesima jap..

    ReplyDelete
  5. bersungguh-sungguh dia lari daripada dikidnap jejaka Lombok.

    yang gadis mesia, dok ikut lagi ade lah..

    post jejaka lombok one pic pelis..

    hehe

    ReplyDelete
  6. Okla tu jd cacing boleh dimakan, x glemer tp byk manfaat

    ReplyDelete
  7. AF : yup.. damai sini. cuma panas berdeting... jalan memang berlubang2 la.. hopefully lepas ni jalan okey skit.

    MKL : tak de la fav sangat tapi kalau pegi puas hati sebab lawa dan masih natural....

    Farikh : kau jangan menidakkan sejarah.. kang dia jadi duyung kang... susah lak maya karin nak cari makan.

    ReplyDelete
  8. biq : ni stock cacing geli geli je .. hahahah..

    memang lawa mcm boracay.. air dia tapi pantainya boracay lagi lawa dan bersih.. in fact boracay tak de sampah dan landai juga dan tak berbatu batu sgt..

    moralnya.. dah pegi boracay kan? so bila lagi nak ke LOMBOK????

    gambar dekat aku dah buh time highlight hari tu...

    http://supermengmalaya.blogspot.com/2013/12/highlight-lombok.html

    ReplyDelete
  9. HB : udang galah? mana buleh. kang hilang exclusivity udang galah. dah x mahal dah sebab banyak sgt kat lombok..

    cun la tempat ni. kau kena pegi. kalau bermasa stay lama sikit dan pusing satu pulau lombok !!!

    NanaT : x berani nak ambik gambar jejaka lombok.. takut di belasah. hahahaha..

    PM = Putri Maryam = Putri Mandalika?

    Ok. faham faham....

    ReplyDelete
  10. meng uiiii, AA dah bukak direct flight ke kalibo meng uiiii! huntungla org skg tak perlu bersusah2 mcm aku naik feri bagai uiiii!

    ha kompem la kena pi nihhhhh...

    ReplyDelete
  11. Biq : tu la. tapi tak merasalah jerit perit panas bontot tukar tukar flight..

    jangan hangat2 taik ayam sudah AA ni. kang dia kapak lagi route ni hancur berderai....

    tapi x pe la bagi peluang org lain pegi. borocay masih segar di ingatan so aku tak de rasa nak ripit.

    ReplyDelete
  12. aah sekupang kata sok penuh la org msia kat situ plak sbb dah senang pegi...seb baik kita dah pi dulu hahahaha...huh panas bontot panas hati sume ada lah! tapi itu yg kitorang puas hati sbb merasa ikut jalan lain kan...

    ReplyDelete
  13. Biq : setuju tu.. tapi rezeki dia org la tu semuanya di permudahkan...

    lepas ni doa nak gi antartica semudah tu jugak.

    * kemas beg

    ReplyDelete