Pages

Sunday, February 9, 2014

TMM 2014 | Seremban - Part 3 : Muzium Negeri

Sebelum balik ke KL kami sempat singgah di Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

Bangunan Muzium Negeri

Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila Yam Tuan ke 8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri. Mulanya ia terletak di Taman Bunga Seremban, oleh kerana lokasi taman bunga tidak sesuai, Muzium Negeri telah dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungai Ujong pada tahun 1984.

Ditubuhkan mengikut Enakmen No.5 tahun 1956 (pindaan 1992) dengan pengerusi dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Bagi Tempoh 1996-2003, Lembaga Muzium Negeri dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Haji Abdul Samad bin Idris. Enakmen ini diwujudkan berikutan pengisytiharan Istana Ampang Tinggi sebagai Muzium Negeri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-8.

Pada 14hb, Julai 1986, Bangunan Teratak Perpatih di kawasan Taman Seni Budaya telah diisytiharkan oleh YAB. Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato' Hj Abdul Samad sebagai Muzium Negeri menggantikan bangunan Istana Ampang Tinggi.

Kompeks Taman Seni Budaya (Muzium Negeri Sembilan)

Tak susah nak cari muzium ni sebab ianya terletak betul betul berdekatan dengan tol Seremban dari arah Seremban.

Sebelum tol tu ke kiri. Kalau dari KL, exit tol Seremban then Muzium Negeri ni belah kanan. Boleh nampak sebaik saja exit Seremban dari arah KL.

Waktu kami sampai hari tu agak petang, tak ramai orang. Parking space pun banyak.

Taman Seni Budaya

Bangunan Muzium Negeri

Terdapat sebuah bangunan berbentuk Minangkabau yang menjadi bangunan utama Muzium Negeri ini. Nak masuk percuma je tapi kena lah register.

Aku tak sempat nak explore abis dalam ni sebab Princess melalak. Dia tu takut sikit kalau gelap gelap. Lagi lagi kat dalam tu ada rangka manusia lagi la dia meraung ajak keluar.

Dalam bangunan muzium

Di perkarangan Muzium Negeri ini adalah few benda yang menarik jugak untuk di usha. 

Antaranya...

Enjin steam keretapi lama yang pernah digunapakai

Rumah Negeri Sembilan dan Istana Ampang Tinggi

Replika batu megalitik

Batu Megalitik yang di temui di sekitar Negeri Sembilan ini merupakan tanda perkembangan penempatan masyarakat awal yang menjadikannya sebagai tempat pemujaan, selain menaruh pelbagai kepercayaan yang diyakini mampu mempengaruhi ekonomi (pertanian) serta kebudayaan masyarakat ketika itu.

Istana Ampang Tinggi  

Istana ini telah dibina semasa pemerintahan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-5, Yamtuan Udin atau lebih dikenali sebagai Yamtuan Imam Sri Menanti di Ampang Tinggi, Kuala Pilah pada tahun 1961. Beliau telah memegang tampuk pemerintahan selama 10 tahun iaitu dari tahun 1861 hingga 1869. Istana ini berukuran 66 1/2 kaki lebar dan 23 1/2 kaki panjang dan terdapat pelbagai bentuk ukiran yang sangat halus buatannya di sepanjang luar dinding istana ini.

Meh jenguk dalam.

Tingkap

Istana Ampang Tinggi

Istana Ampang Tinggi

Warisan Kebangsaan

Bahagian dalam. Singgahsana

Ada kepala rusa

Kamar beradu

Seni Ukiran

Keistimewaan utama istana ini adalah ia dibina tanpa menggunakan sebatang paku. Namun istana ini masih kukuh walaupun usianya telah menjangkau 133 tahun. Kerana keunikan senibina dan kehalusan ukiran, rumah ini pernah dipamerkan di England pada tahun 1994 sebagai contoh senibina Melayu.

Terdapat ukiran Al-Quran pada dinding bahagian dalam rumah ini. Manakala bumbungnya terdiri daripada kepingan-kepingan kayu berlian berbentuk sisik yang disusun teratur sebegitu rupa bagi mengelakkan air daripada masuk.

Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan

Pameran dalam istana

Pintu masuk Istana

Istana Ampang Tinggi 

Rumah Negeri Sembilan

Nama asal rumah ini adalah Rumah Undang, Sungai Ujong sebelum ditukar kepada Rumah Negeri Sembilan. Rumah yang dibina pada tahun 1898 di Kampung Air garam, Mambau ini merupakan rumah Tengku Saiyed Ismail bin Tengku Saiyed Abdul Rahman, Dato' Kelana Sungai Ujong.

Ia dipindahkan ke tapak Kompleks Taman Seni Budaya sebagai muzium pada 1980-an.

Oleh kerana status tersebut maka monumen ini telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri sebagai bangunan bersejarah.

Rumah Negeri Sembilan

Rumah Negeri Sembilan

Meriam Belina

Meriam

Ukiran

Perahu dan Jong

Ada tangga naik ke bukit menuju ke Taman Budaya tapi gate dia macam berkunci. Jadi kami tak naik.



Apa apa pun, kalau nak singgah boleh je singgah. Cun jugak nak ambik ambik gambar kat sini.

Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Tel : 06-763 1149
Fax: 06-761 5355

Ada kedai cokelat di sini.

Sebab budak budak teman Papa ke sini, kena belanja dia orang cokelat.

Macam macam rupa cokelat ado.. Siap siap kan je la nak membayor...

Apa apa pun, tempat ni agak menarik kerana kelebihan Muzium Negeri ini pada ukiran kayu replikä istana serta keunikan bumbung Minangkabau yang tak ado di mano mano kecuali di Nogori Sombilan ni jor...

Yo kan Milah?

Tergoliat lidah Den ni ha.... terpakso lah Den cari ubeknyo....

* lari sebelum kena tembak sebab tersilap cakap...



Ubekkan denai …
Sakiknyo putuih dalam bacinto
Ubekkan denai …
Sakiknyo putuih dalam bacinto

Carikan ubek tujuah ramuan
Sarato cincin nan balah rotan

Cincin lah lakek di jari Tuan
Di jari manih Tuan pasangkan
Cincin lah lakek di jari Tuan
Di jari manih Tuan pasangkan

Ubekkan denai, ubekkan denai
Batambah kuruih badan nan jariah
Tamukan denai, suokan denai
Basuo mangko sanang dihati

Cincin siapo nan Tuan pakai
Denai nan indak dibari tahu

Lah tujuah tahun janji kok ungkai
Bakeh siapo denai mangadu
Lah tujuah tahun janji kok ungkai
Bakeh siapo denai mangadu

Ubekkan denai …
Sakiknyo putuih dalam bacinto
Ubekkan denai …
Sakiknyo putuih dalam bacinto

Sumber Info

TAMAT

9 comments:

  1. weeeeeeeeeeeeee.. den org nismilan pon x penah pg kot!

    ReplyDelete
  2. Nogori sembilan, nogori sepuloh ada x? negeri sembilan ni byk betul undang dan adat kan sib baik x kawin ngan org nogori. ..ehhhhh

    Best jgk sekali sekalo melawat museum ni

    ReplyDelete
  3. teringat kisah aku cari tempat ni semata2 konon ingatkan bleh makan bersila dalam istana...pfft! bonda tertipu!

    ReplyDelete
  4. Beb : ko memang !!!!!!!!!!!!!!!

    kalau aku org nogori pun aku tak pegi. hahahaa..

    MKL : sebenarnya nak khabaq.. video clip tu shooting dekat istana ni hah...

    kebetulang....

    JM : undang2 negeri sembilan melebihkan pompuan..

    org pompuan suka la kot.....

    tapi kena kawin hat yang kaya kaya la... kalau tak, hampeh pun tarak..

    Biq : ya. aku pun ada baca entry ko tu...

    memang sah bonda tertipu. nasib abangnda tak ikut, kalau tak sama sama dengan tipah tertipooooo..

    ReplyDelete
  5. tudung saji dah ada kat rumah tu tau! hahahaha kalo tak, terpaksa abangnda pun gigih tapau nasik pi makan dlm rumah replika tu kahkahkah!

    ReplyDelete
  6. kenapa kau nak makan kat situ? kau ingat itu restoran kah?

    bukan yang restoran mcm istana tu dekat kuala pilah nuh?

    ReplyDelete
  7. Baguslah info ni. Berguna sangat utk kerja kursus sejarah pt3..tapi yg sekarang ni baru buat latihan..so, good work.Thanks anyway.

    ReplyDelete