Pages

Thursday, January 9, 2014

Trans Mongolian - Beijing to Ulaanbaatar

Haaa.

Aku sendiri pun macam tak percaya aku buat decision last minit untuk Trans Mongolia ni. Langsung tak de prepare apa apa especially mental. Tapi aku suka je buat benda benda mengarut dan last minit ni.

Ini highlight Trans Mongolian.

Apa yang aku boleh bagitau, trip ni adalah WAJIB CUBA !

Kalau tak dapat Trans Siberia macam aku, boleh cuba Trans Mongolian ni dulu.

Trans Mongolian adalah salah satu route Trans Siberian tapi ianya menyambungkan Ulan Ude di Russia hingga ke China melalui Mongolia. Train Trans Mongolian ini akan bersatu dengan train Trans Siberian dari Vladivostok menuju ke Moscow.

Trans Mongolian yang aku naik adalah dari Bejing ke Ulaanbaatar ( Mongolia ) sejauh 1300 kilometer dan memakan masa selama 30 jam.

Memang lah impian kebanyakkan orang untuk menaiki route epic Trans Siberian dengan pemandangan countryside Russia selama tujuh hari antara Moscow dan Vladivostok. Tapi Trans Mongolian pun ada kelebihannya tersendiri.

scRoll it !

Beijing Railway Station. Day 1 : 8 am

Train K3 yang akan terus ke Moscow

Dalam cabin

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

View Trans Mongolian

Ulaanbaatar Railway Station : Day 2 : 1 pm

Tips dan advise.

1. Tiket Trans Mongolia ni tak boleh beli dekat station dan biasanya train tiket dah di booked awal awal oleh agent. So kena beli thru agent. Macam aku hari tu beli dengan Real Russian. Tapi aku advise, contact Ocean Travel 7 atau CITS di Beijing. Real Russian pun beli dengan dia orang ni dan macam biasalah dia orang mark up 30 percent. For sure Ocean Travel pun dah mark up siap siap jugak. Costnya dalam 200 GBP atau dalam 400 USD one way ! ( soft sleepers, kalau tambah 2 kali ganda lagi dah boleh sampai Moscow ! ) 

Tiket ni nanti dia orang boleh deliver ke hostel/hotel penginapan di Beijing. Macam aku kena pegi pejabat Ocean Travel tu sendiri ambik. Tapi kalau nak balik dari UB ke Beijing naik train, tiket kena cari kat Ulaanbaatar. Tiket price dari Mongolia lebih murah kalau di bandingkan dari Beijing ( tapi sama jugak kena beli thru agent di UB).

Bila nak pegi? Winter or Autumn paling best kot. Summer train mesti packed ! Tapi kalau winter, ready lah dengan sejuknya. Tapi train memang well heated. 

2. Bawak la jajan untuk 2 hari nak makan dalam train ni. Beli siap siap sebelum bertolak. Ataupun dekat platform train tu pun ada jual. Dalam train sendiri pun ada cafe dan ada jual jugak. Cuma mahal sikit. Tapi masa aku hari tu sebab ambik International Train.. dapat free lunch dengan dinner. So bawak la maggie cup ke apa ke. Bawak jugak earplugs kalau dapat sebilik dengan orang kuat berdengkur. Hahaha. Bantal selimut tak payah bawak. Haa.. pisau bawak la kalau nak potong buah ke apa. Ada air panas dalam setiap carriage. So boleh guna untuk minum etc. Cuma cawan je la bawak sendiri. Slippers jangan lupa.

3. Bawak buku. Boleh baca kalau kebosanan. Tapi sebab aku tak suka membaca, so aku dump lagu dalam iPod dan layan perasaan. Tapi aku rasa tak perlu kot sebab you will be busy enjoying the view sepanjang jalan. Oh, kalau nak layan view sila request for lower berth. 

4. Nak mandi susah sikit. Toilet nya kecik dan tak selesa nak mandi. Tapi kalau nak mandi jugak, ikut suka lah. Nasihat aku, bawak wet tissue !! Boleh lap lap mana yang patut. 

5. Nak solat dalam train agak payah kalau ada orang. Nasib baik aku cuma sorang diri dalam bilik tu. International train ni kalau time winter tak de orang sangat. Tapi kalau belah belah belakang, hard sleepers ramai local yang buat long distance trip ( within China )

6. Buat baik dengan carriage attendant. Setiap carriage akan ada sorang penjaga. So buat buat la baik dengan dia orang walaupun muka dia orang macam nak telan orang. 

7. Train bertolak dari Beijing pukul 8 pagi. Ada 3 train je seminggu. So kena check schedule. Sampai di Erlian ( sempadan ), kena tunggu 3 jam untuk train tukar train boggies sebab rail keretapi di China dan Mongolia adalah berbeza. 3 jam di Earlian dan 75 minit di boarder Mongolia untuk chop passport. Sepanjang perjalanan ada lah train stop kat few station sekejap sekejap.

8. Kalau ada gadjet nak charge, jangan risau. Ada power point dalam carriage tu di luar cabin. Ada few so boleh la guna. FYI, 1 carriage ada 8 cabin. 1 cabin ada 4 katil.

9. It is safe. Worry free ! Kalau pompuan boleh request women's only cabin.

10. Tip terakhir... just go and enjoy the view sepanjang jalan. Dari Beijing ke Inner Mongolia akan nampak banyak country side China dengan ladang ladang dan perkampungan. Boleh nampak Great Wall yang asli di Inner Mongolia. Bila dah masuk Mongolia, akan nampak Gobi Desert ( gurun padang pasir dengan cuaca yang sejuk dan merupakan gurun terbesar di asia, no 5 di dunia) dan gunung ganang dan country side Mongolia. Nampak unta, kuda liar dan macam macam binatang. 

Tapi view memang superbusa !

Kalau sesapa nak honeymoon, boleh try naik train ni. Ambik yang first class cabin, 2 orang jer.... boleh beromantika dengan si dia. Hanya dengan si dia !



Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia

Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia

Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

Personally... the journey worth every mile. Every single cent !

11 comments:

  1. Meng...bila ko nak gi balik utk trans siberia? aku nak ikut!! hahaha...

    ehh masok mongolia kena visa kan?

    ReplyDelete
  2. tips amik ganba while dalam tren bergerak takdak ke?
    aku naik ets tu fail gile lah ganba...

    ReplyDelete
  3. bang, ada gambar toilet dgn cabin ko tak? nak imiginasi sat muat ke tak aku ngan skupang + baby nanti...

    weh panoramic sgt view dia...rasa cam nak kembang2 idung tepi tingkap tu...haih!

    ReplyDelete
  4. gambar cun giler!tingkap train tu mmg bersih giler la kan, sampai takde kesan-kesan degil dlm gambar..ke leh buka tingkap?

    ReplyDelete
  5. yes..
    akhirnya..

    entri yang dinantikan berhari-hari..

    gambar-gambar awak....
    makes my day..
    sejukk mata

    trans [ hahhaaha..konon.. ] Beijing-Xian pun saya dah turun naik katil keluar masuk bilik keboringan...

    Xian ta'mau jelajah?
    LCCT-Bangkok-Xian dah ada..

    ReplyDelete
  6. Tengok gambar abg meng dah terasa macam dah pegi ke sana... bila le nak kluar negara pulak... (sambil seluk poket raba duit syiling)

    ReplyDelete
  7. Oh my god sambil letak tgn atas bahu

    Byk betul tips senanglah klau nk buat trip nanti

    ReplyDelete
  8. HB : tak tau la. tak de plan lagi tahun ni. maybe next yr la kot Insya Allah..

    Mongolia tak payah visa !

    NanaT : tips ambik gamba??

    hmmmm.. train ni tak berapa laju so oke je. kalau naik hi speed train tu jenuh nak pegang kamera ketat2 tak bagi gambar gegar...

    comel pulak eja gaNba..

    Biq : Gambar toilet ek... nak masuk pun tak muat, ini pulak nak ambik gambar. hahahaa.

    ada aku ambik rasanya. nanti aku share. tapi kalau sorang je muat la masuk kot tapi masuk dan duduk je, tak leh moon dance

    ReplyDelete
  9. DJ : tingkap tu tak boleh bukak... terkunci abis...

    nasib baik la jugak tingkap tu tak kotor...

    DrS : xian tu nanti la. KIV dulu sampai luka terubat dgn china.

    hahahahaha...

    AP : insya allah. di mana ada kemahuan di situ pasti ada airport ( nak landing )...

    nanti ada rezeki la tu... pegi legoland tu dulu !!!

    JM : jangan lupa kalau berkesempatan, naik TM ni !!!

    ReplyDelete