Pages

Tuesday, January 14, 2014

.... Mu Tunggu Aku Datang

Pinjam tajuk bersempena dengan tajuk filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. 

Bukan nak cerita pasal movie tu tapi nak menasihati di samping menjadikan ikhtibar untuk diri sendiri agar tidak lagi terlepas flight !!

Kalau aku travel solo macam biasalah, sampai airport lambat, pastu lenggang kangkung, pastu buat muka tak bersalah. Tapi kes naya ni terjadi pada OR tempoh hari masa dia nak balik hItaly dan terlepas flight !!

Semuanya salah siapa????

* lari nyorok belakang pokok kangkung


Kes dia orang ni nak balik kampung semuanya dah lama dah, dan aku pun dah book tiket balik ke Italy ni lebih kurang sebulan sebelum tu. Bersempena dengan cuti sekolah dan Christmas tempoh hari.

Lagipun saja la nak bagi atuk nenek tengok cucu cucu mereka sambil bergaul dan beramas mesra dengan sedara mara mereka di halaman nuh.

Flight naik Air Asia pukul 7 pagi. Kami bertolak agak awal jugak la dari rumah, tapi on the way tu hujan lebat mencurah curah jadi gaya pemanduan adalah di bawah paras normal. Sampai kat LCCT, gi park kereta dulu apa semua... pegi beratur kat check in nak masukkan beg, orang tu kata dah tak terima. Kena hand carry. Masalah lagi beg besar.. terpaksa lah punggah punggah masukkan dalam beg kecik.

Dan sebab public holiday, orang tersangatlah ramai. Nak masuk check tiket dan scan apa semua tu makan masa. Aku dah berdoa dalam hati, jangan la dia orang ni tak lepas.

Tup tup....

Ramalanku benar belaka. Dan aku memang dah tunggu dan bersiap sedia dengan berita duka macam ni. Dia orang masuk ke departure hall tapi sampai gate cakap flight dah taxied untuk berlepas.

Pas tu tengok mereka semua anak beranak keluar balik dari tempat check kastam tu dengan muka hampa....

"Papa... adik nak naik kapal terbang... kapal terbang tinggal adik"
"Olo.... Kesiannya...."
"Tapi nanti dia pushing ambik adik tak Papa kapal terbang tu?"

Diam. Tak reti nak jawab. Terasa bersalah aku pada semua orang.

Semua plan dah jadi tunggang langgang.

Perlepasan yang tak lepas

Kecewa, lara, hampa merana. Aku pernah kena macam ni. Lewat. Pastu terpaksa keluar balik. Hah kau... ambik masa jugak la nak terima kenyataan hidup. Berbatang batang aku hisap rokok kat airport nak boleh mood OK balik semula dan redha.

Tapi kali ni jadi kat OR pulak. 

Kami isi perut dulu di Old Town White Coffee LCCT bagi meredakan ketegangan...

Take your time.............. sebab take your time la agaknya kena tinggal kapal terbang ni

Takdir penentu segalanya...

Makan dulu lah. Berhiba lara lama lama pun tak kenyang !

Coffee time.........

Nasik lemak pembuka selera

Semua orang diam membisu. Hahahaha. Sadis. Sadis. Sebab semua dah berharap dan jadi yang tak sepatutnya so kena la redha. Aku cakap senang je kat dia orang.

"Tak de rezeki. Terima qada dan qadar Tuhan..."

Cakap senang lah kan???

Hahahaha...

Lepas makan balik semula dengan beg beg nya ke rumah. Then baru la aku start riki balik semula. Flight the same day memang semua mahal mencanak. Cari punya cari, jumpa la flight MAS esoknya. Nasib baik jugak la murah. Rezeki dia orang nak balik Italy jugak.

Hari esoknya... misi berlangsung sekali lagi. Tapi kali ni ke KLIA pulak.

Sah sah la kami dah keluar awal. Tak mahu pisang berbuah dua kali. Dan cuaca pun OK tak hujan...

Alhamdulillah berjaya jugak mereka berangkat ke kampung halaman.

KLIA di subuh hari

Check in

Mengantuk... tapi excited selepas tau nak naik kapal terbang lagi

Hero dengan kasut baru nya

Singgah breakfast di KFC KLIA

AM Platter

Sempat budak budak main di taman

Dan cubaan kali ke dua ini nyata membuahkan hasil. 

Selamat sampai pada waktunya, selamat berlepas dan sampai ke destinasi seperti yang di rancang. Cuma tertangguh satu hari je lah.

Kapal terbang.............. mung tunggu aku datang !

Moral of the story.....

Jangan lambat pegi airport especially time cuti umum.

Now sapa yang susah? Aku susah dan menyusahkan orang lain jugak.

Tapi, pastu semua orang balik kampung, aku lak tinggal di kota keseorangan.......

Tetiba tangkap syahdu bila semua orang dah tak der..




Mungkin ada rahmat di sebalik dia orang kena tinggal kapal terbang ni.. At least aku buleh spend masa dengan dia orang sehari lagi. Pendek sikit masa dia orang kat kampung, dan tak de la aku gelabah rindu dendam kat mereka bila mereka tak der....

Hero cakap.

"Selalu Papa tinggal Hero.. ni Hero tinggal Papa pulak naik kapal terbang..............."


Cis. Tak pe. Jaga la.. dah masuk tahun 2014 ni, kaki Papa akan melangkah lebih jauh lagi.... dan lagi.. dan lagi.. dan lagi........

Kapal terbang.............. mu tunggu aku datang !!!



If I could reach the stars
Pull one down for you,
Shine it on my heart
So you could see the truth:

That this love inside
Is everything it seems.
But for now I find
It's only in my dreams.

And I can change the world,
I will be the sunlight in your universe.
You would think my love was really something good,
Baby if I could change the world.

If I could be king,
Even for a day,
I'd take you as my queen;
I'd have it no other way.

And our love would rule
This kingdom we had made.
'til then I'd be a fool,
Wishing for the day...

That I can change the world,
I would be the sunlight in your universe.
You would think my love was really something good,
Baby if I could change the world.
Baby if I could change the world.

I could change the world,
I would be the sunlight in your universe.
You would think my love was really something good,
Baby if I could change the world.
Baby if I could change the world.
Baby if I could change the world.

SALAM MAULIDUL RASUL 2014.

Sesiapa yang dah start travel cuti ni, happy travelling !

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. jemmm... apa kah italy itu sebuah negara? ada ke flight AA ke sana... inilah dia kepeningan yang melanda ambe dan kesian kat hero tu.. kalau gua mau tangkap leleh tu bro :)

    ReplyDelete
  3. Kesiannya kena tinggal, tapi mesti ada hikmah dan pengajaran. Peringatan untuk diri sendiri supaya bergerak lebih awal hehehe.

    ReplyDelete
  4. ayat Hero yang last tu best Meng! Kono sebijik kat engko hahahaha...

    ReplyDelete
  5. HA : laaaaa kau x tau ke AA ada pegi Hitaly?

    hiks.

    ini hitaly bukan italy..

    RF : btol. pengajaran utk aku jugak walaupun dah few times kena tinggal... tapi x serik2 jugak. kena kat org lain baru rasa insaf )

    AP : hah.. tunggu la pembalasan si pitung...

    nanti aku lak merayau tinggal dia.

    ReplyDelete
  6. Hahaha lawak pasal hitaly tu memula tertipu gak ada ke AA terobang ke sana sekali tgk domestic departure Jm tertipu heeee

    Alaa cian kat princhess tu kapal terobang tggal eh..dh tak pucing balik dh :-) ehh tiba2 ckp pelat plak

    ReplyDelete
  7. JM : Hahahaha terpedaya ek...

    idok ler italy betul. italy tipu jerrr....

    tapi tetap italy jugak la.. hahaha

    ReplyDelete