Pages

Thursday, January 30, 2014

Jom Singgah : Masjid Negara, Kuala Lumpur

Pernah pegi Masjid Negara? Tau Masjid Negara kat mana?

Aku admit ni first time aku masuk Masjid Negara, tu pun sebab singgah nak solat Zuhur. Sambil sambil tu tumpang sekali mencari publisiti. Hahahaha. OR tunggu dalam kereta.

Sebelum ni asyik lalu je, pernah singgah tapi tak pernah masuk dan naik ke dewan solat. 

Kali ni pastikan jadi. Layan gambar gambar sekitar Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Masjid Negara Malaysia terletak di Jalan Kinabalu berdekatan dengan Lake Garden, KL

Mempunyai kapasiti lebih 15,000 jemaah pada satu satu masa.

Menara setinggi 73 meter 

Kubah berbucu 16 seolah olah payung terbuka ( menggambarkan iklim tropika). Kubah ini pernah diwarnakan dengan warna pink sebelum ditukar warna turquoise

Asalnya dinamakan Masjid Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj, tetapi beliau menolak lalu di namakan Masjid Negara.

Menara dengan gambaran payung tertutup dan kolam di perkarangan masjid

Tempat wudu

Sebuah bangunan Warisan Kebangsaan

Free Wi Fi !

Pintu masuk ke dewan solat utama

Bahagian bawah kubah dari arah dalam masjid

Mimbar dan ruang solat utama

Arah kiri dalam masjid

Arah hadapan

Karpet yang lembut dan gebu

Masjid ini dibina di atas tapak sebuah gereja

Direka oleh arkitek dari UK Howard Ashley dan 2 arikitek tempatan  Hisham Albakri, and Baharuddin Kasim dan siap pada 1965

Pemandangan di sekitar Masjid Negara

Laman

Masjid Negara

Masjid Negara pernah menjadi gambar untuk matawang RM100

Di Masjid Negara ini terdapat satu kawasan di mana didirikan Makam Pahlawan.

Makam makam yang menjadi tempat persemadian bekas Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri.

Makam Pahlawan

Makam Tun Razak. Makam Tun Hussein Onn, Makam Tun Ghafar Baba dan Makam Tun Ismail

Ni kat tepi tak sure makam siapa

Bagi aku Masjid Negara ni lawa.

Tenang dan relaks je. Boleh di lawati even untuk yang bukan Muslim dari jam 9 pagi  - 5 petang kecuali waktu solat. Ada pakaian menutup aurat disediakan.

Dah.

Sila pegi melawat dan hargailah warisan kebangsaan kita.

* keluar masjid negara dengan muka yang bercahaya dan penuh keimanan.



Woohoo….ooo…woohooo….
Ku ingin selalu dekat pada Mu, oh cinta hatiku
Kau memberikan ku semangat baru cerianya duniaku
Hanya pada Mu , ku serahkan segala hidup matiku..

Hasbi Robbi Jalallah
Mafi Qalbi..Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailahaillallah

Ku ingin selalu dekat pada Mu, oh cinta hatiku
Kau memberikan ku semangat baru cerianya hidupku
Hanya pada Mu , ku serahkan segala jiwa ragaku..

Sesungguhnya ibadahku
Sesungguhnya hidupku
Sesungguhnya matiku
Hanyalah untuk Mu
Woohoo oooo.. Ya Allah..

Ini lagu fav Princess aku. Kalau dalam kereta berebut rebut nak menyanyi. Dia humming je lebih, asal bunyi suara aku je terus dia sound.

"Papa angan ( jangan ) nyanyi.. ni agu ( lagu ) adik".....

8 comments:

  1. Byk kenangan masjid ni..masa tahun 1998, on the way ke kelas di masjid ni, bertembung dgn para reformasi, nasib baik tk kena tahan naik black maria..huhu..

    once a photographer, always a photographer..masa pergi tak pernah terlintas nak ambik gambar..hehe...shots yg menarik..

    ReplyDelete
  2. aku pernah sekali sembahyang jumaat kat masjid negara ni.....lepas keluar tu rasa mcm muka bercahaya dan penuh keimanan mcm ko cakap...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Pernah pi, tapi tak pernah nak ambik gambar. Tengok gambar Meng rasa nak pegi shoot pulak. Tahniah Meng, gambar yang cun! (Terasa diri ini ingin bercahaya juga)

    ReplyDelete
  4. baru pi aritu...alaa tp tak masuk dalam la pulak...cun betul tu...oh makan tu belah mana?bila tgk ni, baru teringat ada makam kat situ...tapi aritu takde usaha carik pun..amek gambar kat luar depan je..hoho

    pasni kalo pi nak masuk solat la gak...nak rasa muka bercahaya penuh keimanan jugak!

    ReplyDelete
  5. Nohas : Nasib baik,. kalau tak dah masuk jail ko..

    silap2 dah join bersih skrg ni ek.. hahaha

    HB ; Pegi la. moga bercahaya.. kalau nak lebih pakai la fair and lovely.

    Ali : nsk bercahaya jugak?

    ambik bedak sejuk tempek kat muka... hahaha

    DJ : nak jugak??

    sila la pegi masjid negara ni..

    makam pahlawan tu kat belah betul2 depan muzium kesenian islam tu.. dekat dgn parking. tapi kalau dari arah masjid pun buleh. ada kubah yang sama mcm masjid tu jugak cuma kecik skit

    ReplyDelete
  6. aku pun penah solat kat sini, mmg bercahaya seperti dibawah lindungan kaabah :)

    ReplyDelete
  7. Hahahaha.....

    Mak esah harus la lagi nampak bercahaya...

    tahap keimanan tinggi mencanak !

    ReplyDelete
  8. Salam, nak tanya pasal parking di kawasan masjid atau diluar?

    ReplyDelete