Pages

Tuesday, January 21, 2014

Jom Makan : Marina Putrajaya

Pusat Maritime Putrajaya bukanlah asing bagi aku. Pernah jugak beberapa kali aku ke sini atas sebab meeting dan jumpa orang untuk berdiskusi. Port yang agak menarik. Tapi tak pernah pulak aku sampai ke sini waktu malam.

Maka.. hari yang agak indah jugak, aku ke sini bawak semua. Agenda utama adalah nak makan makan je. 

Jadi kami ke Restoran Maritime Putrajaya ni untuk mengisi perut.

Gambar gambar sekitar Maritime Putrajaya.

Ini view yang kelihatan

Nak layan view memang mengancam kat tempat ni.

Tapi kalau dapat layan perut lagi double ancaman !! Ya aw awwww..

Ada tempat makan di sini, namanya Maritime tu lah. So park kereta dan terus berlari dengan muka lapar dan hidung yang kembang kempis mintak menu.

Restoran bahagian entrance

Bahagian meja. Boleh pilih nak dok luar ke dalam

Buku menu

Buat pilihan dengan bijak

Ini view dari tempat makan

Duduk, lepak  sambil menghirup udara yang segar bugar agak menarik. Kebetulan pulak time tu tak ramai orang so aman damai la sikit. Pernah aku datang waktu siang memang ramai orang.

Makanan dah sampai.... !!

Minuman.. Ice blended Mocha yang inzal

Hainanese Chicken Chop

Mee Goreng Mamak

Kuew Tiaw Goreng

Spring Chicken apa benda ntah

Overall makanannya biasa biasa je. Selalu aku datang siang macam sedap. Ni malam kureng skit. Agaknya chef bertugas lain kot.

Air tangan rasa lain sikit.

Tapi makan la sampai kenyang. Alhamdulillah. Harga pun agak berpatutan. Tak sampai la seratus semua semua tu.

Tapi ada lagi yang menarik di kawasan Maritime Putrajaya ni.

Selain daripada kemudahan surau, tempat meeting, ada kedai akuarium kat bawah dan berdekatan dengan pusat air Putrajaya, pusat Maritime ni jugak ada facilities yang mencabar minda jugak.

Contohnya, swimming pool !

Di tingkat 1

Nampak macam menarik dan aku rasa harganya juga berpatutan

Kebetulan waktu aku pegi hari tu ada exhibition Monster Dinosaurs dan Blue Rider XD dekat kawasan ni.

Apa lagi, budak budak terlebih excited. Jadi kami pegi usha.

Exhibition across the restaurant

Ada 6D motion Cinema

Mobile je. Dalam van ni. Hero nak naik. So aku teman. OK la ride dia. Biasa biasa je. Yang kami naik di KL Tower tu best lagi kot

Harga naik dewasa RM20. Kanak kanak RM15. Family RM40. Tapi OR tak nak naik... So aku naik berdua je

Ada jugak Monster Dinosaurs ni. Tapi dah lewat dah nak tutup. Tak sempat nak masuk. Maybe next time. Rasanya di buka sampai hujung bulan Feb 2014. So anytime berkesempatan boleh usha

Lokasi Pusat Maritime ni terletak berdekatan dengan Pullman Lake Hotel Putrajaya.

Pullman Hotel.

OK. Kalau berkesempatan, sila usha pusat Maritime Putrajaya ni. Menarik jugak sebenarnya....

Maritime Putrajaya ni di buka 7 hari seminggu ! Sekarang namanya dah ditukar kepada Marina Putrajaya. 

15 comments:

  1. feeling2 mcm kat Dubai..naik 6D motion cinema tu..tak kena simbah air laut..

    ReplyDelete
  2. nice...macam best je tmpt makan tuh!harus dicubain ni...pameran dinasor tu selalu nampak tepi jalan, tp takde napsu pun nakpi...hehehe

    ReplyDelete
  3. Cantik pemandangan. Air dia nampak inzal. Meng, anak-anak kau tak mandi kolam ke? Malam kot, air sejuk tu...

    ReplyDelete
  4. Errr... sebab ayam dia pun nampak inzal jugak, terpaksa la aku post komen dua kali... hihiihi.

    ReplyDelete
  5. Suka giler gamba 4 sisters tu. heheh.

    -Khai
    kairulizwan.com

    ReplyDelete
  6. Monter dinasour tu sesuai utk hero dan princess sbb masih kecik jm bwk adik umur 11 thn dia cam x ada perasan je tgk dinasour2 tu buang duit je byr x sampai 5min dh nk kluar. Kecik je tempat nya

    ReplyDelete
  7. Nohas : yang ni pun ada la air skit skit.. kengkonon efek..

    DJ : rasanya sampai bulan 2.. boleh la kalau nak gi usha...

    AliP : budak budak pantang je tgk air .. nak mandi. kena bagitau next time dtg lagi sebab x bawak baju mandi...

    tapi pool tu memang sejuk la malam sebab ada aircond !!!

    ReplyDelete
  8. Tq Khai..

    MKL : kalau teringin jangan di biar lama lama.. kena pegi la tu dlm masa terdekat ni...

    JM : Dah masuk ke?? Princess aku tu memang dah ckp awal awal dia tak nak masuk sebab dia takut..

    dengar kata dinosaur ni semua buleh bergerak skit2 kan??

    sah sah la boleh buat org terkejut dan sakit jantung.....

    tak moh pegi jugak lah.

    ReplyDelete
  9. meng,

    lps baca review ko dulu pasal Maritime ni, trs aku decide celebrate bday OR aku kat sini thn lps..aku rase makanan die mcm so-so jer..tp 2/3 kali jugaklah aku pg sini..

    ko pernah pg Cafe Umai tak? xjauh dr masjid besi, kt presint 2 klu xsilap..mcm2 variety food jugak..

    ReplyDelete
  10. Ya ke DATT...

    aku rasa dulu agak sedap la maritime ni plus ambiance dia syok dan view superb..

    maybe masa dah berubah,.. dah kureng skit...

    umai tu aku pernah pegi jugak.. cucur udang dia sedap.. tapi org selalu ramai...

    ReplyDelete
  11. meng,

    nnt aku share tmpt2 mkn best yg blh try..bila ms nk aktif blk nih..hmm..

    ReplyDelete
  12. oi DATT.. kau kena cepat cepat muncul kembali..

    ramai peminat menanti....

    ReplyDelete
  13. meng,

    makasih igtkn psl peminat aku..haha..ni aku tgh plan utk bercuti lama..hopefully will be approve later..xsbr nk relax2 otak..

    ReplyDelete
  14. DATT : take ur time... nanti boleh berblogging dgn rakus mcm dolu2...

    good luck dgn cuti yang lama tu...

    ReplyDelete