Pages

Friday, January 31, 2014

Senja Di Januari

Layan gambar senja di bulan Januari.

Selamat bercuti............... !




















Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...

Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita

Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda

Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir di Januari

Selamat tinggal kisah sejatiku
Oh....pergilah

Thursday, January 30, 2014

Jom Singgah : Masjid Negara, Kuala Lumpur

Pernah pegi Masjid Negara? Tau Masjid Negara kat mana?

Aku admit ni first time aku masuk Masjid Negara, tu pun sebab singgah nak solat Zuhur. Sambil sambil tu tumpang sekali mencari publisiti. Hahahaha. OR tunggu dalam kereta.

Sebelum ni asyik lalu je, pernah singgah tapi tak pernah masuk dan naik ke dewan solat. 

Kali ni pastikan jadi. Layan gambar gambar sekitar Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Masjid Negara Malaysia terletak di Jalan Kinabalu berdekatan dengan Lake Garden, KL

Mempunyai kapasiti lebih 15,000 jemaah pada satu satu masa.

Menara setinggi 73 meter 

Kubah berbucu 16 seolah olah payung terbuka ( menggambarkan iklim tropika). Kubah ini pernah diwarnakan dengan warna pink sebelum ditukar warna turquoise

Asalnya dinamakan Masjid Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj, tetapi beliau menolak lalu di namakan Masjid Negara.

Menara dengan gambaran payung tertutup dan kolam di perkarangan masjid

Tempat wudu

Sebuah bangunan Warisan Kebangsaan

Free Wi Fi !

Pintu masuk ke dewan solat utama

Bahagian bawah kubah dari arah dalam masjid

Mimbar dan ruang solat utama

Arah kiri dalam masjid

Arah hadapan

Karpet yang lembut dan gebu

Masjid ini dibina di atas tapak sebuah gereja

Direka oleh arkitek dari UK Howard Ashley dan 2 arikitek tempatan  Hisham Albakri, and Baharuddin Kasim dan siap pada 1965

Pemandangan di sekitar Masjid Negara

Laman

Masjid Negara

Masjid Negara pernah menjadi gambar untuk matawang RM100

Di Masjid Negara ini terdapat satu kawasan di mana didirikan Makam Pahlawan.

Makam makam yang menjadi tempat persemadian bekas Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri.

Makam Pahlawan

Makam Tun Razak. Makam Tun Hussein Onn, Makam Tun Ghafar Baba dan Makam Tun Ismail

Ni kat tepi tak sure makam siapa

Bagi aku Masjid Negara ni lawa.

Tenang dan relaks je. Boleh di lawati even untuk yang bukan Muslim dari jam 9 pagi  - 5 petang kecuali waktu solat. Ada pakaian menutup aurat disediakan.

Dah.

Sila pegi melawat dan hargailah warisan kebangsaan kita.

* keluar masjid negara dengan muka yang bercahaya dan penuh keimanan.



Woohoo….ooo…woohooo….
Ku ingin selalu dekat pada Mu, oh cinta hatiku
Kau memberikan ku semangat baru cerianya duniaku
Hanya pada Mu , ku serahkan segala hidup matiku..

Hasbi Robbi Jalallah
Mafi Qalbi..Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailahaillallah

Ku ingin selalu dekat pada Mu, oh cinta hatiku
Kau memberikan ku semangat baru cerianya hidupku
Hanya pada Mu , ku serahkan segala jiwa ragaku..

Sesungguhnya ibadahku
Sesungguhnya hidupku
Sesungguhnya matiku
Hanyalah untuk Mu
Woohoo oooo.. Ya Allah..

Ini lagu fav Princess aku. Kalau dalam kereta berebut rebut nak menyanyi. Dia humming je lebih, asal bunyi suara aku je terus dia sound.

"Papa angan ( jangan ) nyanyi.. ni agu ( lagu ) adik".....

Wednesday, January 29, 2014

Jom Makan : 10Binjai, Kuala Lumpur

Terperangkap di KL dan tak tau mana nak makan?

Meh sini.

Dekat PNB Darby Park tu ada satu restoran bawah dia namanya 10Binjai.


Actually aku cuma sempat breakfast di sini, tapi aku rasa tempat ni di buka untuk public time lunch. So boleh jenguk dan makan di sini.

Meh sini aku kasi review sikit

10Binjai. Nama bersempena alamatnya nombor 10 Jalan Binjai

Binjai bukan benjol ! Binjai adalah jenis buah yang boleh di makan

Ambik seat dengan view The Platinum

Boleh pilih nak duduk dalam atau luar

Pose pose pandang sudu dulu.. Ambik feel

Nasik Lemak agak tasty. Rendang ayam yang sedap

Butter Beurre Doux. Unsalted butter yang sedap. Lain lain tu OK Ok je lah

Kuih kuih Melayu yang agak tasty. Karipap sedap, popia pedas tu pun lazat

Kalau bosan panggil waiter pastu buat bodo.... 

Minuman. Green Guava adalah favourite

Lagi Nasi Lemak

Mee Goreng pun sodap

Samosa pun OK

Nom Nom Nom

Kentang

Lepas makan sila komen kalau rajin

Makanan aku buh Very Good

Buah buahan tempatan

Ambiance pun agak selesa

Lunch to go.

OK. Bagi sesiapa yang nak try lunch pun OK. Harga makanan aku tengok dalam RM10 - RM15 per plate. Agak resonable untuk tempat yang cozy dan food yang tasty.

Tak sure di buka waktu malam ke tidak, tapi kalau malam boleh try 39 Restaurant di tingkat 39. 

Time aku pegi hari tu dia tak bukak weekend. Kalau weekdays memang bukak. Resipi ilham dari Chef Ismail ke Chef apa. Aku lupa....

39 Restaurant di tingkat 39

OK. Automatic aku bakal di halau.....

10Binjai terletak betul betul bawah tulisan Korean tu

Tapi 10Binjai boleh di cuba. Recommended !