Rajuk aku tak lama.
* merajuk duduk tepi dinding
Akhirnya, impian aku nak tengok wayang cerita The Hunger Games : Catching Fire terlaksana. Lama aku menyimpan keinginan ni tapi OR buat tak tau je.
Pastu bila nak tengok wayang hari tu, pegi tengok Frozen pulak. Lagi la aku hampa.
* merajuk duduk tepi dinding
Tapi kehampaan aku hilang begitu saja lepas OR bersuara dan ajak aku tengok cerita ni kat wayang. Pandai la tu nak pujuk aku.
Sebab movie ni dah nak abis kat wayang, riki riki ada show kat Citta Mall. Tu pun pukul 10 malam.
Jadi.. budak budak tak boleh ikut. Diam diam kami keluar ikut tingkap dengan berpakaian Zorro ( takut di cam oleh jiran tetangga ) kami pegi tengok tanpa pengetahuan Hero dan Princess. Hahaha.
Sementara tunggu nak tengok wayang, kami sempat dinner dulu.
Kali ni tempatnya di MeatWorks !!
Pernah dengar? Pernah try?
For all you meaty cravings, And more...
Sebab aku tak de ler pendaging sangat tapi bila usha menu, OK la, ada benda yang boleh di makan. Tapi macam pelik ler pulak outlets kat Citta Mall ni. Nak kata dah nak tutup ke apa. Orang memang tak de. Kedai macam sepi. Paling tak boleh blah... buku menu ada..
"Abang boleh order yang kat kertas ni jer"
Budak tu cakap.
Ada satu helai paper lagi dan situ dia tulis apa yang boleh di order. Buku menu adalah menjadi bahan accessories saja kot.
Tapi tak pe. Kami order dan snap gambar di buku menu.
"Kau pegi masak sekarang. Buku ni tinggal kat aku !!"
Macam tu arahan..... D.Y.M.M.Meng
Segala mala daging daging memang fokus kedai ni lah.
Ayam pun ada. Tapi ada dalam buku menu je. Kat kertas tu tak der.. So tak boleh nak order
Dessert nampak menarik. Tapi tak der jugak !
Free Flow. Mango dan Pink Guava
Usha beberapa gambar dalam resto.
Nampak luas dan cozy juga
Rasanya kat sini kita boleh pilih daging sendiri untuk di masak. Tapi semuanya macam tak berfungsi dah
Christmas di Citta Mall
Christmas Tree
Dan ini OR order. Beef Carbonara
Aku punya. Aglio Olio Pasta...
Verdict?
Dua dua kureng. Aku makan abis la jugak sebab aku lapar. Tapi Olio tu langsung tak de apa, udang tak de, apatah lagi ayam ayaman.... kosong macam tu jer. Carbonara tu pasta dia keras.. macam dawai ler pulak. OR pun makan tak abis. Aku try makan pun tak berjaya nak menarik perhatian tekak sendiri.
So kesimpulannya..... hmmm tak sedap !
Aku tak tau la, maybe outlet ni dah nak tutup. Lebih lebih lagi bila tengok bil dia.
Bil tulis tangan !!
Aku tak tau nak cakap, tapi aku tetiba LOST dengan kedai ni. Tak leh digest kenapa jadi macam ni. Maybe meat works but the rest doesnt....
Pastu tengok wayang.
Dah ready ni. Aku excited bukan main. Padahal sebelum ni aku tak tengok pun prequel dia. Main belasah je nak tengok.
Masuk panggung wayang, tengok tengok........
Catching fire
Pun sama.
Aku lost from the beginning, middle sampai la abis movie ni............
Tak pernah aku rasa macam nak lari keluar sebab gagal menaakul. Cuma bila part game dia start tu baru la melekat sikit tengok. Still aku tak faham benda.
OR diam je.. Dia layan jugak. Tapi kalau aku bukak mulut mesti dia smash aku.
"Abis tu awak yang nak tengok sangat kan?"
* aku imagine dia berdiri atas kerusi dalam panggung wayang sambil cekak pinggang.
* aku imagine dia berdiri atas kerusi dalam panggung wayang sambil cekak pinggang.
Hahahaa. So baik aku berdiam diri.
Abis wayang cerita Hunger Game.. baru la betul betul rasa hunger game kami bermula. Lepak mamak dan makan mee goreng dan aku makan roti canai.
Kenyang. Alhamdulillah. Baru la rasa tak lost.
Tapi balik rumah tu... nak tidur... baru la aku bersuara.
"Yang.. saya rasa saya tak faham pun cerita tadi tu.............. awak rasa OK tak?"
Pecah lobang ngaku kat OR.
"Ya ke? OK jer.. best jugak !"
* ambik bantal pekup muka.............sambil gigit hujung selimut. Airmata berlinangan......
Stress !!!
Tak tengok pun stress, dah tengok lagi bertambah stress sebab aku tak faham apa yang aku tengok !!!
ahahaha...kelakar kena smash plak...rugi kan bayar tapi bila tgk tak puas hati bila tak paham..JM alami benda yg sama satu hari tgk 2 citer coz yg pertama Ustaz Mutggu aku datang (nyesal tgk) dan battle of the year (pun sama)
ReplyDeletehi SM,
ReplyDeletesaya dengar meatworks ni anak chef wan yg laki tu punya. tapi x tau la betul ke tak.
Nampak kat luar kemain grand lagi restoren ni
Tu la tu, nampak gah je tempat makan tu. Ada penah lalu kat situ, tapi takut nak masuk... macam seram je pun...
ReplyDeletetak menarik btol tgk pasta dia tuh!nama je grand...tp nengok mber pnah makan sblm ni mcm sedap je...
ReplyDeletesmlm aku makan steak murah kat area umah aku...tah2 lagi sedap dari makanan ko makan hahaha! ok, aku penah nak pi sini tapi tak pi lagi...kalo ko dah ckp camtu, takpe la mekasih jer...
ReplyDeleteAbg sihat?
ReplyDelete-ustajah anna-
Dah lama nak tgk cerita ni... Tapi tak lepas2 lagi... Wayang tu depan office saya je... Saya kerja dekat bangunan yg tulis Symphony tu... =)
ReplyDeleteMain Chef tak dapat datang kot.. so cashier yang masak hahahaaa.. sabor jer la.. :P
ReplyDeleteaglio olio manede ayam-ayaman meng! biasanya udang. tapi kalau ko betul-betul HITALY katernye, original aglio olio cuma ada olive oil, garlic, chili pepper seskit jek. kosong jiwa makan versi ori oke!
ReplyDeleteaaa ramai ckp hunger games kali ni tak bes. aku nak melayan hobbit & frozen. ntah bila laa..harap2 besok bleh buat marathon! hee..
aiseh meng...gagal menaakul ke, maknanya cite nie perlukan kemahiran aras tinggi, yang mana meng belum menguasai lagi. so sila usaha lagi. peace!
ReplyDeleteMKl : tak berapa sedap.. tapi alhamdulillah mengenyangkan perut yang boyak !
ReplyDeleteJM : Cerita ustaz tu tak best ka?? aku pun musykil apa lah watak ustaz tu dlm cerita tu..
sebagai penarik org ke panggung je la kot eh..
Dz : ya ke dia punya. Bukan kedai on the table ke apa table table kat publika tu dia punya jugak??
Tapi meatworks ni memang fail la.. kedai je nampak grand
AP : masuk je la. tak de hantu.. ode air masak pun aci je kot.. hahahah
ReplyDelete( pastu baru waiter dia bermuka seram )
DJ : Maybe kalau menu dia tu complete buleh di order sedap la kot.. ni dlm buku menu tak leh nak order pung..
Biq : nanti aku pi makan steak kat umah kau tu.. ada ayam kan?
ke senang makan kat cactoosa primavera tu jer.....
* renung langit
UA : harllow..
* high five..
sihat alhamdulillah.. masih tersadai di raub ?
FAH : oooo. bangunan tu... jem ah area tu... dah dekat tu pi la usha.. tengok dia bagi menu yg sama ke tak..
ReplyDeleteTT : agaknya.. chef dia cuti hari tu..
NanaT : haa tu la. rasanya olio shrimp ada la...
aku main belasah je buh ayam tu... Hitaly jugak tapi pendatang... hahahha
( nampak sgt makan main bedal je pun )
Oh.. sila layan si kecik bawak tgk frozen.... hobbit wajib tengok !
Nurin : tu la.. tengok membuta tuli.. terus kepala ting tong tak faham cerita..
Nak baca buku malas !