Pages

Tuesday, December 10, 2013

Kuala Lumpur : KL Tower

Ada ke orang KL yang belum pernah naik KL Tower?

* bunyi cengkerik tak berapa riang.

Pergi lah. Ini kebanggaan negara ni. Walauponnnn......................


Baru baru ni ( tak baru mana ), aku bawak budak budak pegi ke Menara KL. Sebab dah abis spot nak pegi dan aku pun tak de travel mana mana so bawak dia orang berjalan jer lah.

Maka, kami ke Bukit Nanas untuk naik ke atas menara. 

Jalan menuju ke Menara KL

Charge parking

Masa tu ada base jump so parking agak limited, tapi sengkak sengkak pun berjaya jugak la mencelah bedah.

* tolak Bedah jatuh gaung

Park tepi jalan je pun.



Aku macam dah lama tak sampai sini dan nak try ambik gambar dari atas menara.

Tiang menara

Tetiba nampak penyu kat Menara KL. Pening kejap nak digest kenapa mereka berada di sini ?

Tapi sebenarnya ada promosi Tahun Melawat Terengganu 2013. Go Ganung Kita !

Cuaca dah petang so bangunan dah bertukar warna agak keemasan

Nampak ada mamat tengah berguling tu? Tu Mat Salleh. Sun Glasses dia jatuh.

Oh. Aku belum pernah naik Twin Tower bridge.. tapi pernah la naik opis atas atas tu..

Destinasi kami. Observation Deck

Masa pegi tu dah petang, ingat menarik jugak boleh shoot sunset ke apa ker. Tapi macam rugi sebab aku plan nak bawak dia orang Hi Tea je senang, top up sikit je dari harga tiket ni, tapi hi tea last pukul 5.30 pm.

So terkubur harapangggggggggg..

Masuk dan beli tiket.

Beli tiket di sini

Harga tiket untuk naik ke observation deck adalah seperti berikut.

Kalau warga sila guna harga MyKad. Tunjuk Mykad sebagai bukti

Untuk 2 dewasa dan 2 kanak kanak

Tapi aku tak beli ni sebab Princess masih FOC lagi. Rugi.

Dan sebab Hero dah kemaruk dan main attraction lain yang ada, so kami beli tiket combo jer.

Harga tiket Combo mengikut attraction plus observation deck

Frankly aku rasa tiket agak mahal even pada kita warga negara. Beza kalau attraction di Indo, kalau harga warga tu tersangat la murah nya.

Tapi kena bersyukur.

Nak naik ke tak? Tu je soalannya.

Dah beli tiket, terus menuju puncak....

Nanti ada guard tunjukkan naik lif mana dan pose pose girang je la dalam lif.

"Silakan Encik.."... kakak enteprame dalam blog ni

Berdesup jugak la naik ke atas. Sedar tak sedar, kalau korek makanan celah gigi pun belum tentu makanan terkeluar sebab dah sampai !

Haaaaaaaaaaaa.

So bila dah sampai. Bermula la aksi mengambik gambar.






Tapi sayangnya, senja tak berapa cun.

Memang hampa dan kecewa aku jadi nya.

Lagi melara jiwa, kat atas tu banyak kedai ler pulak jual macam macam. Jadi budak budak adalah hilang pedoman dan tak excited pun nak tengok pemandangan sebaliknya histeria tengok mainan.

* sigh

Selagi tak beli selagi tu tarik seluar ajak pegi masuk kedai.


Dapat mainan baru lah masing masing senyap sekejap.

Senja pun dah hilang.

Nak tunggu malam pulak.





Nak ambik gambar malam, banyak pulak cahaya dari kedai kedai kat atas ni dan gambar jadi terbias dengan cahaya yang ntah hapa hapa.

* mati la padahal memang tak pandai ambik gambo

Tambah kecewa.

Jom turun je lah !


Ada resto

Kat bawah ada banyak jugak la kedai kedai cenderamata, ada surau dan sebagainya.. Jual FM pun banyak. Tapi aku dah tak lalu dah nak ngumpul FM ni. Dah hilang minat, so tengok je lah.

Kebetulan jugak hari tu ada base jump dari Menara KL ni.

Katanya dia orang terjun start pukul 8 malam. So kami lepak dan menunggu.dengan penuh debar.

Sempat main attaction lain pulak.




Nampak dot cahaya tu?

Tu lah terjunan yang tak berapa kelihatan

Tak tunggu lama pun sebab tak nampak nak tengok


Selesai semua, kami pun blah....

Begitulah trip ke Menara KL..................

So berbalik pada soalan awal tadi.

Ada ke orang KL yang belum pernah naik KL Tower?

Jawapannya, pergi lah. Ini kebanggaan negara. Walauponnnn...................... harga agak mahal dan tak de apa apa sangat sebenarnya...

12 comments:

  1. Dulu last naik darjah 6.. lawatan sambil belajar sekolah rendah.. :D

    ReplyDelete
  2. Penah sampai bawah jer... plan nak naik tapi terkujat tengok rega, terus kensel...

    ReplyDelete
  3. aku mengaku aku x pernah pergi lagi...hehehehe sadis kan...kat negara sendiri pon x pernah jejak...

    ReplyDelete
  4. AKU TAK PERNAH NAIK MENARA KL, TITIK! *krik krik*

    teringin tapi sebab mahal, aku pukul diri sendri supaya bertahan cakap jgn naik jgn naik hahaha...

    meng, inboxkan aku (biqque[at]gmail.com) alamat ko utk aku antar FM :) kotak ko aritu aku tak ingat dah kat mana aku letak...haih...

    ReplyDelete
  5. pernah....bawak anak buah seramai 5 org....aku jd baby sitter..pastu tukar jadi monster sbb semua sebok nak mainan....muflis aku...hahahaha

    tp bangga la jugak KL ada tower wpun mcm ko kata takder apa2 pun sbnrnya..

    ReplyDelete
  6. aku taknah pegi sanahh.. *cengkerik berdangdut

    dan jugak petronas twin bridge.. *cengkerik bergangnam

    keji kan?

    ReplyDelete
  7. Lama tak naik dah......kos lebih mahal sekarang..

    ReplyDelete
  8. cantik gambar2....kali terakhir naik menara kl ialah pada tahun 2008 kot..adehhh..lama btol dah tak gi situ..tapi berbaloi kan.

    ReplyDelete
  9. giler lah! last naik pertengahan 1990an. masa baru bukak. klcc pun baru siap ke atau tgh dah nak siap. tak ingat. tapi nak pegi lagi sekarang mcm, eh mahalnya. hahaa

    ReplyDelete
  10. TT : it is about time to revisit..

    ke ko masih di afrika? tak dah kan?

    Azra: aik.. terkujat terus lari balik????

    ganas abis tu...

    HB : ko memang !!!

    tak baik tau... tak baik......

    ReplyDelete
  11. Biq : Ko pun sama !!

    tak baik tau.. tak baik !!!

    siap pukul diri sendiri tu..... isk..cepat pegi !!!

    Liza : hahahahaha muflis jadinya.. tak pe.. nanti dia org besar dia org belanja la mak sedara dia orang naik kapal terbang ke uganda....

    5 orang belanja... berapa la sgt......

    NanaT : ni sorang lagi nih !!

    hish...

    ni aku nak marah ni...

    ReplyDelete
  12. MKL : yup... lebih mahal.. dan lebih banyak attractions.. tapi semua nak kena bayar....

    NoorNz : 2008 tu dah lama... dah kat 5 tahun ni kena gi revisit.

    * mati la aku promo habis habisan

    ZC : ni sorang lagi....

    korang semua sila pegi naik !!!

    ReplyDelete