Pages

Wednesday, November 27, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 18 - Halong Bay to Hanoi & Hanoi At Night

Selepas abis melawat gua gua di Halong Bay tu, kami bergerak meninggalkan teluk yang terkenal ini untuk pulang ke Halong City.

Hari dah pun menjelang petang.

Kalau ikutkan memang tak puas berada di Halong Bay ni sebab aku rasa macam tak abis explore. Cuaca pun tak berapa menarik. Mendung dan baru lepas hujan.

Layan gambar gambar yang ada.

Pandangan Halong Bay dari arah gua. Lu kalau nak bergambar lu duduk belah belah sana....

Bot yang kami naiki

Ini Ken. Tourist Guide kami. Baik mamat ni tapi kesian jugak kat dia, sebab bila dia sibuk nak explain orang buat tak pedulik je. Sibuk dok berborak. Aku je la layan borak dengan dia time atas bot ni

Jambatan di Halong City yang menghubungkan belah eastern dan western Halong. Kalau terus ikut jambatan tu boleh sampai ke China. Terasa macam kat San Francisco ler pulak

Bot nelayan dan pemandangan Halong City

Bot bot berlabuh sebab hari dah petang

Mostly bot bot ni di gunakan untuk day trip. Kalau yang lama lama dan pegi jauh jauh tu dia orang naik junk yang siap ada layar tu. Nasib aku tak berapa baik sebab tak jumpa pun junk tu

Dua bot berlabuh di pelabuhan Halong City

Ini lah jetty Halong City, tempat di mana semua orang berkumpul untuk naik bot ke Halong Bay. Time ni dah petang, dah tak de orang

Sebaik saja sampai di jety tu, kami di arahkan untuk bergerak ke van yang sedang menunggu.

Kalau masa datang tadi van tu agak penuh, bila balik ni van dah kosong sikit sebab ada ahli jemaah yang ambik pakej bermalam so dia orang tak balik lah. 

Yang bestnya ada la ruang untuk duduk lebih selesa. Budak yang menjadikan aku tilam King Koil pun dah tak der so aku boleh duduk dengan selesa.

Perjalanan dari Halong City pulang ke Hanoi melalui jalan yang sama. Driver bawak pun slow slow macam siput sedut. Tapi aku tak de la nak rush mana so tak heran pun. Janji sampai dengan selamat.

Sambil sambil tu layan pemandangan di sekitar perjalanan yang aku snap masa on the way balik ke Hanoi.

Laluan keretapi

Salah satu kawasan penempatan. Kalau di perhatikan kebanyakkan bangunan di Vietnam ni macam ada kubah masjid. Memula aku ingat masjid tapi bila tengok macam banyak benor, maybe dia orang suka suka bina bangunan ada kubah macam tu kot.

Sawah padi

Padi lagi

Laluan kereta api. Tapi rasanya keretapi dah tak de lalu kat kawasan ni kot.

Driver tu sempat berhenti sekali lagi on the way balik tu untuk orang bershoppingan. Aku tak beli apa pun. Tengok barang barang macam mahal. Keluar layan rokok je lah.

Kami sampai di Hanoi lebih kurang pukul 8 malam.

Van hantar kami sorang demi seorang di hotel masing masing.  

Masa nak turun tu, aku tengah tidur. Pastu Ken tu kejut. Terjaga dan siap siap nak turun, aku ingat nak bagi la Ken tu tips sikit. Sebab tak bukak wallet awal awal so masa nak turun tu aku bukak wallet tengok tak cukup duit Dong. Duit Dong ada tapi note besar. Yang ada cuma note USD 1 dan 10 USD je yang kecik kecik. Nak bagi USD 1 tak sampai hati. Nak bagi Dong aku ada 200K Dong.. Sayang sebab tu je Dong yang tinggal.

Last sekali aku bagi dia 10 USD.

Ada minah Salleh ni terperasan, dia siap boleh sound.

"10 USD for the tips? Are you sure?"

Terkejut aku. Dia sound tempek jer. Ken nak ambik pun jadi serba salah. Aku tak de la kisah mana pun tapi bila minah tu sound macam tu aku terfikir. Banyak sangat ke? Kira kira dalam RM 30. Dah aku tak de duit kecik.

"Take it !"

Aku bagitau kat Ken. Dia ambik jugak. Dia yang jadi serba salah. Then aku turun.

"Where is my hotel?"

Sebab aku tak sure pulak kawasan van tu berhenti plus mamai mamai baru bangun tidur.

"You go straight. This way.. "

Selepas mengucapkan terima kasih pada Ken tu, dia pun naik van dan bergerak semula. Sempat la melambai lambai tanda perpisahan. Tapi aku diserang rasa tak tentu arah pulak sebab duit tips. Mula datang fikiran bukan bukan. 

Tak banyak, tapi macam banyak. Kalau minah tu tak tegur memang aku tak kisah, tapi bila dia tegur rasa macam melampau ler pulak aku kasik kat Ken ni.  

Argh. Lantak lah. Lagi pun satu hari mamat tu jadi guide kita orang semua hari ni. Kesian la kat dia kan?? Kan?? Ke tak payah kesian sangat???

Lepas turun tu aku tak terus balik ke hotel. Aku ingat nak gi jalan jalan tengok suasana malam di Hanoi ni. Nak pegi Street Market dan apa apa lah yang menarik. Tengok jam pun macam masih awal lagi. 

Oh. Sempat tadik aku bersalaman mengucapkan goodbye pada family dari Indon tu. Masa kat gua tadik aku dok borak borak panjang jugak dengan si bapak. Style bercerita nampak macam orang berada ada dari Indon je.

Lepas turun, instead aku jalan terus balik ke hotel, aku jalan kaki menuju ke Hon Kiem Lake semula dan dari situ aku nak pegi usha pasar malam dan suasana malam di Hanoi ni...
Saja la nak jalan jalan tengok kawasan. 

Kedai di Old Quarter, Hanoi

Old Quarter Hanoi masih sibuk di kala malam. Ada je kenderaan dan orang lalu lalang. Kedai kedai masih di buka perniagaannya. Tapi aku tak de apa nak cari pun, so aku skip je la tengok tengok macam tu jer.

Aku langsung ke Hoan Kiem Lake sekali lagi.

Nak usha suasana kat situ di waktu malam.

Masih ramai yang melepak di kawasan tasik ni

Lampu tak di buka so tak nampak jelas jambatan tu.

Masa aku on the way nak ke Sapa tu lalu kat sini malam macam lagi lawa. Tapi kali ni dah sendu. Rupa rupanya lampu lampu tu di buka waktu malam weekend je. Hari hari biasa malap semacam je.

Tapi tetap ramai orang kat kawasan ni.

Bangunan utama di persimpangan Old Quarter

Night market di Hanoi di kenali juga sebagai Dong Xuan Night Market. Bermula dari persimpangan utama yang ada bangunan atas tu dan masuk ke salah satu lorong ke arah dalam Old Quarter ni.

Tapi masa aku pegi hari tu cuaca macam nak ujan.

Jalan jugak la tapi macam tak berapa meriah. Ada la gerai gerai jualan tapi tak de la happening mana. Rupa rupanya night market ni buka weekend ler jugak !!

Cis.

Sempat jugak la aku usha apa yang patut. Tapi tak de apa yang menarik. Apa apa pun, ramai je orang jalan kaki tengok tengok kawasan di sini especially tourist lah. So aku tak terkecuali. Just tengok tengok dan usha usha garing jer.

Jual jeruk jeruk dan buah buahan

Jual pakaian berlambak lambak

Dan di kawasan ni jugak la boleh kita lihat local melepak minum kopi di kedai kedai kopi. Dia orang punya style ni dia orang duduk atas kerusi kecik. Macam mencangkung. Tak de meja tapi duduk la lepak dan berborak sesama mereka.

Cool jugak.

Warga Hanoi melepak

Lepas pusing pusing dalam kawasan night market ni, aku dah tak tau nak gi mana. Tapi aku nak cari FM sebenarnya.  Aku masih belum beli FM lagi. Masa kat Sapa dah tengok tapi FM tak cun. Kat Halong Bay pun sama dan harga agak mahal. Aku ingat kat sini boleh la jumpa dan boleh tawar kalau beli banyak banyak.

Rata rata kat Halong Bay jual 1 FM ni dalam 40,000 Dong. Kalau kat kedai yang van berhenti tu lagi mahal melampau lampau.

Aku nampak satu kedai, aku just tanya je tetiba mamat tu cakap.

"10,000 Dong each"

Aku terkejut.

Sebab aku dah fikir, kalau harga 40,000 Dong pun aku akan mintak tawar 20,000 Dong. Tup tup kat sini dah siap siap dia bagi aku 10,000 Dong jer ( RM1.50 seketul ).

Murah la tu. 

Terus aku borong kat situ jugak.

Tapi choice tak banyak dan cuma ada Hanoi dengan Halong Bay jer. Sapa langsung tak de. Belasah je lah. Ambik yang sama pun tak pe sebab nak bagi bagi kat orang je pun.

Lega dah dapat cari FM. Selalu travel pun memang tu yang aku cari pun. Benda benda lain malas nak beli.

Abis tu aku menapak lagi keluar balik ke jalan utama. Aku sebenarnya teringin nak makan kat Thai Express ni sebab aku dah few time lalu depan ni. Aku teringat pulak Nasik Goreng Tomyam yang aku makan di Sydney dulu tu. Sedap gila. So berharap kedai kedai Thai macam ni shud ada la kot.

Tapi bila aku gi check, hampeh. Banyak babi je semuanya. Pastu waitress dia tak faham English.

Sudahnya aku blah dengan kekecewaan.

Thai Express

Perut sebenarnya tak lapar mana sebab dah makan atas bot kat Halong Bay siang tadi. Tapi terasa lah jugak nak makan something.

Then aku lalu kat tepi tepi kedai banyak banyak tu, nampak la kedai kopi Trang Ngunyen Coffee ni. Kalau baca review ini lah kopi paling sedap di Vietnam. Sebelum ni aku tak pernah try sebab aku dah kena santau dengan Highlands Coffee.

So aku nak try.

Sedang elok aku nak masuk, tetiba ada orang menjerit. Kuat pulak tu.

"Hello my friend !!!!"

Aku pandang.

Ken !!!

Trung Nguyen Coffee

"Did you find your hotel?"
"Hahaha. I havent gone back to the hotel yet. Just walking around here... "
"Oh.... you wanna go around with me? On my motobike?"
"Hahahhaa"

Tergelak aku. Tapi aku rasa dia ikhlas ajak aku. Terus aku rasa redha bagi tips kat dia 10 USD tadi. 

Tapi aku macam dah tak tau nak suruh dia bawak ke mana, plus letih jugak. Aku just nak pekena kopi je. Dia baru lepas makan selepas hantar semua orang dalam trip ke Halong Bay tadi tu.

Aku ajak dia minum kopi kat Trung Nguyen tu dan kami lepak borak borak.

Dia siap nak hantarkan aku ke airport pagi esok !

Aku cakap aku pegi sendiri je lah. Kau dah kenapa nak bangun awal awal sebab aku?

Btw selepas minum kopi Trung Nguyen ni aku tetap merasakan Highland Coffee lagi sedap


Borak borak dan Ken bercerita pasal hidup dia di Hanoi ni. Dia kata keluarga dia susah. Tapi dia berjaya jugak masuk univeristy. Dia suka travel tapi tak de duit so dia jadi tourist guide je. Dia teringin nak ke Mui Ne dan Danang, tengah kumpul duit la tu.

Cukup jeles bila aku bagitau dia aku dah sampai Mui Ne.

Borak borak sampai abis kopi akhirnya aku mintak diri. Sekali lagi Ken offer nak antar aku ke hotel tapi aku cakap aku jalan kaki je lah. Tak jauh mana pun plus aku boleh tengok tengok sekeliling. 

Kami berpisah di situ.

"Thank you my friend"
"No problem"
"You will be coming back to Hanoi right?"
"Hahaha. I dont know... most probably not. Hahaha"

Dia gelak gelak. Siap peluk berdakap dakapan lagi. Kalau orang tengok mesti orang kata apa apa la dua manusia ni tak malu berpelukan. 

Ke dia orang dah biasa? Bukan aku yang peluk dia. Dia yang peluk aku. Aku tak peluk dia sebab aku tau aku masih busuk belum mandi. Dan dia pun pakai baju yang sama !!!! Busuk jugak la tu.

Lepas van hantar semua penumpang tadi, dia datang area ni untuk makan. Dia siap offer nak bawak aku makan tempat yang sedap.

Sedap apa nya. Tak mao la aku. Kang bukan bukan, jenuh pulak aku nak tolak, nak cakap aku tak leh makan tu, tak leh makan ni. Silap silap dia menyampah nak layan dah.

Aku masih mampu bertahan ! Cuma kecewa tak jumpa Nasik Goreng Tomyam kat Thai Express tadi tu.

Kedai kasut yang jual banyak kasut

Balik ke kawasan hotel aku, sekali lagi aku tak masuk bilik tapi aku gi merayau.

Konon konon nak gi cari Nisa Restaurant. Aku dah sempat tengok kat google map sebelum ni tempat dia tak de la jauh dari hotel aku. Belakang tu je. Tak de la aku lapar nak makan kat situ pun sebab orang cakap mahal jugak makanan dia, cuma nak gi usha dan tengok je restaurant dia since dah dekat.

So aku pegi usha. 

Tapi !!!

Aku tak jumpa kedai tu kat mana. Dua tiga kali aku pusing. Memang tak de rezeki. Siap dah patah balik nampak kedai Indian Cuisine aku tanya dia kat mana Nisa Restaurant tu dia cakap just go straight and pusing kiri.

Aku ikut instruction tu pun tak jumpa jumpa jugak !!!

Buta ke aku ni??

Anyway, bagi sesiapa yang berminat boleh la ke sana. Rasa rasanya semua orang ke Hanoi ni akan datang makan kat sini kot.

Nisa Restaurant
90, Nguyen Huu Huan Street, Hoan Kiem District, Ha Noi City, Province, Vietnam

Tau kenapa aku tak jumpa??

Sebab dia kat lorong in between jalan besar tu. Aku tak masuk lorong tu. Lorong tu lah satu satunya yang aku miss dan lorong tu la sebenarnya kedai ni berada. Padahal aku dah jalan dua tiga kali laluan utama tu. Aku ingat dia kat jalan besar betul, rupanya kena masuk sikit.

Bangang abadi namanya tu !

* luku kepala sendiri

Anyway, kalau ke Hanoi boleh check restaurant ni.

Tiga empat kali aku berpusing kat kedai ni tak jumpa jumpa jugak Nisa Restaurant tu. Dasar rabun !!

Ada satu Indian Cuisine Halal yang aku jumpa. Ni satu street dengan hotel aku stay tu. Ada di sediakan makanan halal tapi kena bagitau upfront. !!!

Lepas puas dan penat berkeliaran dan kecewa tak jumpa Nisa Restaurant tu, akhirnya balik bilik.

Terus rasa nak pengsan.

Esok nak bangun awal awal pagi sebab nak gi airport. Pulang mari la pulang !


Apa apa pun, aku rasa puas hati berjalan ke Halong Bay hari ni despite tak berapa puas dan rasa penat balik dari Sapa masih belum hilang lagi sebenarnya..

ZZZZZZZZZ

Tidur lah....

bersambung....

16 comments:

  1. Cara orang muda melepak macam tu....seronok juga ye.

    ReplyDelete
  2. kesian pula dgr cerita Ken tu..tour guide gaji kecik, byk bergantung pd tips..

    ReplyDelete
  3. mmg non stop ko berjalan kan...patut kaki selalu cramp...

    err ada ke kedai kasut x jual kasut? hahaha...

    aku pon dah booking hotel yg ko duduk ni meng sbb review ko bagus...hehe..

    ReplyDelete
  4. ahaha...bila minah ckp mcm tu mmg akan rasa serba salah kan...tapi tak pe..jgn rasa bersalah bagi tips 10USD tu..mana tahu bila kita ikhlas nanti allah akan permudahkan urusan kita pula kan...nanti leh jenjalan jauh lagi ye dok..

    ReplyDelete
  5. ko pegi hanoi trip ni bulan brapa eh? *sori soalan pemalas nk pegi older posts hehe

    sebab cuaca macam sendu la....
    harap trip aku kelak cuaca panas lagi terang benderang..

    kopi viet!!! berkopidangdutlah aku kat sana nanti..hee..

    ReplyDelete
  6. MKL : tak muda.. yang tua pun semua mcm tu.. kedai makan dia org semua tak de meja tapi ada bangku bangku kecik mcm tu je..

    Nohas : betul tu... dia kata dulu boleh la x ramai yg pancai ckp english.. tapi skrg mcm dah ramai so tour guide dah ramai..

    HB : kalau nak bermalas malas dok rumah la.. hahahha...

    tapi aku ni merayap segigih ni time travel je. kalau kat rumah... nauzubillah pemalas. kalau boleh nak tekan remote suruh peti sejuk berjalan masuk bilik.. ( nak minum air )

    ReplyDelete
  7. HB : ya.. hotel tu aku recommend... area yg bagus dan staff yang baik baik.

    JM : Betul tu JM...

    NanaT : entry basi.. trip bulan 7.. hahahha... kau pegi april kan? just nice la.. cuma maybe ramai orang time tu sebab peak season.

    ReplyDelete
  8. Tak jumpa Restoran Nisa... ruginya. Kat situlah satu2nya makanan dijamin seratus persen halal. Mee pho nya pun amat sedap...

    ReplyDelete
  9. tahun ni aku gi boracay, brunei, ngan padang jer...boracay n brunei ko dah sampai, so aku kasi ko FM padang la nanti ek? tungguuuuuuu je lah kamu...hahaha!

    *sedih dgn trip yg tak seberapa*

    ReplyDelete
  10. Mie : Sedih gak la.. bukan sebab tak dpt makan.. ( sebab esoknya tau dah nak balik ).. sedih sebab tak jumpa kedai jer....

    Biq : Padang ? hmm bila tu. aku dah few times burn padang tu.. jadi.. sila bagi FM padang dan nasik padang sekali...

    ReplyDelete
  11. penat taip komen
    ilang
    cis punya internet
    *baling brokben*

    ReplyDelete
  12. sian Anash.

    Berpeluh peluh tak?

    * hulur tisu premier sekotak

    ReplyDelete
  13. aku gi minggu ni, akan ku carikan fm sampai jumpa kat sana nanti demi membalas fm-fm mu...

    ReplyDelete
  14. have fun and enjoy urself Biq....

    Jangan lupa kirim salam kat Malim Kundang.

    ReplyDelete
  15. sekarang di blog tak semeriah dulu...blogger-blogger seperti di atas dah kurang menulis blog. banyak blog baru sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. part and parcel of life.... ada season season nya dan ada reason2 nya kenapa jadi mcm ni...

      life ni kan sometimes...... ( pepandai lah )

      Delete