Pages

Wednesday, November 13, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 08 - Sapa - Ta Van Village - Part 1

Berbekalkan peta aku ingat nak tuju ke Cat Cat Village terus. Dari pemahaman aku yang aku tau, Cat Cat Village ni tak jauh pun dari pekan Sapa.

So aku menapak lah. Hujan masih lagi turun renyai renyai so aku berteduh kejap dekat bangunan. Tiba tiba ada mamat ni approach so borak dengan dia, rupanya dia ada sewakan motosikal. Tempat motosikal tu depan tempat aku berteduh tu je.

Borak borak layan dengan dia then aku tanya harga. Mamat ni cakap kat aku di Sapa ni snow biasa turun, tapi tahun lepas tak de. Tahun sebelumnya ada..

Sewa motosikal USD 4 untuk satu hari. Not bad lah. RM12 jer pun. Aku tanya jugak kalau dia yang bawak, dia kata dia charge ikut tempat, kalau pegi Cat Cat dia ambik USD 5. Kalau pegi Ta Van Village tambah lagi USD 4 so jadi USD 9.

Agak menarik jugak tu.

Fikir fikir balik then aku setuju untuk sewa motosikal tapi aku nak bawak sendiri. Cuak jugak sebab aku tak bawak spec tapi hopefully tak de la sampai malam ke apa. Try nego nego tak dapat jugak murah, akhirnya OK lah. Aku setuju dan aku sewa motosikal dengan harga USD 4. Dia kasik helmet apa semua. Tapi map dia tak de ! Nasib baik la aku dah ada map yang tak berapa nak betul aku ambik dari tourism office tadi.

So dengan map yang ada dan motosikal yang dah berjaya di sewa, aku nak mulakan langkah explore Sapa ni.

Tapi nak tuju ke mana dulu?

Memula macam nak pegi Cat Cat Village, tapi mamat tu cakap, pegi Ta Van dulu sebab Ta Van tak payah nak trekking sangat. Naik motosikal je. Kalau pegi Cat Cat dulu nanti pancit dah malas nak buat benda lain.

Aku setuju !

Bab bab trekking aku adalah paling last untuk sebarang penyetujuan !

Sebab tak fit. Jadi kita bawak je motosikal dan berjalan tanpa tujuan.

Ini peta Sapa. Tempat aku sewa motosikal betul betul belakang peta besar ni. Peta ni depan tourism office

Ini signboard ke Cat Cat. Kalau ke Ta Van kena jalan ke depan terus

Sebab aku memilih untuk ke Ta Van dulu, so aku jalan straight je. Nanti akan melalui kawasan bangunan bangunan di pekan Sapa ni yang mana rata ratanya adalah hotel, tour agent company dan ada pasar. 

Kedai kedai di Sapa

Tak susah nak bawak motosikal di sini tapi kena hati hati especially local la sebab dia orang bawak moto suka suka hati dia orang je. Helmet jangan lupa pakai. 

Signboard memang tak banyak. Ada penanda jalan je. Peta pun tak berapa nak accurate. Tapi ! Jalan je lah ikut suka hati. Pastikan kalau sesat ke apa ke, patah je balik semula !

Bunga bunga tepi jalan

Ini pandangan pertama selepas meninggalkan pekan Sapa menuju ke Ta Van. 

Dah mula nampak lereng lereng padi

Aku agak excited time ni. Macam setiap tempat aku nak berhenti ambik gambar. Ha ha ha.

Ni lembah Sapa menuju ke arah Ta Van. Time ni cuaca dah OK sikit. Hujan pun dah mula reda.

Jalan menuju ke Ta Van ni OK sikit sebab turun bukit. Kiranya pekan Sapa tu lebih tinggi elevationnya dari Ta Van Village. Cuma kena hati hati sebab jalan licin dan kenderaan lain agak laju

Start nampak lereng lereng padi

Sepanjang perjalanan tu akan nampak la kawasan lembah yang di tanam padi ni. Kalau kat jalan tu nanti nampak orang orang minority ni berjalan kaki. Dia orang jalan kaki dari Ta Van village ke pekan Sapa. Jarak memang tak jauh, tapi memang penat gila la sebab kawasan berbukit.

Biasanya dia orang ke Sapa untuk menjual tanaman. Ada yang berjalan ke Sapa tak balik, tidur di Sapa jer sebab kepenatan nak ulang alik. Lagi lagi kalau yang jenis pikul barang banyak banyak. Tapi itu lah realitu kehidupan di sini. Nak tak nak mereka terpaksa bawa barang untuk di jual di Sapa.

Dan mana mana pun mesti ada orang jual cenderamata

Separuh perjalanan dari Sapa ke Ta Van Village

Ni la jalan raya nya dari arah Sapa

Nampak sungai dan lembah di bawah sana. Ada perkampungan tu, itu la Ta Van Village !

Teres teres padi

Ini la perkampungannya. Kena turun bawah lagi

View memang lawa sebab kita dapat tengok dari atas bukit

Rumah rumah penduduk

Ta Van Village

Kerbau kerbau di Ta Van village. Kerbau adalah binatang paling berharga. 

Seekor kerbau boleh di jual boleh untuk membeli sebuah motosikal. Kerbau binatang paling bernilai di sini. Selain daripada membantu untuk mengerjakan sawah padi. Kerbau juga lambang kekayaan penduduk di sini. Makin banyak kerbau di bela, kira orang kaya lah tu.

Tapi rata rata mereka di sini adalah miskin. Mereka bertani untuk beberapa bulan saja sebab time winter dan cuaca menjadi terlalu sejuk, padi tidak dapat di tanam dan mereka hanya bergantung pada pokok pokok sayur sahaja.

Padi yang baru nak menjadi

Ta Van Village ni walaupun agak terpencil tapi masih memiliki facilities macam hospital, sekolah etc. Kalau bangunan berbumbung merah, tu tandanya bangunan kerajaan. Be it, hospital ke sekolah ke atau pejabat kerajaan.

Dari jauh ada rasa macam nak berguling guling je

Puncak gunung

Ta Van Village

Kerbau kerbau

Rumah penduduk

OK. Kiranya dari pekan Sapa yang di atas bukit, kena turun ke kawasan lembah ni untuk sampai ke Ta Van Village. Jarak perjalanan lebih kurang 6 kilometer je tapi jalan memang tak menarik. Batu batu so kena hati hati. Sempit boleh tahan lah.

Nanti bila turun ke bawah, boleh je terus sampai mana mana nak pegi, tapi kalau nak balik ke Sapa memang kena patah balik dan daki bukit bukit tadi semula.

Aku singgah di satu banguna ni di mana terletaknya sebuah muzium di sini.

Meh. Jenguk apa yang ada.

Ini actually muzium

Ini pulak rumah penduduk. Nampak tak bumbung dia penuh dengan pokok yang menjalar untuk perangkap air hujan dan pastikan rumah sejuk

Rumah rumah lain

Pergunungan. Sebab baru lepas hujan so nampak banyak air terjun

Muzium

Ini gambar dalam muzium tadi.

Actually muzium ni memaparkan bukti bukti tentang penempatan manusia terawal di sini. Kiranya memang ada manusia zaman purba yang sudah bermukim di kawasan Sapa ni dan menjadikan Sapa dan Ta Van Village ini sebagai penempatan mereka.

Peta Sapa dan Ta Van

Baca je lah

Ni la ancient carving stone depan muzium tu

Kawasan Ta Van Village

Ha.. Nampak tak orang orang tu?

Tu pandangan biasa di mana local di sini berjaya memujuk tourist untuk balik ke rumah mereka, melihat sendiri gaya kehidupan mereka di sini. Kalau kat Sapa tu jenuh la dia orang pujuk ikut balik tempat mereka, ada yang siap bermalam. Tujuannya macam homestay lah, nanti dia orang local ni dapat la duit sikit.

Tapi aku tengok mat salleh yang ikut ikut ni memang separuh nazak la nak turun naik kawasan ni. Kalau turun OK lagi, esok esok nak balik kena daki balik gunung gunung ni nak kembali ke Sapa. 

Kalau aku memang awal awal surrender.

Apa apa pun pilihan di tangan masing masing. Kalau rasa nak merasai kehidupan macamana kehidupan penduduk Ta Van Village ni... boleh la mencuba.

Rumah penduduk tadi

Actually kat muzium tadi tu ada sorang minah ni keje situ. OK jugak la. Cakap English pun OK. Aku layan borak dengan dia dan dia lah yang bercerita pasal penduduk Ta Van ni. Dari segi ceritanya macam sadis jugak la orang orang di sini. Kehidupan yang agak daif dan miskin.

Minah ni dulu dia keje kat Hanoi, so dia sekarang balik keje kat Sapa sebab dia suka cuaca di Sapa. Dia pun cakap, kat Sapa ada snow... ! Tapi tak de la setiap tahun turun. 

Tapi, view di Ta Van ni memang lawa... 




Kanak kanak Ta Van Village

Budak budak kat sini dia orang tangkap burung. Pastu sapa nak bergambar dengan burung tu dia orang charge ! Hehehe. Bijak jugak lah.

Aku spent lebih kurang setengah jam kat Ta Van Village ni then patah balik ke Sapa..

Gambar atas motosikal

Lepas Ta Van Village, aku plan nak ke Cat Cat Village.

So ayuh kita ke Cat Cat Village di Sapa...

bersambung.......

10 comments:

  1. cantiknya view sawah padi..

    even rumah yg bertampal plastik biru tu pun nampak cantik je sbb pemandangan sekelilingnya yg memang cantik..

    ReplyDelete
  2. santai

    perjalanan yang mendamaikan


    ReplyDelete
  3. Ingat meng saje bagi nama Cat Cat dalam entri sebelum itu...kucing-kucing....berkira sungguh depa...semua berduit...

    ReplyDelete
  4. jalan raya batu2 ke meng? jenuh gegar bontot gak tu...jauh tak agak2 bape km?

    best sungguh cam nyaman jer tinggal kat tempat ni ek...

    ReplyDelete
  5. next year gi hanoi dlm itin aku mmg x sempat nak singgah Sapa ni...kecuali kalau aku tambah 2 hari lagi cuti yg mana mmg susah la nak lulus sbb sah2 jadi -ve 2 cuti aku nnt hahahahaha....

    ReplyDelete
  6. Nohas : lawa jugak la... tapi kalau musim padi masak maybe lebih cantik.

    jangan tak percaya kawasan Sapa ni bersalji time winter !

    Anash : santai gak la dengan view.. tapi bawak moto jalan berbatu2 tu.. hmm mau senak jugak

    MKL : namanya memang Cat Cat.. tapi bunyinya KAT KAT.. bukan Cat meow tu...

    ReplyDelete
  7. Biq : Lenguh laaa.. jalan berbatu batu.. turap tak rata.. nak turun ke bawah dari pekan Sapa tu dalam 6 km... then patah balik.

    Nurin : kalau mencari damai boleh la..

    HB : kau kan suka terjah terjah... hahaha.. kau pegi bulan berapa? kalau time padi masak try la ke Sapa.. ambik gambar lawa lawa di sana..

    ReplyDelete