Pages

Monday, November 4, 2013

Mencari Mimpi Di Vietnam : 01 - Hanoi - Departure

Lama lama di biar, berkulapuk lak entry ni kan? Silap silap teritip bermaharajalela.

Aku try slow slow.

Gambar majalah 3sixty sebagai pengenalan....

Aku namakan trip kali ni, trip Mencari Mimpi.....

Aku sebenarnya memang dah lama teringin nak ke Hanoi ni. Sampai bermimpi mimpi.... Maybe sebab tengok semua orang dah pegi so aku pun tak nak kalah. Tapi jauh di sudut hati, memang aku teringin nak pegi selepas aku abiskan trip ke Ho Chi Minh dan Muine 2 tahun lepas. Kiranya ini antara trip yang aku tunggu tunggu jugak untuk tahun 2013 ni.

Sukar nak dapat harga tiket yang murah untuk ke Hanoi ni sebenarnya tapi ada la satu hari tu, rezeki aku kot. Usha punya usha.. jumpa jugak. Dalam RM180 return. Aku terus pulun beli. 

Kebetulan pulak, masa nak pegi tu, beberapa hari je sebelum bulan puasa. Tapi aku dah budget, aku akan balik sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. Tak boleh la aku nak puasa di perantauan...

Sebut Mencari Mimpi.. macam pernah dengar lagu tajuk macam tu. Jap aku carik.



Sepanjang perjalanan
Meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi
Tak pernah kutemui

Umpama pengembara
Kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa

Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun kusedari
Ku meniti pelangi

Kerana keindahan
Warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata...

Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram
Mengasyikkan...

Sejenak kubiarkan diri
Melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah
Sia-sia

Seumpama...
Pengembara...
Terpedaya...

Kerana mimpi... hanya mimpi

Ha.. Confirm ada. Tapi macam lagi oldies sikit. Tapi tengok lirik macam mendalam jugak la maksudnya.. Terutama untuk yang suka menggembara ni... dok gitu? Ada yang terpedaya???

OK sambung trip Mencari Mimpi aku ni.....

Macam biasalah, aku ni kalau nak berjalan apa apa beli tiket je dulu. Lain lain belakang kira. Aku fikir kendian. So aku memang tak fikir apa apa pun pasal trip ni hingga la seminggu sebelum pegi. Tu pun sebab aku nak kena apply cuti. Abis cuti aku 2 hari sebab ambik Isnin dengan Selasa. 

Memang aku reserve 4 hari untuk trip ke Hanoi ni sebab aku fikir nak gi Halong Bay apa semua. Then aku baca baca sikit terasa macam nak pegi ke Sapa jugak. Tak sure sempat ke tidak. Merangka dalam kepala otak jer. Bertambah tambah la mimpi aku dalam otak ni cuba di laksanakan.

Fikir logik akal macam boleh, tapi tu la. aku suka tunggu dan lihat dulu then aku decide semula.

Dan macam biasa jugak, aku tak booking apa apa, kecuali hotel untuk first night sampai di Hanoi tu je. In case takut penuh. Yang lain lain aku figure out bila sampai Hanoi je nanti.

Hari sebelum pegi tu, sibuk ke sekolah Hero untuk sign report kad, pastu malam tu baru la nak berkemas kemas.

"Papa tak de tau 4 hari. Jangan nakal nakal. Jangan usik adik"
"Papa nak pegi mana?"
"Vietnam"
"Jauh ke?"
"Jauh la.. tapi kejap je Papa pegi...."

Pujuk rayu sikit.

Anak Dara aku tu, kalau aku nak berjalan biasanya aku akan slow talk dengan dia.

"Papa tak de nanti.. adik duduk diam diam.. jangan nakal nakal. Dengar cakap ibu. Jangan suka usik abang.. tau??"

Dan dia ni walaupun tak berapa faham, tapi dengan nada suara aku lepas tu mesti dia meraung......

Menangis sebab sedih tapi tak tau sedih sebab apa... Menjiwai watak.

Malam tu sebelum tidur baru aku packing then subuhnya OR hantar ke airport.

"Yang.. nanti saya sampai Hanoi, pastu saya nak pegi Sapa.... kalau sempat. Tak sure lagi sebab naik train 10 jam... pastu saya nak gi Halong Bay.. tak sure ada coverage tak sebab tempat tu jauh jauh dari bandar..."

Macam biasa.. OR akan ingat details apa aku cakap walaupun dia sibuk la cakap aku nak pegi berlari dari Bukit Safa ke Marwah.. Dan being OR dia akan query jugak la.

"Awak betul ke Yang... nak main pegi macam tu je..tiket ada ke?"
"Tak tau. Sampai sana saya carik la. Kalau tak boleh, saya stay je la kat Hanoi tu"

Dia memang tak leh terima aku yang suka buat keputusan sesuka hati macam tu, tapi aku dah biasa dan aku rasa memang senang macam tu. Aku plan apa aku nak buat, tapi aku tak de itinerary khusus. Lagipun aku lebih suka kan benda benda unplanned dan surprise surprise ni. Baru mencabar sikit. Kan???

Dung dang dung dang borak dalam kereta akhirnya sampai LCCT. Aku turun terus. Perut macam lapar. Aku ajak OR makan kat Marrybrown tapi dia malas nak parking, so dia blah terus lepas drop aku.

Aku lepak kat Marrybrown jap dan surau sebab masih awal lagi. Fight awal pagi ke Hanoi ni. Siap siap nak boarding dah.

para petugas

Tapi !

Hujan pulak lepas tu. Flight delay. Tak bergerak keluar dari landasan. Dari pukul 6.30 sampai la pukul 7... isk... Buang karen je.

Sempat la aku lenakan mata kejap.

Sedar sedar dan take off. Aku sambung layan mata je lah....

Mendung....


Flight time 3 jam setengah. Tapi Hanoi awal satu jam dari Malaysia. Makanya sampai di Hanoi dah nak dekat tengahari.

Nama je delay waktu berlepas tapi sampai tetap sampai on time !

Ni view dari udara sebelum mendarat di Hanoi....

Macam banyak petak petak padang

Hijau....

Muka bumi Vietnam berdekatan Hanoi

Kilang Honda dekat dengan airport

Perumahan di sekitar Hanoi.... bangunan mereka memang slim shaddy

Sampai airport, turun la dengan muka mengantuk tak cukup tidur.

Immigration semua lepas tak de masalah. Masalahnya adalah nak cari pengangkutan ke Hanoi city.

Macam biasa, aku punya peneman kalau time travel ni cuma la WIKITRAVEL HANOI.

Dan sebab aku tak de masa nak prepare apa apa, aku cuma print je pastu baca masa dalam flight.

OK. Ada bas yang boleh bawa ke kota dari airport ni selain daripada option naik teksi dan sebagainya.. Ada jugak public bus dari Noi Bai Airport ke Hanoi. Tapi lagi senang ambik shuttle bus dari Noi Bai Airport tu terus ke Bangunan Vietnam Airlines Office dekat dekat jugak dengan kawasan Old Quarters.

Tambang bas adalah USD2 atau 40K Dong. (RM6)

Keluar dari airport, belok kanan dan terus sampai hujung.. ada kawasan bas.. Shuttle bus yang aku naik ni kaler merah ni.

Kalau tak jumpa, cari sign ni ! Siap tulis tambang lagi.

AWAS ! Jangan tertipu.

1. Bas ni bergerak bila orang dah penuh. So menunggu la sampai parah !

2. Kalau bawak luggage macam nak pegi haji.. bersiap sedia la kena bayar extra. Bas ni memang tak de ruang luggage.. so orang akan naik dulu ambik seat pastu baru dia orang loading luggage tu sekali dalam bas tu. Silap silap kalau tengok nampak beg je semua sebab orang dah tersorok.

3. Kalau sampai awal, naik je siap siap. Jangan nak pose pose cantik lagi kat luar. Kalau penuh memang kena tinggal. Lagi lagi kalau kita foreigner, tak de di layan mana. Dia orang bagi local je dulu. Local ni pulak, asal naik.. duduk kat lantai pun tak per.

4. Satu lagi kena perhatikan bayaran. Macam aku hari tu, aku ada Dong baki dari trip Vietnam dulu. Trip ni memang aku nak tukar Dong dah.. aku bawak USD je. Pastu aku nak bayar tambang bas ni USD2, aku kasik USD5. Dan dan mamat tu pulang balik in Dong... Dan............... Pastikan convert atau kira dengan betul ! Dia orang ni memang auta lebih. Aku terkena, nasib baik aku buat muka ketat pandang dia lepas aku tengok dia buat muka selamba badak je.

"Give me the correct balance"

Dia tak faham. Tapi orang dalam bas tu semua tengok dia sebab aku tetiba macam gangster nak mintak baki.

Akhirnya dia bagi jugak. Tapi muka punya la kelat. 

Dan tu la tips paling penting kat Vietnam ni. Kalau dapat baki atau balance, please check betul betul... !!!!!!!

OK. Bas dah penuh. So boleh jalan............

Sebab aku duduk depan sebelah driver, aku boleh nak tengok view best sikit.

Teruja bila nampak papan iklan ni.

Walaupun aku bukan keje Gamuda, tapi aku bangga bila melihat syarikat Malaysia bertapak di luar negara macam ni. 

Perjalanan memakan masa hampir sejam setengah jugak.. padahal bukan jauh mana cuma slow bawak nya

Tapi tak per lah sebab aku pun tak de apa nak rushing. Hari pun masih pagi.....

Last last sampai jugak ke bandaraya Hanoi ni

Dah start sibuk

Bangunan bangunan di Hanoi. Bangunan dia orang tak tinggi tinggi tapi kurus kurus... dan agak bersepah....

Lepas lebih kurang sejam setengah tu, ada la stop few times especially local local la sibuk turun kat kawasan mereka. Tapi shuttle bas ni akan berhenti di station akhir berdekatan dengan Vietnam Airlines Building !

Tu bangunan Vietnam Airlines

Dan bangunan Vietnam Airlines ni terletak kira kira 1 km jugak lah dari Old Quarter. So kalau dah ambik hostel di kawasan Old Quarter, turun je kat sini dan jalan kaki.

Tak jauh mana pun. Cuma kena pastikan arah tujuan tu betul.

Macam aku hari tu, turun turun je, then jalan ikut kaki. Map pun aku tak de. Pastu nampak 2 orang minah ni tarik luggage kaler pink nak melintas jalan. Pastu sibuk la nak tengok peta.

Aku approch dia orang.

"Where are you going?"
"Old Quarter..."
"OK... Me too. Do you know which way?"
"Here.. Here"

Walaupun bermata sepet, memek muka menggambarkan konfiden level yang tinggi !

Jadi aku percaya !

Dia tarik beg dia orang yang kaler pink tu, siap bunyi macam guruh sebab ada roda... Aku follow lah, sampai la dalam 300 meter aku rasa macam pelik. 

"Can I see the map...?"

Dia orang pass. Pastu aku tengok macam lain je dia orang ni. Kebetulan ada Mat Salleh lalu, aku tanya Mat Salleh tu dan sebenarnya memang salah !

Nak je aku tonyoh kepala 2 ekor minah dari Taiwan tu. Bagi maklumat salah, pastu confident level tinggi..

Terpaksa la kami patah balik lalu balik depan Vietnam Airlines tu semula menuju ke arah bertentangan.

OK. Kalau nak tau, turun shuttle bas tu, bangunan Vietnam Airlines tu belah kanan. Jalan ke Old Quarter tu adalah belah kanan jugak lepas bangunan tu. So jangan pegi belah kiri, nanti ke mana mana hala jadi nya.. macam aku.

Bila aku berjalan laju. Minah minah Taiwan tu laju jugak kejar nak cope dengan aku. Dia orang dah ketakutan kot. Tapi lepas tu sampai kat tasik ni, aku confident sikit sebab aku ada map hostel aku print. Dari kawasan tasik ni dah boleh figure out dengan senang.

Aku carikan arah hotel minah minah ni dulu. Lepas tu dia orang berdua blah ikut tepi tasik tu sambil memecah kesunyian dan kedamaian tasik dengan bunyi roda beg dia orang menuju ke hostel mereka.

Pencemaran bunyi !

Then baru aku jalan menuju ke hostel aku.

Kalau dah sampai tasik Hoan Kiem Lake ni kiranya memang dah dekat dengan Old Quarter Hanoi ni. Pusing pusing keliling kawasan tu ler jugak.

Hoan Kiem Lake

Ada macam kat Taiping jugak la kan?

Pandangan bandaraya Hanoi 

Aku pusing satu tasik tu la jugak nak sampai ke belah belah Old Quarter tu... tapi tak de hal sebab tempat tu tenang je. Boleh tengok orang berehat dan warga tempatan melepak.

Pelancong pun ramai.

Jalan jalan buang masa....

Dan macam biasa lah, ada je mata mata yang memandang..........

"Eh.. Meng dah sampai ke???"
"Haah la....... akhirnya sampai jugak dia ke Hanoi ni.. jom jom kita sambut beliau...."

* mati la dialog busuk tahap tak gosok gigi...

Hahahhaa..

bersambung............

11 comments:

  1. Tulis jangan tak tulis..jangan jadi macam saya...banyak lawat ke negara orang...haram tak tulus-tulis lagi...takut jadi outdated...hihihi...saya pilih yang saya suka je.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan dah terobang ke China..HCM, Hanoi..nama tempat SM tak pergi..semua dah sampai..jelez ngan org berduit ni :-)

    ReplyDelete
  3. dan satu lagi..jgn marah yer..JM pun kalau nk travel..blog ni jadi panduan..my traveller guide

    ReplyDelete
  4. tu la.. lama dah teringin nak g hanoi... mcam best je.. mula rasa nak g hanoi bila tgk lukisan mcm ada batu-batu besar tu....

    ReplyDelete
  5. ha AA satu jer la, delay camne pun mesti sampai on time, hebak! hahaha!

    bab duit usd dgn dong, mmg aku banyak guna dong sbb masa tu untung lagi, else guna usd, ada je kang tetiba tak cukup balance nyer...

    hoan kiem lake mcm taman tasek tepen? nehi nehi, taman tasek tepen cun lagi wehhhh! hahahaha! cuma takde pagoda je :D

    untungla ada org pakai ao dai sambut koooooo mengggggg hahaha!

    ReplyDelete
  6. MKL : ini trip bulan 7.. dah outdated jugak ler ni

    JM : banyak tempat lg x pegi. duit tu kena simpan. bukan turun dari langit..

    JM : my pleasure.

    TZ : lukisan batu besar tu kat mana?

    Biq : ya la. tepeng cun lagi kot... dan tak sebusy di hanoi. kan kan kan

    btw. thanks for sate invitation tu.. kiv dulu la..

    ReplyDelete
  7. ha bebila ko nak turun tepen, roger jer...aku selamba je leh roger pak ein kalo aku takde masa tu pun...pak ein rock!

    ReplyDelete
  8. HAHHAH, kemain tinggi lagi tahap konfiden dorang

    ReplyDelete
  9. Biq : beres..

    NanaD : tu la. org kata malu bertanya sesat jalan....

    ReplyDelete
  10. tertawa sendiri bila baca komen lama saya. Saya tak sempat tulis le sekarang. banyak hal lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slow slow. ada masa tulis la.. tu kan passion setiap blogger

      Delete