Pages

Monday, October 21, 2013

Pantai Kelanang, Banting

Kalau sebut Banting mesti orang tau pasal Pantai Morib je. Tapi tahukah anda, di Banting ada satu lagi pantai yang tak berapa popular tapi boleh lah.........................

Namanya, Pantai Kelanang !


Aku datang sini sebab dah tak tau nak pegi mana !

Hahaha. Masa pegi Gold Coast Morib hari tu, dah nampak pantai ni, tapi tak sempat nak singgah. So kebetulan cuti dan tak tau nak buat apa, nak pegi utara dan selatan malas sebab highway jem. Budak budak kalau tanya nak tido hotel dan mandi kolam je. Tapi last minit nak book, bilik pun dah penuh je semua.

Sudahnya, pegi la ke Banting sekali lagi dan di sini la kami tuju.

Tak de apa yang menarik mana pun. Lokasinya jalan ke morib sama jugak, cuma sampai di simpang Morib tu, terus je instead of belok kiri. Ikut je signboard tu nanti sampai la ke Pantai Kelanang ni.


Suprisingly, pantai dia agak berpasir dan landai. Memang la kawasan bakau tapi still la ada pasir kat tepi pantai ni macam pantai pantai yang popular lain. Siap ada yang bermandi manda !! 

Berkelah apatah lagi

Menjadi tempat kunjungan ramai

Pantai yang agak landai, cuma berlumpur je lah

Kalau ikut budak budak memang nak mandi, tapi aku tak bagi. Air tak berapa lawa. Main main pasir je la. Pantai dia tak panjang mana tapi ada port port menarik bawah pokok untuk picnic dan berehat.

Ada jugak kedai makan, toilet dan surau dan parking space yang agak banyak.

Toilet awam, kedai makan dan surau

Pokok pokok

Picnic

Taman permainan kanak kanak pun ada

Pasir dia agak putih dan landai

Alang alang dah sampai sini, aku pun konon nak lah ambik gambar sunset.

Tapi hari tu cuaca tak berapa menarik. Matahari malu malu berselindung di balik awan gemawan. So sementara budak budak main kat taman mainan kanak kanak, aku merayau la kejap. Kalau dia orang tau mesti nak ngikut punya. So slow slow bawa diri... 

Kawasan paya bakau

Tiada sunset pada hari ini

View

Boleh la nak layan ambik ambik gambar

Atau nak tengok orang beraksi sebegini rupa

Tak de apa yang menarik mana. Aktiviti pantai memang tak banyak selain daripada mandi manda dan berkelah. 

Dan macam biasa, ada je orang jual aiskerim.

Dapat la makan aiskerim sorang satu

Lepak lepak layan dia orang main pasir kejap

Tengok orang mandi manda

Main pasir

Boleh jugak nak BBQ di sini dan bercamping

Atau menghirup udara pantai sambil bersantai

Hambik ! Di larang mandi di kawasan ini. Jangan degil !

Lepak lepak je lah menikmati keindahan alam.

Itu pun sudah memadai.

Kalau terasa nak pegi, boleh ke Pantai Kelanang. Pastu jangan lupa singgah makan dekat kedai seafood yang vavavooom di sini..

Di mana?? Tunggu..................

8 comments:

  1. Meng tak tahu mana nak pergi....mai ke Tg malim....jadi tetamu saya...serius...pagi tadi baru ke pantai dekat kawasan tu...dekat je...1 jam lebih je dari tg malim...pitam kalau terima surat saman kelak..

    ReplyDelete
  2. hahahaha nikmatnya aku tgk abang baju merah tu terlentang kat beach! i MUST find a beach...like NOW! NOW! NOW!

    ReplyDelete
  3. MKL : Tanjung Malim dah pernah pegi... nanti la kalau ada apa apa acara best.. insya allah akan menyusul.

    terima kasih atas jemputan

    ke ajak ajak ayam?

    Biq : tak boleh blah abang tu kan? aku jelesi jugak tapi bila tengok air tu.. errkkkkk

    tak pe la. balik mandi kat rumah je laaa

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum....gold coast restoran dan Morib station memang terbaiklah ...aku orang banting,,,
    ,,,Jom lah

    ReplyDelete