Pages

Friday, October 4, 2013

Jom Celebrate : Italian Food @ Capricciosa, Sunway Pyramid

Hari tu birthday ipar duai. OR dah tanya, dia kata...

"Nak Lasagna yang paling sedap"

Haaaa...

Setahu aku, lasagna paling sedap aku pernah makan di Dave's Deli kat Subang Parade tu. Tapi aku rasa tempat tu dah tutup masa last aku pegi Subang Parade hari tu. Tak tau la masih bernyawa ke lagi atau tak. 

So bagi memenuhi permintaan, aku pun check la, mana di khabarkan ada lasagna paling sedap di tanah air ni. Tup tup aku jumpa tempat ni. Nama dia Capricciosa.

* terbelit lidah nak menyebut.

Kami pegi dinner kat situ malam tu. Capricciosa ni ada 2 outlets kat Malaysia. 1 di Sunway Pyramid dan 1 lagi di Pavillion. Tak gigih la aku nak masuk KL nuh, jadi kami pegi yang dekat Sunway.


Boleh tahan jugak la payah nak mencari tempat ni. Sebabnya Sunway Pyramid tu pun bukan la tempat favourite aku untuk shopping atau jalan jalan sebab situ selalu ramai orang, susah nak dapat parking dan macam macam hal la. 

Tapi sebab outlet dia ada kat sini, terpaksa la pegi. 

Terletak betul betul di entrance keluar Sunway Pyramid menghala ke Sunway Lagoon. Tingkat LG2. Oasis Boulevard ( kaler biru ).

Jumpa jugak akhirnya.

Actually, tempat ni kira Italian Restaurant tapi Owner dia adalah Japanese. Dan tempat ini adalah HALAL !

Masa kami sampai dalam pukul 8 lebih tu, tak ramai orang, so terus di beri tempat duduk.

Setting dalam kedai. Aku ambik gambar pakai hp jer...

Buku Menu

Haaa. Pilih jangan tak pilih................

Ada promotion apa benda ntah. Ambik 2 meals pastu dapat 2 appetizers... dengan harga RM59.90

Sebab orang tak ramai, servis pun tak de la slow. Maka tak lama menunggu, bayang bayang makanan Italy muncul di depan mata.

Setting kedai pun agak menarik.


Hmmmm.. Perut pun dah berkeroncong, jadi apa lagi..

Serang..................... !

Cappuccino untuk Papa

Minuman lain

Now makanan pulak...

Chicken Chop untuk Hero

Salmone apa bendantah untuk OR

Close up sikit. OR kata biasa biasa je. Aku tak jamah sebab ikan.. huhuhuhu

Hawaiian Chicken Pizza untuk aku !

Carbonara untuk Anak Dara

Yang atas tu kupang dengan Marinara Sos.. Sedap ! Bawah macam cekodok tu mushroom goreng. Pun sodap !!!

Ini lah lasagna nya.... nampak tak mengiurkan mana......

Bagi aku food dia not bad. Pizza tu biasa biasa je tapi kalau cuba nak rasa pun OK jugak. Chicken Chop tu, OK jugak. Aku jamah Hero punya. Dia pun kata sedap. Tapi dia pegi belasah Carbonara pulak. Dah pompuan kecik tu angin.

Dah la Carbonara tu kegemaran dia. Kalau tak, tak de dia nak makan serupa ni.

"Papa.. engok mulut adik ni.. omot"

Sibuk nak suruh lap bibir dia comot. Tapi dia ni kan jenis susah nak makan, malam tu dia makan banyak jugak la carbonara ni... memang sedap !

So adakah lasagna nya tersedap????

Jawapannya... tak lah kot. Tapi sedap jugak cuma tak de la tersedap. Plus benda alah tu kan kalau datang panas dia boleh tahan. Makan pun terbakar lidah terus hilang punca selera. Apa apa pun, lasagna dia aku kasik 7/10. Tapi tu tekak aku lah.... orang lain, tekak maybe rasa lain.

So sila pegi cuba sendiri.

Portion aku makan... ( jaga body )

Kira makanan dia overall not bad tapi apa yang aku sangat suka dengan restoran ni adalah service dia. Staff dia bagus ! Kalau tengok memang ramai student afrika/maghribi yang kerja kat sini, tapi dia orang OK lah. 

Memula aku order cappuccino tu, dia bagi hot. Aku nak iced. Then mintak tukar. OK je. Yang penting, bila kita mintak buat itu ini, tak de muka kecewa kat waitress dia. Senyum je. Sweet je... 

Bagus la tu  !

Pastu... biasalah, budak budak nampak belon.

"Papa.. nak beyoon...."

Belon tu tergantung. Then aku mintak la belon, tak lama lepas tu waitress tu datang bawak belon untuk budak budak. Seronok la dia orang ni. 


Tapi aku memang suka staff kat sini. Very attentive. Very efficient dan always with smiles.... 

Dan aku buat arrangement, dia orang suprisekan tukang sambut birthday dengan cake, lilin dan nyanyian Happy Birthday......

* terasa berada di Afrika sebab waiter/waitress yang berkumpul untuk nyanyi semua berkulit gelap.

So kalau nak celebrate birthday ala ala di Afrika.... hah.. tau la mana nak tuju !

Lilin pun dah ilang.... tiramisu cake.

Kenyang. Alhamdulillah.

Revisit? Aku KIV dulu. Try Italian Restaurant lain lain pulak. 

Harga?

Semua yang kami makan

Dan ini address nya...

Aku recommend restaurant ini bagi sesiapa yang mencari option untuk Italian food.  

Selamat mencuba... 

Molto Buono !!

11 comments:

  1. Dave's Deli famous tahun 90an and foods memang sedap..home cooked..selalu mkn roasted chicken..

    Org kulit hitam ni suara sedap, deep voice..mcm Mariah Carey..hihi..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya....carbonara...nyummeh....kat One Utama ada kedai nama New York New York...Alfredo spaghetti de bomb!hehehe

    ReplyDelete
  3. haih #untungla slalu mkn kat luarrrrr!

    *tgk jalan raya dari tingkap*

    ReplyDelete
  4. Kenapa pizza tu ada lubang kat tengah..? rugi ler gitu...

    ReplyDelete
  5. huhh...svc charge RM16+ kalau x senyum dan x dilayan minta balik duit tu...ahaksss

    aku ni tah bila la nak gi pizza2 kat cyberjaya tu hahahaha....aritu dh ajak OR tp dia xmo lak dia nak makan mende lain yg x pernah di makan...huh agaknya makanan dari pluto kot...wakakakaka

    ReplyDelete
  6. Love your blog so much! dah jadi habit nak kena baca blog u sebelum tido! hahahhaa... hari hari tengok ada entry baru tak... terbaek Meng! Keep up the good work!

    ReplyDelete
  7. The tiramisu looks so tempting... harga pun affordable... mcm harga deserts kat McCafe je... nanti nak cubalah!

    ReplyDelete
  8. Nohas : Ada lagi ke dave deli skrg ni? roasted chicken dia memang mantap... menabung nak makan kat DD ni dulu...

    DJ : wokey. nanti nak try la new york2 tu.. ( mcm kedai pelangsingan jer ).. tapi aku kurang skit nak gi makan yang kena masuk mall..

    Biq : untung ? agak rugi la bagi tukang bayar.. hahaha...

    tak de la selalu. sekali sekala saja.... cuma entry dekat2 tu yang nampak mcm selalu....

    ReplyDelete
  9. Fariksha : tu ler. baru perasan... memang berlubang tengah tu.

    rasanya dia bubuh mangkuk kot sebab pilih pizza tu as main dish for the set.

    LZ : baca je la. tak per.. insya allah kalau rajin aku shchedulekan entry setiap hari...

    sila lah menchoba...

    ReplyDelete
  10. Thanks for the great review for Capricciosa. Do bring your friends and family here. Thanks

    ReplyDelete
  11. Funny : Welcome !!! All the best to capricciosa !!!

    ReplyDelete