Pages

Saturday, September 21, 2013

Edisi Mental : Papa Johns Pizza

OK.

Apa lagi selain dari travel yang aku nak share adalah bab makan. Bukan nak cakap aku makan sedap sedap. Ada hari hari aku makan nasik lemak bungkus seringgit jer pun. Tapi kalau ada benda sendap, aku nak la share supaya orang boleh try sama !

Hasrat aku murni. Tolong jangan salah anggap.

Kalau salah anggap, macam la aku kesah pun.

Hahahahaha.

Ada satu hari tu, aku bawak budak budak keluar. Konon nak makan kat luar. Hari Ahad lak tu. Tapi sebab banyak benda nak di uruskan, keluar lepas maghrib. Bila tanya semua nak makan Pizza.

Jadi Papa bawak ke kedai Pizza yang bukan kepunyaan Papa.

Papa Johns !

Banyak betul nama kedai Papa. Hero siap pelik.

"Kenapa semua nama Papa? Papa rich, Papa roti? Papa Johns?"

Aku pun tak reti nak jawab. Tu belum dia dengar Papa Chop Mama Grills, Papa dont preach, Papa Kedana dan macam macam. Nanti lagi banyak soalan dia tanya aku.

Anyway. Sampai depan kedai, dua dua budak tu terus buat muka keras !

"Kenapa?"
"Adik tak nak Pizza"
"Dah tu?"
"Adik nak game !!!"

Hmmmm. Aku dah agak. Dua dua tu memang kalau pegi mall nak cari tempat game.

Since masa dah tak de, OR bawak dia orang gi main kat tempat game, aku order Pizza and bungkus je makan di rumah. Jadi kami take out jer.

Papa Johns Pizza

Box nya

Order Chicken Wingss..

Pizza Super Papa

Pizza Hawaiian Chicken

Gambar kurang berkualiti sebab Anak Dara aku tukang snap

Sauce dan Cheese siap kasik jalapeno lagi

Yummy !

Slice

OK. Aku nak kasik tau, ini first time aku try Papa Johns Pizza ni.

Verdict? Aku rasa not bad. Hawaian Chicken dia lagi sedap pada Pizza Hut. Crust dia pun tak de la muak macam Pan Crust Pizza Hut. Tapi overall aku prefer Dominos especially Thin Crust. Cuma Domino tu mahal sikit ler kot. Papa Johns ni the cheapest kot among these 3. Tapi kalau nak try Pizza Pizza pun menarik juga.

Apa apa pun, Chicken Wings dia sedap. Hero belasah abis 3. Aku makan 1 dan Anak Dara makan 1. OR makan 1. Pizza? Hero belasah makan 3 keping sekali gus. Budak ni memang la kuat makan. Risau jugak aku. Masalahnya makan punya la macam macam tapi bila bab jalan ker, karate dia ke.. nampak cepat benor penatnya.

"Papa nak suruh adik yang makan banyak banyak kasik gemuk sikit, ini abang yang terlebih makan. Papa bukan tak bagi Hero makan banyak banyak, tapi berpada pada lah"

Senyap kejap. Mulut dia penuh mengunyah.

"Semua makanan kat kedai nama Papa tu sedap. Hero kena lah makan banyak banyak"

* pengsan

Anak Dara tetap tak berapa seronok nak makan. Sibuk nak menyuap orang lagi ada. Nasik memang dia tak mahu, harap spagheti je dia suka. Italy tak Anak Dara aku? Ingat nak try Pizza, tak minat jugak dia...

Apa apa pun, Alhamdulillah. Kenyang dan sedap juga Pizza Papa Johns ni.

Gi cuba ! Terbaik !

Macam lagu ni !



ku sadari disaat semua menghilang
Betapa lama dirimu ku lupakan
Jiwa tak bisa lagi kurasakan
Apa diriku yang menyesal
Sudah kau tinggalkan

Tiada bisa ku lupa
Saat yang indah, yang terindah
Yang kita lewati bercinta
Semua kebiasaan
Yang kita lalui berdua
Kini jadi puing kenangan

Malah menangis karna kau tlah pergi
Terluka karna kau telah menjauh
Aku minta dengan sepenuh hati
Dengarkanlah aku memanggilmu
Ingin kau kembali

(Sendiri aku dalam gelapku tiada satupun menemaniku)[2x]

Jika itu memang terbaik, untuk dirimu
Walau berat untukku, berpisah denganmu
Hapus sudah air matamu, aku mengerti
Ini bukan maumu, ini bukan inginmu

Ku ingin kau percaya..
Akan kuserahkan semua

Jika itu memang terbaik, untuk dirimu
Walau berat untukku, berpisah denganmu
Hapus sudah air matamu, aku mengerti
Ini bukan maumu, ini bukan inginmu
(Sendiri aku dalam gelapku tiada satupun menemaniku)

Tak ada lagi selain dirimu yang aku cari
Cinta sejati yang slalu kau beri
Ku hanya ingin ini tentang dirimu dan diriku
Sampai mati
Tak ada lagi selain dirimu yang aku cari
Cinta sejati yang slalu kau beri
Ku hanya ingin ini tentang dirimu dan diriku
Sampai aku mati

6 comments:

  1. amboi...mesti try ni..tergoda dengan tulisan meng. hihihi

    ReplyDelete
  2. Aku nak cuba pizza pizza dulu..adoii dh keluar pizza lain plak..xpe pasti akan aku cuba semua hahahaha

    ReplyDelete
  3. HB : Pizza pizza tu kena gi makan sana. tak sure boleh delivery sampai ke rumah ke tidak... ( unless dok area cyber etc )..

    Papa Pizza aci deliver meh.. kalu malas boleh hode saja...

    ReplyDelete
  4. teringin jugak nak makan pizza papa john ni..tp kt tmpt aku xde pizza jenama pelik2 ni..dominos pun br bukak 2 thn lps..dulu teringin nk mkn, smp ke putrajaya aku carik dominos..

    thanks meng..nnt blh try papa john klu ternmpk tgh jln2 kt mall..

    HB,

    ko hrs cuba pizza2..hahaha...tp amaran keras, kene dtg waktu mlm..nnt xpasal2 kene tggu sejam utk makan pizza...hbs mengamuk cacing2 dlm perut ko nnt..

    ReplyDelete
  5. btol tu HB. aku still rasa pizza pizza tu recommended...

    DATT : jangan lupa try chicken wings Pappa Johns ni..

    ReplyDelete