Pages

Wednesday, September 25, 2013

Ada Apa Dengan Brunei? - 12 : Muzium Brunei, Masjid Masjid Brunei, Jerudong Park & Mall Gadong

Berikut adalah tempat tempat lain yang menarik yang sempat aku lawati di Brunei.

Tempat tempat berikut ni terletak agak jauh dari pusat bandar maka, kalau nak pegi melawat kena ada kenderaan sendiri ataupun sewa kenderaan lah. Nak naik bas boleh tapi hassle sikit kena turun naik bas.

Apa apa pun, bak sini aku kongsi tempat tempat lain yang telah aku jejak sepanjang di Brunei tempoh hari. Nak kata menarik sangat tu tak tau la... intai dulu and then korang decide sendiri.

1. Muzium Negara Brunei

Bangunan Muzium Brunei

Muzium  Brunei ini terletak berdekatan dengan Malay Technology Museum jugak. 

Malangnya time aku pergi hari tu, muzium ni tutup. Tak tau la sebab apa. Dari apa yang aku baca, dalam muzium ni terdapat pameran pemaran mengenai salasilah Sultan Brunei dari dulu hinggalah sekarang. Penubuhan kesultanan Negara Brunei, sejarahnya jugak informasi informasi mengenai negara Brunei Darussalam ini sendiri.

Tak boleh nak cerita banyak sebab tak dapat masuk.

Layan je la beberapa gambar yang aku snap dari luar jer.

Selamat Datang

Bangunan muzium

Reflection

2. Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota


Masjid ini merupakan sebuah lagi masjid yang terdapat di Negara Brunei ini selain daripada masjid masjid yang lebih gah seperti Masjid Omar Ali Saifuddien dan Masjid Jama Asr Hassanil Bokiah.

Masjid ini di bina dan di beri nama sempena dengan putera baginda yang juga merupakan Putera Mahkota.

Aku tak sempat masuk pun, cuma ambik gambar dari luar sebab hujan lebat.

Ini masjidnya.

Sebelum ke destinasi seterusnya, aku sempat singgah di sini untuk melihat bumbung Istana Nurul Iman.

Hah. Nampak bumbung je pun. Layan.

Bumbung istana

Kawasan sungai. Ada orang mancing. Ini actually taman rekreasi tapi terlupa lak nama dia

3. Masjid Al Ameerah Al Hajjah Maryam


Masjid ini di bina bersempena dengan Isteri Sultan Brunei yang ke 2 iaitu Hajjah Maryam. Walaupun beliau telah bercerai tapi nama beliau diabadikan pada sebuah masjid indah yang di bina berdekatan dengan Jerudong dan siap di bina pada tahun 1999.

Untuk pengetahuan tiada masjid yang di bina atas nama Permaisuri Brunei tetapi Hospital di Brunei telah mengabadikan nama beliau.

Dan tiada nama masjid mahupun hospital untuk Azrinaz. Belum lagi ler kot. Ke takkan ada?

Aku tak singgah masuk ke dalam pun sebab hari dah petang.

Masjid Hajjah Maryam

Masjid ni tepi jalan

4. Jerudong Park

Waktu dulu dulu masa tak de lagi Universal Studio Singapore mahupun Hong Kong Disneyland, Jerudong Park dibina dengan perbelanjaan sebanyak 1 billion USD.

Phew !


Kalau nak di kira inilah taman tema terbesar dan termahal pernah di bina di Asia Tenggara !

Dah la masuk free. Naik benda semua free. Tapi sekarang maybe dah kena bayar kot. Dan tempat ni dah tak berapa menarik perhatian. Maybe semua ride ride dah lama. Dah tak maintained dan agak terbiar. Kalau datang pun just lepak lepak je ler kot.

Tempat ini pernah menjadi kebanggaan rakyat Brunei !

Micheal Jackson dan Whitney Houston pernah di jemput ke sini untuk membuat persembahan kepada rakyat Brunei secara perchomah !!!!!!

Tapi tu lah, sekarang tempat ni macam hidup segan mati tak mahu.

Sesuai sangat jadi Heartbreak Hotel bagi yang kecewa melara....



This is the heartBreak Hotel (8x's)

((Verse 1))
You said you'd be here by 9
Instead you took your time
You didn't think to call me boy
Here i sit, tryin not to cry
Askin myself why, u'd do this to me mmm ohh baby

((Hook))
Since you're not around for me to tell u baby face to face
I'm writing you this letter and this is what i have to say

((Chorus))
All i really wanted was some of your time
Instead u told me lies when someone else was on your mind
What'd u do to me (what'd ya do)
Look what u did to me (mmm ohhh baby)
I thought that u were someone who would do me right(do me right)
Until u played with my emotions and u made me cry
What'd u do to me(oh oh oh oh) (made me cry)
Cant take what u did to me

((Verse 2))
Now i see, that you've been doin wrong
Played me all along and made a fool of me baby ah
U got it all wrong to think that i wouldn't find out
That u were cheatin on me baby how could u do it to me mmm babe

((Hook))
Since you're not around for me to tell u baby face to face mmmm
I'm writing you this letter and this is what i have to say

((Chorus))
All i really wanted was some of your time
Instead u told me lies when someone else was on your mind oh you was lien to me
What'd u do to me
Look what u did to me
I thought that u were someone who would do me right
Until u played with my emotions and u made me cry
What'd u do to me (why'd ya do it)
Cant take what u did to me (ya didn't have to do it to me)

This is the heartbreak hotel (8x's)

(all i wanted)All i really wanted was some of your time
Instead u told me lies when someone else was on your mind
What'd u do to me(ohoh i really want to know)
Look what u did to me(i can't believe you won't let me babe)
I thought that u were someone who would do me(do me right ohh) right
Until u played with my emotions and u made me cry
What'd u do to me(can't take it no more)
Cant take what u did to me(i wanted your love) (2x's)

Salah satu mercu tanda Jerudong Amusement Park

Playground

Kuda kudaan

Kereta api -an

Dah tak ramai orang

Pagar

Ni Jerudong park Garden. Masih ada fountain show pada malam malam tertentu

Actually kawasan Jerudong Park ni sangat la besar.

Kalau jalan kaki mahu tercabut buku lali. Selain daripada amusement park tu, ada jugak kawasan polo, golf course dan tempat tempat lain lagi termasuk istana bekas isteri Baginda.

Sempat la aku cilok masuk sana sini melawat kawasan. Tapi sebab cuaca tak berapa menarik, tengok tengok macam tu je lah.

Kawasan pantai di Jerudong Park

Laluan ke Jerudong Polo Club

Jerudong park

Aku teringin sekali ke Jerudong Park ni sebab dulu pernah dengar pasal tempat ni yang sangat gah. Betapa aku fikir beruntungnya rakyat Brunei memiliki Sultan yang kaya dan berkongsi dengan rakyatnya.

Walaupun tempat ni dah tak de apa apa sangat, tapi OK lah. At least aku dah gi tengok sendiri.

Seterusnya kawasan terakhir yang sempat aku lawati sekitar pantai di Jerudong Park ni jugak. Tak tau la nama apa pantai ni. Tapi macam ada pasar. Petang petang pun masih ada orang jual ikan.

Layan je la tengok gambar senja yang tak berapa nak ada.

Pantai tak menarik

Nak mandi pun tak lalu agaknya
5. Mall Gadong.

Hah. Aku singgah kejap je kat area Gadong ni. Kawasan ni memang kawasan orang makan makan dan beli belah. Ada banyak kedai. Mall pun banyak. Tapi aku tak de apa nak cari so tak singgah mana pun.

Tapi ada pasar malam Gadong yang berdekatan. Makanan sedap sedap dan murah murah. Aku beli ayam penyet dan makan sampai kenyang. Memang sedap la bagi aku sebab aku beli Nasi Ayam Penyek, ayam dia sedap gila. Rangup krup krup krup.

* begitu aku mengibaratkan

Makan di Brunei memang tak de masalah.

Kedai kedai di Gadong

Dah. Tu je lah.

Tak de apa nak cerita dah.

Tapi ada orang cakap makan di area Gadong ni banyak yang sedap sedap.

Dan shopping kat sini pun boleh tahan meriah. So bagi yang suka makan dan shopping, pegi je la usha tempat ni !

bersambung........

8 comments:

  1. errr...apa yg ada kat jerudong park tu?? sampai 1 billion tp tgk cam xde pape pong?? kalau cam universal studio ke atau cam ocean park kat HK ke berbaloi gak dgn rege 1 billion tu... aishhh...duit duit duittttt....

    ReplyDelete
  2. alamakkkkk masuk free ride pun free??? kompem2 aku kena pi ni! hahahaha! tapi tak nampak pun ride2 nyer? ke kena masuk dlm2 lagi?

    ReplyDelete
  3. pernah gi Jerudong Park tahun 1997, masa tu happening sungguh sbb tengah celebrate birthday Sultan Brunei..sampai dalam fountain show, ada gambar Sultan Brunei..

    ReplyDelete
  4. AR : ko suka ek??

    HB : ada la.. ladang kuda apa semua ride roller coaster tu semua ada.. tu yang mahal kot... tapi apa la sangat 1 billion tu utk dia...

    celah gigi jer...

    Biq : ride tu semua dah usang.. ada kat dalam tu. xde org nak gi main.. cuma skrg ni malam malam je ada fountain show tu... hari tu aku malas nak menunggu. aku agak fountain show pun mcm pancutan ala ala jer.. hahahaha

    Nohas : back then maybe la one of the best... pastu tak jaga.. maintenance mahal sgt kot benda benda mcm ni..

    MKL : tak best tu subjective...

    ReplyDelete