Pages

Monday, September 23, 2013

Ada Apa Dengan Brunei? - 10 : Jubilee Hotel BSB & Malay Technology Museum, Brunei

Semua orang cakap travel ke Brunei mahal kan?

Memang pun ! 

Nak buat cemana sebab duit mereka mahal pada duit kita. Tapi standard la tu. Redha je lah.

Tapi, aku jumpa satu cara untuk minimize perbelanjaan di Brunei. Tak de la nak cakap 'murah' tapi at least boleh save duit lah.

Caranya??

OK. Macam ni. Kalau tak de penginapan di Bandar Seri Begawan. Tak de sedara mara. Sebatang kara dan mencari penginapan, sila stay di Jubilee Hotel. Hotel ni terletak betul betul di BSB.

Ini lah tempat penginapan aku di malam pertama di sana !


Tak de la gah mana hotelnya, tapi harganya kalau nak di kira agak mahal lah. Dalam RM200 satu malam. Tapi ... kalau stay kat sini, ada banyak perbelanjaan lain yang boleh kita kurangkan terutamanya kalau travel sorang sorang dan nak berjalan jalan di sekitar Brunei ni.

Tapi lagi !!!

Harga bilik tu aku duduk sebab aku ambik bilik single. Dia ada sharing room macam dorm, tapi kena tengok nasib la sebab kalau dia bagi bilik untuk 2 orang tapi tak de orang nak stay, still kena bayar bilik tu untuk 2 orang.

Apa apa check dulu harga biliknya.

Dan saksikan biliknya.

Ini kamarnya

Ok lah. Tak de la macam kamar pelacuran sangat

Viewnya

Awal awal Ashaari aku cakap, hotel ni bukan la paling bagus, tapi bilik dia cukup bersih. Harga sebanyak tu adalah kira murah untuk harga bilik di Brunei. Tapi apa yang lebih menarik, ianya menyediakan benda benda macam ni :

1. Breakfast.

Breakfast adalah standard tapi OK lah untuk mengisi perut. Pagi pagi ambik coupon kat kaunter reception pastu pegi cafe sebelah dan order la based on menu yang ada. Makan sampai kenyang.

2. Free Pick up di Airport.

Hah. Ni aku nak cakap ni. Sebabnya, tambang teksi dari airport lebih kurang BND25 ! Mahal tu. Tapi kalau stay kat hotel ni, sila hubungi mereka dengan email dan mereka akan pick up di airport. Siap terpampang nama kita besar besar.

See? Jimat dah belanja tu di samping dapat promo nama kita free sebab ada orang tunggu bawak sepanduk !

3. Ada Free Tour !!

Ni lagi best. So kalau stay sini, pagi pagi pegi je enroll kat reception tu sebab dia orang sediakan free tour ke beberapa tempat menarik sekitar Bandar Seri Begawan ni !

Antara tempat tempat yang di lawati.

Istana Nurul Iman

Masjid Kirong

Oh. Bukan. Kita tak naik BMW. Dia bawak naik van jer. !

Boleh ke Regalia walaupun dekat je dari hotel ni dan boleh jalan kaki pun sebenarnya

Dia bawak pusing pusing keliling bandar 

Free tour tu sejam je, tapi cukup memadai plus tempat di BSB dekat dekat je untuk di lawati.

Now lokasi hotel ni.

Lokasinya adalah sangat tak jauh dari Masjid Omar Ali. Nampak tu kubah masjid? Hah. Boleh menapak je.

Ini hotelnya. Jubilee Plaze Hotel

Kat bawah ada kedai runcit boleh beli jajan atau apa apa saja nak beli. No No No ! Rokok tiada di jual di sini !

Begitu la aku boleh suggest bagi sesiapa yang ke Brunei dan nak jimat cost sikit. Memang lah tak banyak tapi at least boleh lah.

Kalau jumpa hotel yang murah then rela nak naik bas jalan jalan keliling BSB pun OK jugak. Tak de masalah.

Dan. Dalam free tour yang di sediakan oleh pihak hotel ni. Tour sejam tu sebenarnya tempat dekat dekat je, tapi kalau nak jalan kaki agak jauh. Yang menariknya, di samping free tour tu, kita dibenarkan memilih satu lagi lokasi tempat yang kita nak pegi. So boleh pilih mana mana tempat yang kita nak pegi ( yang dia orang tak cover masa free tour ramai ramai tu), nanti dia orang akan hantar dan lepas sejam dua, buat janji dengan dia orang dan drebar akan datang pick up semula !

Haaa. Cantik tak Kak Ton?

* tetiba.

Maka. Aku hari tu memilih pegi ke Muzium Brunei. Tapi Muzium Brunei tu tutup. So aku pegi ke Malay Technology Muzium !


Tak de apa aku nak story pasal muzium ni. Tempat yang biasa biasa je. Memaparkan teknologi orang Melayu dalam kerja kerja seharian mereka terutamanya orang Melayu Brunei.

Muzium ni setinggi 4 tingkat dan masuk adalah percuma.

Masa aku pegi tak ramai orang, so aku melilau lilau sorang sorang diri dalam bangunan ni.

Papan tanda

Tangga naik ke atas

Ada rumah rumah tradisional Melayu dalam ni

Pameran hasil kerja mereka

Pertukangan dan sebagainya

Hasil seni

Kerja kayu

Tenunan songket

Kerja kerja kampung

Dan kerja kerja pertanian

Tak de apa yang menarik sangat just pameran pameran biasa jer.

Tapi tempat ni memang la sunyi. Time aku pegi tu tak de orang lain. Keluar masuk dewan pameran sampai la kat tingkat atas sekali tu, masuk satu ruang pameran tu, beberapa kali aku terkejut sebab banyak sangat patung patung. 

Tetiba corner perasan macam orang.

Serious macam hidup pulak dia orang ni. Seriau aku jadinya. Sudahnya aku turun je. Tak nak la duduk lama lama. Terasa banyak mata je memandang.....

Tatooooot !

Dah. Tu je.

Kalau ke sana boleh singgah. Tapi kalau tempat lain nak pegi atau acara apa apa, boleh je skip tempat ni sebab tak de apa sangat pun.

Tapi sebab aku dah tak tau nak ke mana yang dekat dekat masa tu so aku pilih la tempat ni. Lagi pun Muzium Brunei tu tutup pulak.

Anyway, sambung pasal Jubilee Hotel tadi, dia orang juga ada menyediakan penghantaran ke airport kalau nak balik.

See??

Jimat lagi BND25. Dah la nak dapat teksi di Brunei ni payah. Teksi tak banyak dan kalau ada mostly dia orang tunggu di airport sana.

Sebab aku cuma bermalam 1 malam je di sini dan malam ke dua aku dah pindah ke hotel lain, so tak boleh lah dia orang antar ke airport. Tapi aku rasa servis tu agak berbaloi baloi dan tak semua hotel bagi free services macam ni.

Tapi !! Kena tanya receptionist tu pasal free pick up and free tour ni sebab kadang kadang dia orang tak kasi tau pun. Aku tau pun thru website dan dia orang sendiri pun ada sediakan transport berbayar. Ada jugak aku nampak family family yang tak tau so dia orang pegi sewa transport dengan hotel ni untuk bawak mereka berjalan. Kan dah rugi jer. Tapi tak pe lah. Nak buat cemana, tak de rezeki lah tu.

Jadi?

Hotel ni adalah option terbaik kalau ke Brunei.... Not the best hotel in town but they do offer a lot of free services.

So menjawab soalan aku merayau dengan apa. Jawapannya dengan van dari hotel ni lah. Bersama sama aku ada mat salleh dan sorang pompuan pinoy. Bukan main gedik pinoy tu ngorat mat salleh tu.

* sila abaikan kalau terbit nada nada cemburu di situ

bersambung...........

22 comments:

  1. ko xde gambo pinoy yg gedix tu ke meng?? ahaksss...

    dari ayat2 ko kat atas, mmg nampak brunei ni xde apa2..ahahahaha

    ReplyDelete
  2. HB : Kau jangan demotivated org nak ke brunei..

    mana tau bertemu jodoh dgn org brunei.. haaaaa?

    ReplyDelete
  3. weh...kalo dgn rega bilik tu dpt sume free itu ini, aku rasa berbaloi kot...cuma dpt naik van tak naik bmw je la HAHAHAHA!

    aku bgtau sekupang ko ckp takde jual rokok or blh isap rokok kat sana...dia kata, huih nasib baik dah benti...AKU TATAU PLAK DIA DAH BENTIIIII hahaha!

    ReplyDelete
  4. meng,

    next time boleh consider duduk sini..

    thn lps aku pg, duduk kt youth hostel..15 dollar kot sehari..ke berape...xigt dh aku..

    naik bas 1dollar dr epot..blk pun naik bas..jalan2 sane byk naik bas jgk n jalan kaki..kurus tak mak? tp makan pn boleh thn byk gak..huhu

    ReplyDelete
  5. Memang brunei tak jual rokok ek? emm kagum jap..awat malaysia tak buat cam tu! kalau tak save duit ko meng, tak yah susah2 nk beli rokok kekekeke..

    ReplyDelete
  6. Biq : CEMANA SKUPANG BOLEH QUIT??

    * nah. siap caps lagi.

    hahahah

    * tak puas hati aku org senang2 je berenti merokok ni...

    DATT : kurus jugak la.. lagi lagi kalau cuaca panas berdenting.. hotel ni location dia bagus dan tu la.. banyak free service.. dan banyak pekerja pinoy..

    CNa : tak de.. berhenti berharap la kalau nak beli rokok kat brunei ni... kalau tak merokok, aku kumpul duit nak gi RTW laaa..

    HB : ada gambar pinoy dgn mat salleh buruk tu kat entry Istana Nurul Iman aku.. terselit mereka berdua dlm 1 gambar tu..

    tapi kalau kau tenung2 pun mesti tak memberahikan....

    ReplyDelete
  7. maklum la isap rokok since form 2 kat asrama...agak tegar la kan...dah kawin, ada la on n off dia penah cuba benti kalo demam teruk...tapi slalunya dia hisap blk la...but a bit social.

    ok, agak 18sx la keterangan aku ni. ready ye? hahaha! sejak aku ada isi lah aku sound dia berkali2 yg sperm dia kang takde kepala la putus ekor la HAHAHAHA so dia slow2 smoke sebatang dua SAMPAI la tiba2 eh dia benti masa lepas gi Langkawi ngan bebudak TravelholicAwesome :D tapi sbb kitorang dah lama tak travel...aku TATAU la plak kot nanti travel, angin sejuk menyapa, dia hisap balik! ha itu jam, dgn aku aku skali hisap rokok sama! hahahahahahahahaha!

    ko kena gigih meng....gigih! kalo tak ko akan jadi mcm Pak Ein...sampai ke tua la hisap rokok! hahaha! (patu sorok2 offer kat menantu, pfft!)

    ReplyDelete
  8. Biq : Tu la. aku ni mencari kekuatan.... kena minum air bacaan mak esah

    * mati la mak esah rap rupanya kat air tu...

    ReplyDelete
  9. bawak2 la berubat kat mak esah ye HAHAHAHAHA!

    *mak esah duk dpn air sambil sila panggung dan isap rokok balut...patu letak weed skit...layanzzzz*

    ReplyDelete
  10. kasik weed weng terus... pengeras mahal tak?

    aci pakai bonuslink tak dpt point????

    ReplyDelete
  11. eh sama lah!
    i pegi brunei dulu pun stay kat jubilee hotel ni.
    berpinau bijik mata google cari hotel paling murah he he..

    ReplyDelete
  12. meng, soklan...

    yg ko gi merata2 sampai jerudung park and all the masjids and pantai tu, still naik van hotel tu kah?

    blh dok kalo sewa keta pandu sendri kat sana? aku tak pasti la sbb tak silap sana bukan commonwealth kan? kata la takde keta or tour, apa lagi cara lain (teksi ke, apa ke, kecuali jalan kaki)?

    sila jwb ye, mak esah nak bakar kemenyan ni malam ni!

    ReplyDelete
  13. biq : boleh sewa kereta sendiri. nak senang sewa dari miri dan bawak masuk ke brunei..

    boleh round sesuka hati...

    naik teksi pun boleh..

    kalau kat hotel pun buleh tanya pak guard ke apa dia org ada buat side business jugak bawak jalan jalan.. kena kautim la sikit bayar..

    MAK ESAH NAK GI BRUNEI????????????????

    ReplyDelete
  14. meng, aku tgh bakar2 kemenyan lagi ni sbb smlm tgk tiket murah vavavom tapi arini nak beli tetiba naik menyinga! vavies sgt! aku ada gak tgk tiket miri tadi ikut cara ko cakap tu, sama gak agak menyinga...aku tensi! tensi! tensi! doakan aku!

    ps: menyinga tu takde la teruk sgt cuma cam bengang la smlm murah!!! dah abis sume location dekat2 ni aku tekan button...haihhhhh!

    ReplyDelete
  15. cemana rupa menyinga tu?

    hahaha..

    AA memang mcm tu.

    1. clear cache..
    2. check balik guna pc lain..

    cuba lagik ! good luck.

    ReplyDelete
  16. ala mcm muka miley cyrus la senang cite hahaha *petik sukati jer*

    jgn kata clear cache, guna pc lain bagai meng oiiii...ko ni, aku keje IT kot hahaha! biasa la last minit tup2 dia saja la nak patahkan semangat waja aku niiii...haih nampak gaya road trip dlm mesia je laaaaaaa...pfft!

    ReplyDelete
  17. yeay meng! kitorang confirm buat keje gile, terjah brunei dalam masa sehari! *tepuk dahi sendri*

    aku akan duk jubilee gak, sbb AAGo nyer package lagi murah dr amik asing2...blasahhhh!

    ReplyDelete
  18. oh aku lupa kau org IT. hahahah....

    so dpt dah? belasah la sehari pun. make the best out of it..

    ReplyDelete
  19. dah pulangggggggg hahaha! gile lah! mmg dah mcm amazing race sambil bawak perut! tgk map, drive, sampai, amik gambo :)

    best weh, minyak murah, makan murah, hotel n flight je mahai sbb nak sgt pegi kan hahaha...

    nantikan kemunculan post2 ku yg tak seberapa tu kahkah! yg penting, FM mahai menyinga!

    ReplyDelete
  20. cepat update !!

    nak tau trip amazing race ke brunei nih !

    * urut dada sendiri yang tengah berdebar debar

    ReplyDelete