Pages

Tuesday, August 13, 2013

Trip Mabuhay 01 : Angeles City - Arrival

Akhirnya........... kini pasti. Ku menemui.. na na na cinta yang suci.

* campak ulam ulaman pada Kak Nita.

"Makan ulam ulaman ni 3 lori untuk kekal cantik dan jelita. Makan sekali paku pakis dan periuk kera macam Kak Nita untuk tampil lebih bertenaga di atas pentas"

* begitu tips Kak Nita menjaga kecantikan sebagai intro.

Well. Sudah agak lama entry ni terperap. Aku ni bab bab edit gambar rajin je. Sebab aku buat secara auto. Edit by batch je pastu taraaaaaa... siap ! Nak buat satu satu aku memang malas.

Tapi lebih malas bila nak start taip entry. Tapi kemalasan ini tak boleh lama lama. Nanti aku tak senang duduk dan terasa berhutang dengan diri sendiri. Tambah tambah lagi kalau aku biarkan lama lama, aku akan jadi dungu nak ingat semua benda benda dalam trip yang lepas.

Maklum lah. Banyak lagi trip akan datang. Nak pegi bulan. Nak pegi Marikh. Trip ke Maxis Center. Pegi bayar bil IWK. Banyak tempat tu. 

Jadi, aku kena rajin rajinkan diri. Orang kata, pelan pelan je. Lama lama siap jugak.  

Apa apa pun, ini lah permulaan kunjungan ke 2 aku ke Filipina selepas berjaya menjejakkan kaki ke Manila dan Taal Volcano pada tahun 2012.

Dulu aku dah janji, Phillipines ni, kalau nak ke Manila aku dah malas unless pasal kerja. Tapi kalau ke tempat tempat lain di sana. Insya Allah. Sebab aku pun belum abis explore. Nak jalan pun bukan ada banyak masa. So mana yang ada, aku settlekan dulu.

Dan begitu lah, trip kali ni aku dah beli sebenarnya lebih awal dari tiket ke Manila aku tu. Asalnya aku memang beli 2 trip ke Filipina ni, satu untuk ke El Nido, dan satu lagi ke Boracay. Masa tu Air Asia Phillipines baru nak start, so aku grab tiket termurah ke sana.

Malangnya trip ke El Nido terpaksa di batalkan sebab route suspended. Kejam betul Air Asia Ph ni buat impian aku tak terlaksana. Tinggal trip Boracay ni je lah.

Dan lepas tu baru la aku beli tiket pegi Manila tu dengan harapan nak sampai Manila je. Alhamdulillah, dah sampai dah, dan tak nak pi sana lagi kecuali Megan Fox ajak dating di Manila secara FOC. Tu exceptional !

Satu persatu aku langsaikan trip trip yang ada untuk memuaskan nafsu serakah sendiri, akhirnya trip ke Boracay ini sampai juga masanya.

Memang masa aku beli tiket ni aku dah budget jugak timing dia sebab ada connecting flight dari Clark. In all, aku ada 5 hari kesemuanya tapi sebab timing flight ke Boracay tu macam tak click dengan flight dari LCCT, maka terpaksa la aku kosongnya sedikit ruang buat bernafas, waktu sampai dan waktu nak balik.

Atas kertas memang aku dah nampak hassle nya nak sampai ke Boracay ni. Tapi panggilan angin pantai dan ombak di salah satu pulau tercantik di dunia itu mengatasi segala galanya. Lagi pun, tiket aku beli agak murah.

LCCT - Clark - LCCT = RM115. Clark - Kalibo - Clark = RM32 ! Campur campur tak sampai pun RM150. Mana nak dapat lagi tu?

Terima kasih Air Asia.

* peluk muncung kapal terbang, pastu lari peluk stewardess paling cun

"Eh. kau kenapa ada halkum?"

Jeng Jeng Jeng..........................

Kan aku dah cakap, aku ni tak boleh menaip. Jari aku yang mungil ni laju je kang...................

Ayuh kita mulakan.

Suasana senja menuju ke LCCT

Sebab trip ni agak lama, lebih kurang 4 malam. Jadi aku tak de lah bagitau OR awal awal. Takut kena sound. 2 minggu sebelum pegi tu baru aku cakap nak pegi Boracay tapi tak cakap berapa lama. Tapi dia OK sebab aku tak jadi pegi Padang hari tu ( sebab nya malas nak bangun pagi dan pegi airport ).

Dah seminggu nak pegi tu baru aku bagitau dia.

"Yang. Saya nak pegi Boracay ni 5 hari tau"
"Lama nya. Tak cakap pun?"
"Kan dah cakap hari tu?"
"Tak de. Awak cakap nak pegi Boracay je. Tak cakap pun 5 hari"
"Ala.. 5 hari tu kejap je. 4 malam je"

Muncung.

Apa apa pun, ada aku kesah kalau dia tak bagi? Hahaha. Tapi aku tau dia mesti bagi punya. So selesai masalah tanpa perlu memujuk rayu. Kalau merajuk pun, aku bukan jenis yang pujuk. Aku buat stone je sudah sudahnya, sapa jugak yang kena tinggal?

* cengkerik berbunyi riang

Oh. Bab bab ni jangan contohi aku sebab aku terjal sikit.

Petang hari berlepas tu, OR yang hantar aku ke airport. Petang tu sempat keluar gi tengok IronMan 3 kat IMAX, pastu gi beli barang dapur dan settlekan apa yang patut dulu. 

Flight pukul 8.50 malam ke Clark.

Sampai airport, aku terus boarding. Beli rokok dan menunggu.................


Air Asia Ph ni memang janji manismu kuat lah. 

Dah la puluh puluh kali dia orang retime flight ni. Nasib la flight aku ke Kalibo tu besok. Buatnya aku ambik flight terus, mampus kering aku tersadai tak boleh sampai ke Boracay. Nak beli tiket lain dah mahal dah.

Masa kat airport, annoucement kata, flight delayed lagi. Cis !

Sempat aku pegi beli roti buat bekal dalam flight sebab flight time 3 jam 40 minit tu agak lama. Kang aku kelaparan. Beli roti dengan air dekat kedai Pusrawi tu pastu seludup dalam beg bawak naik flight. Aku travel light so memang tak de luggage check in pun.

Janji 8.50 malam. Pukul 9.30 malam baru la panggil. Kentut betul lah.

Putrajaya dari udara

Sepanjang flight tak de apa boleh di buat. Aku duduk belakang, tapi flight agak penuh. So sebelah aku ada 2 minah dok layan tengok Glee kat Ipad.

Nasib aku sebelah tingkap. Cuba cuba nak bersandar kat tingkap, terdengar pulak mamat belakang pasang cerita Tamil jugak. Dah la tak guna ear phone.

Bangang betul.

Dah, aku rasa macam naik flight nak pegi India !

Sudahnya aku layan Ipod, layan perasaan, layan apa yang boleh di layan dan akhirnya, pesawat airbus 320 berjaya membuat pendaratan dengan selamat di Diosdado Macapagal International Airport, Clark.

Yahuuuuu !

Tau sampai pukul berapa? 1.20 pagi !!!!

Nasib la aku pernah ada experience sampai sini lewat malam so kali ni tak de la risau sangat. Cuma nak cari transport untuk ke hotel penginapan jer.

Keluar keluar je, dah sedia menanti......................

Limousine.

"Thank you. Thank you. Good to see you. I go first. My limo is waiting......"

* salam salam orang kiri kanan.

Tetttttttttttttttttttttt

Jangan harap lah. Tu bukan limosine untuk aku. Itu untuk sapa pun tak tau. Sedar diri. Hadapi reality. Transport aku cuma Jeepney atau pun teksi. Tu pun belum cari !

* wah ber-rhythm rhythm ayat aku

Aku melilau nak naik Jeepney. Aku tanya mamat Jeepney tu kata dia tak hantar sampai ke Tune Hotel. Sampai Main Gate je dengan tambang PHP50. Pastu kena naik tricycle ke Tune PHP100. Tambang semua PHP 150 ( RM11).

Sebelum tu aku tanya teksi, dia cakap PHP300 (RM21) sampai Tune Hotel.

Mamat Jeepney tu siap cakap, dia boleh hantar aku straight ke Tune Hotel dengan bayaran PHP200. Abis murah la tu dia cakap.

Hahaha. Macam cakap Melayu je.

Murah lah 100 Peso dari naik teksi kan? RM 7 jugak tu.

Then aku fikir, ni waktu malam. Pukul 2 pagi. Di tempat yang aku tak berapa familiar. Aku tak nak ambik risk bukan bukan, baik je aku ambik teksi sebab aku rasa selamat. Bayar lebih sikit tapi at least, aku rasa tenang di hati.

"Taxi !!!"

Mamat Jeepney tu bengang gila dengan aku. Pegi mampus lah ! Kalau dia culik aku? Jual aku kat kedai besi buruk? Paksa aku jadi amah di hospital di Filipina? Hah.. Tak ke naya?

Eh. Tua tua pun aku still bergetah dan laku okeh..... ( laku kalau timbang kati )


Akhirnya tak sampai 20 minit, teksi turunkan aku betul betul depan Tune Hotel. Aku sampai dah dekat pukul 2 pagi. Guard tekan lif, naik ke lobby di tingkat atas. Aku check in, then dapat bilik.

Argh. 

Bestnya. Dapat betul betulkan urat saraf.

Receptionist yang tak berapa mesra. May be dia mengantuk kot.

Lobby yang agak mengancam

Bilik Tune Hotel yang kecil dan comel

Toiletries. Oh. BTW  beg merah tu boleh di paw tanpa perlu rasa bersalah. Sila sila !

Tak de apa yang aku nak review pasal Tune Hotel Clark ni. 

Kalau untuk persinggahan boleh je lah. Harga bilik pun, all in rasanya OK. Dalam RM93. Location dia pun OK la tak berapa jauh dari tempat tempat lain di Clark ni termasuk la airport.

Yang tak menariknya bagi aku, baru sempat melabuhkan bontot yang belum hilang kebas naik flight tadi ni, 2 jam setengah lepas tu aku terpaksa bangkit. Solat dulu, siap siap mandi dan terus check out.

Gila check in hotel 3 jam pastu check out ! Macam datang untuk melanggan kupu kupu malam jer. 

Sebenarnya aku ada plan lain. Tapi aku book hotel ni dulu sebelum decided nak proceed dengan plan aku ni. So nak tak nak, memang jadi tempat persinggahan sekejap je lah. Boleh la aku berehat jugak, mandi dan apa semua. Lagipun pick up tu kena ambik kat hotel, kalau dia aci ambik kat airport tak pe lah jugak. Moralnya di sini, kena planning betul betul..... Initially aku memang tak de berhajat ke Pinatubo pun, tapi bila check balik, flight aku ke Kalibo cuma pukul 6 petang esok ! Jadi aku ada masa. Riki riki apa yang patut, rasanya sempat lah untuk aku isi masa yang ada ni trekking ke Pinatubo ni.

Apa apa pun, aku kena bersiap sedia. Dengan tidur tak cukup. Perut agak kelaparan juga. 

Check out dan turun bawah tunggu pick up sampai untuk ke Mount Pinatubo !

Dekat Tune Hotel ada package tour ke Pinatubo jugak, tapi harga agak mahal sikit dari yang aku book dan kaunter ni bukak opis hour sahaja.

Turun ke lobby, tepat jam 5 pagi. Sebuah 4x4 sedia menanti ...............

Akhirnya kini pasti Gunung Pinatubo, bakal aku jejaki......



Ketika hati ku di lukai akibat cinta
Tak ku duga oh tanpa ku sedari
Menjelma dia...
Bersama manis bicara
Terasa bayu asmara
Bolehkah ku bercinta lagi sangsi berkata

Walau ku manis diarus curiga melangkah jua
Ingin ku melupai segala cerita lama
Semakin hari berlalu semakin cinta berpadu
Lembutnya kilauan sinar cahaya hatinya

Akhirnya kini pasti
Ku merasai cinta nan suci
Bahagia pabila ku bersama
Sungguh indahnya
Hadir dirinya suatu kurnia
Daku gembira... auw !

Semakin hari berlalu
Semakin cinta berpadu
Lembutnya kilauan sinar
Cahaya hatinya

Akhirnya kini pasti
Ku merasai cinta nan suci
Bahagia pabila ku bersama
Sungguh indahnya

Akhirnya kini pasti
Ku menemui cinta abadi
Akhir kini ku kembali jua alam asmara
Akhirnya

bersambung...............

10 comments:

  1. hamagad! hamagad! ko dah start blog trip ni! sexcited weh! tak sabra!

    hahahaha!

    sila teruskan, sila, sila *lap muncung kapal terbang kasi kilat*

    ReplyDelete
  2. Yeahhh...boracay ko datang...hehehe

    ReplyDelete
  3. biq : kenapa tak SABRA???? sila la SABRA.... ( aku tau kau makan lemang banyak sgt ni kan? )

    HB : dah pulang ! hahaha

    DATT : SABRA................!

    ReplyDelete
  4. Alaaaaa Boracay idaman kalbu... Sobs sobs.. *korek2 tabung gajah***

    ReplyDelete
  5. Ohh mak i, murohnya tiket

    kesian pada OR..selalu kena tggal kan

    mount pinatubo?..mcm mano rupo nya eh..tak sobar nk tgk nih

    ReplyDelete
  6. ye la dah sexcited sgt, kena la guna ayat penyambung ada bra diblakang nyer HAHAHA!

    aku dah takde bahan nk blog sbb takde trip! pfft! so sila kuarkan boracay ko dtg ni tiap2 ari! berdebar2 tunggu...

    ReplyDelete
  7. I : setakat korek je tak jalan.. kena ada isi dowh...

    JM : dia yang tak moh ikut, gi manila tu ada je tiket utk dia, tapi dia tak nak pi, burn la.. next month ada trip sekali dgn dia jugak, tu pun dia buat mcm bo layan je. aku rasa burn lagi la kot tiket tu nanti...

    Biq : Memang dah susun .. sederet sampai ujung bulan.. harap ber suBRA maniam..... ( aci kan ada BRA mcm tu?)

    oi entry raya takkan tak de.. tipu ler tu

    ReplyDelete
  8. tour ke mt pinatubo tu kenapa mahal sangat...sob sobb

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... mahal macam bedil.

      tapi tu dulu. cuba la contact mereka kot harga sekarang dah mampu daki ker

      Delete