Pages

Tuesday, August 6, 2013

Subang Parade : Shopping Raya - Part 1

Meh aku nak cerita aktiviti shopping raya yang tak menjadi nyata.

Gambar gambar dalam ni semua aku cedok google sebab aku tak de mood nak ambik gambar. Plus orang ramai sangat aku jadi segan ler pulak. Lagi pun tak de mood sebab aku mengalami kemurungan jiwa selepas melihat orang ramai gila.

Kami ke PKNS Shah Alam dulu. Punya la lama tak ke sana. Tup tup sampai sana tengok orang ya ampun. Ramai gila. Parking pun payah nak jumpa. Berpusing pusing jugak la. Last sekali dapat jugak, tu pun park celah celah pokok.

Aku ni kalau ramai ramai orang cepat pening. Bila dah pening tak de mood. Last sekali aku biar je OR jalan tengok tengok dan aku keluar lepak lepak kat tangga. Agak bosan lepak kat tangga di bulan puasa sebab tak boleh merokok.

Lama jugak la aku menunggu. Last last OR call. 

Apa dapat?

Tak de apa ! Satu je baju Anak Dara dia beli.

Budak budak pun lesu je pegi tempat ramai ramai macam ni. Aku lebih lebih lagi. Mengalahkan baby yang tak cukup tidur. Mood terus tak tentu hala.

Last sekali blah dari PKNS. Misi adalah gagal nak mencari baju melayu di situ. Tak jumpa warna yang nak, pastu tak tau nak pilih yang mana. Banyak sangat pilihan pun payah jugak. Mostly tak jumpa yang berkenan.

So kami plan nak ke Parkson je. Memang dah plan nak ke Setia City Mall. Tup tup terlepas exit. 

Padah !

Sudahnya. Sampai Subang Parade.


Tapi misi shopping macam gagal di sini. Anak Dara mengamuk nak patung Barney. Padahal dah macam macam binatang dah kat rumah tu. Silap silap aku boleh bukak Zoo.

Hero pulak lain aku suruh dia cari, lain yang di cari nya.

Sedar sedar datang tunjuk.

"Papa.. Nak ni"
"Apa ni?"

Senyap.

Robot Bidaman lagi !!! Ayooo. Mana aku tak pitam.

"Mainan Papa tak nak beli !!"

Senyap.

Last sekali dia pegi pujuk ibu dia. Dapat jugak. Aku perati dari jauh je. Gigih dia pegi bayar sendiri pastu sorok dalam beg ibu dia. Aku nampak je tapi malas nak ambik pot. Pastu dia menyorok belakang ibu dia takut aku marah.

Memang la boleh mengundang marah.

Last sekali. Langkah langkah memujuk.

"Papa. Hero dah jumpa seluar Hero suka"
"Mana?"

Aku excited. Sebab dah pening. Aku nak bagi hak dia pilih sendiri apa dia nak, color apa dia mahu. Last last dia datang bawak seluar pendek.

Seluar tido Ninjago !

* Papa rebah sekali lagi kat Parkson


"Nak beraya dengan seluar cenggini?"

Pening Papa.

Last sekali. OR bawak Anak Dara cari baju budak kecik tu dan aku bawak Hero. Pilih pilih. Tarik dia ke tempat fitting.

Fitting room pun penuh. Last sekali tukar kat situ je. Dapat jugak akhirnya 2 helai seluar, 3 helai baju untuk dia. Plus seluar Ninjago tu. Anak Dara cuma dapat 2 helai baju je.  

Bayar dan balik !!!

Sampai kat kereta, Hero tanya.

"Susah jugak cari baju raya kan Papa?"
"Hmm tau tak per"

Ergh.

So aku agak kecewa. Last sekali OR bawak Hero pegi cari baju Melayu kat carnival dekat dengan rumah je malam lepas tu. Jumpa la kot tapi dia kata kain tu panas. Aku baru ingat nak ajak ke Jakel cari kat sana je dan pegi H&M beli baju raya kat sana. Boleh laa feeling feeling Apron Aziz pakai baju dari Jakel dok?

Kena plan balik semula. Kalau tak gagal lagi. Nak shopping raya ni, dalaman kena kuat. Kuat walaupun nampak ramai orang depan mata tapi relaks je. acting cool macam kita je yang berada di situ.

Aci?

Kesimpulannya misiku kuza shopping raya part 1 adalah tidak berapa berjaya, try part 2.

6 comments:

  1. wahhhh sampai ke PKNS ko gi shopping.. skang mmg tepu kat PKNS/AC/SACC ramaiiiiiii gile org, aku just drop kan OR aku pastu aku cari parking jauhhhh dari situ...lepas dia dh dpt apa yg dia nak call aku..aku ambek tempat aku turunkan dia...hehehe

    thn ni aku x beli baju raya apa pun recycle thn lepas punya hahahaha...

    ReplyDelete
  2. HB : aku pun x beli apa apa.. pegi PKNS tu sebab konon nak lari dari jalan TAR..

    terkono jugak den.

    tak pe la. setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini !

    ReplyDelete
  3. Abang Meng

    Tiru macam saya... Shopping online ja. Hehehe... Busy kekdahnya...

    Sobs...

    ReplyDelete
  4. dok buleh FJ.. anok anok nok kena fitting !

    kalau boleh fax anak utk fitting online aci jugak kan? hahaha..

    aku ckp dgn OR nak cari peplum utk anak dara macam FJ.. OR cakap.

    sapa FJ??

    hahahahaha

    ReplyDelete
  5. weiii...FJ kan dh pemesss...masuk soratkabo lagik...suruh la OR ko baca soratkabo Meng...ada belon lagik hehehe kan FJ kan kann?? hahaha...

    Ah Meng dan FJ masih kerja ke? iols esok pon masih keje..sob sobb

    ReplyDelete
  6. aku x keje dah.. tgh standby nak balik italy. huhuhuhuhu

    ReplyDelete