Pages

Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya 2013



Kuih Koci Kuih Sekaya
Cantik Di Potong Bersegi Segi
Bangun Awal di Pagi Raya
Jangan Lupa Gosok Gigi

Tetak Buluh Panjang Suluh
Mari Jolok Sarang Penyengat
Hamba Memohon Jari Sepuluh
Mohon Maaf Dan Ucap Selamat

Berbaju Melayu Bercicin Suasa
Hendak Beraya Ke Melawati
Andai Ada Salah Bahasa
Mohon Maaf Semurni Hati

Pohon Tinggi Tidak Berduri
Burung Punai Terbang Tinggi
Meriah Raya di Aidilfitri
Jemput la Datang ke Planet Kripton Kalau berani

Anak Anak Bermain Guli
Guli Di Simpan Di Dalam Peti
Even Tak Kenal Personally
Gurauan Jangan Di Simpan Di Hati

Limau Purut Daunnya Muda
Di Kirim Orang Ke Pulau Gaya
Kad Raya Memang Dah Tak De.
Post Kat Blog Je Lah Kira Grand Jugak Ya... 

Balik Raya Naik Jet
Bawak Bersama Kuih Tart
Nak Bagi Duit Raya Takde Bajet
Kirim Doa Semoga Sejahtera Pun OK What

Kayuh Perahu Sampai Seberang
Singgah Bermalam Di Rumah Orang
Ramadhan Mengajar Erti Kesyukuran
Aidilfitri di Sambut Riang

Ronda Ronda Naik Kereta
Singgah Membeli Si Buah Naga
Maaf Bermaafan Sesama Kita
Ikhlas Dari Supermeng Malaya & Keluarga

Usha Awek Cun Cun
Lagi Best Kalau Yang Kaya
Jangan Sukahati Je Main Mercun
Dan Berhati Hatilah Di Jalan Raya



Inilah hari yang berbahagia
Semoga semua dalam gembira
Lama sudah kita nantikan
Lerailah semua jiwa insan

Si miskin kais pagi makan pagi
Tak mungkin dapat menghiburkan hati
Kerananya tak berkemampuan
Alangkah sedihnya mereka

Marilah kita berdoa
Sempena hari yang yang mulia
Jangan kita asyik gembira
Oh insaflah pada yang tiada

Sempena hari yang mulia ini
Tinggikan budi dan juga pribadi
Dengarkanlah saudara budiman
Laguku di hari yang mulia

Salam Aidilfitri.............

3 comments:

  1. selamat hari raya abg meng! maaf zahir batin! jgn makan banyak2 nnt kene gout! hiks.

    ReplyDelete
  2. tq HF. makan apa boleh gout tu???

    FJ : ambik je la.. ok je

    ReplyDelete