Pages

Wednesday, July 24, 2013

Urut Kaki Manjakan Kaki

Masterchoi cuti jap sebab semua artis sibuk dan tak sempat memasak.

Kali ni aku nak bawak pegi urut kaki !

Tak mahu?

Tak mahu sudah. Kalau mahu sila pegi dan bayar sendiri. Sebelum tu ulur kaki dulu nak check kuku kaki bercagu ke tidak.

Aku ni jarang urut urut kaki ni. Rasanya last sekali aku urut kaki masa kat Shenzen, China. Tu pun sebab letih berjalan plus saja buang buang masa so pegi la berurut. Urut betul tu, tak de hanky pangky punya.

Baru baru ni berkesempatan aku pegi rumah sedara mara masa sebelum puasa hari tu lagi. Pegi melawat dan beramah tamah buat seketika pastu pegi la kat Aeon Big. Dulu tempat ni dikenali sebagai Carrefour, tapi dah tukar nama dah. Sebab apa aku tak tau tapi ianya terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras !

Manjanya kaki

Aku sebenarnya tak de plan pun. Time jalan jalan keliling Aeon Big tu singgah beli barang pastu ternampak. pusat urut kaki Manjakaki.

OR cakap.

"Urut kaki nak Yang?"
"Hmmm"

Rasa macam antara nak dengan tak nak. Tapi budak budak sibuk nak pegi main lah, nak berak lah, tukar pampers lah, So OR bawak dia orang pegi toilet dulu dan aku tunggu kat situ.

Maaf Kakak. Terpromo free

Urut kaki sekejap je. 30 minit. Harga RM20. Kira OK lah. Aku setuju.


Nampak tempat ni macam OK jugak. Aku siap call OR suruh pegi ambik kamera dalam kereta. Hahaha. Gigih nak mencapap.

Ada ramai jugak pelanggan. Lelaki dan pompuan.

Sebab aku dulu, pekerja dia suruh gi cuci kaki. 

* sorok kaki bercagu

Tapi dia yang cuci kan lah, siap basuh dengan garam. Aku buat bodo je lah. Jarang experience bebenda ni. Tapi masa kat China dulu ada jugak kot dia cuci kan, tapi sebab dah lama. Aku agak melupakan.


Selepas kaki di cuci, so ambik port la.

Duduk di kerusi dan di urut oleh pekerja dia. Pekerja dia lelaki. Kecik je budak tu tapi dia punya urut. Mak ai..

Ada few times aku rasa macam.

"Dik. Stop  ! Stop !!!"

Hahaha. Tapi tahan la buat muka bengis. Padahal dalam hati nak meraung.

Pastu OR datang. Anak Dara tengok aku kena urut dia lak yang meraung. Mesti dia tengok Papa dia kena torture penuh penyiksaan. Hahaha. Pastu dia tak nak duduk dekat dekat.

Memang sakit betul la. Budak tu kata kalau sakit bila di urut, maknanya banyak penyakit. Hmmm tu la tanda tanda penuaan tu. Terima hakikat. Tapi sedap jugak lepas dia urut tu. Paling sakit bila dia urut betis aku.

"Yang.. Sakitnya. Macam nak terberanak !!"
"Awak tau ke sakit beranak tu cemana?"
"Ntah.. Dah sakit sangat ni"

Budak urut tu gelak je. Motip gelak.

"Kau kenapa gelak? Kau tau ke sakit nak beranak tu cemana??"

* mati la budak tu makin kuat gelak

Anyway, aku rasa lepas di urut tu lega sikit. Memang terasa betul la budak tu urut. So aku syorkan tempat ni. Aku rasa terbaek walaupun aku jarang experience. At least dia tahu bila dia tekan tu kita sakit dan dia akan bagitau sakit apa.

Apa apa pun layan sikit gambar lagi.

Lepas aku siap then OR pulak. Turn aku jaga budak budak.

Ni tempat urut. Sorry Bro terpaksa mencapap dalam blog ni. Hehehe

Pastu di beri air chinese tea. 

Hero beriya nak minum. Pastu dia rasa sikit terus cepat cepat berlari ke sinki nak buang balik. 

"Tak sedapnya air ni Papa"

Chinese Tea memang la tak manis. Sapa suruh minum. Kan?


Ada jual jugak teh teh Cina kalau nak beli. Aku tak beli pun. Lepas OR berurut aku bawak budak budak keluar dan turun ke bawah.

Dia orang dah tak sabar sabar nak naik kereta macam Go Kart ni.

Tapi serious aku recommend tempat urut Manjakaki ni. Ada urut badan, urut kaki dan urut urut lain jugak la kot. Tapi jangan takut tempat ni suci. Kalau nak yang tak suci, jangan tanya aku. Aku tak tahu....

Harga varies, aku lupa nak ambik phamplets.

Dia orang ada cawangan di tempat lain jugak. Apa apa pun check website mereka ni.

MANJAKAKI

Lepas tu layan budak budak main je lah.

Steady macam Papa. Cepat lak tu pandai. Suruh tekan kaki siap reverse reverse lagi ( lepas langgar tayar tepi tu berkali kali )

Halusnya lah tuan empunya badan compared dengan kereta ni

Yang ni memang tak boleh di nasihat. Main belasah ikut suka dia jer


Demikian sepetang acara bawak budak budak bersuka ria dan Papa memanjakan kaki sendiri di kedai Manjakaki ! Rasa macam teringin nak pegi lagi.

Pastu ke Kajang nak makan Sate Willy tapi dah abis.

Kejam ! Aku dah lama teringin nak makan sate tu.

* menangis keluar kuah kacang

Sapa nak cuba berbekam atau urut urutan di Manjakaki tu, boleh cuba. Highly recommended.

15 comments:

  1. oo..best ni manjakaki..tq tq..kalau TL ciku nak bawakkan nnt boleh singgah..hihi

    ReplyDelete
  2. bestnyee urut2..
    kat bwh opis ni pun ada Manjakaki.. since bukak tapenah jejak.. but bace ko punye blog ni cam berkobar2 nak try.. *tapi takut org tu kene sepak.. taktahan geli.. hahhaa..

    btw, aku ingat kat Aeon/Carefour Shah Alam je ada Go kart cinonet ni.. memane Aeon pun ada gak eh..

    ReplyDelete
  3. manjakani...opsssss..manjakaki...eh...kan superman..takkan sakit kot heeeeee..abisss lah JM lepas ni

    ReplyDelete
  4. Aeon kan beli carrefour sbb tu dh tukar nama MEng oiii...

    Aku mmg takut sakit so jgn harap la aku nak gi ngurut hahahaha...

    ReplyDelete
  5. aku rasa ko ni jiran satu kawasan ngn aku la supermeng.. umh aku pn kt area bndr hussien tu jugok.....

    ReplyDelete
  6. Boss,
    Aeon take over c4, sebab tu tukar nama jadik Aeon Big, depa take over 01/11/2012, gigih ni bagi fakta kat boss ni.. hahahah

    ReplyDelete
  7. CK : silakan lah..

    Imz : sila menchoba.. suh dia buat slow slow.. aku pun x tau semua aeon ada gokart mcm tu.. belum pegi semua lagi

    JM : sakit campur geli... silap2 berguling2 gelak dulu

    HB : aku x tau pulak bila mereka di beli dan membeli... kenapa? Carrefour tu kan syarikat yang besar? takkan bengkrup kot

    ReplyDelete
  8. HB : ko gi la urut jari dulu.. muahahaha test power

    ZL : kita sejiran kah? kalau begitu jangan lupa hantar makanan utk berbuka petang ni.

    hish. dah aku ckp aku ke sana gi umah sedara ler.. umah aku kat istanbul nuh.

    AYu : Soalan yang sama mcm aku tanya HB.. kenapa aeon beli c4? apa jadi dgn c4? bengkrup? beralih arah? atau?????

    ReplyDelete
  9. Abg Meng, nanti nak pi rumah kat Istanbul ok..

    Sila bentang kapet merah.. heheheh

    ReplyDelete
  10. Boss, ni The Star yang bagitau -

    "transaction is part of Carrefour's strategy of refocusing on its core activities and allocating its resources to mature countries where it occupies strong and established positions and emerging markets where it has strong growth potential"

    ishhhhhh saya rasa cam Karam Sing Walia la petang ni, repoter tak bertauliah! hahahahaha

    ReplyDelete
  11. FJ : meh meh meh..

    Ayu : Thanks. Dah tak de C4 la lepaih ni...

    ReplyDelete
  12. SPM - yes..pandai betul awak .patut jalan merata.

    ReplyDelete
  13. SPM? Apa la kena mengena pandai meneka dgn jalan merata tu....

    ReplyDelete
  14. Apa apa ajela ..asal bahagia.ciku lapo kot time komen hari tu.xde sangkut pautpun.

    ReplyDelete